Home Novel Cinta Kasih Tercipta
Kasih Tercipta
Yana Agasshi
26/1/2021 18:06:03
31,360
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 16
BAB 16 HADIAH SI PUJAAN HATI


   FAIZ membelok ke kiri jalan memandangkan rumahnya terletak di situ sementara Zahra masih berjalan menyelusuri tepi jalan. Siap melambai lagi pada Faiz.


   "Jangan lupa malam ni pukul 9! Rumah Ida!" Gadis berseragam kerja itu melaung tak menghiraukan geng makcik yang sedang melepak di atas pangkin rumah Mak Su Maimun, jirannya Faiz.


   "Ha! Malam ni!" Sempat lagi Faiz membalas.


Zahra kembali memandang ke hadapan. Tak sabar pula nak tunggu malam. Nak tengok sama ada temannya si Wahida itu hidup lagi ke tidak. Sudah 2 hari tak masuk kerja, tak dengar khabar. Orang nak tanya pasal bekas makanan Dina pun payah. Kalau dah arwah, kenapa tak ada orang panggil tahlil?


Setelah 3 minit berjalan, ada pula gangguan lain yang sengaja je nak melambatkan dia sampai ke rumah. Dia berhenti melangkah betul-betul di depan bengkel Munir. Panjang lehernya cuba mengintai kot lah bayang Amar ada disitu tapi malangnya tak ada. Pintu bengkel juga sudah tertutup.


   "Tsk."


Bebatu kecil disepak hujung kaki sebelum menyambung perjalanan dengan muncung sedepa. Kecewa.


   "Baik tak payah ambik nombor telefon kalau nak telefon tak reti. Mesej pun takde. Hmh. Lelaki semua sama. Sembang aje lebih. Cakap nak pergi sehari je. Sehari apa kalau masa ni pun tak balik lagi? Baik cakap 2 hari. Tak ada lah orang duk tertunggu tunggu. Benci betul. Siap la kalau balik nanti," panjang lebar mulut kecilnya itu membebel senafas.


Sambung lagi duk potpet potpet sendirian sampai lah kakinya memijak halaman rumahnya sendiri. Baru saja menanggalkan kasut di atas lantai simen luar rumah, dia terpandang pula seseorang yang sedang duduk sendirian di atas bangku kayu bawah pokok nangka. Tak tahu lah siapa punya idea meletakkan bangku bawah pokok nangka. Kalau nangka itu jatuh atas kepala, maunya otak turun sampai ke lutut.


Anak matanya dikecilkan untuk melihat dengan lebih jelas. Betul betul bertentangan dengan pintu jendela kamarnya. Maklumlah, sudah lah rabun, matahari pula nak melabuhkan tirai. Nampak tak nampak aje ni haaa...


Hmm... Dari susuk belakang macam....


   "Abang Amar!" Lantang dia menjerit teruja sebelum berlari ke arah bawah pokok.


Amar yang sedari tadi duduk ambil angin petang sambil menikmati pemandangan suasana kampung itu menoleh. Dilihat Zahra termengah mengah duduk di sebelahnya. Senyum sampai ke telinga. Dah lah bangku kayu yang macam kat kantin sekolah ni pendek aje. Hampir berlaga lengan mereka.


Dia jadi ikut tersenyum.


   "Baru sampai ke?" Soal Amar lembut.


Bersemangat Zahra mengangguk. Lupa segala bebelannya sepanjang perjalanan pulang tadi.


   "Apa tu? Hadiah untuk Ara ke?" Soal Zahra pula saat melihat ada satu beg kertas di atas ribaan Amar.


Terkedu sejenak Amar mendengar soalan cepumas itu. Maklumlah. Baru saja nak sweet sweet buat suprise, girlfriend pula gelojoh. Padahal dari dalam bas lagi dia membayangkan macam mana reaksi Zahra kalau dia hulurkan hadiah ini. Macam ini rupanya.. Tak sempat dihulur pun lagi.


Sedetik, dia tersenyum lagi sambil menghulurkan beg kertas itu kepada Zahra. Asalkan Zahra gembira, dia pun turut gembira. Melihatkan wajah ceria ribena Zahra saat ini pun hatinya sudah berbunga bunga bahagia. Makin hari makin sayang pokoknya.


   "Apa ni?" Teruja sungguh Zahra mengeluarkan isi kandungan beg kertas itu. Tak ada langsung nak buat buat segan ke, atau buat buat menolak ke. Amar hulur aje,  dia ambil, terus dikeluarkan isinya. Plastik lapisan kedua pun dikoyak kalahkan zombie kelaparan otak.


Amar mulai terbiasa. Berbanding kejutan budaya, dia dah lebih kepada senang hati. Comel saja tingkah laku Zahra di matanya.


   "Waahhh.. Cantiknyaa...," ucap Zahra dengan mata bercahaya terang sambil menilik nilik sehelai kain tudung rona biru cair. Dibelek, diusap, diramas penuh teruja. Dah macam orang nomad yang tak pernah jumpa tudung.


Zahra angkat muka memandang Amar. Bibirnya dijuihkan dengan muka nak menangis. Seikhlas hati sebenarnya dia terharu. Dia tak pernah sekalipun menerima hadiah seumur hidupnya.


   "Terima kasih abang... Ara suka sangat sangat sangat sangat. Cantik. Tudung yang macam ni lah yang Ara selalu nampak dalam almari kak Mel."


   "Melisa?" Ulang Amar tak sengaja. Babak semalam serta merta melintasi benak. Dia masih berbelah bagi sama ada dia perlu menceritakan hal semalam pada Zahra atau dibiarkan dulu sehingga Melisa sendiri yang bersuara.


   "Ha'ah. Kak Mel lah. Dia tu, semua benda yang Ara tak ada, dia ada. Dia guna kain baju mahal, kasut mahal beg mahal perfume mahal, tapi yang peliknya kan. Elaun dia dapat tak banyak pun. Ara rasa dia ada ni, ada..urm... Apa tu. Daddy? Sugar daddy! Ha. Betul betul."


   "Ara...,"  sepatah saja Amar meleret suara memberi amaran sudah cukup membuatkan Zahra tersengih-sengih tanda 'maaf".


Over excited, lupa nak patuhi syarat-syarat diberi.


Amar ketawa kecil. Nak saja diusapnya kepala Zahra sekali. Dah comel sangat... Geram geram aje rasanya.


Zahra masih memegang kemas kain tudung ditangan. Ceria air mukanya.


   "Malam ni nak pergi rumah Ida, boleh la suruh dia gosokkan. Lepastu ajar macam mana cara nak pakai."


Amar kerut dahi.


   "Ajar cara pakai? Kenapa? Awak tak pandai pakai tudung ke?"


   "Ni kain licin lah abang.. Mana Ara pandai. Nanti dia gerak-gerak. Kalau tengah bercakap kan, sampai ke depan dia gerak. Tutup dahi dahi ni hah. Ara tak pandai.. Itu hari Ida pakai nampak cantik. Nak suruh dia ajar Ara lah," jujur pula Zahra bagi penjelasan.


Dah benda betul. Dulu dulu kalau dia pakai Melisa punya, macam itu lah. Sampai tutup dahi tutup mata hah. Lepastu bahagian muncung atas senget situ, gelembung sini, pokoknya memang payah. Itu pasal lah dia selalu pakai shawl aje. Pin guna kerongsang lepastu silang kanan, silang kiri, siap. Melekat elok je atas kepala. Kalau pergi kerja pula dia pakai tudung instant makcik-makcik. Kalau pakai shawl pergi kerja, alamatnya terperosok la dia bawah mesin sarung tangan yang macam eskalator tu.


   "Ida dah pakai tudung?" Soal Amar pula melayan saja celoteh buah hati.


   "Dah.. Baru lagi. Dia kata yang hati dia terbuka nak pakai tudung lepas dengar Ara baca Yassin... Sedap sangat kot Ara baca.. Sedap bercampur ikhlas." Zahra angkat bakul sendiri tanpa rasa segan silu. Serius pula tu. Kemudian dia melirik pula pada Amar disisi bersama senyum ayu.


   "Jangan kata pintu hati Ida. Pintu hati abang pun dah terbuka untuk Ara kan?" Sambungnya sambil menyiku kuat lengan Amar konon tersipu segan.


Hampir saja Amar terjatuh ke atas tanah. Kuat betul. Nasib disiku lengan. Kalau disikunya pinggang tadi, senak jugak 2-3 hari.


Amar ketawa kecil membetulkan kedudukan. Untung si buah hati kesayangan. Kalau sesama kawan jantan, boleh bawak gaduh ni. Gurau kasar.


   "Saya ada satu lagi hadiah untuk awak." Amar berkata membuatkan Zahra spontan menoleh.


Tudung tadi Zahra masukkan cepat-cepat ke dalam beg kertas lalu diletak di bawah, bersebelahan kakinya. Habis madu sepah dibuang. Tak sabar gadis itu menanti Amar mengambil satu lagi beg kertas warna putih yang di 'sorok' di sebelah kaki bangku.


Sebaik saja Amar menghulur, tangannya menyambar laju bak burung helang. Dasyat.


Dia mengeluarkan kotak empat segi panjang dan membukanya tanpa teragak-agak. Mulutnya ternganga bulat tanda dia terkejut dengan hadiah kali ini. Lebih terkejut berbanding sehelai tudung barusan. Ini dengan mata sekali membuntang bercahaya gembira.


   "Telefon baru?? Untuk Ara??" Soal Zahra seakan tak percaya. Tak pernah berangan pun dia nak memiliki telefon yang sepatutnya anak milenia seperti dia guna pakai ini.


Amar tersenyum senang. Kepalanya diangguk sambil mengeluarkan telefon dari kotak. Dia dah siap setting semuanya. Tinggal masukkan simkad sahaja.


Zahra tambah teruja. Selamba saja kotak telefon dia letak di atas ribaan Amar dan 'merampas' telefon dari tangan Amar. Kering tekak dek lama sangat nganga mulut. Nasib baik tak masuk lalat.


   "Biar betul ni abang. Abang.. Abang bagi Ara? Telefon baru ni?? Yang besar macam ni??"  Bertubi-tubi Zahra menyoal masih dalam ketidakpercayaan.


Jadi senang hati Amar melihat. Yelah. Kalau kita belikan orang hadiah and orang tu suka sampai macam ni sekali, siapa je yang tak senang hati kan? Rasa dihargai sangat.


   "Wahh... Terima kasih abang... Ara saaayang abang," ucap Zahra lagi membelek pula telefon barunya itu.


Sedetik, dia angkat muka.


   "Kalau abang tak beli hadiah pun Ara tetap sayang abang. Suka, sayang, cinta. 3 in 1."


'Pfft!' - Amar ketawa kecil. Berbunga-bunga hatinya mendengar itu. Sampai dalam perut ni rasa macam ada 'sesuatu' bergerak-gerak. Rama-rama kot. Aduhaii.. Kan seronok kalau dari awal dia berani luahkan perasaan dia pada Zahra.


Zahra tersengih lagi sebelum kembali menilik telefon. Tudung dikaki mungkin dah dilupakan. RM399. Tudung yang Amar syak boleh kalis santau.


   "Ara tau cara guna kan?" Soal Amar mendapatkan kepastian.


   "Tahu.. Selalu guna yang Ida punya. Tapi abang tolong ni lah. Buat macam dalam fon Ida tu," seperti anak kecil Zahra menyuakan semula telefon kepada Amar meminta lelaki itu buat sesuatu.


Dahi Amar berkerut seribu tak memahami. "Buat apa?"


   "Ala..yang macam Ida selalu main tu..."


   "Ya lah, tapi saya tak pernah tengok Ida main fon dia.. Awak lah bagitahu saya..."


   "Ishk. Urm..." Zahra menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. Otak burung untanya cuba bekerja lebih masa.


   "Facebook.., erm... In..Instagram.., lagi... Urm.. Apa eh? Net... Aduuhh...," dia mengetuk-ngetuk kepalanya yang berkarat otak. Padahal baru je Faiz bagitahu tempoh hari.


   "Net apa entah. Takpelah. Abang buat 2 tu je dulu. Facebook dengan Instagram. Yang lain nanti Ara tanya Ida lagi."


Mendengar itu, Amar terdiam beberapa detik. Tak berkutik dia memandang seraut wajah comel Zahra. Dalam kepalanya ligat berfikir sesuatu.


Kalau lah Zahra mula 'menceburi' dunia sosial media ni, letak pula gambar profile sendiri, sah sah la hramai lelaki yang akan nampak. Dan lelaki tu semua akan add friend, follow dan kemudian chatting. Jadi Zahra yang baru nak kenal dunia ni, pastinya teruja dapat kenalan baru dan kena pulak Zahra sejenis manusia yang polos dan lurus Dia akan layan semua orang macam kawan tanpa syak wasangka. Lama kelamaan Zahra akan rapat dengan orang baru terutamanya lelaki yang cuba nak mengorat. Kemudian bila dah rapat, Zahra dah takkan pandang dia lagi. Zahra dah tak terkejar kejarkan dia lagi. Zahra dah tak...


   "Abang! Dengar tak ni..??"


Amar tersedar dari lamunan masa depan. Jauh sangat dia berfikiran ke depan. Sampaikan tak semena-mena hati dijentik rasa cemburu. Tak. Dia tak boleh biarkan ramalan tu berlaku. Dia nak cuma dia seorang sahaja yang jadi pujaan hati Zahra.


   "Ehem," sengaja dia membersihkan tekak yang kering. Merangka alasan.


Riak Zahra yang bersungguh menanti dia buka mulut itu dipandang. Harap harap betul lah mitos tentang tahap IQ Zahra yang pernah dia dengar.


   "Hmm... Awak nak saya buatkan awak akaun media sosial ke? Macam facebook, Instagram, twitter, macam tu?"


Laju Zahra mengangguk polos.


   "Tak boleh lagi sebab..." 


   "Lah, kenapa tak boleh?"


   "Er.. Sebab.. Fon ni tak siap setting lagi ni. Tauke kedai Samsung ni cakap, dia ada nak adjust apa entah. Kena tunggu nak masukkan nombor pengesahan dulu. Kalau awak download aplikasi media tu semua sebelum masukkan nombor pengesahan, nanti semua aplikasi kena block. Faham kan? Dia macam terkunci semua aplikasi. Awak nak buka screen lock pun tak boleh nanti. Kira macam rosak terus lah."


Panjang lebar Amar memberi hujahan yang direka on the spot. Dia sendiri tak tahu apa yang dia ucapkan. Jangan kata Zahra, dia yang cakap pun tak faham.


Zahra yang mendengar terangguk-angguk kepala mempercayai penjelasan Amar bulat bulat walau tak memahami beberapa perkataan yang tak biasa didengar. Bibirnya dijuihkan bersama keluhan panjang mengundang rasa bersalah dihati Amar.


Dia bukan sengaja nak berbohong. Dia cuma..tak sanggup kalau ada mana mana lelaki cuba memikat Zahra. Dia sedar betapa cantiknya Zahra di mata seorang lelaki.


   "Takpelah. Ara boleh guna untuk cakap telefon, mesej dengan ambil gambar kan?" Akhirnya air muka Zahra berubah ceria sekelip mata.


Amar senyum. Lega 


   "Lepasni awak tak payah mesej dah. Saya download aplikasi Whatsapp, awak guna whatsapp untuk chat kawan awak, termasuk lah saya."


   "Whatsapp? Kan kena guna internet. Saya tak ada wifi kat rumah."


   "Tak payah guna wifi pun tak apa... Awak pakai prepaid kan? Nombor yang top up kredit tu?"


Zahra angguk. Ya Allah... Memang lurus dan ketinggalan zaman lah yang namanya Nurul Zahra ni seorang. Jenis tikus yang lahir dan membesar dalam tanah.


   "Okey nanti saya top up untuk awak, awak langgan internet. Boleh la guna whatsapp."


   "Ohhh..." Zahra meluahkan rasa kagumnya. Kemudian dia bertepuk tangan sebelum menaikkan ibu jari tanda 'terbaik'.


   "Hebat lah abang. Genius. Semua abang tahu kan? Mana abang belajar?" Lebih lebih pula Zahra memuji. Padahal dia tu yang tak tahu apa-apa.


Amar yang dipuji menggaru-garu pipi yang tak gatal. Bangga pulak rasanya atas khidmat yang tak seberapa.


   "Eh. Dah nak maghrib ni," baru lelaki itu teringat soal waktu. Tadi asyik sangat layan si kekasih hati.


Zahra pantas berdiri bila Amar berdiri. Muka sedih ditayang. "Alaaa.. Baru je nak tengok muka abang puas-puas."


   "Tak puas lagi ke?"


   "Tak..." Zahra menjuih manja.


Sedetik, idea bernas menujah akal. Lantas dia menyentuh skrin telefon ditangannya. Belakang telefon dihala tepat di depan muka Amar.


'Click!' - Satu bunyi kedengaran serentak bersama cahaya terang.Tak sempat Amar nak mengelak.


   "Haa... Ni, gambar abang. Nanti Ara nak tatap sampai tidur."


Amar ketawa kecil. Zahra yang cakap, dia pulak  yang rasa malu. Aduuuhai..


   "Dahlah.  Awak masuk dalam. Banyak nyamuk ni." Lembut saja dia bertutur. Prihatin benar pada kekasih.


Zahra sengih. Gadis itu tunduk mengambil beg kertas hadiah pertama sebelum berjalan ke arah rumahnya. Nak ke sampai depan pintu, 10 kali dia menoleh melambai pada Amar.


Lena lah tidurnya malam ini..

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Yana Agasshi