Home Novel Cinta Kisah Adam Dan Ainur
Kisah Adam Dan Ainur
Yana Agasshi
29/11/2020 20:54:42
28,232
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 13

       FARISHA yang baru saja pulang dari tempat kerja, terus menapak masuk kedalam kamar Ainur. Gadis itu berdiri sambil menyandar pada almari.


Ainur yang duduk tak buat apa-apa diatas katil, kerut dahi membalas pandangan Farisha.


    "Kenapa kau ni?" soalnya hairan. Yelah, dahla masuk tanpa salam, lepastu senyap je pandang orang. Tak ke pelik?


"Kau gaduh dengan along ke?" giliran Farisha pula memulangkan soalan mengundang kerutan didahi Ainur.


     "Macam mana kau tahu? Eh, maksud aku. Kami tak gaduh, cuma.. aku ada buat salah sikit.."


"Salah apa?"


    "Biasa je. Waktu maghrib tadi, aku main phone.."


"Hmmm....," panjang Farisha yang ber-shawl ungu itu berfikir sejenak sebelum akhirnya dia menggeleng geleng kepala.


     "No no no, bukan sebab tu. Aku nampak muka dia kat luar tadi, kusut tahap lain. Kalau setakat kau main phone maghrib, aku dah 1000 kali kena marah weh. Aku tahu macam mana muka dia," ujar Farisha penuh yakin menarik perhatian Ainur. 


Ainur turun dari katil mendekati Farisha. Kain batik yang sedikit longgar dia betulkan.


     "Habis tu kenapa?"


"Mana aku tahu. Kau ada buat salah apa lagi? Cuba fikir balik."


     "Salah??" dahi licin Ainur berlapis seribu. Berkerut muka memerah otak tapi tak jua ketemu apa salahnya.


"Semalam okey je sebelum pergi kerja. Lepastu balik kerja tadi.. eh tak tahulah aku."


Farisha geleng lagi. "Cuba kau fikir balik.. Ada kau cakap apa-apa tak kat along? Fikir balik."


Ainur diam. Sekali lagi memerah otak sambil menggerak-gerakkan bibir. Sedetik, dia teringat soal Faizal. Tapi takkanlah pasal tu kot..


    "Aku ada cerita kat abang Am fasal Faizal. Kau tahu kan Faizal dah balik kampung kita lagi?"


"Kau cakap apa?"


     "Cakap..cakap yang dia balik sini lah. Faizal ada jumpa aku and dia.."


"What?!!" kuat suara Farisha memintas kata Ainur dengan mata membuntang. Kaget Ainur dibuatnya.


    "Kau gila ke? Ya Allah Ainur...," Farisha memicit-micit kepala sendiri seakan berdenyut kepala mendengar kenyataan tak bersalah Ainur.


"Kau tahu kan along tu macam mana..  kau sendiri tahu kan yang along tu kuat cemburu.. Dah 3 tahun, Ainur.. Takkan tak sedar lagi perangai laki kau sendiri.. kalau dia tak luah sekalipun, kau takkan tak boleh baca air muka dia.. Lembab sangatlah kau..," panjang Farisha berhujah kali ini cuba menyedarkan Ainur tapi Ainur masih lagi blur.


     "Lah.. Itu kan kalau dengan lelaki lain.. Faizal ni pulak, kawan baik kita. Berkawan dari sekolah. Mengarutlah kau. Muka abang Am memang macam tu kan."


"Kawan sekolah ke, kawan tadika ke, Faizal tu tetap je lelaki.. Tambahan sekarang dia dah jadi manusia pujaan wanita and dulu dia crush kat kau. Ya Allah. Slow kau ni. Faham tak slow?"


     "Masalahnya, abang kau, tak tahu menahu pun yang Faizal pernah suka aku. Dan macam aku cakapla. Cerita 14 tahun lepas, cinta monyet jelah.."


"Eih. Malaslah cakap dengan kau. Kalau dengan along pandai kau eh. Kena bebel kau diam je tak menjawab. Kalau dengan aku, kalah lawyer!"


Sempat Farisha menjentik sekali dahi Ainur sebelum mengatur langkah keluar. Ainur menggosok-gosok dahinya sambil mulut kecilnya terkumat-kamit membebel pada Farisha yang dah menghilang dibalik langsir.


Sedetik, dia jadi teringat pada Adam. Terdiam sejenak mengimbas semula babak dia bercerita soal Faizal pada Adam tadinya. Betul ke Adam marahkan dia sebab Faizal?


'Tsk' - Ainur berdencit sekali mengusir rasa tak senang yang membelenggu hati. Matanya mengerling sekilas jam loceng. Pukul 8:30 malam. Dah dekat setengah jam Adam kat luar sana. Risau pula gara-gara bicara Farisha barusan. Tak tunggu lama, dia terus menyarung tudung sarung rona merahnya lalu menyusun langkah keluar dari rumah melewati ruang tamu yang kosong. Selipar jepun milik abahnya, dipakai sebelum dia menapak mendekati Adam dipangkin halaman rumah. Lelaki itu sedang duduk termenung.


     "Buat apa kat luar? Nyamuk ni. Masuk dalam." Serius benar nada Adam membuka bicara. Niat dihati agar si isteri tak digigit nyamum tapi nadanya macam nak marah. Dah memang cara dia bercakap begitu.. Kalau orang tak kenal, mesti akan salah faham.


Mendengar larangan itu, Ainur buat tak faham saja. Dia bahkan memanjat naik untuk duduk disebelah Adam. Kaki Adam menyentuh tanah, tapi kaki Ainur pula terapung-apung diudara dek tak cukup tinggi.


    "Abang kenapa tak masuk lagi?" Ainur bertanya memandang sisi wajah ketat si suami. Angin malam menyapa kulit mereka. 


Untuk soalan itu, Adam diam tak membalas. Diam melempar pandang ke satu arah. 


Ainur menyambung lagi, "Abang ada marahkan Ainur ke? Atau Ainur ada buat abang terasa hati?"


Adam menoleh. Wajah yang ketat berubah mendung seolah-olah cuba menzahirkan rasa kecil hatinya pada Ainur. Beberapa detik mereka bertentang mata tanpa sepatah kata.


    "Abang...," Ainur bersuara lagi. Dia meraih jemari kasar Adam. Hangat mengusap-usap jemari yang jarang sekali dipegang itu. Sepasang mata redup Adam dipandang dalam.


"Maaf kalau abang terasa bila Ainur cakap fasal Faizal. Tapi Ainur tak ada niat lain, Ainur cuma teruja sebab Faizal kan kawan baik Ainur dengan Sha masa zaman sekolah dulu.. Abang pun kenal Faizal kan?"


    "Kenapa dia datang jumpa Nur?" soal Adam setelah lama membisu. Resah dijiwanya tak hilang memikirkan kedatangan Faizal. Dia takut.. Takut dengan andaiannya sendiri.


Ainur diam sejenak. Ternyata benar bahawa topik Faizal punca Adam berubah sikap. Kenapalah dia selalu ulang kesilapan sama? Selalu tak peka akan perasaan suami sendiri. Ah.


Kali ini Ainur melompat turun dari pangkin dan bergerak kedepan Adam. Mencelah masuk diantara 2 kaki Adam untuk menempel dekat. Kerana Adam lagi duduk dan dia berdiri, ketinggian mereka jadi lebih kurang. Tak adalah dia perlu mendongak seperti kebiasaannya. Comel lagaknya seperti anak kucing. 


     "Faizal cuma datang sebab nak jumpa Ainur as kawan lama.. Lagipun dia bukan cari Ainur je. Sha pun dia cari tapi kebetulan Sha kerja kan..," jelas Ainur terpaksa berbohong demi kebaikan bersama. Dia memegang pinggang Adam pula.


"Abang marahkan Ainur? Ainur minta maaf ya abang?" Kedip-kedip mata galaknya meminta 'kemaafan' Adam. 


Kalau ikutkan hati, masih banyak hal yang Adam ingin tanyakan. Dia nak tahu semua perbualan Ainur dan Faizal, tapi dalam masa yang sama, dia tak sanggup. Membayangkan Ainur bersama Faizal saja dah cukup membuatkan perutnya dijerut rasa sebu. Bagaimana agaknya rupa empunya nama Faizal? Pasti lebih kacak darinya yang 'biasa-biasa' saja ni. Yang pasti, lebih muda darinya. Sesuailah dengan Ainur.. 


Ah. Mengarut apa lagi kau, Adam? Astaghfirullahaladzim..


      "Lepasni kalau dia datang jumpa Nur lagi, bagitahu abang."


Laju Ainur mengangguk bersama senyuman.  "Abang tak marah Ainur?"


"Abang tak marah, tapi abang tak suka," ringkas jawapan Adam membuatkan Ainur kerut dahi.


Diam sedetik Ainur dek cuba memproses bicara Adam. Yelah. Jawapan tergantung. Tak suka, tak suka apa? Tak suka aku ke?


     "Dahlah. Masuk dalam, kat luar banyak nyamuk," Adam bersahaja turun dari pangkin lalu mengatur langkah kearah rumah meninggalkan Ainur berfikir sendiri.


Tak berlamaan, Ainur pun mengejar langkah panjang si suami. Mereka berdua sama-sama masuk kedalam kamar. Adam duduk diatas kerusi meja kerjanya sementara Ainur duduk diatas katil setelah menyangkut tudung sarungnya pada penyangkut belakang pintu.


     "Abang, esok kan, kat rumah tak ada orang," maklum Ainur mereka satu olah. Dilihat Adam sedang serius membelek skrin telefon tapi dia tahu suaminya tu mesti sedang 'check' email. Kalau tak, apa lagi nak dibuat dengan telefon itu? Facebook tak ada, Instagram tak ada, Twitter tak ada, youtube pun tak pernah dibuka. Telefon jenama iPhone itu cuma digunakan buat urusan kerja sahaja. 


"Abang tak nak tahu ke kenapa tak ada orang?" sambung Ainur bila Adam langsung tak bereaksi.


    "Kenapa?" ala kadar Adam menyoal. 


"Sha kerja, mak dengan abah pulak, nak pergi rumah tok alang lagi.. Mak Su Sah cakap tok alang dah boleh bangun dah.. Itu yang mak, abah nak melawat sekali lagi.."


Adam angguk-angguk kepala tanpa memandang Ainur yang beria bercerita. Cukup menyakitkan hati sebenarnya tapi Ainur dah terbiasa. Geram tu tetap ada.


      "Jadi Ainur sorang-sorang la kat rumah. Abang pun kerja," dia mula melempar umpan. Berkias-kias dahulu berharap Adam memahami apa yang dia cuba sampaikan. 


Beberapa detik berlalu, sepi memenuhi segenap ruang kamar kayu itu. Ainur kacip gigi dalam terkumat kamit mulut mengomeli sikap tak endah Adam. Dah macam dinding rumah!


'Hmhh...'- keluhan dihela perlahan. Sejenis manusia bernama Adam Firdaus ni memang tak boleh berkias. Antara tak faham atau memang tak dilayan. Nak apa-apa, terus terang sajalah. Hasilnya sama ada diterima, atau ditolak mentah-mentah.


      "Abang, Ainur nak ikut abang pergi kerja esok boleh tak?"


Ha. Kan senang. Kalau tak endah jugak, tak tahulah dia nak buat apa lagi. Tidur jelah agaknya.


Untung saja kali ini, Adam menoleh sekilas dengan muka bersahajanya. 


     "Ikut buat apa? Bukan ada apa pun, nanti Nur bosan."


"Tak tak tak. Ainur tak bosan pun. Ainur saja je nak kenal ofis abang. Ainur janji tak kacau abang kerja. Anggap je Ainur tak ada nanti."


     "Tak payah la. Bukannya taman ma...," tuturnya mati serta merta saat sesuatu melintasi benak. Merinding tubuh dicuit rasa tak nyaman. Macam mana kalau Faizal datang jumpa Ainur lagi esok? Tak mustahil. 


Laju dia kembali memandang Ainur.


"Betul ke Nur nak ikut?" .


     "Betul! Janji tak merungut bosan," bersungguh Ainur angkat sebelah tangan tanda ikrar. Belum dapat kelulusan sahih lagi, dia dah senyum sampai telinga. Teruja. 


Adam yang melihat pun sampai tak sedar merekah senyum. Nipis, hampir tak kelihatan. Tanpa jawapan 'rasmi', dia kembali mengadap skrin telefon tapi gerak geri itu sudah cukup difahami Ainur. Hampir saja Ainur melompat teruja.


    "Thank you abang!"


Previous: BAB 12
Next: BAB 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Yana Agasshi