Home Novel Cinta Kisah Adam Dan Ainur
Kisah Adam Dan Ainur
Yana Agasshi
29/11/2020 20:54:42
28,218
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 11

      QALISYA yang cantik berkemeja kuning dengan skirt bawah lutut serona itu melangkah masuk kedalam ruang pejabat tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.


        "Morning Adam," ucapnya mesra sambil melabuhkan punggung di atas kerusi kulit bertentangan Adam. Dia meletakkan beberapa fail diatas meja depan lelaki itu. 


Adam angkat muka. Fail didepannya terus dibelek teliti.


       "Tu ada cashflow untuk projek Hospital and senarai pembekal yang you mintak semalam. Tak banyak yang i boleh cari pembekal yang boleh bagi semua apa yang kita request dengan harga you tetapkan. Macam yang you tengok sekarang, dalam 12 company je. Tu pun dorang nak deal dengan you sendiri," maklum Qalisya jelas.


Bukan senang nak cari 1 pembekal yang boleh bagi semua barang yang dia nak dengan harga bawah 20k.


Adam baru je tamatkan kontrak dengan pembekal sebelum ni lepas dapat tahu yang ada barang rosak dan tak berkualiti diselitkan sekali. Dia bukan tak tahu betapa telitinya Adam kalau bab kerja. Yelahz nak bina bangunan, kenalah pastikan semua elok dan selamat digunakan. Nyawa manusia jadi taruhan.


Adam yang beberapa minit meneliti fail-fail diberi akhirnya mengangguk ngangguk sebelum memandang Qalisya dengan senyum nipis.


       "Its okay. Nanti saya deal."


Berkerut seribu Qalisya seakan tak percaya dengan mata kepalanya sendiri. Lepas dengar masalah dipagi hari, bossnya tu boleh senyum? Buang tabiat ke apa?


"Are you okay, Adam? Did something happened yesterday?" soalnya khuatir. Tak pernah cuti, tiba-tiba cuti takut kepala bosnya dah masuk air. Esh jangan.. Lambat lagi projek hospital ni nak siap ni. Dahla si Adam satu-satunya arkitek harapan CEO Golden High Sdn Bhd.


      "Saya okay. Hm.. Nanti awak ambik kad saya. Bawak staff keluar makan lunch."


"Seriously?"


     "Kenapa?" Ada masalah ke? Jangan risau, saya tak join. It wont be awkward."


"No, maksud i. Seriously? Look at you. You're smiling. You're talking politely, i... I think something wrong somewhere la."


     "Dah, awak sambung kerja awak. Saya nak jumpa pembekal pembekal ni dulu. Anything, just call okay?"


Tak mengendahkan pandangan aneh Qalisya, dia yang kemas berseluar jeans hitam dan kemeja ungu itu cepat-cepat memasukkan barang penting kedalam beg galas belakangnya sebelum pantas melangkah keluar meninggalkan Qalisya. Senyum masih tak lekang dari bibirnya. Mungkin tak layu lagi bunga ditaman hatinya semalam..


*********


       AINUR menyanyi kecil sambil menjemur pakaian pada ampaian di sebelah dinding kamarnya. Kawasan lapang yang abah nak buat taman permainan tak jadi tulah tempat dia jemur pakaian memandangkan kawasan tu terlindung, orang pun tak lalu lalang macam kawasan depan rumah. Tak adalah kes curi pakaian dalam ke apa, cuma dirasa lebih selesa dan selamat kalau jemur kat situ...


Sejak adegan romantis semalam, jantungnya tak berdetak normal dah. Asyik dup dap dup dap aje. Kembang kempis hidungnya teringatkan dakapan hangat dari suaminya sendiri semalam. Hmh..


Tak sangka Adam yang disangka hati batu rupa rupanya ada perasaan jugak. Tak sabar tunggu Adam balik. Tapi macam malu pun ada jugak. Kenapa laa dia menangis sakan semalam. Adoii...


      "Ainur....! Ooo Ainur !"  cuping telinganya  menangkap sayup sayup suara Hajah Fauziah memanggil namanya.


Tak tunggu lama, laju dia angkat bakul kain kosong, mengatur langkah ke arah depan rumah. Dia menghampiri Ibu mertuanya yang tercegat dekat anak tangga.


       "Kenapa mak? Ainur tengah jemur baju kat belakang. Mak nak apa-apa ke?" lembut suaranya menyoal tak pandang kiri kanan.


Lebar senyum Hajah Fauziah.  "Ada orang nak jumpa Ainur."


     "Jumpa Ainur??  Sape mak?"


"Tuu, dia tunggu Ainur sana."


Spontan Ainur toleh ke belakang melempar pandang ke arah yang ditunjukkan Hajah Fauziah. Anak matanya jatuh pada seorang lelaki  bertubuh tegap dalam t-shirt putih dipadankan dengan jaket hitam dan jeans denim biru tercegat dekat pangkin bawah pokok rambutan.


Dek masalah rabun, Ainur mengecilkan sedikit anak matanya untuk melihat lebih jelas. Dilihat seraut wajah yang pernah nampak, tersenyum manis ke arahnya mengangkat tangan kanan, namun otaknya seperti loading.


Dia menoleh balik pada Hajah Fauziah.


      "Betul ke cari Ainur mak? Siapa tu?" soalnya lurus membuatkan Hajah Fauziah ketawa lucu. Digosok gosoknya belakang Ainur lembut.


"Itu kan kawan lama Ainur..  Faizal anak Encik Hasnol.. Ainur dah lupa ke?"


      "Hah?? Faizal??"  bulat matanya kembali berpaling ke belakang. Direnung betul betul sampai berlipat habis dahi licinnya. Dan ternyata, memang sah Faizal. Sama macam dalam gambar yang Farisha tunjuk itu hari. Dia jadi teruja tanpa sedar.


"Pergila sapa dia dulu.. Mak buatkan air," ucap Hajah Fauziah yang tahu akan hubungan baik menantunya dengan Faizal sebagai sahabat.


Ainur angguk sebelum pantas menyusun langkah kearah Faizal. Kakinya berhenti betul betul didepan Faizal. Tadi bukan main teruja tapi bila dah berdiri face to face macam ni, rasa janggal menyelit masuk. Yelah, dah 10 tahun tak bersua muka. Mestila awkward.


Mereka bertukar senyuman beberapa saat.


Faizal jadi tak keruan saat melihat Ainur Zahra, si pujaan hatinya dah berdiri didepannya saat ini. Cantik seperti dulu. Senyumnya indah seperti biasa..


'Jaga hati kau , Faizal..,' pesan hati kecilnya sendiri bila terlalu hanyut dengan rasa cinta yang mendalam.


       "Awak apa khabar?" akhirnya Faizal memulakan bicara mengusir segala kejanggalan.


"Alhamdulillah.. Saya sihat seadanya. Awak?"


     "Saya pun sihat. As you can see.." 


Mereka sama-sama ketawa kecil walau tak tahu celah mana yang kelakar. Yang pasti, Ainur benar benar senang dapat bertemu kembali. Tak dia sangka dapat jumpa semula teman lamanya ni sorang. 10 tahun lepas, dia tak sempat pun ucapkan selamat tinggal..


Penampilan Faizal sekarang diperhati atas bawah. Dalam diam mengagumi perubahan lelaki itu. Tak sangka betul Faizal sekacak ni.


Bertubuh tegap, tak berapa tinggi tapi yang pasti lebih tinggi darinya. Kulitnya agak cerah berbanding lelaki lelaki di kampung ni, mungkin sebab tinggal dibandar sana. Sepasang matanya sedikit sepet dengan hidung sederhana mancung dan bibir kemerahan. Lesung pipit kecil bawah hujung bibir kelihatan setiap kali lelaki itu mengukir senyum. Seingatnya Faizal pernah cerita yang arwah ibunya seorang wanita cina mualaf sebab tulah dia ada chinese look. Pokoknya, seraut wajah yang manis dipandang.


     "Awak nampak lain sangat sekarang, Faizal." polos Ainur meluahkan apa yang bermain difikirannya.


Faizal senyum menampakkan barisan gigi yang tersusun rapi. Perubahannya sekarang semua demi Ainur. Dia cuba berubah biar nampak hebat dimata Ainur. Dia bahkan susah payah bertahan dalam pusat latihan polis dulu. Segala macam latihan fizikal yang melelahkan, segala macam 'deraan', segala macam ujian, semuanya ditelan semuanya demi Ainur. Dan usahanya tak sia-sia. Sekarang Ainur dah lihat dirinya sekarang. Dirinya yang dia boleh banggakan.


     "Tapi...kenapa awak cari saya?" tiba-tiba saja Ainur mengubah topik perbualan bila itu yang terlintas dibenaknya.


Faizal diam sedetik, menatap dalam sepasang mata galak milik Ainur.


      "Saya rindukan awak "


"Hmh??" Ainur kaget dengan mata tak berkedip.


Telan liur mendengarkan confession mengejut tu Dilihat muka Faizal macam 'serius' membuatkan dia..sedikit kekok. Nak bagi reaksi yang macam mana ni....


'Bhahahahahaha!!' - tawa Faizal meledak tinggi sambil memegang perut konon terlalu kelakar sampai nak pecah perut. Ainur yang melihat jadi bingung. Keliru.


       "Adoiii la..," ucap Faizal dihujung tawa dengan gelengan.


"Sorry sorry.. saya gurau je.. Dah lama rasa nak usik awak."


"Ish Faizal...! Terkejut saya. Awak tau kan saya dah...,"


      "Dah. Saya dah tau," laju Faizal memintas dengan nada keras.


Dia tak mahu dengar satu fakta yang dia cuba elak dari awal lagi. Dia tahu semua tu, tapi dia tak mahu menerima fakta itu. Anggap saja semua tu tak berlaku.


Sedetik, dia senyum lagi. Wallet dari poket belakang jeans dikeluarkan sebelum dia menghulurkan kad namanya pada Ainur.


Ainur menyambut sopan. 


       "Saya datang. ak serahkan telefon awak yang hilang tempoh hari.."


"Hah? Phone saya?? Mana mana??" luas mata galak Ainur memandang wajah Faizal penuh teruja.


Faizal ketawa lucu sambil mengeluarkan telefon bimbit jenama Oppo dari poket jaketnya lalu menghulurkannya pada Ainur. Sepantas kilat Ainur menyambut. 


    "Ya Allah.... Alhamdulillah... Terima kasih Faizal.. Terima kasih sangat-sangat...", berkaca mata Ainur mengucap rasa syukurnya sambil penuh teruja dia memeriksa isi dalam telefon. Menghela nafas lega bila melihat semua gambar dan video opah masih tersimpan dalam galeri. Tak ada satu pun barang dalam hilang.


Melihatkan muka Ainur yang ceria, Faizal jadi ikut gembira.


     "Awak bernasib baik sebab yang curi phone awak ni budal sekolah lagi.. Amatur, jadi mudah la  jejak dia...".


"Ya Allah.. Terima kasih sangat Faizal. Dalam ni ada banyak barang berharga. Gambar-gambar..,"


     "Ainur , Faizal," Hajah Fauziah tiba-tiba mencelah membawa dulang besi corak debunga berisi 2 cawan dan 1 teko teh o suam sekaligus mematikan bicara Ainur.


Ainur pantas mencapai dulang dari tangan Hajah Fauziah lalu meletakkannya diatas pangkin .


       "Susahkan makcik je," Faizal berbahasa dengan senyum manisnya. Wanita tua itu masih tak berubah. Masih baik seperti dulu...


"Tak adalah.. Ni je makcik ada. Biskut kering dah habis.."


      "Nanti Ainur belikan."


"Tak payah .. Ainur duduk sini dulu, mak nak ke kedai Pak Saad sekejap."


      "Eh mak.. Takpelah..Mak nak beli apa, biar Ainur pergi..," Ainur tak nak susahkan Hajah Fauziah memandangkan beli barangan untuk masak sehari hari dah memang kerjanya. Walaupun kedai runcit Pak Saad tak jauh dari rumahnya tapi tetap saja boleh sakit lutut orang tua tu nak ke sampai.


Hajah Fauziah menggeleng lembut. "Tak apa.. Mak pergi sendiri je.. Kamu orang duduk la dulu,"  sempat dia menggosok sekali belakang Ainur sebelum mula mengatur langkah meninggalkan perkarangan rumahnya.


Bila bayangnya dah menghilang, Ainur terus kembali memandang Faizal.


     "Macam mana dengan perempuan tu?", soal Ainur pula risau akan si pencuri.


"Sebab tu saya datang. Nak tanya sama ada awak nak charge dia atas tuduhan mencuri atau.."


    "Eh tak perlulah... Kesian dia.. Budak sekolah kan.. Dia bukan tahu pun. Awak just bagi nasihat, warning sikit macam tu aje.. Tak naklah sampai masuk penjara ke juvana ke, tak nak tak nak," bersungguh Ainur berkata membuatkan Faizal ketawa lucu. 


"Awak macam makcik sebelah rumah saya kat KL. Bercakap dengan tangam sekali melibas," giat lelaki itu menyambung lagi tawa bersisa. 


Ainur tak pula terasa, dia ikut ketawa bila membayangkan macam mana tingkahnya dimata Faizal. 


      "Oh! Saya ada sesuatu untuk awak," Faizal tiba-tiba teringatkan sesuatu. Laju dia menyeluk poket dalam jaketnya membuatkan dahi Ainur berkerut. Tekun mata wanita itu memandang jaket yang dipakai Faizal.


"Nah," Faizal menghulurkan 1 bar kecil coklat jenama kitkat pada Ainur. "Your favorite."


      "Kitkat?"  Ainur ketawa kecil sambil tetap menyambut senang. Reaksi ringkasnya cukup membahagiakan Faizal yang melihat.


"Awak ingat lagi coklat favorite saya. Terima kasih, Faizal.."


      "Well, To be honest, it really reminds me of you and i hope that Kitkat's company will last forever," ucapan cliche Faizal mengundang tawa Ainur yang meremang bulu roma.


Yelah, dah macam skrip drama kan. Chia Chia Chia gitu...


"Lain kali jangan la cakap macam tu. Tak sesuai la dengan awak."


      "I speak the truth."


"Nooo... Enough, Faizal.."


     "Hahaha.. Okay fine.. Oh one more thing. Dalam.. bulan lepas, saya ada call awak."


"Hmh? Call saya?"


     "Yeah, saya ambik nombor awak dari... kawan awak rasanya. Tak ingat. Saya call untuk tanya pasal rumah ayah saya tu, tapi line putus putus.."


"Lahhh... Allahu...awak ke tu ? Patutla... Saya ingatkan scammer ke apa ke , ish ...", tak lama masa diambil untuk Ainur ingat waktu panggilan itu. Al maklumlah. Telefonnya bukan banyak nombor pun. Kalau tak Adam yang call dia, Farisha. Lepastu pekerja bank nak promote Insuran. Jadi itu yang dia ingat setiap pemanggil.


     "Alahai..scammer mana la berani scam Ainur Zahra kan. Sekali call, terus cair."


"Tengok tu...! Enough la..!"


       "Hahaha! Okay last last. Sorry.."


Mereka sama-sama ketawa gembira. Tak ubah macam dulu-dulu. Takde rasa kekok, bahkan makin selesa. Bila dilihat dari satu sudut, mereka tampak begitu sepadan. Sama-sama manis, sama-sama menarik bak pasangan ideal.


Previous: BAB 10
Next: BAB 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Yana Agasshi