Home Novel Cinta Husna Iman
Husna Iman
Yana Agasshi
20/2/2021 10:15:20
10,654
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
BAB 5
BAB 5


FAKHRUL terus menekan butang 'G' sebaik saja melangkah masuk kedalam perut lif. Nasib baik Husna sempat mencelah masuk. Kalau tak, mau nya tertinggal depan pintu lif. 


Melihatkan muka ketat Fakhrul, Husna sengaja menjarakkan diri dengan Fakhrul. Negative vibe memang tak boleh didekati, nanti berjangkit!


Beberapa saat, sepi menemani mereka sampailah pintu lif sekali lagi terbuka luas ditingkat 5. Seorang lelaki 20an dalam uniform tentera laut melangkah masuk berdiri didepan Fakhrul yang senyap menyandar pada dinding lif.


Sejurus saja pintu lif tertutup, anak mata Fakhrul jatuh pada lelaki didepannya saat ini. Dilihat lelaki itu tersenyum sendiri sambil merenung pada Husna. Dahinya jadi berlapis tak senang. Dia melirik pula pada Husna yang tercegat 2 langkah darinya tunduk menekur lantai sebelum kembali semula pada lelaki tadi. Rasa sakit hati serta merta menyelinap masuk. 


   'Sah-sah aku tercegat kat sini, boleh lagi mamat ni main mata,' desisnya tak puas hati. Untung aje tak sampai seminit, pintu lif terbuka di tingkat paling bawah. Lelaki dalam uniform tadi menapak keluar disusuli Husna dan Fakhrul.


   "Kau suka la kan ada lelaki usha kau?" sindir Fakhrul tiba-tiba mematikan langkah Husna ditengah ruang lobi mewah. 


Husna yang tak tahu apa-apa berkerut seribu memandang muka ketat Fakhrul. 


   "Apa maksud awak?".


   "Hmh, buat-buat bodoh. Kau sengaja kan duduk jauh dari aku. Yela.. sebab tak nak bagi jantan lain tahu kau tu keluar dengan aku.."


   "Apa awak cakap ni..? Lelaki mana..? Kalau saya duduk dekat dekat awak, karang awak marah saya, cakap rimas la apa la. Duduk jauh cakap macam tu pulak.. Saya tak faham lah."


   "Alasan je kau," pangkas Fakhrul dengan jelingan tajam sebelum menyambung langkah besar menuju ke arah pintu kaca berkembar. 


Husna tambah bingung. Tak faham kenapa Fakhrul tiba-tiba aje nak marah marah tanpa sebab. Psiko agaknya. 


   "Heshhh.. Elok-elok duduk sana, sibuk nak balik sini," omelnya geram sambil mengejar jejak Fakhrul. Karang lambat kena marah pulak. 


**************


   "Terima kasih...," ucapnya saat pelayan wanita berseragam merah hitam meletakkan semangkuk mee bandung di atas meja. Dia menjilat bibirnya sendiri dengan senyum lebar. 


Ada tak dia cakap selera makannya hilang ke mana? Okey lupakan. Air liurnya dah kecur menghidu aroma enak dari kuah mee bandung didepannya saat ini. Mata separa sepetnya dah bercahaya tak sabar nak makan. Al maklumlah, restoran D'Acheh ini memang terkenal area Kuala Lumpur kerana masakan original acheh yang sedap & unik. 


Aahh...laparnya...!


Husna mengangkat sudu dan garpu bersedia nak merasmikan Mee Bandung Udang sebelum anak matanya lambat-lambat melirik pada Fakhrul bertentangannya. Lelaki itu duduk menyandar dengan muka cemberut. Mee goreng basah di depan langsung tak di usik. 


   'Dah kenapa pulak.. Tadi beria sangat nak makan. Lapar la, kebulur la, ish..Tak habis habis perangai macam budak-budak.'


Husna terpaksa letak semula sudu dan garpu atas meja. Baru sedar apa punca singa hati tisu ni sorang cemberut sedari tadi. Tak menunggu lama, dia terus menarik pinggan mee goreng basah Fakhrul lalu mula 'memetik' taugeh dari dalam mee goreng tu satu persatu menggunakan chopstick yang dah tersedia dalam pinggan.


Haa.. Taugeh ke, kacang peas ke, sawi ke, jangan harap la Fakhrul nak jamah mana-mana makanan yang ada 3 benda alah ni. Kan dah cakap cerewet tahap dewa. Plus mengada-ngada.


Bila yakin tak ada lagi taugeh bersisa, barulah pinggan mee kembali disorong depan Fakhrul. 

Dilihat Fakhrul sekadar memerhati gerak gerinya tanpa suara. Boleh pula bersahaja mencucuh api pada batang rokok di bibir. Untung mereka duduk di meja bahagian luar jadi ruangnya terbuka dan berjarak dari meja-meja yang lain.


   "Kenapa tak makan? Kan saya dah buang taugeh tu..," soal Husna sedikit geram. Yelah, dia pun lapar jugak. Tapi kalau Fakhrul tak makan dulu, dia tak boleh makan lagi. Menyakitkan hati betul la...


   "Aku tak nak makan."


   "Heh? Tak nak makan?" dahi Husna berkerut sekali dengan muka.


   "Kan tadi awak cakap awak lapar... Nak makan kat luar.. Sekarang kenapa tak nak makan pulak..."


   "Tu tadi. Sekarang aku tak nak makan. Takde selera."


   "Mana boleh macam tu... kita dah order dah pun.. Membazir la kalau tak makan."


   "Suka hati aku lah... Bayar duit kau ke duit aku?"


   "Tak. Ni bukan pasal..," Husna tak dapat menghabiskan ayatnya dek rasa geram yang amat sangat. Mukanya di paling arah lain sambil menarik nafas dalam. Memujuk hati untuk bersabar sebelum kembali pada Fakhrul yang masih selamba tanpa rasa bersalah.


   "Okey fine. Kalau awak tak nak makan, saya mintak waiter bungkus je. Nanti kalau lapar boleh makan yang ni aje."


   "Husna?" tiba-tiba satu suara mencelah entah dari mana membuatkan Husna dan Fakhrul serentak menoleh ke arah sebelah meja. 


Tercegat seorang lelaki dalam uniform tentera laut melempar senyum pada Husna.


Fakhrul serta merta diserang rasa panas di tangkal hati. Jelas lagi apa yang dilihat di dalam lif tadi, sekarang muncul pula dengan langkah lebih berani.


Sementara Husna terpaku dengan muka blur. Loading. 


Sedetik, Hakimi ketawa lucu melihatkan reaksi Husna.


   "Kau lupa aku ke? Hakimi...Kelas 5 Amanah?"


   '5 Amanah??'  berlapis lapis dahi Husna  memerah otaknya cuba mengimbas seraut wajah manis didepannya saat ini. Tak sampai 10 saat, bayangan lelaki berseragam pengawas sekolah melintasi layar mata.


   "Lah.. Hakimi . Ya,ya.. Ingat...," ucapnya dalam teruja tanpa sedar. 


Fakhrul yang memerhati makin kuat menyedut asap rokok. Bernanah hatinya melihatkan air muka Husna sekarang  


   'Depan aku 24jam muka tak puas hati. Depan jantan lain boleh pulak senyum sampai telinga.'


   "Lama tak nampak kau Hakimi...."


   "Aku baru je nampak kau tadi.."


   "Hah? Tadi? Mana? Bila?"


   "Dalam lif apartment tadi la.. kau tak berubah dari dulu kan. Susah nak cam orang."


   "Serious la? Aku tak perasan.. Aku...," tak sempat lagi dia habis cakap, tiba-tiba bunyi Fakhrul berdiri menolak kerusi kebelakang menarik perhatiannya. Dilihat lelaki itu mengeluarkan not 50 dari dompet lalu meletakkannya di atas sebelum beredar pergi tanpa sepatah kata.


Husna kaget.


   "Fakhrul!" serunya sedikit lantang tapi langsung tak diendah Fakhrul. 


   "Ishh.. Kenapa lagi mamat ni..."


  "Er...Hakimi, aku pergi dulu. Lain kali ada jodoh kita jumpa lagi k. Bye!" kalut Husna berlari mengejar langkah Fakhrul tanpa menunggu balasan Hakimi.


   "Fakhrul, Kenapa dengan awak ni?" soal Husna cuba menyekat laluan Fakhrul yang sudah pun memegang pintu kereta. 


Fakhrul tarik nafas dalam. Tak sanggup pun nak tengok muka Husna didepannya. Takut dia tak dapat mengawal amarahnya sendiri.


   "Tepi." Perlahan tapi keras.


Husna bingung.


   "Saya tak faham lah apa yang tak kena dengan awak harini."


   "Tak payah faham!" jerkah Fakhrul lantang membuatkan Husna tersentak. Bulat matanya memandang muka merah padam Fakhrul.


   "Dah, kau blah. Aku dah tak nak tengok muka kau," sambung Fakhrul lagi menolak tubuh Husna ketepi agar tak menghalang geraknya namun Husna malah menyambar lengan Fakhrul tanpa sedar.


   "Jangan sentuh aku!" jerkah Fakhrul lagi. Anak matanya tajam menusuk sepasang mata milik Husna.


   "Kau nak sangat borak dengan jantan tu kan? Pergilah. Aku tak halang. Perempuan macam kau semua sama je," ucapnya sebelum laju membolos masuk ke dalam perut kereta. 


Husna terpinga-pinga. Kaku kelu dia memandang pada kereta hitam milik Fakhrul yang mula menderum kuat meninggalkan dirinya sendiri di tempat parkir tak jauh dari Restoran D'Acheh ni.


Otaknya tak dapat hadam apa yang baru terjadi. Dahlah beg duit dia tak bawak. Telefon pun tertinggal kat dapur. Sehelai sepinggang saja sekarang ni.  Dah macam mana dia nak balik apartment malam-malam macam ni? Dengan kereta pun 20 minit. Takkan nak suruh jalan kaki!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Yana Agasshi