Home Novel Cinta Kasih Tercipta
Kasih Tercipta
Yana Agasshi
26/1/2021 18:06:03
31,359
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 15
BAB 15 THE GUEST IS...



   PUNGGUNGNYA dihenyak di atas kerusi depan meja belajar. Rambut ikal separa pinggangnya yang masih lembap dikesat-kesat menggunakan kain tuala warna biru. Sesekali dia menoleh ke arah luar pintu kamarnya. Sepi terasa malam ini.


Hafiz tak nampak batang hidung. Biasa waktu waktu maghrib macam ni abangnya tu sorang dah bising suruh dia solat awal waktu. Ibunya pula tadi balik dari rumah cikgu Yusoff, terus berkurung dalam bilik. Bila dah senyap sunyi macam ni, rasa tak senang hati lah pula.Macam... Entah. Sunyi..


   "Hmhhh...," keluhan panjang dihela seraya dia bangun menapak kearah almari. Tuala rambutnya disangkut pada penyangkut di situ sebelum dia melabuhkan pula punggung di atas katil. Duduk bersila mencapai telefon bimbitnya yang tersadai di atas bantal sejak tadi.


Tekun dia memeriksa kalau kalau ada mesej baru tapi hatinya sedikit hampa saat melihat skrin telefonnya cuma memaparkan tarikh dan waktu sahaja. Tiada mesej baru masuk. Tiada juga panggilan yang tak dijawab. Terjuih bibir membayangkan wajah si pujaan hati. Hari ini sehari suntuk dia tak dapat melihat wajah manis itu  Sehari suntuk juga tak mendengar suara mahupun khabar. Belum apa-apa sudah rindu.


   "Tapi kenapa abang Amar tak call aku? Sibuk sangat ke urusan kat KL sana? Ke dia tak rindu aku macam mana aku rindu dia? Jangan-jangan dia ada perempuan lain kat KL," monolognya sendiri dengan muka monyok.


Sedetik, kepalanya digeleng sendiri. Mengusir anasir jahat dan negatif yang menyerang akal fikiran. Tubuhnya ditegakkan supaya yakin pada diri.


   "Tak. Abang Amar bukan lelaki playboy macam dalam drama. Bila dia kata dia serius dengan kau dengan kau, Ara, maknanya dia serius dengan kau. Positif. Dia ada kerja tu, Ara. Ha. Sibuk."


Senyuman diukir meyakinkan hati yang rindu. Alah, mengada je lebih. Baru sehari bercinta sudah meroyan rindu konon.




**********


   "OH MY GOD.. Amar Luthfi!"


Amar yang yang usai mengaminkan doa, tenang menoleh ke arah muka pintu sambil mulut masih terkumat-kamit bertasbih perlahan.


   "What are you doing..? Our guest dah sampai kat bawah tu.. You tak siap lagi ke?" Datin Malika melangkah masuk ke dalam ruang kamar bercekak pinggang 


Wanita itu sudah siap berdress ungu dengan rambut disanggul ala saloma. Solekan pun tebal semacam namun tak dinafikan kecantikannya.


Amar masih lagi bersahaja. Berdiri seraya melipat sejadahnya lalu meletakkan sejadah di atas katil. Dia tak memandang Datin Malika sebaliknya bergerak ke arah almari. Mengeluarkan sehelai baju rona hitam lengan panjang. Kosong tanpa corak.

  

   "Amar wait, what are you doing?" Soal Datin Malika dengan mata yang dikecilkan sebelah. Dia sudah dapat mengagak apa yang anak sulungnya itu cuba buat.


Amar menoleh sekilas.


   "Get ready?" Selamba lelaki itu menanggalkan t-shirt hijau di tubuh kemudian menyarung pula baju lengan panjang tadi. Kain pelikat pula diganti dengan jeans denim hitam. Ini kalau Zahra nampak, maunya kena sawan berbuih mulut. Kacak bergaya.


Tapi Datin Malika, cuma mengeluh bersama gelengan kecil. Geram dengan sikap keras kepala Amar.


   "Ya mama tahu. I can see but why are you wearing that shirt? That damn shirt was like from ages ago. I asked you to buy new kan.."


   "Ma, we are just gonna have a dinner in our own dining room. What else should i wear? A suit?"


   "Tsk." Malika berdecit sebal.


   "Whatever lah. Mari turun sekarang," dia terpaksa akur sebelum menyusun langkah keluar. Dia tahu Amar bukan lah seperti Aryan yang akan menurut setiap patah perkataannya. Dapat buat Amar kembali hari ini pun dah dikira bernasib baik.


Nak tak nak , Amar juga terpaksa menurut. Langkah kakinya dihayun meninggalkan kamar tidurnya. Menyusuri koridor kecil sebelum menuruni pula anak tangga sampai ke tingkat bawah.


   "Sorry dear... Abang si Aryan ni memang selalu macam ni. Nak kena panggil depan pintu baru nak turun," cupingnya menangkap jelas suara Datin Malika dari ruang makan bersebelahan ruang tamu walau terhalang oleh dinding batu sebagai tirai.


Melalui lubang bercorak pada tirai itu, dia dapat melihat susuk belakang seorang perempuan. Duduk di sebelah Aryan bertentangan Datin Malika. Berat sungguh kaki nak melangkah dekat tapi dia dah malas nak mendengar omelan mamanya. Dihayun juga kaki masuk ke ruang makan. Tak pandang kiri kanan terus saja menarik kerusi di sebelah mamanya dan melabuhkan punggung disitu.


'KETINGGG' - Bunyi sudu besi menghempas lantai menarik perhatian semua yang ada dimeja makan. Termasuk lah Amar.


Dan saat itu lah anak mata Amar bertaut dengan sepasang mata yang turut memandangnya.


Kaku. Sama-sama kaku, sama-sama kaget. Bingung bercampur keliru. Sampaikan kelu lidah nak berkata. Tak pasti sama ada betul atau tidak apa yang mata kepalanya lihat sekarang.


   "Babe, kenapa ni? You okey tak?" Suara Aryan menyoal lembut menyedarkan Melisa.


Melisa melarikan anak mata ke arah lain. Cuba mengawal air muka sebelum menoleh semula ke arah Aryan disisi.


Senyum diukir. "Saya okey je. Sorry.."


   "No it's okay,"  Aryan yang berwajah mirip pelakon Fattah Amin itu menepuk perlahan tangan Melisa seakan memberi semangat. Baginya Melisa mungkin gementar bertemu keluarganya hari ini.


Melisa angguk dalam senyum paksa. Sesekali dikerling Amar lewat ekor mata.


Amar juga seperti Melisa. Cuba mengawal air muka agar tak terserlah rasa kaget barusan.


Apa melisa buat kat sini? Atau cuma pelanduk 2 serupa? 


Mungkin..


Wajahnya mungkin seiras Melisa yang dikenali tapi penampilannya berbeza. Berdress elegan, memakai tudung satin yang agak sama seperti yang dibeli siang tadi yang sudah tentunya berharga ratusan. Bahkan gadis di depan matanya ini tak berkaca mata tapi mengenakan soft lens dan bersolek nipis. Nampak sama tapi berbeza. Atau mungkin...


   "Abang, kenalkan, ni...bakal isteri Ian, Melisa."


Nah. Aryan seolah dapat membaca fikirannya. Sekarang satu soalan sudah terjawab.


Tapi tetap dia mengangguk, tersenyum nipis.


   "Melisa, abang I, abang Amar," Aryan memperkenalkan Amar pada Melisa pula.


Walau masih dalam kejutan, lakonan akan tetap diteruskan. Melisa angguk kepala. Memandang Amar tak sampai sesaat sebelum mengalihkan pandangan. Rasa resah melebihi rasa keliru. Dia takut kalau Amar membocorkan identiti dia yang sebenarnya.


Melihat babak 'harmoni' ini, Datin Malika tersenyum puas hati. So far semuanya berjalan lancar.


Dato' Rizman, ketua keluarga yang duduk dihujung meja sedari tadi cuma diam membisu. Mendengar saja segala perbualan dalam terkadang tersenyum nipis. Anaknya  Amar yang 3 tahun baru bersua diperlakukan seperti biasa . Seolah olah 3 tahun itu tak pernah berlalu.


   "Good. Sekarang semua dah kenalkan diri, why not kita makan dulu? We can do all the chit chats while having our dinner right?"  Teruja benar Malika malam ini . Maklumlah, calon menantu pertama yang dia terima dan yang paling penting, bukan calang-calang orang.


Mereka mulai menjamah hidangan yang dah terhidang diatas meja makan. Pelbagai jenis lauk pauk dan juadah telah disiapkan oleh pekerja dapur. Tak padan dengan 5 orang makan.


   "So, Melisa, dah berapa lama kenal Aryan? Macam mana boleh kenal?" Soal siasat dimulakan oleh Datin Malika tak sampai 10 saat mereka memegang sudu dan garfu.


Melisa angkat muka. Riaknya sudah kembali tenang. "4 tahun. Saya dengan Aryan satu kolej but he graduated first."


   "Ahhh... Jadi you pun attend Setiawan Medical College? Well, I know bukan semua orang mampu nak study kat situ kan..," Datin Malika tambah teruja.


Melisa senyum saja. Tak berniat nak terangkan yang dia mendapat biasiswa penuh oleh kerajaan negeri Pahang. Itu pun keluarganya masih perlu bekerja keras untuk kos perbelanjaan harian sepanjang 4 tahun dia berada di kolej elit itu.


   "Jadi sekarang you bertugas kat mana?"


   "Saya still doing practical di Bandar Shah. A goverment hospital and a few months left."


   "Goverment?" Datin Malika seakan sedikit tak selesa mendengar itu.


   "Dear.. Kenapa tak kerja dengan Ian je...? Our hospital is way much better than goverment's . Kan Ian?"


Aryan yang beria menikmati hidangan itu angkat muka. Tak dengar pun apa yang dibualkan mamanya dengan Melisa barusan.


   "Sorry. Mama cakap apa?"


   "Mama cakap.., Ian sepatutnya ambik Melisa kerja dengan Ian.. Buat apa kerja under goverment? Nanti kalau kawan-kawan mama tanya, takkan lah mama nak cakap menantu pemilik Eagle Hospital bekerja di hospital kerajaan....."


   "Ohh... Ya,ya.. Ian memang nak ajak Melisa join our hospital, tunggu Melisa tamat praktikal dulu la ma. Tak lama dah pun.. Mama jangan risau."


Datin Malika mencebik kecil dengan jelingan tanda masih tak berpuas hati dengan jawapan itu. Yelah. Eagle Hospital milik keluarganya antara pusat perubatan yang terkenal dan dipandang tinggi oleh golongan elit jadi pelik lah kan kalau menantu sendiri bekerja untuk hospital lain. Itu dia tak bahas lagi soal syarikat penerbangan Pigeon Airlines milik suaminya. Syarikat penerbangan nombor satu di Malaysia dan beberapa buah negara lain. Syarikat yang membuatkan Amar lari membawa diri kerana tak mahu campur tangan. Panjang kalau nak dihurai satu persatu.


Saat ini, Amar cuma diam menadah telinga. Tak mahu terlibat dalam perbualan yang membosankan. Soal Melisa, nanti dia akan minta penjelasan.


   "Ian cakap yang mak ayah Melisa both meninggal dalam kemalangan. Is it true?" Tiba-tiba saja Dato' Rizman membuka mulut.


Amar tersentap. Bulat matanya memandang pada Dato' Rizman yang mengaju soalan sebelum dia mengalihkan pula pandangan itu pada Melisa. Dilihat Melisa tampak sedikit keliru. Berkerut dahi.


   "Betul pa. Parents..Melisa accident di London when she was 10 and nenek Melisa yang jaga Melisa sampai sekarang. Her grandma still live in England. She run a business. A well known business there," panjang lebar Aryan memberi jawapan bagi pihak Melisa yang kelu mati kata.


   "Owww.. Poor girl..,"  Malika menayangkan muka  sedih tanda simpati sebelum dia senyum pula selang sesaat.


   "But it's okay. Your grandma did well. You dah membesar cantik macam ni, graduated from a grand medical college and soon goin to be a wife. Your parents must be so proud of you dear..."


Diam Melisa tak mampu membalas. Hatinya berkecamuk, masih keliru mendengar jawapan Aryan barusan. Sumpah, cuma jasadnya saja berada dimeja makan. Roh dan jiwanya melayang keluar.




*******


   "BABE wait wait wait..," Aryan mengejar Melisa yang menonong marah keluar dari pintu rumah agamnya.


   "Lepas!"  Bentak Melisa bila Aryan memegang lengannya. Berombak dadanya merenung muka Aryan yang sudah pun berdiri di depannya menghalang laluan. Hatinya masih sakit memikirkan hal tadi.


   "Baby please... Dengar dulu penjelasan I..," Aryan menyusun 10 jari. Terdesak sangat dah air mukanya. Takut kalau Melisa meninggalkannya.


Kali ini Melisa ketap gigi berpeluk tubuh. 


   "Okay explain it. Like.. Okay fine, my dad is dead but what about my mom? I have a mother. A brother and a sister. And now they are all dead? My parents both died in a accident? Seriously?" Panjang lebar penuh emosi gadis itu menuturkan setiap kata menggunakan accent british yang sememangnya dipelajari sejak sekolah.


Aryan telan liur. Masih cuba meraih tangan Melisa namun Melisa mengelak.


  "Okay i'm sorry. I'm really sorry babe.. Tapi i terpaksa. You tak kenal mama i.. Dia takkan terima hubungan kita kalau i bagitahu dia  kisah betul keluarga you. Lagipun kita dah bincang pasal ni and you pun setuju nak sorok latar belakang keluarga you."


   "Aryan, kita setuju untuk sorok latar belakang family i, bukan sorok kewujudan family i. Are you kidding me right now?"


   "Melisa please... Tolong lah faham. I betul-betul cintakan you, i love so much that i don't wanna lose you babe..."


   "So i have to lose my family?"


   "Babe no..."


   "Shut your bloody mouth Aryan!" Tnggi suara Melisa kali ini dengan muka merah padam.


Gadis itu berundur setapak ke belakang menghembuskan nafas amarah perlahan-lahan. Cuba mengawal perasaannya tika ini. Cuba menenangkan baran yang membara.


   "Okay. Saya dah tak nak cakap dengan awak sekarang. Bagi saya masa, bagi saya ruang. Let me think about all this nonsense."


Aryan meraup rambutnya ke belakang. Menggigil tubuh takut akan kehilangan. Tapi dia kenal sikap keras kepala Melisa. Tak guna memujuk ketika gadis itu dibadai amarah.


   "Fine. I'm sorry baby.."


   "Enough."


   "Okey kalau macam tu i hantar you balik hotel," Aryan cepat-cepat melangkah ke arah keretanya yang diparkir di garaj agak berjarak dari tempat Melisa berdiri.


Melisa melepaskan keluhan berat. Berserabut dalam kepala membuatkan hatinya pun galau.


   "Mel," satu suara garau pula menyapa telinga. Dia kenal suara itu tapi dia tak terus berpaling. Giginya diketap sebal. Marah. Marah pada situasi sekarang. Tak cukup adik, sekarang abang pula datang nak mengusutkan lagi akal fikiran.


Sedetik, Amar sudah pun berdiri didepannya. Pandangan mereka bertemu.


"Mel, apa sebenarnya berlaku?" Soal Amar inginkan penjelasan walaupun dia tidaklah rapat sangat dengan Melisa.


Melisa menjeling mata ke atas.


   "Aku tak tahu macam mana kau boleh ada kat sini and aku tak tahu macam mana aku boleh end up ada kat sini, stuck dalam situasi gila macam ni tapi aku tak nak kau ambik tahu pasal aku. Aku tak nak kau masuk campur urusan aku. Kau dengan aku stranger."


   "Tapi Mel."


'PON! - Bunyi hon mencelah memintas bicara Amar.


Mereka sama-sama menoleh sekilas ke arah Audi Q8 merah milik Aryan yang berhenti tak jauh dari mereka.


Melisa memandang Amar.


   "Kau dengar sini," keras sedikit nadanya.


   "Aku tak nak kau bagi harapan palsu kat Zahra. Dia tu bodoh. Kalau kau tak terus terang depan muka dia, dia takkan faham. Selagi kau tak cakap kau tak suka dia, dia takkan berhenti terhegeh hegeh depan kau jadi please. Tell her the truth. Jangan mentang-mentang kau orang kaya, senang-senang kau nak mainkan adik aku. Ingat," panjang amaran dari Melisa sebelum gadis itu membuka langkah ke arah kereta Aryan lalu menorobos masuk kedalam perut kereta tanpa menoleh lagi.


Langsung tak memberi ruang pada Amar untuk bersuara. Amar cuma mampu menghantar kelibat kereta milik Aryan meluncur keluar dari pekarangan rumah sehingga hilang dari pandangan. Dia masih disitu. Memandang kosong pada satu arah. Mengulang tayang amaran Melisa barusan.


Keluhan panjang dihela perlahan.


   "Aku ikhlas sukakan Zahra, Mel..."

Previous: BAB 14
Next: BAB 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Yana Agasshi