Home Novel Cinta Kasih Tercipta
Kasih Tercipta
Yana Agasshi
26/1/2021 18:06:03
31,396
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 9
BAB 9


   ZAHRA menggeliat dengan mata separuh terbuka apabila cupingnya menangkap bunyi ketukan dipintu kamar. Tak tahulah macam mana tidur sampai baju terselak, selimut bawah katil, bantal entah ke mana. Tidur ke, berperang ke, tak tahulah.


   "Hehhhh.. Tsk,"  dia mengeluh berat sebelum terpaksa mengangkat tubuh yang terasa berat.


Jam loceng di atas meja menunjukkan sekarang sudah pukul 9 setengah pagi. Dengan muka sememehnya itu, dia bergerak membuka pintu. Tercegat ibunya bertudung bawal merah jambu sedikit yang senget di situ.


   "Mak... Orang cutilah harini.. Kan dah cakap semalam... Baru pukul 9 ni.."


   "Allah, Allah, Allah.... Anak dara apa nak tunggu pukul 12 baru nak bangun? Macam ni ke nanti nak jadi bini orang? Anak laki nak sarapan apa?"


Mata Zahra membuntang luas. Segar sekelip mata.


   "Kenapa mak? Abang Amar masuk meminang ke? Mak dah terima ke? Mak cakap apa??"


"Tsk tsk tsk....," Razila cuma mampu menggeleng kepala. Berdenyut kepala di pagi hari.


Melihatkan itu, Zahra mengeluh kecil bersama cebikan. Hampa.


   "Mak ni, janganlah bagi harapan palsu macam ni.. Terkejut orang."


   "Mak tak cakap apa pun Zahra oi... Ya Allah.. Matang la sikit..."


   "Ishh... Matang, matang, matang. Karang matang betul cakap rindu Zahra yang dulu pulak."


   "Dah, dah. Kat luar sana. Ada orang nak jumpa kamu," Razila sudah malas melayan.


Dia mengatur langkah k earah dapur meninggalkan Zahra berkerut dahi sendiri.


   "Heshhh... Siapa la tak reti bahasa sangat pagi pagi dah datang rumah orang," lancar mulut kecil Zahra membebel dengan muka tak puas hati sambil berjalan semula masuk ke dalam kamar untuk mengintai dari celah jendela.


   "Tak reti ke orang penat, nak ti...," bebelannya terhenti serta merta tatkala anak matanya melekat pada sebatang tubuh yang berdiri di depan rumahnya. Liurnya ditelan dalam tak percaya. Laju dia menggenyeh-genyeh matanya untuk melihat dengan lebih jelas.


Sah! Si pujaan hati! Dia jadi kalut tak semena mena. Mundar mandir di ruang kamar yang bersepah dengan kain baju.


   "Ya Allah... Apa abang Amar buat kat sini? Nak melamar aku ke? Ke..Ke.. Mimpi je ni?"


Pantas dia mencubit pipinya sendiri.


   "Ouww!!" dia sendiri juga yang mengaduh sakit.


   "Ahh... Bukan mimpi.. Okey, okey. Nice nice nice.. Er.. Rilek Ara.. Macam tak biasa pulak kau. Buat rileks aje...," monolognya sendiri resah tak bersebab.


Tak buang masa, tergopoh-gopoh dia mencapai tuala lalu berlari ke bilik mandi. Tak mandi pun. Basuh muka ala kadar, gosok gigi sepantas kilat, lepastu berlari masuk kamar semula. Tukar baju lengan panjang kemudian sarung saja shawl yang sudah berminggu tak dicuci. Sempat lagi ditiliknya muka di cermin bulat yang tergantung pada almari kayunya. Bila yakin semua sudah okey, dia berlari ke arah pintu depan untuk bersua Amar tapi setibanya di separuh jalan, dia buat u-turn mengejut. Laju memecah masuk ke dalam kamar Melisa namun tak disangka-sangka anak matanya terpandang sekujur tubuh lagi tidur di atas katil.


Kussss semangat! Nasib baik tak gugur jantung dan nasib baik juga Melisa tak terjaga.


   "Ishh. Bila masa balik dia nih. Tsk."


Terpaksalah dia hidupkan mod perompak proffesionalnya. Terjinjit-jinjit bergerak ke arah meja solek. Perlahan-lahab mengambil botol wangian. Sesekali dikerling sekilas Melisa di belakang. Selamat.


Pssst! - Dia menekan satu semburan penuh waspada. Kemudian botol kaca itu diletakkan kembali di tempat asal sebelum terjinjit-jinjit keluar pula. Tak berlamaan, sepantas kilat dia berlari ke luar rumah. Gaduh sekali dia menyarung selipar dan mendekati Amar. Sedikit mengah! Tapi senyumnya tetap lebar sampai ke telinga.


   "Lama ke tunggu? Maaf. Ara...ni, erm...solat Dhuha sikit..,"  dan dan aje dia nak kelentong pagi pagi hari.


Amar tersenyum nipis.


   "Mata awak bengkak lagi tu," bersahaja lelaki berseluar coklat banyak poket itu berkata.


   "Hah? Er...," blur sekejap Zahra jadinya. Liar anak mata cuba mengolah alasan.


   "Oh.. Biasa lah.. Banyak sangat menangis masa solat Dhuha tadi. Teringat Ara ni banyak dosa kan.."


   "Dhuha bukan solat untuk murah rezeki?"


   "Erm... Boleh je.. Kita pendosa ni kena setiap masa ingat dosa, bukan time solat taubat je, abang.."


Perghh....Lancar betul Zahra mempertahankan diri. Kuat ni kubu pertahanan Nurul Zahra. Bercampur pula dengan muka tembok.


Amar ketawa kecil. Belum apa-apa sudah terhibur.


   "Ke..kenapa abang gelak? Kelakar ke?" soal Zahra serba salah. Yelah, banyak sangat menipu, rasa juga berdosa.


   "Awak pakai baju terbalik," jawab Amar menahan tawa membuatkan Zahra membuntang biji mata.


Laju Zahra tunduk menilik bajunya sendiri. Memang terbalik!  Aduuhhhh... Dia memalingkan muka ke arah lain menyumpah kebodohan dirinya sendiri.


   "Mujarab kot solat Dhuha tadi sebab kata orang tua tua, pakai baju terbalik tu tandanya ada rezeki nak masuk," usik Amar lagi seronok melihat reaksi Zahra. Patut lah Munir selalu menyakat.. Macam nilah perasaannya kot... Seronok!


Zahra angkat muka. Tersengih menahan malu. "Urm... In shaa Allah.. Rezeki setiap manusia itu sentiasa ada..."


   "In shaa Allah..."


    "Ni kenapa abang datang? Betul ke abang cari Ara?" selamba saja Zahra mengubah topik perbualan. Smooth aje.


Amar senyum nipis. Kedua-dua tangan yang diletak di belakang tubuh sejak tadi tadi dia bawa ke depan. Memegang sepucuk surat yang dilipat 3. Tanpa sampul.


   "Nah, untuk awak," ucapnya ringkas dan bersahaja.


Yang Zahra pula terkebil-kebil memandang surat itu silih berganti dengan muka Amar. Ada debaran mengusik hati. Pelbagai andaian menerjah akal fikiran. Macam mana kalau Amar pulangkan semula surat yang dia bagi itu hari? Macam mana kalau Amar tolak rasa cintanya hidup hidup?  Tak. 3 tahun kot aku usaha.


   "Ambiklah," suara Amar menyedarkannya.


Nak tak nak, dia terpaksa juga menyambut. Kesat terasa dalam tekak.


   "A..Apa ni?"


   "Bukaklah."


Sekali lagi dia berdebar dupdap dupdap. Tangannya lambat lambat membuka lipatan kertas putih. Dahinya berkerut seribu. Besar lebar kertas bersaiz A4 itu, cuma tertulis satu ayat sahaja?


Ringkas.


   "Saya bagi awak peluang."


Ayat itu dibaca berulang kali. Bingung dan keliru. Otaknya masih tak dapat memproses dengan baik. Dia angkat muka terkebil-kebil.


   "Peluang.. Peluang apa?" polos dia menyoal.


Amar jongket bahu membiarkan Zahra berfikir sendiri dan akhirnya, setelah otak berkarat Zahra kerja dengan lebih berat, barulah situasi sebenar berjaya difahami. Matanya serta merta membulat luas. Tak berkedip memandang wajah Amar seakan cuba membaca sama ada lelaki itu sedang mempermainkannya atau tidak sekarang ini. Tekaknya kering. Jantung berdegup kencang. Otaknya ligat berfikir itu ini, sesuatu yang tak jelas. Sumpah keliru! Benaran dalam kejutan budaya.


   "Ffuuuhhh....," dia menghela nafas panjang sambil berundur setapak ke belakang. Dahinya ditekap memastikan suhu badannya masih diparas normal. Resah, gelisah. Tak tahu apa dia rasa saat ini. Semuanya bagaikan mimpi. Pantas dan tak nyata.


Amar yang memerhati menggaru-garu belakang kepalanya yang tak gatal. Bingung sedetik. Disangkanya Zahra akan melompat gembira tapi...kenapa macam ni pula reaksinya?


   "Ara, kenapa ni?"


   "Tak,tak.. Kejap," Zahra mengangkat tangan separa tinggi seakan tanda memberinya ruang dan masa. Konon...


   "Abang serius tak ni? Maksud Ara..ermm.. Abang nak mainkan Ara ke? Macam dalam drama tv3 yang diorang buat taruhan kalau dapat pikat Ara, diorang bagi duit kat abang? Munir ke suruh? Macam tu?"


Dahi Amar pula berlapis. "Tapi kan awak yang pikat saya dulu."


   "Hm, betul jugak," dah macam orang bodoh Zahra mengakui cepat. Kepalanya digaru-garu walau tak gatal. Mundar mandir setempat.


   "Ara.. Tenang dulu.. Tarik nafas, hembus perlahan-lahan...,"  lembut suara Amar memberi panduan agar lebih tenang.


Zahra berhenti mundar mandir. Dia menarik nafas dalam...., kemudian dihela perlahan. 2 kali dia mengulang sebelum akhirnya dia kembali menghadap Amar. Cahaya matahari menyentuh kulit tak dihiraukan.


   "Betul ke abang terima cinta Ara? Maknanya kita...Ara, abang, dengan rasminya...er...,"


Tergagap-gagap lagi dia nak menyebut ni ha. Susah nak percaya. Perutnya juga sebu semacam nak muntah.


   "Okey. Jadi, sekarang ni betul lah abang..dengan Ara..couple macam tu?"


Ha. Keluar pun soalan sebenar.


Amar memasukkan tangan kedalam poket seluar buat-buat jual mahal.


   "Well... Saya bagi awak peluang dulu. Kita sama-sMa mengenali hati budi dulu sebab awak mungkin tak kenal saya sepenuhnya kan? Maybe nanti bila dah kenal saya, saya tak memenuhi kriteria yang awak idamkan?"


   "No,no,no!" Tiberrr ajespeaking pulak si Zahra. Beria menafikan.


   "Abang dari hujung rambut sampai hujung kaki memang idaman Ara. Sungguh..."


Amar tersenyum nipis. Menyenangi sikap terus terang tak tahu malu Zahra.


   "Okay but still, kita kena kenal hati budi dulu. Saya tak kenal awal sepenuhnya lagi jadi saya bagi peluang untuk awak tunjukkan diri sebenar awak pada saya. Kita cuba. Kalau ada jodoh, ada lah. Kalau tak ..."


   "Aamiin...!" pintas Zahra laju sebelum sempat Amar habis berbicara.


   "In shaa Allah ada jodoh kita. Aamiin Aamiin Aamiin..," sambung gadis itu bersungguh sungguh.


Amar senyum lagi. Eh entahlag. Sehari dua ini, dia dah jarang senyum sembunyi sembunyu dah. Kalau rasa bahagia tu, dia senyum aje. Nak nak Zahra makin hari makin comel saja keletahnya. Terhibur.


   "Tapi sebelum tu saya ada 3 syarat untuk awak."


   "Syarat apa?" sepantas kilat Zahra menyoal dengan mata galaknya betul betul melekat pada sepasang mata milik Amar. Nak berkedip pun takut. Takut satu kerdipan, boleh bawa keluar dari alam 'mimpi' ini.


   "Syarat pertama.., no more lies."


   "Hah?" dahi Zahra berkerut keliru.


    "Li..lies? Baring? Baring apa? Tak boleh baring ke kalau bercinta dengan abang? Kena meniarap?" lurus bendul dia menyoal kebingungan mengundang tawa Amar.


   "Bukan lay.. Lies. Jangan cakap bohong. Saya paling tak suka hubungan yang tak ada kejujuran."


   "Ohhhhh...," panjang Zahra punya 'oh' sambil mengangguk angguk kepala. Sedetik, dia sengih.


   "Boleh tak ada hal. Ara jujur orangnya. Sejak sejak kawan dengan Ida, Faiz, itu yang pandai menipu."


   "Tengok tu,"  Amar melirik mata tanda kad kuning.


Sekali lagi Zahra tersengih garu kepala. "Sorry sorry... Apa syarat kedua?'


   "Syarat kedua, jaga adab. Jaga bahasa. Jangan cakap kasar dengan family terutama mak awak. Termasuk abang dengan kakak awak."


   "Tapi..."


   "Okey kalau tak nak tak apa."


    "Tak! Tak! Tak! Okey, okey.. Faham. Jaga adab, jaga bahasa, beres.  Kacang aje. Next?"


Amar senyum lagi. Nasib baik.. Kalau tak dihalang tadi, dengan dia sekali melepas.


   "Okey. Syarat ketiga, awak kena anggap hubungan kita serius. Saya tak suka cinta monyet atau cinta platonik. Kita belajar kenal hati budi bila dah sedia, kita nikah. Bukan sia-sia kan masa jaga jodoh orang lain."


Perghhh.....Power gila ayat. Zahra terkedu beberapa detik. Kecut perut tika ini. Sumpah tak menyangka dia akan dengar semua ini keluar dari mulut pujaan hati.


   "Macam mana? Setuju dengan 3 syarat ni?" berkeyakinan Amar bertanya menyedarkan Zahra dari lamunan cinta.


Gadis itu tersengih sampai ketelinga. Riang ria terserlah.


   "Setuju!"


Amar tersenyum lega.


Akhirnya berjaya juga dia meluahkan isi hati yang dipendam selama 3 tahun. Lega yang amat.


   "Kalau macam tu pergi lah masuk dalam. Saya balik bengkel dulu."


   "Okay....," dalam sengihan Zahra menyahut macam orang angau. Melambai-lambai keayuan bagai nak berpisah 1000 tahun.


Tapi baru beberapa langkah, Amar berhenti berjalan. Dia berpaling ke belakang membuatkan Zahra kerut dahi.


   "Saya lebih suka awak pakai one drop nombor 7 berbanding perfume kakak awak," jelas Amar berkata kata sebelum menyambung langkah yang terhenti.


Zahra ditinggal tercengang. Terkebil-kebil.


Beberapa saat, debunga sakura menyirami dalam hati bersama pelangi indah. Mencuit tangkal jantung menghadirkan debar teruja. Dia menekup mulutnya sendiri menahan jeritan bahagia. Terkinja-kinja melompat kalahkan kera dapat bunga.


   "Aaarghh!!!!!" akhirnya dia menjerit juga tak tertahan. Tak sabar nak khabarkan pada dunia bahawa dia berjaya menambat cinta si pujaan hati.


   "Aaarghhh!!!!!"

Previous: BAB 8
Next: BAB 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Yana Agasshi