Home Novel Cinta Kisah Adam Dan Ainur
Kisah Adam Dan Ainur
Yana Agasshi
29/11/2020 20:54:42
28,219
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 1

17 MAY 2019

 

 

      SUASANA kampung Mahsuri tenang seperti kebiasaannya. Angin bertiup lembut menggoyang pohon pohon sekitar perumahan. Yang bekerja disawah padi, dikandang lembu,mahupun di ladang jagung mulai beransur pulang sementara kanak kanak masihseronok bermain permainan kampung dipadang sekolah.

 

Ada jugak yang lebih suka main lumba basikal. Yang makmak pada 'membawang' diatas pangkin bawah pokok besar dekat kedai runcit PakSaad. Yang bapak-bapaknya pulak asyik main dam diwarung Mak Esah .Burung-burung terbang berkicauan melengkap kan figura kemakmuran kampung kecil dinegeri Perak itu.

 

Di sebuah rumah separuh batu separuh kayu dekat surau kampung, 2 orang gadis duduk bersila diatas anak tangga kayu. Rumah besar milik Haji Anuar agak luas dengan seni bina melayu klasik menambahkan kecantikan rumah itu sendiri.

 

Tambahan pulak halaman rumahnya juga luas dikelilingipokok-pokok bunga yang dijaga rapi Hajah Fauziah. Ada jugak pokok rambutan besar yang bawahnya diletak pangkin kayu serta buai untuk santai petang-petang.

 

Sekarang dah lebih jam 5 petang. Biasa ada budak-budak kampung datang main Hantu Buaya kat pangkin tapi harini tak nampak batang hidung pulak masing-masing

 

    "Macam mana Ainur? Esok jadi tak kita nak pergi tengok wayang kat bandar?" Farisha menyoal sambil memeluk lutut diatas anak tangga.

 

Ainur, yang bertudung instant rona biru kosong mengeluh dimuka pintu. Dah berapa jam diorang duk membahas 'isu' ni tapi macam takde jalan penyelesaian je. Sepi mencelah masuk  beberapa detik sebelum Ainur mengeluh lagi dengan muncung panjang.

 

  "Semalam aku tak sempat nak tanya. Abang kau tu subuh-subuh lagi dah hilang. Aku tidur baru dia balik. Pagi tadi pun aku bangun dia dah takde."

 

"Alah, apa ada susah sekarang zaman moden, bukan zaman batu. Call la dia.. Tanya boleh tak nak pinjam kereta lama dia, nak pergi tengok wayang kat bandar," pandai pulak si Farisha mengajar. Geram jugak dengan teman baik merangkap kakak iparnya ni sorang. Lambat bertindak!

 

  "Kalau dia taknak bagi pinjam kereta pun, at least dia bagi kau keluar. kita boleh ambik grab aje. Esok dah last tayangan movie 'Isteri Aku Pontianak' tu.. Nak sangat tengok weh," sambung Farisha terdesak.

 

"Kau cakap senang la," pangkas Ainur geram.

 

  "Kalau kau berani sangat, kenapa tak kau aje yang call dia tanya."

 

"Eh eh ! Laki kau, bukan laki aku."

 

  "Laki aku,abang kau."

 

"Masalahnya,, aku ni bawah tanggungjawab abah.Abah dah kasi aku keluar. Kau tu, kena mintak izin laki kau dulu. Lain okay!".

 

  "Ishhh!!"

 

Mereka sama sama tarik muka dengan keras kepala masing-masing tapi jangan risau.. gaduh-gaduh macam ni perkara biasa setelah 14 tahun bersahabat baik. Belum sampai tahap perang dunia.

 

Tak sampai seminit pun, Farisha yang tinggi lampai bert-shirt kuning dan seluar track hitam bersuara lagi.

 

  "Lepastu nanti, kau bidas sikit singa laut tu.Apa guna bagi kereta tapi tak bagi naik. Duk terperuk dalam rumah siang malam, ingat kau tu arnab sarkas?"

 

"Kau bidas la sendiri. Berani sangat kan?"

 

     "Eh kau ni. Hmh! Malasla aku layan kau. Geram!" laju Farisha angkat punggung melangkah naik kedalam rumah meninggalkan Ainur sendirian bersila dimuka pintu.

 

Ainur yang berkulit cerah tu berdencit sekali sedangotaknya ligat berfikir.

 

Plan A, plan B dah ada cuma susah nak laksanakan aje.Membayangkan muka serius suaminya dah cukup buat dia pening kepala. Tak tunggu lama, dia pun turut angkat punggung bersedia untuk membuka langkah ke kamarnya namun satu suara lantang kedengaran bagi salam.

 

"Assalamualaikum...!"

 

Ainur spontan menoleh. Anak matanya jatuh pada seorangwanita lewat 50an berkain batik dan baju kurung corak bunga melur. Khadijah,salah sorang jirannya yang tinggal tak jauh dari rumahnya. Selang 3 buah rumah aje. Orangnya bersuara lantang, becok & cukup lengkap kriteria untuk jadi ahli kelab bawang kampung. Tetap saja Ainur melempar senyuman manis.

 

"Wa'alaikumussalam mak Jah. Cari mak ke?"

 

  "Ha. Mak kamu ada? Tak nampak kat kedai pak Saad harini.."

 

"Oh.. Mak dengan abah lepas zohor tadi terus pergi kampung Manir. Tok alang tak sihat. Malam baru balik kot. Kenapa makJah?"

 

  "Lah yeke... Takdelah.. Mak Jah ada hal sikit nak bincang dengan mak kamu.. Nanti dia balik, suruh dia cari mak Jah ya."

 

"Baik mak Jah."

 

  "Ha yelah, mak Jah balik dulu. Iwan tu nak makan nasi, ikan tak goreng lagi".

  

Ainur sekadar mengangguk sekali sebelum menyambung langkah kakinya yang terhenti tadi. Dia bergerak masuk kedalam kamarnya.

 

Dalam rumah kayu tingkat atas itu,  ada 3 buah bilik dan 1 ruang tamu. Diruangtamu, macam biasalah ada set sofa dan tv. Bilik pertama dia dan suaminya duduk.

 

Bilik kedua bersebelahan biliknya milik adik ipar yakni kembar si Farisha yang dah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak tapijaran sekali balik tidur sini sebab dah ada rumah sewa kat pekan sana.

 

Bilik ketiga pulak barulah bilik Farisha. Kemudian,beberapa langkah dari ruang tamu, ada anak tangga batu yang menuju ke tingkat bawah iaitu ruang dapur sekali bilik mandi. Baru 6 tahun sambung bahagian dapur tu. Bilik mak dengan abah pun ada kat bawah tu. Rumah kampung biasa je tapi Alhamdulillah serba cukup ..

Next: BAB 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Yana Agasshi