Home Novel Cinta Kisah Adam Dan Ainur
Kisah Adam Dan Ainur
Yana Agasshi
29/11/2020 20:54:42
28,241
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 5

        "PUAN isi borang ni dulu ya," salah seorang pegawai polis bertugas meletakkan sekeping kertas putih dan sebatang pen diatas meja didepannya.

Dia yang baru selesai memberi keterangan soal kejadian petang tadi sedikit merasa lega . Dia betul betul berharap masih belum terlambat untuk pihak polis jejak gadis di Mall siang tadi. Dengan tangan yang sedikit menggigil, borang didepannya diisi selengkap mungkin sebelum mula melilau sekeliling ruang balai polis. Inilah kali pertama dia menjejak kaki kedalam balai polis dan berharap terakhir kali jugak. Bangunan bercat biru putih ini benar-benar 'menakutkan'.

"Dah selesai ke, puan?"

"Hah??"  Ainur blur sesaat bila polis wanita tadi tercegat didepannya sebelum dia kembali sedar.

"Oh. Dah..ni," laju dia menghulurkan borang yang dah siap diisi pada pegawai polis bertag nama 'Amira' itu.

"Terima kasih atas kerjasama puan. Kalau kami perlukan bantuan puan, kami akan hubungi puan ya."

"Macam mana... dengan handphone saya? Saya.. boleh dapatkan semula kan? Handphone saya."

 Amira senyum ramah.

"Jangan risau puan. Pihak kami akan terus siasat kes ni. Kalau ada apa-apa kami akan maklumkan puan."

"Ah...okay. Terima kasih cik."

"Sama-sama puan.."

Dengan berat langkahnya dia menapak keluar dari balai polis. Hatinya masih dibelenggu rasa tak enak. Sungguh dia takut kehilangan gambar dan video kenangan bersama opahnya.

"Ya Allah, permudahkanlah urusan aku dapatkan telefon aku semula..."

*************

    

      FARISHA resah sendiri kalahkan cacing kepanasan. Sekejap duduk, sekejap tercegat didepan jendela, sekejap turun sampai ke anak tangga. Pokoknya memang resah tak menentu. Nasib baik Haji Anuar dengan Hajah Fauziah awal-awal lagi dah ke surau untuk solat jemaah. Kalau tak, dah di usungnya Farisha jumpa ustaz mintak air tawar.

"Ya Allah Ainur... mana kau pergi ni...," Farisha gigit kuku mengerling jam dinding yang dah menginjak ke jam 7:45 malam.

Tak terbayang dia kalau abangnya dulu balik sebelum Ainur. Teringat peristiwa 2 tahun lepas dimana berlakunya perbalahan besar bila dia bawak Ainur mandi sungai kampung sebelah tanpa pengetahuan abang long nya tu sorang. Teruk jugakla dia kena 'basuh' sampaikan tak berani nak bersua muka lepas kejadian. Ambik masa seminggu jugakla nak ke hilang trauma tu. Sekarang dah dekat pukul 8 malam, dia sendiri tak tahu Ainur pergi mana. Matilah aku.....

"Apa aku nak jawab kat along ni.. Ainur pegi kedai??"

"Tapi takkan la pergi kedai bawak kereta.."

"Yelah, dah malam kan. Mestila kena bawak kereta."

"Tapi dah malam... Dah malam buat apa pergi kedai....??"

"Matila aku, Ainur...."

Dah macam sinetron seberang Farisha sedang bermonolog sendiri. Tak sampai seminit pun, kedengaran enjin kereta memasuki garaj sebelah rumah. Apa lagi, berlari kalahkan usain bolt dia melompat turun sampai ke bawah. Berkaki ayam mendapatkan Ainur yang baru keluar dari perut kereta.

"Ainur Zahra! Kau dah gila ke?  Stress sangat ke dengan along hari-hari ? Kalau kau tak tahan sekali pun, jangan la lari dari rumah hari yang sama kau keluar dengan aku. Nanti aku yang kena tuduh macam-macam!" macam bertih jagung Farisha 'menyerang' Ainur.

Dahi Ainur berkerut seribu. Muka pun dah tak larat sangat dah nak melayan Si Farisha. Lemah longlai langkahnya diatur untuk naik kedalam rumah tanpa menghiraukan soalan soalan Farisha barusan.

Farisha tak puas hati, membuntuti langkah Ainur.

"Weh, kau dah kenapa.. Jangan la buat aku takut."

"Aku okay la Sha.. Aku penat, nak rehat..", perlahan Ainur membalas bila sampai diruang tamu. Tak bermaya.

"Yeke? Cuba kau cermin muka kau dalam cermin . Pucat semacam je."

"Aku penat je."

"Betul betul la Ainur!" desak Farisha lagi membuatkan Ainur akur.

"Telefon aku hilang.. Aku rasa macam ada orang curi masa depan toilet kat mall siang tadi.."

"Hah? Serius lah?"

Ainur angguk.

"Lahh.. Kau pun satu. Kenapa tak bagitahu aku je? Aku boleh settlekan. Yang kau memandai keluar sendiri tu kenapa? Nanti kalau along..."

"Abang Am takkan balik awal macam ni.. Selagi kau dengan aku tak....", tak sempat lagi ayat Ainur dihabiskan, tiba-tiba bunyi enjin kereta kedengaran jelas.

Bulat mata masing-masing saling berpandangan  sebelum Farisha berjinjit kearah jendela untuk mengintai gerangan diluar. Jelas kelihatan Honda City warna putih dah berhenti di halaman rumah. Farisha kembali kalut dengan Ainur sekali.

"Ainur Ainur, kau masuk bilik dulu, ganti baju."

"Sempat ke?"

"Masukla dulu! Aku uruskan Along."

"Ah, okay baik," sepantas kilat Ainur menurut arahan.

Melihat Ainur yang dah menghilang dibalik pintu kamar, Farisha menarik nafas dalam lalu dihembus perlahan lahan. Air mukanya dikawal sebaik mungkin.

"You can do it, Farisha!"

Dengan senyum lebar dia menuruni anak tangga meluru ke arah Adam yang dah berhenti didepannya. Merinding bulu roma saat bertentang mata.

"Awal along balik harini," sedikit kekok Farisha menegur.

Adam yang beriak serius diam merenung anak mata adiknya tanpa sepatah kata. Tambahlah Farisha kaku nak berlakon.

"Ni, alang alang dah kat sini, along jangan naik dulu. Tu, kat pangkin sana," otaknya ligat cuba merangka alasan 

"Petang tadi ada ular. Besar. Along tengokkan kejap. A..abah yang suruh."

"Mana tudung kau?" 

"Hah?" terkulat kulat Farisha bila soalan tak terduga tu keluar dari mulut Adam.

Sedetik, barulah dia sedar yang dia cuma berseluar tidur corak harimau bintang dan T shirt hitam lengan panjang. Rambut lurus separas bahunya terdedah tanpa sedar. Spontan dia menutup kepala menggunakan tapak tangan dengan sengihan.

"Tulah. Sha.. teruja sangat nampak along balik sebab nak sampaikan amanah abah. Tak perasan..".

'Fuuuhhhh.'

"Tapi takpela. Bukan ada orang pun," tokok nya lagi berdebar debar. Beberapa saat, Adam cuma merenungnya dengan panahan laser mata. 

Farisha telan liur sebelum bertindak berani dengan menarik lengan abangnya tu kearah pangkin dibawah pokok rambutan tak jauh dari rumah. Kaki ayam! Untung saja Adam menurut tanpa bantahan. 

'Kalau kau tak hargai jasa aku ni , tak taulah aku nak cakap apa, Ainur...'.

"Ha, sini la long. Ada ular besar. Takut esok budak budak kampung datang main, bahaya. Cuba along tengok..," kalini skripnya lebih 'natural' kedengaran.

Dilihat Adam menghidupkan lampu suluh dari telefon bimbit lalu menyuluh kearah pangkin yang agak gelap. Serius mencari kelibat si ular yang tak wujud. Bersungguh pulak mencapai sebatang kayu untuk menguis nguis sekitar bawah pangkin.

Farisha yang tercegat memerhati dibelakang, resah gigit kuku. Naik juling matanya mengerling kearah dalam rumah.

'Tak siap lagi ke Ainur..'

"Kau nampak dia pergi mana?"

"Hah ?? Tak! Dia tak bagitau pun nak pegi mana!" lurus Farisha menjawab dek terlalu terkejut dengan jawapan cepumas Adam sebelum dia sedar akan kebodohannya sendiri. Rasa macam nak cubit cubit aje mulutnya saat ni.

"Mak..Maksud Sha, Sha tak nampak. Abah yang nampak. Kan Sha keluar dengan Ainur."

'Hihi' - dia buat buat ketawa kecil yang kedengaran sangatlah kekok. Berpeluh habis dahi dibuatnya!

Adam meletakkan kayu diatas pangkin sambil mematikan lampu suluh telefonnya.

"Mungkin dah lari lain. Cakap kat abah esok along tengok" ucapnya bersahaja sebelum mula mengatur langkah menuju kearah tangga rumah.

Farisha kalut cuba menyaingi langkah besar abangnya.

"Esok along tak kerja?" dia masih tak berputus asa, cuba mencuri sebanyak mungkin masa dari Adam namun kali ini mission impossible bila Adam langsung tak mengendahkan soalannya sebaliknya menonong masuk kedalam rumah.

Langkahnya mati di muka pintu. Keluhan panjang dihela berat. Sumpah letih. Lagi letih dari kerja setahun dipejabatnya.

"Turn kau pulak, Ainur..."

********

ADAM menapak masuk kedalam ruang kamar perlahan lahan bila anak matanya melihat sekujur tubuh Ainur sedang baring diatas katil mengadap dinding. Dah macam orang pecah rumah gayanya dek tak nak keluarkan sebarang bunyi yang boleh ganggu tidur isteri tercinta.

Dia menyandar punggung pada birai meja dekat pintu sambil merenung belakang Ainur. Risau kalau buah hatinya tu sorang terlalu letih keluar harini. Biasa pukul 10 pun belum tentu tidur tapi ni, baru pukul 8 lebih dah terlelap. Mungkin penat sangat berjalan di Mall. Lama dia merenung tak berkutik.

Harini seharian dia berada di tapak pembinaan jadi tak sempat nak hubungi Ainur tanya kan keadaan . Rasa bersalah menyelinap masuk dicelah ruang hatinya. Teringat kata-kata Ainur semalam. Dah lama dia tak bawak Ainur keluar makan angin. Dia cuma sibuk dengan projeknya siang malam.

Kalaulah Ainur tahu betapa setiap saat pun wajah Ainur tak pernah hilang dari benaknya.

Kalaulah...dia boleh layan Ainur dengan lebih baik seperti mana Qalisya maksudkan.

Tapi... dia betul betul tak tahu apa nak buat. Layanan baik yang macam mana dia boleh bagi? Dia tak tahu nak buat benda-benda romantik macam dalam drama. Dia bahkan tak tahu macam mana nak zahirkan perasaannya yang sebenar pada Ainur. Dia betul-betul tak tahu...

'Hmhhhhh....' - satu keluhan berat dilepaskan sebelum tangannya mencapai tuala mandi yang tergantung di ampaian mini sebelah jendela. Kain baju yang nak dipakai dibawa terus dari almari dekat katil supaya dia boleh pakai dalam bilik mandi tak nak gangu lena Ainur. Perlahan lahan kakinya melangkah keluar dari kamar.

      AINUR membuka kelopak matanya. Kecut perut sepanjang babak atas katil barusan. Bila yakin kelibat Adam dah tak ada, barulah dia angkat tubuh, duduk bersimpuh diatas katil sambil meraup muka.

Rasa berserabut sangat harini. Sehari rasa macam setahun! Lagi kusut hatinya bila terpaksa terus membohongi suaminya sendiri. Kalau ikutkan hati, nak je diluahkan segala apa yang terjadi harini pada Adam, biar kurang bebanan dibahunya tapi, tak boleh..

Dia tahu Adam takkan izinkan lagi dia keluar lepas ni. Lagipun dia tak nak dah tambah masalah Adam. Dia sendiri tahu yang suaminya dah cukup tertekan uruskan hal kerja, jadi tak tergamak dia nak tambah lagi masalah yang berpunca dari dirinya sendiri. Dalam masa yang sama, dia tersepit.

Pada siapa dia boleh kongsi apa yang berbuku dalam hatinya sekarang?

"Ya Allah..." , ucapnya menggeleng kepala seakan cuba mengusir segala rasa negatif dalam dirinya sekarang.

Dia yang berkain batik dan t shirt kelabu lengan panjang bingkas turun dari katil, menapak kearah jendela kayu yang tak berkunci. Jendela itu ditolak perlahan menampakkan halaman hijau. Angin malam sejuk menyapa kulit mukanya. Pokok-pokok besar masih tak ditebang jadi  waktu pagi, petang, malam, memang nyaman sangat rasanya.

Dulu abah ada nak buat macam taman permainan untuk cucu-cucu nya tapi tak terlaksana bila mak membantah. Katanya dekat sangat dengan hutan. Tambahan pulak ada perigi lama kat situ. Banyak kisah nenek moyang berkenaan perigi tu. Sampai sekarang lah halaman tu dibiar kosong tapi masih dijaga rapi biar tak naik semak. Ainur pejam mata, menikmati udara nyaman.

"Jangan risau Ainur. Kau dah buat laporan polis, dorang akan kembalikan phonr kau.. kalau dalam 2 hari polis tak contact kau, kau sendiri je tanya polis tu," monolognya cuba menenangkan gundah dihati.

Lama dia tercegat dimuka jendela. Biasanya dia tak berani pun dia nak buka jendela malam malam buta macam ni tapi harini lain sikit.Tak sempat nak rasa takut.

"Nur," tiba-tiba suara garau Adam menerjah cupingnya membuatkan dia spontan menoleh.

Dilihat Adam dah siap mandi, berkain pelikat dan t-shirt putih lengan pendek. Lelaki tinggi lampai itu bersahaja menyangkut tuala pada ampaian mini disebelahnya sebelum bergerak kearah meja dekat pintu untuk meletakkan dompet dan telefon bimbit yang dibawa sampai kedalam bilik mandi tadi.

Ainur cuma diam memerhati. Anak matanya merenung kulit tangan dan lengan Adam yang berbeza tona warna. Muka dan leher pun sama. Kulit yang terdedah pada matahari dah nampak macam udang kena bakar dah. Pandangannya dialih pula pada bahu suaminya itu.

Nampak... seakan 'jatuh'. Macam..terlalu penat.

Saat Adam menoleh, pandangan mereka bertaut. Sepasang mata milik Adam tampak redup. Hati Ainur dipagut rasa bersalah. Kenapalah dia boleh merungut soal Adam tak bawak dia keluar sedangkan lelaki tu  siang malam kerja untuk kesenangannya jugak. Sungguh dia rasa bersalah.

"Kenapa?" soalan ringkas Adam menyedarkan dari terus hanyut dalam rasa bersalah.

Ainur mengukir senyum sambil menghampiri Adam. Dia yang cuma separas dada Adam, meraih tangan kanan Adam. Biarlah Adam nak kata dia buang tabiat sekalipun. Maklumlah, mereka bukanlah pasangan yang selalu ber 'skinship' macam pasangan bercinta lain.

"Ainur mintak maaf pasal semalam..", lembut suara Ainur memulakan bicara. Muka tak bereaksi Adam ditatap dalam.

"Ainur tak patut salahkan abang sebab tak luangkan masa dengan Ainur. Ainur sepatutnya faham abang sibuk kerja. Ainur betul betul mintak maaf ya?"

Adam diam tak berkutik. Dia sedikit terkejut sebenarnya tapi melihatkan wajah Ainur betul betul betul didepan mukanya, dia jadi tak tahu nak buat apa. Hatinya dah berbunga bunga bila Ainur sendiri yang pegang tangannya. Air muka isterinya saat ni pun comel sangat sangat. Debaran dijantungnya cuma tuhan yang tahu tapi bila hati dan otak tak bekerjasama, akhirnya dia cuma mengangguk kepala dengan muka kosong. Seperti tanda maaf si isteri diterima.

Ainur kerut dahi.

'Angguk je ???' - getus hati kecilnya tak puas hati.

Memangla dia tak expect Adam akan usap kepalanya dan cakap - 'sayang jangan risau..abang tak pernah salahkan sayang. I love you so much' -

Tapi takkan la angguk kepala je.

Rasa malu mencuit tangkal hatinya membuatkan pipinya merona kemerahan. Tangan hangat Adam dilepaskan perlahan lahan. Sesaat, Adam terus memusingkan tubuh bersedia untuk buka langkah

"Abang nak pegi mana?" laju Ainur menyoal hairan.

Adam yang berhenti dimuka pintu menoleh dengan muka tanpa perasaanya tu.

"Nak ambik wudhuk sekali lagi" selamba dia menjawab sebelum terus berlalu pergi meninggalkan Ainur terkulat kulat sendirian.

Bak kata orang putih, speechless.

"Ishhh ! Malunya......" , Ainur mengetuk ngetuk kepalanya sendiri dek rasa malu.

"Kenapa la kau pergi buat drama, dah tau laki kau tu hati batu!"

    TUBUHNYA disandar pada pintu bilik mandi sambil menyumpah kebodohannya sendiri. Mukanya diraup kesal mengingatkan tingkahnya barusan.

Nak saja dipeluk tubuh genit Ainur seerat mungkin. Nak saja dikucup dahi Ainur. Nak saja diusap kepala Ainur tapi tak taulah kenapa susah sangat nak buat semua tu. Hati kata lain, otak buat lain. Alih-alih dia yang rasa tersiksa. Menyesal pun ada.

Tak boleh dia nak lupakan perasaan teruja bila muka Ainur betul betul berada didepannya dengan sepasang mata galak bercahaya. Kelembutan tangan isteri kesayangannya tu pun masih terasa. Dadanya mulai serasa sesak. Kalaulah dia dapat undur ke masa tadi.

Boleh ke dia lakukan apa yang hatinya inginkan?

Previous: BAB 4
Next: BAB 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Yana Agasshi