Home Novel Cinta Kasih Tercipta
Kasih Tercipta
Yana Agasshi
26/1/2021 18:06:03
31,385
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 4

BAB 4- MALU MALU KUCING


   "HESH kau ni... Benda sama je nak kena pesan," keluh Faiz sambil menjilat aiskrim kon di tangan. 


Elok mereka berjalan seiiring 3 sekawan dengan Zahra ditengah-tengah. Padang luas yang menempatkan lebih 100 booth itu meriah walaupun baru jam 11 pagi. Maklumlah, bukan selalu bandar kecil ni diadakan funfair besar macam ni.


   "Lain kali kau kena jual mahal sikit.. Lelaki sekarang suka perempuan yang tak terhegeh hegeh kat diorang," sambung Faiz ala doktor cinta.


Zahra menjeling sekali dengan sebelah bibir dijongketkan. 


   "Aku dah buat dah.. Dia makin seronok adalah. Aku ni ha yang tak boleh tidur terbayangkan dia. Kau apa tahu, kau tu hati batu."


   "Amboi amboi.. Sedap mulut cakap aku hati batu. Aku ni bagi pesanan, nasihat, tips sebagai salah seorang kaum adam. Kau dah lupa ke aku ni lelaki tulen?" beria Faiz mempertahankan dirinya.


Tapi seperti biasa, Zahra menjuih pula konon nak termuntah mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Faiz itu.


Wahida tersengih-sengih.


"Tapi kan," gadis berlegging jeans dan kemeja putih itu turut nak menyuarakan pendapat membuatkan Zahra dan Faiz memberi tumpuan.


"Macam mana kalau... Abang Am tu sebenarnya gay?"


"Weh!" sepantas kilat Zahra menolak bahu Wahida sekaligus berhenti melangkah. Tindakan refleks namanya. Nasib baik Wahida tak tersembam kebelakang. Dahlah ramai orang lalu lalang.


Zahra bercekak pinggang memandang Wahida .


"Mulut kau choiii.. Tak baik cakap macam tu. Jatuh fitnah. Fitnah itu dosa besarrrr.. Lagi besar dari membunuh. Astaghfirullahaladzim...", eh tiba-tiba pula Zahra berubah jadi ustazah tv9 berbahas pasal halal haram hukum agama. Bersungguh! Sampaikan Faiz disisi terangguk angguk tak berani menyampuk . Terasa insaf mungkin.


Wahida berdecit.


"Hish kau ni. Kesitu pulak  Over tak habis habis. Bab solat pun kau solat hujung waktu, ada hati nak ceramah aku," bidasnya memulangkan paku buah keras.


Zahra berdehem sekali mengusir mood ustazahnya. "Tapi tetap je kau salah. Tak baik cakap macam tu..."


   "Alah.. Aku cakap kemungkinan aje.. Mana tahu kan? Sebab aku selalu tengok drama omputeh, lelaki senyap, pendiam, tak pandang perempuan ni biasanya macam tulah. Suka sama sama jenis dia. Kau tak perasan ke abang Am tu baik semacam dengan abang kau?" panjang lebar Wahida berhujah kali ini. Sedikit sebanyak berjaya mengumpan Zahra dan Faiz sejenak. 2 temannya itu nampak serius memikirkan sesuatu.


   "Ha'ah Abang Am dengan abang Hafiz nampak baik. Cakap pun lambut macam berbisik dalam selimut. Tak kasar, tak tinggi-tinggi suara. Dah macam couple aku tengok,"  tokok Faiz akhirnya termakan umpannya Wahida.


Zahra telan liur. Geli geleman pulak kalau difikir soal itu. Masa inilah babak-babak abangnya dengan Amar menerjah akal fikiran.


   "Tak tak tak..," laju dia menggeleng kepala menafikan segala andaian dan prasangka.


   "Kau ni Ida. Aku taulah mak ayah kau kaya. Rumah ada wifi. Boleh tengok... apa tu? Net..work ? Net apa?"


   "Netflix," bisik Faiz membantu. Kesian nengoknnya. 


   "Ha. Netflix, youtube, facebook. Tapi janganlah sampai terpengaruh macam ni sekali.. Omputeh tu semua bukan Islam. Abang Amar aku ni Islam.. Masih tahu halal haram."


Wahida mencebik lagi. 


   "Aku cakap je..."


   "Dahlah.. Tak nak dah cakap pasal ni. Karang tak sanggup aku nak bertentang mata dengan abang aku kat rumah."


   "Weh weh weh..," Faiz tiba-tiba pula mencuit cuit lengan Zahra sambil memandang ke satu arah. Sudah rupa nampak hantu.


Zahra menepis cuitan Faiz dengan riak sebal.


   "Tsk. Apa kau nih?"


   "Tu tu tu.. Tengok sana. Dekat booth Simply Siti sana," separuh berbisik Faiz bersuara membuatkan Zahra dan Wahida serentak melempar pandang ke arah yang dimaksudkan.


Pandangannya dilempar ke arah booth yang tak berapa ramai pengunjung. Tak jauh pun, berjarak 4 meter sahaja. Jadi anak mata mereka tu serta merta tertancap pada sepasang manusia yang mesra berpegangan tangan.


Walaupun cuma dari susuk belakang, tapi mereka cukup mengenali susuk itu. Nak nak si Zahra. Dia kenal benar gadis yang menggalas beg rona biru itu. Matanya dikecilkan ala detective conan dengan senyum sinis bergayut dibibir.


   "Ohhh... Cakap kat mak nak pergi MT. Kat sini rupanya... Seronok pulak pegang pegang tangan.. Alalala... sweetnya kau...."


   "Serius ah! Kak Ros ke tu?? Dia ada boyfriend ke ?? Pergh.. Hari ini dalam sejarah weh," Faiz menutup mulut yang ternganga dalam ketidakpercayaan.


Yelah. Kak Ros. Kebanggaan kampung bab akademik tapi bab personaliti, semua orang gerun. Dan ternyata, ada manusia yang berani berpegang tangan dengan singa kampung?


   "Weh," Wahida muncul lagi. Kali ini dengan hujahan yang lebih hebat.


   "Boyfriend dia bukan kaleng-kaleng ni guys," mukadimahnya ringkas tapi mampu menarik minat Zahra dan Faiz untuk fokus.


   "Tengok kasut dia. Hilman Authentic. Paling busuk pun 1200 sepasang."


   "Biar betul???" membuntang biji mata Zahra dan Faiz mendengar hujahan pertama dari Wahida yang dah mula berlagak konon penyiasat persendirian.


Anak mata gadis itu masih meneliti lelaki di samping Melisa dengan serius. Dia menyambung lagi .


   "Seluar dia, Everlane 2019, 900 sehelai. Jam dia,  Audemars Piguet limited edition, 2300 ringgit. Baju dia, Saint Polo 500 sehelai. Style dia, aku yakin dia bukan level kita."


   "Perghhh...," serentak Zahra dan Faiz bertepuk tangan dihujung hujahan Wahida. Kagum bercampur bangga dengan bakat tak mendatangkan hasil teman baik mereka sorang ini.


   "Dasyat ar kau Ida. Semua kau tahu. Respect," puji Faiz membuatkan Wahida meraup rambutnya kebelakang penuh bangga . Kembang semangkuk bila dipuji.


   "Well. Biasa-biasa je guys. So.. macam mana? Kita nak follow diorang tak?"


Zahra menggeleng.


    "No no no..Tak payah. Aku ada plan lain. Kau bawak telefon kau?" dia bertanya pada Wahida. Al maklumlah... Level-level dia cuma pakai nokia 3315. Jangan kata netflix. Ambil gambar pun tak boleh. 


Wahida yang sudah memahami, pantas mengeluarkan Oppo A5s nya lalu mengambil gambar pasangan sejoli tak jauh darinya. Usai jadi detektif, dia jadi paparazi pula. Eloklah 3 sekawan.


   "Ok good. Gambar tu kau simpan dulu. Nanti aku boleh guna untuk peras ugut dia. Best jugak macam ni," Zahra berpeluk tubuh dengan senyum sinis. Merangka olah nakal dibenak.




**********



   AMAR berdiri membetulkan tulang belakangnya yang terasa macam nak bengkok. Peluh didahi dia seka menggunakan belakang lengan bajunya sendiri. Baju pun sudah comot terkena minyak hitam.


   "Kau tak rasa pelik ke harini?" Munir yang dari dalam bengkel bersuara membuatkan Amar menoleh sekilas.


   "Apa yang pelik?" dia menyoal sekali sebelum kembali duduk mencangkung membaiki kereta yang baru saja diterima pagi tadi.


Munir menapak mendekati Amar sambil tangannya lincah mengelap wheel bearing kereta untuk salah sebuah kereta customernya yang akan dia ganti nanti.


   "Macam sunyi sepi je harini. Tak rasa pelik ke? Kenapa ek?" giat Munir berniat untuk mengusik Amar. Dia sudah terkemut kemut menahan senyum.


Amar tak memahaminya. Tekun dia melakukan kerjanya.


   "Biasa je" 


   "Alaaa... Kau jangan la buat buat biasa macam tu.. Harini seharian minion murai tu tak datang. Biasa ada je tercongok depan kau potpet potpet kan? Kau tak rasa sunyi ke harini?"


   "Heh ?" Amar angkat muka berkerut dahi.


   "Apa maksud kau?"


   "Alaaa...," Munir mula mencangkung mengadap Amar. Beria benar dia nak campur tangan kisah cinta orang. Minat kot bab satukan jiwa ni.


   "Dari tadi aku tengok kau sekejap sekejap tengok kiri jalan, sekejap sekejap tengok kanan jalan. Panjang leher leher. Kau tunggu Ara ke?" 


Amar tayang muka '-what-the-heck'nya.. Berkerut dahi seolah menafikan tuduhan Munir. Dalam masa yang sama dia terfikir macam mana Munir boleh tahu? Apa jangan-jangan..ketara sangat tindak tanduknya hari ini? Tak mahu terus ketahuan, dia segera bangun. Menutup bonet depan kereta lalu bergerak kearah paip sebelah kanan luar bengkel untuk membersihkan kotoran bekas minyak dan karat ditangan.


Munir menyusul tak habis habis nak menyakat.


   "Kau mesti ingat aku tak tahu kan? Kau pun suka Ara, aku tahu.."


   "Mengarutlah,"  pangkas Amar bersungguh memberus lengan sendiri mengelak bertentang mata dengan Munir.


Munir senyum lagi.


   "Habis tu kenapa dengan Ara je kau tak layan? Dina, Ida, Suri, Ani, perempuan lain kau layan elok je."


   "Yeke? Kau sorang je kot fikir bukan bukan."


   "Yelah tu.. Kenapa kau tak terus terang je kat Ara suruh dia jangan kacau kau lagi. Ni tak. Kau biar je hari-hari dia ikut kau macam stalker."


   "Dia tak adalah sampai tunggu depan rumah aku. Ni kan bengkel kau. Takkan aku nak halau dia."


   "Habis tu semalam kenapa kau rajin sangat nak ambik filter minyak rumah Hafiz? Aku dah cakap kan Hafiz sendiri nak hantar sini."


Amar terkelu sedetik. Kering tekak dek diserang bertubi-tubi. Dia memulas kepala paip sebelum membalas pandangan Munir. Cuba berlagak tenang.


   "Tak salah pun aku ambik. Aku ingat nak siapkan cepat-cepat. Petang kan sibuk."


   "Yeke? Dahtu pagi tadi? Dina dah cakap nanti dia balik sekolah dia nak singgah ambik bekas makanan kat sini. Kenapa kau rajin sangat nak hantar rumah dia pagi-pagi hari? Sebab nak jumpa Ara kan..?"


   "Tsk," akhirnya Amar berdecit mati kata. Liar anak matanya cuba mengelak dari terus diserang.


   "Aku.. Balik dululah. Kereta abang Wan ni esok aku sambung sikit lagi. Dah nak siap dah pun," dalihnya sebelum tergesa gesa menuju ke arah motorsikalnya yang diparkir depan rumah Munir.


Munir tersenyum puas hati sambil masih memerhati gerak  Amar.


   "Jangan lama-lama Am. Takut nanti dia tawar hati, alih alih kau pulak yang kejarkan dia siang malam!" sempat lagi lelaki berambut panjang separa bahu itu mengusik sebelum motor Amar menderum pergi meninggalkan perkarangan rumahnya.


Seronok betul dapat menyakat kedua dua Zahra dan Amar. Yang sorang gelojoh, yang sorang malu-malu kucing.

Previous: BAB 3
Next: BAB 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Yana Agasshi