Home Novel Cinta Kisah Adam Dan Ainur
Kisah Adam Dan Ainur
Yana Agasshi
29/11/2020 20:54:42
28,219
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 10

     SEKITAR RUMAH Khadijah nampak meriah dengan beberapa orang wanita kampung berkumpul dibelakang rumah berbumbungkan khemah biru yang dengan bantuan buluh bulat sebagai tiang.


Lantai tanah pula berlapik tikar mengkuang macam zaman dulu kala. Sekelompok sedang siang ikan, sekelompok sedang potong ayam, sekelompok sedang kupas bawang, pokoknya memang riuh rendah suara makcik-makcik tu semua. Sama naik dengan suara kanak kanak yang seronok main kejar-kejar.


Pekarangan rumah Khadijah boleh tahan luasnya. Rumah kayunya pulak tinggi macam rumah orang Negeri Sembilan, ada ruang bawah rumah untuk berlari bebas. Tak terasa bahang panas tengahari.


Ainur yang baru sampai melalui jalan belakang itu, melewati zon makcik-makcik bersama senyuman. Anak matanya mengesan susuk Hajah Fauziah antara mereka, sedang lincah memotong ayam mentah.


       "Mak," serunya perlahan, tapi masih didengar ibu mentuanya itu.


"Ainur baru sampai ke?"


     "Ya Mak.. Tu abah dah ada kat rumah tapi Ainur tak masak lagi."


"Tak apalah. Mak Jah tengah masak lauk asam pedas. Nanti siap masak, kita bawak balik lauk tu aje."


Ainur mengangguk faham. Sedia maklum soal adat kampungnya. Bila ada majlis rewang macam ni, tuan rumah wajib masak untuk semua orang yang datang menolong. Tu yang dia sengaja tak masak tadi.


"Ainur, pergilah kat pangkin sana. Tolong Qilah mana yang patut."


Ainur spontan melempar pandang ke arah bawah rumah. Ada 3,4 orang gadis muda sedang duduk bersila atas pangkin. Rancak berbual sambil tangan mengupas kentang.


      "Hm, yelah. Ainur pergi sana dulu," sempat dia pamit sebelum melangkah kearah bawah rumah. 


"Amboi.. Seronoknya berborak ya..,"  giat Ainur membuatkan semua menoleh dengan tawa senang.


Semua kawan-kawan sekolahnya jugak... Kampung Mahsuri bukan besar mana pun. Takde orang kampung tu yang tak kenal sesama orang kampung..


Mereka pada membuka ruang untuk Ainur duduk sekali.


     "Duduk la, Ainur. Kitorang borak-borak, tngan jalan je..." balas Aqilah yang merupakan anak bongsu Khadijah.


Cantik orangnya, berambut pendek separas bahu.


Ainur gelak kecil mendengarkan jawapan Aqilah. Baru saja dia nak panjat naik pangkin kayu berlapik tikar itu, dia terpandang pulak arah belakang Aqilah. 3 lelaki sedang berjemur bawah panas matahari dihalaman rumah. Bersungguh Amri dan adiknya Amar memunggah kerusi plastik dari hilux putih milik anak ketua kampung.


Biasanya kalau ada majlis macam ni, kerusi meja akan dipinjam dari balai raya kampung. Yang menarik perhatian Ainur sekarang, tak lain dan tak bukan, si Adam Firdaus. Lelaki berseluar jeans yang kaki seluarnya dilipat atas buku lali tu tampak tekun memasang rangka meja. Bawah matahari.


Ainur diam memerhati. Yang panas tu kesian la jugak tapi.., yang betul betul tarik perhatian dia  ialah, pakaian ditubuh Adam. T-shirt polo hitam tu dah dibasahi peluh, siap ada kesan kesan debu atau mungkin bekas karat dari kaki meja. Rasa tak senang hati pulak menengoknya. Tak tunggu lama, ringan kakinya menapak ke arah Adam.


"Abang," serunya sekali bila dah tercegat didepan lelaki tu.


Adam yang duduk menahan kaki, angkat muka dengan kerutan didahi. Berkerut dahi menahan silau & panas mentari. Pukul 1 tengahari kot!


     "Tadi abang cakap nak hantar barang je. Ni dah buat kerja ni semua, baju tak ganti lagi..," ngomel Ainur lancar, tak menghiraukan muka serius Adam yang biasanya cukup digeruni. Siap tajam anak matanya merenung si suami. Bab kain baju jangan buat main.


Sedetik, Adam berdiri membalas renungannya.


"Pergi sana, panas ni," ucapnya ringkas sambil menolak sekali tubuh kecil Ainur kebelakang. Kesan kotoran dibajunya disapu ala kadar.


      "Abang ganti la baju dulu... Ainur dah letak baju kelabu atas katil..ya ??" bersungguh Ainur 'merayu' dengan puppy face, tapi langsung tak diendahkan Adam yang tetap memberi isyarat tangan pada Ainur supaya beredar ke bawah rumah. Tak nak isteri kesayangan kena panas la katakan...


Ainur mencebik tak puas hati. Ikutkan hati nak aje ditariknya Adam balik tukar baju yang dah disediakan namun terpaksa jugak dia akur dek tak berani nak berkeras lebih-lebih. Karang nanti, dia jugak yang kalah. Nak tak nak, dia kembali menapak ke arah pangkin sebelum memanjat naik. Kawan-kawannya mula melirik nakal.


       "Amboii kau.. Tak boleh berpisah sekejap kau ek," usik Anis disambut gelak tawa yang lain.


Ainur menjeling manja sedang tangannya dah pun memegang pisau dan kentang.


    "Eh Ainurz kau gaduh ke dengan laki kau?" soal Aqilah pula separuh berbisik konon tak nak Adam dengar. Padahal bukan dengar pun dek riuh suara makcik makcik belakang rumah.


Ainur hairan mendengar soalan Aqilah. "Takde gaduh pun. Kenapa ?"


      "Takdelah.. Nampak muka abang Adam lain macam je tadi.. Takut nak tegur."


"Lah..kan dia memang selalu macam tu," pangkas Ainur bersama ketawa kecil. Lucu mendengarkan ucapan Aqilah. Yelah, sejak bila laaaaa muka Adam ceria bahagia kan.


Aqilah tarik muka.


"Ish kau ni.. Maksud aku, muka dia masa mula-mula sampai tadi, macam.. serabut gila. Faham tak ? Macam... orang tengah jiwa kacau. Ha macam tulah. Mak aku suruh aku bagitau dia, petang ni ambik periuk belanga rumah Tok Abas. Aku suruh Najwa weh. Tak berani aku."


"Yeke?" Ainur melempar pandang ke arah Adam.


Untuk beberapa detik, dia diam gigit bibir memikirkan apa yang diberitahu Aqilah. Teringat pulak dia, sejak dari dalam kereta tadi lagi, suaminya memang macam lain sikit. Tanya pun tak jawab. Mengelamun jauh pun ada.


Ke... ada masalah kat tempat kerja? Sebab semalam, sebelum tidur, dia ada dengar Adam cakap melalui telefon rumah mengenai barang hilang ditapak projek. Jangan-jangan sebab tu kot suaminya tu susah hati...


Akhirnya Ainur kembali pada Aqilah bersama senyum lebar.


"Abang Am stress pasal kerja kot...Jangan risau. So far saya jamin dia tak makan orang okay?"


       "Oooo...Main-main kau ek...," Aqilah cuba mencubit pinggang Ainur yang cuma ketawa girang.


Masing-masing sengih sambil tangan masih rancak buat kerja.


"Korang ingat tak Faizal anak Encik Hasnol?" tiba-tiba Najwa, gadis 25 tahun bertudung bawal oren itu bertanya bila teringatkan sesuatu.


Ainur angkat kening saat mendengar sebaris nama itu. Terbayang wajah lelaki kacak duduk diatas bangku dengan senyum manis yang ditunjuk Farisha tempoh hari. Acap pulak dia dengar nama mamat tu kebelakangan ni. Tapi dia tak bersuara pun, sekadar diam menunggu yang lain membalas.


      "Faizal yang pakai baju kancing atas dengan spek tebal tu ke?" laju je Fikah menebak membayangkan lelaki dari kenangan muda mudinya dulu.


Ingat lagi dia kat Faizal yang selalu dibuli sebab terlalu lurus. Lagi lurus dari pembaris besi. Apa-apa masalah mesti nak refer cikgu. Nampak pelajar lain buat salahz mesti nak bagitau cikgu. Orang lain naik sawan tunggu loceng bunyi sebab tak sabar nak balik, dia sibukla tanya soalan itu ini.


Kelakar pun ada kalau dia ingat balik gaya lelaki tu dulu. Rambut kerinting macam maggie, gigi pakai braces, spek gila tebal, baju wajib kancing sampai leher. Budak bandar masuk kampung .


Najwa yang mendengar ucapan Fikah terus ketawa besar dengan anggukan.


"Ha , betul. Mamat tulah..."


      "Kenapa dengan dia? Tiba-tiba je kau ni," celah Aqilah pula naik hairan bila nama orang yang bertahun tak kelihatan tu disebut sebut .


"Hmh....korang ni outdated la...," keluh Najwa konon dah muak bergaul dengan katak bawah tempurung. Dia melepaskan pisau ditangan sebelum berpeluk tubuh penuh bergaya. Drama sangat nih.


       "Well, on the way datang sini tadi, i nampak, ada orang tengah angkat barang dari lori, bawak masuk dalam rumah Encik Hasnol tu."


"Rumah besar dekat rumah kau tu?" soal Fikah bersungguh mengalahkan ketua persatuan wanita kampung. Mustahil dia boleh ketinggalan berita semasa kampungnya ni.


Dengan Ainur sekali berkerut dahi. Rumah tu memang rumah milik Encik Hasnol sebenarnya. Dia ingat lagi opahnya berbual dengan Encik Hasnol dulu-dulu yang rumah tu dibeli sekali dengan tanah.Tapi sejak pindah, tak pernah sekali pun Encik Hasnol atau ahli keluarganya datang melawat  Orang kampung jelah sebulan sekali sama-sama gotong royong bersihkan kawasan tu. Jadi, siapa pulak yang nak pindah masuk?


Nampaknya berita Najwa kalini dapat sambutan hangat. Semua pada fokus padanya dengan penuh minat membuatkan Najwa rasa bangga sendiri.


Dia menyambung , 


"So maknanya ada orang pindah kampung ni la kan? And aku sebagai anak gadis ketua kampung Mahsuri, tak boleh abaikan semua yang aku dah nampak. That's why aku berenti tanya."


"Wow....dasyat dan hebat. Bagus tindakan kau, Wawa,"  sahut Aqilah menepuk tangan seakan saja nak mainkan temannya tu sorang.


Yang lain senyum senyum merasa lucu.


      "Okey, so aku tanya la.. Siapa yang pindah... and guess what? It is Anak Encik Hasnol sendiri weh... Faizal Iskandar...."


"Serious???"  Fikah terkejut macam tak percaya.


Jangan kata Fikah, Ainur dan Aqilah pun saling berpandangan seakan tak percaya.


Bukan apa, dah lama sangat rumah tu kosong,  then tiba-tiba Faizal, yakni kawan lamanya dulu pindah balik kampung ni. Rasa macam unexpected la. Kalau kat bandar lain la. Kat kampung Mahsuri ni, skala penduduk sikit je. Ada yang lahir kat kampung, mati pun kat kampung

Penduduk kampung dah macam ahli keluarga, jadi isu yang bagi sesetengah orang kecik aje, besar sebenarnya bagi penduduk kampung ni.


"Ya Allah.. Kau biar betul Wawa.. Takde angin takde ribut, kenapa dia pindah sini? Dari KL tu pindah kampung?? Entah entah mari singgah je kot.. Kot dia nak buat rumah bapak dia tu as rumah sewa ke ..," memandai je si Anis pula buat andaian cuba menolak apa yang disampaikan Najwa.


Najwa mengeluh berat sambil tangannya kembali sambung buat kerja dengan muka annoying. Yelah, orang dah bagitau, taknak percaya pulak.


"Betul la wehhh.. Aku sendiri tanya Abang Arsyad. Ala, abang Arsyad tu dulu duduk kampung sebelah, tapi sekolah sini... Ha, dialah bagitau aku. Faizal tu kerja polis kat KL.. Tapi dia kena pindah area Rajawali. Tu yang dia pindah rumah bapak dia...".


    "Polis?? Faizal??"  membuntang biji mata Aqilah mendengarkan kata-kata Najwa. Tak taulah nak terkejut ke, nak gelak ke atau nak bangga. Si penakut tu jadi polis? Biar betik.


Ainur senyum melihatkan reaksi Aqilah. Teringat pada Farisha. Minah tu teruk lagi, ada ke patut dia expect Faizal jadi Saintis.


*********


MAJLIS TAHLIL dirumah kayu Khadijah berjalan lancar dengan bantuan orang kampung. Semua lauk pun Alhamdulillah, habis semuanya. Ramai duk puji kata sedap nasi minyak dengan gulai ayam. Nasi putih dengan ikan tongkol masak asam merah pun sama jugak, sedap sampaikan masing-masing penuh tangan bawak balik lauk yang dah siap dibungkus oleh orang dapur.


Sekarang dah jam 11 malam, kediamam Khadijah makin lengang. Cuma ada Hajah Fauziah, Ainur dan Farisha didapur bersama Khadijah dan anak-anaknya. Dah tak banyak kerja memandangkan majlis tadi guna pinggan dan cawan polisterin aje. Jadi mereka cuma perlu bersihkan apa yang bersisa.


Dihalaman rumah, Adam sedari tadi menunggu didepan anak tangga. Duduk mencangkung sebelah pasu bunga besar. Lenguh duduk begitu, dia berdiri pulak mundar mandir sampai naik lebuk tanah warna coklat keorenan tu.


Itu beluk dikira lagi dah berapa batang rokok yang berasap dibibirnya. Namun, masih sabar dia menunggu dengan hati yang sedikit resah. Kali ini dia berdir, menyandar pada tiang tangga sambil menyedut asap dari batang rokoknya.


Fikirannya menerawang jauh walau anak matanya tertumpu arah rumah seberang jalan kecil sana. Hari ini, seharian dia cuba mengelak dari Ainur.bBila Ainur balik untuk solat, dia masih buat kerja. Bila Ainur kembali, barulah dia balik mandi, solat, sebelum kembali sambung kerja. Bila diajak makan bersama pun dia berdalih untuk makan dengan Amir kat kedai makan hujung kampung. Sepanjang majlis pulak, dia sibuk sambut tetamu lelaki, Ainur pulak sibuk uruskan lauk pauk kat dapur.


Kenapa dia mengelak?


Dia sendiri tak tahu. Pertemuan dia dengan Arsyad siang tadi benar-benar menganggu fikirannya. Dia cuba bersikap selamba tapi otaknya tak berhenti buat pelbagai andaian. Bayangan Faizal bersama Ainur suatu masa dulu menghantuinya. Hatinya jadi gelisah memikirkan Faizal dah kembali.


Macam mana kalau Ainur jumpa Faizal? Dia takut Ainur teringat kisah lama, dia takut Ainur rapat semula dengan Faizal, dia takut Ainur menyesal jadi isterinya. Dia takut Ainur kembali selesa dengan Faizal macam dulu-dulu dan dia takut kalau tujuan sebenar Faizal datang semula ke kampung ni, semata mata untuk tagih semula cinta lama...


Semua andaian tu berlegar legar dalam kepalanya sejak petang tadi sampaikan dia tak boleh nak pandang pun seraut wajah Ainur. Takut kalau segala andaiannya didengar Ainur. Lagipun dia sedar yang dia bukanlah lelaki pilihan Ainur. Dia tahu Ainur terima lamarannya demi arwah opah. Mungkin sebab tulah dia tertakluki rasa takut sekarang. Sebab dia tak yakin pada dirinya sendiri... 


Dia..benar-benar takut kehilangan Ainur...


       "Along, tak balik lagi ke?" tiba-tiba suara lembut Hajah Fauziah menarik Adam kembali berpijak dibumi yang nyata .


Lelaki itu menoleh sebelum segera membuang batang rokok dibibirnya yang masih berbaki separuh ke tanah lalu menghembus asap dari mulutnya ke arah kiri agar tak terkena ibunya.


Dia kemudian memandang Ainur dibelakang Hajah Fauziah yang sedang menyarung selipar. Cepat-cepat pandangannya dialih pada Hajah Fauziah kembali agar anak matanya tak bertaut dengan sepasang mata milik Ainur.


"Abah dah balik ke, Long? Mak tak nampak,"  soal Hajah Fauziah menghampiri anak lelakinya itu.


Adam sekadar mengangguk sekali tanpa suara. Abahnya tu awal awal lagi dah balik. Katanya pening kepala, nak balik rehat.


      "Hm, patutla Pak Ngah Halim cari dia tak jumpa. Dah balik..," Hajah Fauziah geleng kepala sambil mengatur langkah untuk pulang.


Farisha menempel disisi Hajah Fauziah sambil melentok kepala dibahu wanita itu dengan mata terpejam. Mengantuk sangat dah gayanya. Balik kerja pukul 8 tadi, lepas solat Isya',  dia terus turun kerumah Khadijah. Tu yang penat kot..


Ainur pula sengaja buka langkah lambat-lambat biar dapat seiiring dengan Adam yang berjalan dibelakang Hajah Fauziah. Gadis itu senyum sendiri bila dapat berjalan disisi suaminya sendiri. Tersipu sipu kalahkan first date.


Sepi menemani perjalanan mereka. Cuma kedengaran bunyi derap kaki. Biasa mereka guna laluan susur belakang. Laluan tu jalan belakang rumah, tak berturap, dikiri kanannya cuma ada rumput atau pokok kecil separa buku lali.


Tapi sekarang kan dah lewat malam, laluan tu gelap gelita jadi mereka ambik jalan depan je. Jalan kecil, berturap tapi masih ada lopak lubang sana sini. Cahaya dari lampu tepi jalan memudahkan mereka melepasi laluan tu. Tak sampai beberapa minit , mereka dah pun sampai diperkarangan rumah mereka . 


Adam mencuri pandang sisi wajah Ainur melalui ekor mata. Hatinya betul betul tak tenang. Sampai bila dia nak terus rasa macam ni? Sampai bila dia nak terus mengelak? Kenapa dia perlu takut?


      'Hmmmmhhhh...,' tak sedar dia melepaskan keluhan yang membuatkan Ainur menoleh.


"Kenapa, abang?" soal wanita kecil molek itu mematikan langkah Adam.


Dilihat Hajah Fauziah dan Farisha didepannya turut memandangnya. Dia jadi blur sesaat sebelum kembali sedar.


     "Mak naikla dulu," ucapnya senada dengan muka serius. Tapi bagi dirinya, dia tak buat muka serius pun. Dah memang air mukanya macam tu. Nak buat macam mana.


Mendengar itu, Hajah Fauziah tak banyak soal. Wanita berjilbab labuh itu sekadar mengangguk sebelum terus memanjat anak tangga kayu, masuk kedalam rumah bersama Farisha.


Adam menghantar susuk ibunya sehingga hilang dibalik pintu rumah yang dah ditutup rapat. Dia kemudian menoleh pada Ainur yang jelas jelas sedang memandangnya sedari tadi. Mereka bertukar berpandangan tanpa suara untuk beberapa detik. Adam tak dapat menebak apa yang dalam fikiran Ainur. Begitu juga Ainur yang tak tahu apa yang membelenggu Adam.


Angin malam bertiup menyapa kulit mereka. Terasa dingin. Tak menunggu lama, Adam terus meraih tangan kanan Ainur. Tak menghiraukan riak hairan Ainur, tangan kirinya disatukan dengan tangan kanan Ainur. Jemari mereka bertaut jadi satu.


Tanpa sepatah kata, Adam membuka langkah menuju balik ke atas jalan  Dia sedang mengumpul semangat yang ada untuk luahkan apa yang terbuku dihatinya. Jadi untuk beberapa detik, dia cuma diam mengikut arah kakinya melangkah. Perlahan lahan berjalan seiiring ditengah jalan.


Ainur menurut tanpa soalan walau hatinya sedikit penasaran. Dah kenapa dengan Adam ? Tak pernah macam ni.. Bukanlah tak pernah berpimpingan tangan cuma..situasi sekarang ni dirasa aneh. Tak pernah Adam bawak dia jalan-jalan berdua macam ni tengah malam buta. Dahla siang tadi pelik semacam, langsung tak bertegur sapa dengannya. Dia yakin, Adam mesti ada masalah kat tempat kerja..


Tapi dalam masa yang sama hati perempuannya seakan berbunga bunga. Malam malam macam ni, berpegang tangan, slow walk.. Tak sangka dia dapat rasa 'pengalaman' macam dalam drama tv ni. Untuk beberapa minit, segala persoalan ditolak tepi, sebaliknya, dia mula menikmati adegan romantik yang jarang berlaku ni. Bak kata orang, fenomena alam. Entah berapa puluh tahun pulak dia dapat rasa perasaan romantik macam ni. Ditemani bintang bintang indah bertaburan didada langit, hmm... Indahnya dunia... Tak sedar senyumnya dah sampai ke telinga.


     "Nur," akhirnya Adam menyeru sekali nama isterinya. Langkah kakinya dimatikan lalu tubuhnya dipalingkan agar bertentangan dengan Ainur.


Ainur yang cuma separas dada Adam sedikit mendongak agar dapat bertentang mata. Hatinya berdebar mendengarkan suara garau Adam saat menyeru namanya barusan. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena.


Adam diam dulu. Wajah manis Ainur ditatap dalam. Rasa sayang pada insan bergelar isteri itu tak mampu diluah dengan kata-kata. Cinta pertama dalam hidupnya dan dia berharap, Allah tetap jadikan Ainur Zahra cinta terakhirnya.


Nafasnya ditarik dalam sebelum dihela keluar. Perlahan lahan jemari kecil Ainur dilepaskan.


        "Nur menyesal ke jadi isteri abang?


         AINUR TERKEDU. Tak berkedip matanya memandang sepasang redup Adam. Tak salah dengar ke dia? Baru seminit lepas hatinya berbunga bunga dengan rasa romantis, macam mana keadaan boleh berubah sekelip mata?


Jantungnya berdegup lebih kencang dari biasanya. Apa yang bermain difikiran Adam? Apa yang Adam cuba sampaikan? Dia... tak faham. Bahkan sekarang suaranya tersekat seperti ada sesuatu dikerongkongnya .


Adam diburu resah. Dadanya sesak menanti jawapan Ainur. Takut apa yang bakal didengar akan membuat dirinya kecewa.


Kenapa Ainur diam? Susah sangat ke soalannya barusan? Atau jangan jangan..benar yang Ainur menyesal jadi isterinya.


Ah, dia sendiri yang cari nahas memulakan isu. Sekarang siapa yang makan hati?


      "Mari balik," laju dia cuba 'melarikan diri' dengan membuka langkah untuk pergi namun lengannya tiba-tiba dipegang Ainur.


Dia menoleh. Dilihat mata isterinya itu berkaca jernih. Wajah indah yang dipuja tampak mendung. Hatinya dicuit rasa gelisah.


Ainur gigit bibir. Soalan dari Adam ringkas sahaja, tapi hati rapuhnya mudah terasa. Pandangannya mulai kabur bila ada air jernih membasahi bebola mata. Satu kedipan, air jernih itu mengalir dipipi mulusnya.


         "Kenapa abang tanya macam tu..?" hampir tak kedengaran Ainur menyoal dek nenahan rasa sebak. Angin malam menambahkan lagi rasa sedih dihati rapuhnya.


Melihat air mata Ainur, Adam dihambat rasa bersalah. Tapi, dia tak nak lagi terus terusan dibelenggu andaian sendiri. Biarlah diluah semuanya malam ni. Lembut dia menarik lengannya dari pegangan Ainur. Tubuhnya kembali mengadap tubuh kecil Ainur.


        "Abang bukan suami yang baik untuk Nur. Abang tahu Nur nikah dengan abang sebab arwah opah. Abang tahu masa abang lamar Nur dulu, Nur langsung tak ada perasaan pada abang. Sekarang pun abang tak layan Nur dengan baik. Abang tak bagi kebebasan pada Nur. Abang tak luangkan masa dengan Nur. Abang tak bagi apa yang Nur nak  Abang tau semua tu.. Sebab tu abang tanya.. Nur menyesal ke jadi isteri abang?" panjang lebar suara garau Adam menutur kata.


Jelas satu persatu. Mungkin juga perkataan paling banyak yang keluar dari mulutnya sepanjang 31 tahun hidupnya.


Ainur jadi kaku merenung seraut wajah Adam. Cuba menghadam apa yang didengar. Sungguh, dia tak pernah menyangka semua ni akan keluar dari mulut Adam Firdaus. Sumpahz dia tak tahu semua ni boleh berada dalam fikiran Adam. Air matanya mengalir deras tanpa sebarang bunyi. Hanya Allah yang tahu betapa sebaknya rasa dalam dadanya saat ini. Semua ni salah kau, Ainur.. 


      "Ampunkan Ainur, abang....," akhirnya dia bersuara tenggelam timbul. Suaranya bahkan mulai serak dek terlalu sebak. Berjujuran air matanya keluar saat mencapai kedua tangan Adam.


"Ainur tak patut salahkan abang cuma sebab abang tak luangkan masa dengan Ainur.. Ainur mintak maaf..!" kali ini dia meraung seperti anak kecil.


Teresak esak dia menangis membuatkan  Adam didepannya terkejut .


Lelaki itu memandang sekeliling memastikan tiada sesiapa melainkan mereka disitu sebelum kembali pada Ainur. Tak sangka Isterinya akan menangis sampai macam ni sekali. Rasa bersalah membuak buak dalam hatinya tapi anggota badannya langsung tak bagi kerjasama. Niat dihati nak dipeluk tubuh genit Ainur tapi kaku. Kaku saja dia melihat Ainur terus menangis.


        "Maaf. Abang tak ada niat nak buat Nur nangis...," dia cuba memujuk tapi tak berhasil.


Semakin rancak pulak Ainur menangis. Jadi akhirnya, dia cuma membiarkan gadis itu melepas segala rasa. Beberapa minit berlalu, tangisan Ainur mulai reda. Pipi yang basah disapu menggunakan hujung shawl biru yang dipakai. Mungkin dah 'sedarkan diri', dia tertunduk dengan rasa malu. Suasana sepi menemani mereka. Menanti 2 hati untuk lebih tenang.


      "Abang nak tahu sama ada Ainur menyesal atau tak jadi isteri abang?" suara Ainur memecah sepi antara mereka. Wanita itu sekali lagi mendongak, berbalas pandangan dengan Adam.


Adam telan liur. Separuh otaknya nak menutup mulut Ainur agar tak menyambung bicara sementara separuh lagi menanti bicara seterusnya. Baru tadi dia lihat Ainur menangis nangis mengalahkan anak kecil, sekarang pandangan Ainur berubah seratus peratus. Tajam dan dalam renungannya.


      "Siapa Ainur nak menyesali takdir Allah?" jelas suara Ainur menyentuh cupingnya.


"Ajal, maut, jodoh, pertemuan Ainur, semuanya Allah dah tentukan sebelum Ainur lahir lagi. Allah dah tetapkan jodoh terbaik untuk Ainur. Kenapa Ainur nak menyesal?"


       "Tapi abang bukan pilihan Nur."


"Allah pilihkan abang untuk Ainur. Pilihan mana yang abang nak persoalkan?"


Lancar. Lancar sampaikan Adam terdiam dengan perubahan suara Ainur. Suara yang lebih yakin dan jelas berbanding sebelum ni. Tak pernah dia lihat Ainur sebegini..


Sedetik, Ainur menyambung lagi dengan suara kembali lembut.


        "Sebelum ni Ainur mengaku, Ainur anggap abang macam ahli keluarga Ainur sebab abang, abang Farisha yang Ainur tengok dari umur 12 tahun lagi. Ainur terima lamaran abang demi opah, tapi opah tak pernah paksa Ainur. Once Ainur jadi isteri abang yang sah, Ainur belajar ubah perasaan tu dan Allah bantu Ainur dengan tanamkan rasa sayang, rasa cinta untuk abang sebagai suami Ainur. Ainur tau Ainur sayangkan abang .. Ainur yakin, Ainur cintakan abang a

sebagai suami Ainur.. Walau macam mana pun cara kita nikah, sekarang abang suami Ainur, Ainur isteri abang. Abang anugerah paling  indah yang Allah hadiahkan untuk Ainur...."


Adam terdiam kaku. Setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Ainur dihadam satu persatu. Perlahan lahan mengubati luka dihati. Segala rasa resah gelisah, galau curiga, terbang entah kemana. Wajah Ainur didepannya saat ini seperti cahaya menerangi malam yang gelap. Bercahaya indah.


Entah sedar ke tidak, senyum halus terukir dibibirnya bila rasa bahagia menyelinap masuk dicelah ruang hatinya. Rasa lega, rasa bangga, rasa bahagia, semua berkumpul dalam hatinya mengganti segala rasa negatif yang hilang tadi. Benarlah kata orang, bahawa dalam hati pun ada taman sebab dirasa hatinya sekarang berbunga bunga.


Kali ini, dia bertindak mengikut kata hati. Tubuh kecil Ainur, ditarik lembut dalam dakapannya. Dipeluknya seerat mungkin seakan taknak dilepaskan. Dirasa Ainur juga membalas pelukannya. Rasa hangat menjalar seluruh tubuh.


       "Terima kasih, Nur."


**************


23 JANUARY 2016 (3 tahun yang lalu)


    

         'UHUKKK3!!' - tersedak Farisha yang sedang meneguk fresh oren didepan peti sejuk saat mendengar pengumuman mengejut dari abangnya. Dia memandang riak serius Adam yang duduk dimeja makan kosong sebelum beralih pada ibunya yang duduk bertentangan Adam.


Hajah Fauziah pun terkejut sampaikan mati kata sambil berpandangan dengan Haji Anuar disebelahnya. Haji Anuar nampak tenang tapi jelas sedikit terkejut. Cuma Farhana je 'chill' dengan muka seposen, duduk diatas anak tangga sambil meriba anak bongsunya yang sedang menyusu botol.


Sedetik, Hajah Fauziah berdehem sekali dengan senyum kekok. Cuba mendapatkan kepastian takut takut apa yang didengar tadi cuma bayangan gurauan.


        "Apa..apa maksud along? Along..nak mak pinangkan Ainur untuk along? Ainur cucu Mak Yam tu??"


Adam mengangguk sekali tanpa memandang muka Hajah Fauziah.


Hajah Fauziah Istighfar panjang sambil mengurut dada. Bukan tak sukakan Ainur atau ada masalah dengan Ainur tapi tak pernah dia sangka anak bujangnya ni, yang tak pernah sekali pun bercakap soal jodoh, perempuan, perkahwinan atau bahkan soal lain, hari ini, tiba-tiba menyuarakan hasrat untuk meminang Ainur Zahra?


Tak lain tak bukan, Ainur Zahra, kawan baik kepada Farisha, cucu kepada Mak Yam yang dianggap macam kakak sendiri. Ya Allah... Mak mana laaa yang tak terkejut. Dah lebih dari kejutan budaya ni..


Nafasnya ditarik dalam. Sempat dipandang Farisha yang entah hidup ke tidak, tercegat didepan peti sejuk dengan mulut terbuka, mata tak berkedip. Shock.


      "Along...maksud mak, Ainur dah tahu ke? Yang along nak masuk meminang dia?" lembut Hajah Fauziah menyoal kali ini. Yang lain senyap saja memerhati.


Adam angkat muka, membalas pandangan Hajah Fauziah sebelum menggeleng kepala.


Double triple kejutan Hajah Fauziah dapat hari ini. Ya Allah...apa kena lah anak bujangnya sorang ni..


        "Erm...Along dah lama ke berkawan dengan Ainur?"


Adam geleng lagi.


"Maksud along, along tak...." 


      "Along betul betul mintak mak tolong along pinangkan Ainur untuk along," pintas Adam laju mematikan bicara Hajah Fauziah. Suara garaunya kedengaran dalam.


Cukup membuatkan Hajah Fauziah terdiam. Lama dia menatap muka Adam. Dia dapat rasakan, bukan senang Adam nak luahkan perasaannya tapi hari ini, anakn lelakinya itu dah kumpul semangat yang ada untuk nyatakan jugak hasrat dihati. Bahkan kedua cuping telinga anak lelakinya itu merah padam menahan rasa malu.


Hati ibunya dijerut rasa bersalah. Sepatutnya dialah yang perlu memahami anaknya sendiri.. Dia sendiri kenal perangai Adam. Dari kecil lagi Adam tak pernah mintak apa-apa darinya.


Kasut sekolahnya dulu dah koyak rabak pun dipakai lagi sampailah dia sendiri perasan, barulah dia belikan yang baru. Sakit demam lapar dahaga, tak pernah sekali pun Adam bagitahu. Semua dipendam sendiri. Dan hari ini, anak lelakinya pertama kali merayu bantuannya...


      "Bila along nak pinangkan Ainur?"


"Mak..!" kuat suara Farisha mencelah dengan mata membuntang. Dia taknak masa depan bff nya 'musnah' bersama Adam.


Air muka Adam berubah cerah memandang ibunya.


        "Esok."


Previous: BAB 9
Next: BAB 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Yana Agasshi