Home Novel Cinta Kisah Adam Dan Ainur
Kisah Adam Dan Ainur
Yana Agasshi
29/11/2020 20:54:42
28,213
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 9

      "ALHAMDULILLAH.. Dah sampai pun..," lafaz Ainur syukur bila kereta yang dinaiki berhenti didepan rumahnya dengan selamat. Dia menyangkut tali handbag pada bahu, bersedia untuk keluar sebelum menoleh pada Adam yang diam merenung stereng kereta.


       "Ainur nak naik ganti baju dulu, lepastu baru pergi rumah mak Jah. Ainur jalan kaki jelah nanti.  Bukan jauh sangat pun. Abang nak naik dulu ke, nak hantar barang barang ni dulu?" soalnya lancar.


Sabar dia menanti jawapan dari Adam yang langsung tak memberi sebarang respon. Seakan hanyut didunia lain. Entah dengar ke tidak soalannya barusan. Ainur kerut dahi memandang Irwan dibelakang sebelum kembali pada Adam bila Irwan mengangkat bahu tanda tak tahu menahu.


     "Abang," bahu Adam disentuh sekali membuatkan suaminya tu tersedar macam dikejut dari mimpi.


Terpinga pinga Adam menoleh kiri kanan.


Tambahla Ainur hairan. Sempat lagi mengelamun?


"Abang dengar tak Ainur tanya?"


     "Tanya apa?" soal Adam bingung mengundang keluhan kecil dari Ainur.


"Ainur tanya.., abang nak naik tukar baju dulu ke, atau abang nak straight je hantar barang rumah mak Jah?" 


Adam angguk kepala sekali dengan fikiran yang masih terganggu.


"Hantar barang," ringkas dia menjawab disambut kerlingan Ainur.


"Yelah," gadis itu menoleh ke tempat duduk belakang pula.


"Iwan ikut pakcik Adam balik ya. Nanti lepas siap ganti baju, Che Nur pergi rumah Iwan," ucapnya berubah manja sekelip mata. Kalau bab cakap dengan Irwan, keluar habis suara manjanya tu. 


Melihat anggukan Irwan, Ainur terus menolak daun pintu sebelum melangkah keluar dari perut kereta. Tak sempat dia melambai, kereta putih suaminya dah meluncur pergi meninggalkan perkarangan rumah. Dia cuma mampu geleng kepala.


       "Tak sweet langsung," getusnya geram lalu mengatur langkah naik kedalam rumah.


Sebaik saja menapak masuk keruang tamu, langkah kakinya berhenti disitu saat melihat Haji Anuar sedang duduk berehat diatas sofa sambil menonton televisyen. Ainur mengukir senyum manis .


     "Sorang je ke abah ?" sapanya lembut.


Haji Anuar menoleh dengan senyuman. Tak sedar masa bila menantunya tu sorang dah tercegat dalam rumah. Ralit sangan layan rancangan memancing disiaran RTM.


        "Ya, Nur.. Mak kamu tak ada. Dia ke rumah Khadijah.. Ni abah baru je balik pukul 11 tadi.."


"Macam mana mesyuarat sekolah ?" sempat Ainur bertanya walaupun tak berniat nak tumpang duduk sekali.


      "Macam tu la.. Pihak sekolah ingat nak  buat acara merentas desa bulan 7 nanti.. Tu yang bincang sikit pasal dana sekolah.."


"Oh..Lagi 2 bulan la kan.."


    "Ha, bulan depan budak-budak dah mula cuti pertengahan tahun..."


"Hm.. Elok jugak pilih bulan 7, sebab dalam masa 2 bulan tu, boleh la plan betul-betul kan, bah?"


Haji Anuar ketawa kecil bersama anggukan menunjukkan dia setuju dengan apa yang dikatakan Ainur.


      "Kalau macam tu takpelah. Ainur nak masuk bilik dulu, nak siap siap. Ainur pun nak pergi rumah mak Jah jugak ni. Abah tak nak ikut ke?"


"Alah, abah bukan buat keje apa pun.. Kamu pergi lah.. Nanti malam baru abah ikut majlis tahlil"


     "Yelah, Ainur masuk dulu..," tak tunggu lama Ainur kembali menyambung langkahnya yang terhenti tadi, masuk kedalam kamar. Pintu kamar ditutup rapat. Macam biasa, suis kipas terus dihidupkan bila dia masuk bilik.


Maklum lah, dekat pukul 12 tengahari ni, wap panas sedang asyik berpesta dalam bilik kayunya ni. Memang selalu kena bukak kipas. Untung je ruang bilik tu luas jadi takdelah rasa lemas sangat. Abah ada je suruh Adam sambung lagi bilik belah jendela tu, biar lebih selesa tapi dia yang tolak.. Buat apa besar besar.. Ni pun dah cukup luas. Muat katil saiz queen, almari pakaian, meja solek, meja kerja Adam, ruang solat, dah cukup lengkap dah.


Tambahan pula, mereka sebenarnya dah ada rumah sendiri. Sebelum nikah lagi Adam dah beli rumah batu 2 tingkat area perumahan kat Kuala Kangsar. Adam pun ada tanya sama ada dia nak pindah masuk rumah tu ke tak. Buat masa sekarang, dia tak nak. Lebih baik dia teman mak mentuanya  kat kampung ni. Ada jugak teman berbual.


Kalau tak, dia kena duduk sorang sorang jugak dalam rumah besar sana. Nak tunggu Adam balik malam? Mau demam dia yang jenis takut hantu ni.


Ainur tak ambik masa lama menyalin pakaian ditubuhnya. Lebih bergaya selesa berseluar longgar warna coklat cair dan t-shirt muslimah hitam dengan sedikit warna tambahan warna hijau, putih, merah melambangkan bendera negara Palestine yang dibeli masa dia ke majlis ceramah agama zaman belajarnya dulu. Masih elok dipakai.


Tudung pulak, dia sarung aje tudung instant Ariani warna krim. Orang kalau dah cantik manis tu, pakai sarung guni pun tetap sedap mata memandang..


*****


      SKRIN laptop didepannya dah hampir 20 minit direnung kosong. Tak berganjak dia dari meja kerja dalam ruang kamar tidurnya itu. Hanya diam merenung isi kandungan email yang baru diterima. Email ringkas, tapi...cukup untuk membuatkan dirinya hanyut dalam memori silam.

Bayangan gadis berwajah lembut, berambut ikal dengan senyuman manis berlegar legar dilayar matanya.


Ainur Zahra.... sebaris nama yang tak pernah terhakis dalam hatinya sejak 14 tahun yang lalu Bahkan gelak tawa gadis itu masih jelas kedengaran dicupingnya.


Anak matanya beralih pada frame gambar disebelah laptop. Figura dirinya sendiri yang berkaca mata tebal sedang tersengih lebar disisi gadis manis dalam seragam sekolah. Satu-satunya gambar buat pengubat rindu. Sungguh dia rindukan kenangan lama.


Hatinya dimamah rasa sedih yang amat . Jelas terbayang wajah cantik itu tersenyum lebar kearahnya sambil melambai mesra. Semuanya begitu jelas dimatanya.. Dadanya terasa sesak, menahan rasa terkilan dijiwanya. Terkilan bila dia tak mampu mengundur masa. Terkilan bila dia tak mampu ubah waktu silam.


Entah suratan atau kebetulan , lagu   nyanyian kumpulan Ungu berjudul 'Cinta Dalam Hati' baru saja di bermain dicorong radio kecil atas meja sebelah laptop. Seakan mempermainkan dirinya saat ini.


Matanya dipejam rapat sedang tangannya mengenggam kemas frame gambar. Tak sedar air hangat dah mengalir di kedua pipinya. Bahkan lirik lagu dari corong radio turut menusuk tangkal hatinya...


"Mungkin ini memang jalan takdirku

Mengagumi tanpa dicintai

Tak mengapa bagiku

Asal kau pun bahagia dalam hidupmu

Dalam hidupmu


Telah lama kupendam perasaan itu

Menunggu hatimu menyambut diriku

Tak mengapa bagiku

Mencintaimu pun adalah bahagia untukku

Bahagia untukku


Kuingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu

Meski kutunggu hingga ujung waktuku

Dan berharap rasa ini akan abadi untuk selamanya

Dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja

Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya

Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja


Kuingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu

Meski kutunggu hingga ujung waktuku

Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya

Dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja

Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya

Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja"


*******************


27 April 2006 (14 tahun yang lalu)


         'Hahahaha!!!' - mereka pada ketawa besar melihatkan Faizal yang dah tergolek diatas tanah. Tak cukup dengan itu, Amir, Salah seorang dari mereka merampas pula kaca mata yang dipakai Faizal sebelum sempat Faizal mengelak.


      "Weh, gila tebal spek kau, Faizal. Anak polis pun ada yang rabun eh?" ejek Amir disambut hilai tawa 3 lagi rakannya.


Panas matahari yang terpacak atas kepala tak menghalang mereka dari membuli anak orang disiang bolong. Nak nak yang dibuli bukan main lembik terjelepok atas tanah tak melawan. Umur dah 13 tahun!


Laluan diantara sawah padi itu untung saja tak berturap. Jadi takdelah sakit sangat walau jatuh tergolek dari basikal tadi.


"Tadi kenapa kau memandai bagitau cikgu Azam yang kitorang lepak dalam tandas?" Idris, lelaki kurus keding berkulit gelap itu menyoal tak puas hati.


Faizal yang langsung tak ada tanda tanda nak bangun cuma menggaru garu kepalanya yang tak gatal. Takut kalau dia akan dipukul lagi macam disekolah.


Melihatkan respon 'slow' si Faizal, Idris jadi tambah bengang, Dia mengangkat tangannya bersedia untuk hadiahkan penampar kuasa 3 dimuka Faizal namun tiba-tiba seseorang menolak kuat tubuhnya membuatkan dia terdorong beberapa langkah kebelakang.


      "Apa awak buat ni?!"  tinggi suara gadis ber uniform pengawas sekolah menyoal dengan muka merah padam. Tetap saja kedengaran lembut.


"Dah banyak kali kan cikgu bagi amaran, jangan buli pelajar lain, kenapa tak faham faham eh?" sambung Ainur lagi bercekak pinggang dengan renungan tajam mengalahkan mak mak tiri.


Amir, Idris dan 2 lagi rakannya saling berpandangan seakan tak puas hati, tapi tak boleh nak melawan. Yelah, siapa tak kenal yang namanya Ainur Zahra.. Pelajar paling popular kat sekolah. Favorite cikgu cikgu pulak tu.


Tak menunggu lama, Amir melempar kaca mata ditangannya depan muka Faizal sebelum mengheret basikalnya untuk beredar pergi diikuti konco-konconya yang lain. Berdesup masing-masing mengayuh basikal. Gangster kampung....


Sempat Ainur menggeleng kepala dengan keluhan sebelum beralih pada Faizal yang masih tak berganjak. Dah macam watak cinderella!


      "Awak tak apa-apa ke Faizal?" soal Ainur risau.


Bersungguh gadis kecil molek itu memeriksa tangan, lengan dan muka Faizal kot kot ada sebarang luka. Nasib baik cuma sedikit tergores ditapak tangan. Mungkin kena masa jatuh atas batu batu kecil.


Faizal menggeleng kepala.


"Saya tak apa-apa. Terima kasih, Ainur."


      "Ish awak ni. Selalu sangat kena buli dengan si Amir tu. Sebabnya awak tak melawan, biar aje dia nak buat apa...m Itu yang makin menjadi jadi," dah mula dah Ainur membebel sambil membantu Faizal untuk berdiri. Baju putih Faizal yang dah kotor juga disapu sapu membuatkan Faizal tersipu sipu sendiri.


"Lepasni, awak ikut je saya dengan Farisha. Jangan rehat sorang-sorang lagi. Nak pegi mana-mana pun, bagitau kitorang je."


Faizal senyum senyum sendiri macam anak dara dipinang sang putera.


"Dah. Basikal awak tu, nanti saya mintak pak Ijat ambikkan. Awak naik dengan saya dulu, ikut saya balik rumah."


      "Hah? Rumah awak??" terkejut Faizal mendengarkan ucapan bersahaja Ainur sampaikan sebu perut dek debaran didada.


Ainur yang cantik dengan rambut ikal diikat 2 bahagian mengangguk polos.


    "Yelah. Ayah awak tak balik lagi kan? Marila makan tengahari rumah saya dulu.. Nanti opah sapukan ubat kat luka awak tu. Jom!"


"Ahhh...ya ya..B,Baik Ainur."


Previous: BAB 8
Next: BAB 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Yana Agasshi