Home Novel Cinta Kasih Tercipta
Kasih Tercipta
Yana Agasshi
26/1/2021 18:06:03
31,335
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 5
BAB 5


   BAMM ! - Zahra menutup pintu kereta milik Karim setelah dia melangkah keluar.


   "Jumpa esok. Byeee..," dia melambai pada Wahida dan Faiz yang di dalam perut kereta sampailah kelibat kereta itu tak lagi kelihatan. 


Senyum masih merekah dibbibir saat tubuhnya dipusingkan ke belakang. Membuka langkah menuju ke arah pintu depan rumah yang tertutup tapi baru saja nak menolak daun pintu kayu, anak matanya menangkap sebatang tubuh muncul di balik dinding rumahnya sebelah kanan. Mungkin keluar dari pintu dapur.


   "Cikgu," laju dia menyapa mesra.


Tak jadi niatnya nak melangkah masuk ke dalam rumah, dia kembali menyarung selipar mendekati seorang lelaki lewat 50an yang sudah berhenti melangkah menantinya.


Yusoff, pengetua Sekolah Menengah Alur Kasih merangkap bekas cikgu matematik Zahra. Duda anak 2. Tapi dengar kata anaknya tinggal dengan bekas isterinya di Thailand sana.


   "Cikgu buat apa kat sini? Jumpa mak ke ?" soal Zahra mengundang tawa kecil Yusoff.


Lelaki beruban putih itu tampak segak seperti biasa. Berseluar slack dan kemeja biru. Perutnya sedikit boroi ke depan.


   "Cikgu ada urusan sikit dengan mak Ara.. Ara dari mana ni..?"


   "Ara dari bandar. Kan ada funfair kat sana. Best. Cikgu tak pergi ke?"


   "Oh..Yeke.. Cikgu tak tahu pulak.. Lain kali kalau Ara nak pergi, bagitahu je cikgu. Cikgu bawak Ara pergi," lembut bicara Yusoff dengan senyum tak lekang dari bibir. Sepasang matanya di balik kaca mata sedari tadi asyik meratah seraut wajah cantik milik Zahra. 


Zahra yang polos tersenyum lebar tak mengetahui maksud di sebalik pandangan itu .


   "Takpelah cikgu.. Pak Karim ada. Ayah Ida tu baik je. Nak pergi mana-mana dia selalu hantar."


Yusoff angguk perlahan.


"Yelah. Ni," dia mengeluarkan sekeping not kertas dari poket kemejanya lalu dihulur pada Zahra.


Zahra buat-buat terkejut seperti kebiasaannya walaupun dia dah menduga sebabak drama ini. Kalau tak, takkan la saja-saja dia beria turun padang.


   "Taknak lah cikgu.. Dah besar panjang pun cikgu selalu bagi duit belanja.. Tak nak tak nak taknak..," pandai dia berlakon. Beria menolak konon rasa bersalah nak menyambut.


Yusoff senyum sambil tangan masih menghulur.


   "Ambiklah, Ara.. Cikgu tak ada anak isteri nak bagi duit belanja.. Ara sorang je layan cikgu baik selama ni. Ambik ambik."


   "Hmm...," Zahra memuncungkan mulut acah-acah berfikir sebelum akhirnya dia menyambut. Muka berlagak serba salah.


   "Susah susah aje.. Terima kasih!" dia menyeringai sampai ketelinga.


   "Yelah. Cikgu balik dulu. Ara masuk dalam. Dah nak maghrib ni," ucap Yusoff mengusap sekali lengan Zahra.


Namun tingkahnya itu terlalu bersahaja sehinggakan Zahra sendiri tak menyedarinya. Atau mungkin juga gadis itu terlalu polos untuk bersangka buruk.


   "Ara masuk dulu. Cikgu hati-hati bawak kereta," balas Zahra sebelum mengatur langkah masuk kedalam rumah melalui pintu depan.  


Riang ria dia mengibas-ngibas wang bernilai RM50 ditangan. Kakinya dihayun kearah kamarnya tapi anak matanya sempat menangkap susuk ibunya di dapur. Lantas dia buat lencongan. Menapak mendekati ibunya yang duduk termenung jauh di meja makan.


   "Mak."


   "Ya?" terkebil kebil Razila angkat muka memandang Zahra yang dah tercegat didepannya. Wanita itu melepaskan keluhan berat dengan riak mendung. Ada sesuatu mengganggu akal fikiran.


    "Kenapa ni? Sedihhh je muka," giat Zahra menarik kerusi hujung meja.


Razila menggeleng lemah. Seakan tak berdaya nak menjawab. Hatinya galau dengan satu khabar barusan.


   "Tak ada apalah. Kamu balik dengan siapa ni?"


   "Pak Karim la hantar.."


Razila angguk kepala tak berapa fokus. Sedetik, dia terpandang wang kertas di tangan Zahra. Dahinya berkerut seribu.


   "Duit apa tu ?".


   "Ni ?" selamba Zahra mengangkat not ditangan.


   "Cikgu Yusoff bagi... Best kan selalu dapat 'elaun' macam ni ?"


   "Zahra!" sedikit meninggi nada Razila mendengarkan jawapan anak bongsunya itu. Air mukanya berubah keruh tiba-tiba membuatkan Zahra hairan.


   "Apa mak ni? Terkejut orang."


   "Berapa kali mak cakap jangan terima duit dari cikgu Yusoff? Kamu dah besar panjang, dah kerja sendiri, kenapa susah sangat nak faham?"


   "Dah dia nak bagi... Apa salahnya..? Mak pun

selalu jugak pinjam duit dari cikgu Yusoff. Yuran sekolah orang dengan kak Mel, bil air bil api kita dulu dulu, yuran kolej kak Mel, apa lagi? Kos perubatan masa abang Hafiz accident 4 tahun lepas pun, semuanya mak pinjam dari cikgu Yusoff jugak. Kenapa orang tak boleh terima duit belanja dari cikgu Yusoff?"


  "Ya Allah Zahra...," panjang Razila mengeluh kali ini seakan merayu Zahra mendengar permintaannya kali ini. Berkaca sepasang matanya.


   "Tolongglah dengar cakap mak. Mulai hari ni, jangan terima lagi apa-apa pemberian dari cikgu Yusoff. Tolong lah."


Zahra berkerut dahi. Hatinya dicuit rasa aneh melihatkan sikap ibunya tika ini tapi kebetulan azan maghrib berkumandang. Tak jadi dia nak melawan kata. Takut disumpah jadi batu.


     "Yelah yelah yelah..," akurnya sambil berdiri dengan muncung sedepa.


   "Orang masuk bilik dulu," sambungnya seraya menghayun kaki menuju kearah kamarnya. Dia menutup pintu kamar kemudian menghenyak punggung diatas katil. Shawl kelabu yang melitup kepala ditanggalkan sedang otaknya masih ligat berfikir soal permintaan ibunya barusan.


Serba salah jadinya . Dia tak naklah sampai jadi anak derhaka tapi dalam masa yang sama, takkan la dia nak tolak rezeki depan mata.


   "Hmmhhh...," tubuhnya direbahkan bersama keluhan berat.


Cuba menenangkan fikiran dengan membayangkan wajah pangeran idaman. Senyum angau serta merta bergayut dibibir bila seraut wajah manis Amar melintasi layar mata. Gerak geri yang bersahaja, tutur yang lembut sedap didengar, senyuman yang manis menawan, kulit hitam hitam manis, rambut ikal..Hmhhh... Alangkah bahagianya kalau dia dapat jadi isteri kepada Amar.


   "Haiiii senangnya dalam hati~~  Kalau bersuamikan Amar.. Terasa~ dunia.. Ana yang punyaaaa~~~~" - Tak semena mena dia mula menyanyi pulak dah....


Selesai azan bukan kata nak berdoa tu idok..


  "Aarghhh!!!" sayup sayup kedengaran dia menjerit dalam bantal dengan kaki menggelupur bak sotong dicurah cuka. Lepastu gelak sorang-sorang membayangkan dirinya duduk bersanding di atas pelamin bersama Amar. Malu-malu kucing. Makin teruja la dibuatnya. Bahaya penyakit gila bayang si Zahra ni. Kalau tak dipinang cepat-cepat si Amar, takut jadi biol kepalanya. Kesian muda muda sudah senteng.

Previous: BAB 4
Next: BAB 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Yana Agasshi