Home Novel Cinta Kisah Adam Dan Ainur
Kisah Adam Dan Ainur
Yana Agasshi
29/11/2020 20:54:42
28,235
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 3

    USAI mencuci pinggan mangkuk, tangannya disapu pada tuala dapur dekat rak pinggan. Makan malam harini cuma ada dia dengan Farisha. Mak dengan abah dah masuk tidur awal dek letih dengan aktiviti siang tadi. Ainur yang dah siap kemas dapur, bergerak naik menuju kedalam kamarnya.


Sempatla dia mengerling pada Farisha yang terlentang atas lantai ruang tamu mengalahkan anak jantan. Tengok TV la sangat. Malas nak turut serta, dia melangkah masuk kedalam biliknya. Duduk dibirai katil sambil mengusap-ngusap perutnya yang kekenyangan.


Tudung kelabu dikepalanya ditanggalkan sebelum melepas ikatan rambutnya yang masih lembap. Rambut hitam ikalnya terurai separas pinggang. Lega..


"Along dah balik?" tiba-tiba suara Farisha dari luar kedengaran.


"Ainur ada benda nak cakap kat along tu."


Ainur tersentak . "Dasar pengkhianat tu sorang!"


Sedetik, tubuh tinggi lampai Adam muncul dari muka pintu. Pantas dia menyambut dengan salaman. Siap dengan servis tanggalkan kot hitam yang dipakai suaminya itu. 


Adam tetap dengan reaksi kosongnya.


'Nak cakap sekarang ke ekk?' hatinya mulai resah sambil memandang Adam yang dah pun duduk dibirai katil. Tampak sedang menggeliat batang tengkuk.


'Penat ke dia?' 


'Aduuuhhh'


"Nur nak cakap apa?" suara garau Adam tiba-tiba memecah sepi.


Ainur yang berdiri didepan pintu mula tersengih kekok. Tak berani pun mendekat.


"Er.. tak. Ni.. pasal... Esok," seram sejuk. Saja je dia nak tengok dulu reaksi Adam. Dilihat Adam masih tenang. Tiada sebarang reaksi.


'OK'.


"Esok ainur nak ke bandar dengan Sha. Nak pinjam kereta lama abang tu. Sha yang nk drive."


"Nak buat apa ke bandar? Kenapa tak pekan aje? Kan dekat." 


'Ha sudahhhh..'  Ainur gigit bibir.


Kerutan didahi Adam menunjukkan bukan senang dia nak melepasi plan A nya. Kalini, dia sengih lagi sambil menguis nguis kot hitam milik Adam yang dipegang.


"Urm... Sha tu, nak sangat tengok wayang. Kat pekan mana ada wayang. Lagipun, Ainur dah lama tak keluar jalan jalan dengan Sha. Abang busy je memanjang. Kalau abang taknak bagi pinjam kereta pun, Sha boleh ambik teksi or grab je."


"Sekarang ni bukan masalah kereta abang. Masalahnya, kalau Sha yang nak tengok wayang, kenapa nak kena ajak Nur? Tak boleh pergi sendiri ke?"


"Eh?" Ainur blur.


Rasa macam pesalah kes mahkamah pulak. Bukan calang-calang pendakwa raya Adam Firdaus ni sorang. Jadi dia kena hati hati bagi jawapan.


"Tapi, Ainur pun nak keluar tengok wayang jugak. Kitorang dah lama plan nak makan sushi kat mall tu"

     

"Keluar dengan abang je nanti"


"Bila? Dah 3 bulan lepas abg bagitau nak keluar sama-sama tapi sampai harini tak jugak keluar. Abg busy je siang malam."  macam anak kecil Ainur menarik muka.


Muncung dah sedepa dek terlalu kecewa dengan jawapan Adam.



    Adam diam. Anak matanya memandang muka merajuk Ainur. Serba salah pula jadinya. Hatinya memang lemah kalau tengok yang namanya Ainur Zahra merajuk, menangis, gundah gulana semua tu. Dengan dia sekali jadi tak keruan.


Tapi... berat hati dia nak lepaskan Ainur keluar. Dia bimbang kalau apa-apa terjadi pada buah hati kesayangannya tu sorang. Yelah, sekarang kan banyak kes jenayah libatkan kaum perempuan. Tak dapat dia bayangkan kalau sesuatu buruk menimpa Ainur.


Tambahan pulak.. dia paling pantang kalau ada lelaki lain cuba memikat Ainur. Yang jenis pandang atas bawah atas bawah dengan senyum nakal, itulah yang paling dia sakit hati. Bukan sekali dua. Dah banyak kali jadi walaupun keluar berdua. Jadi salah dia ke kalau hatinya berat nak bagi lampu hijau? Hmhh...


"Pukul berapa nak keluar esok?" akhirnya dia bersuara membuatkan Ainur menoleh gembira.


Laju gadis genit itu melompat duduk disebelah Adam. Senyum lebar sampai ke telinga dengan mata yang bercahaya.


"Kira abang bagi la Ainur keluar dengan Sha esok?".


       "Balik sebelum pukul 5 petang" 


"Okey! Thank you abang...."


Tak sempat lagi Adam nak membalas, sepantas kilat Ainur berlari keluar ke ruang tamu. Teruja kalahkan budak tadika dibelikan mainan. Cukup membuatkan Adam tersenyum senang. Sedikit menghilangkan rasa gusar tadi.



*******



23 JUNE 2013 (6 tahun yang lalu)



       "BETUL mak....Sampaikan Sha nak tidur pun susah. Pukul 1,2  pagi ada lagi lelaki duk baling gula-gula kat tingkap bilik. Tu tak kira yang duk menyanyi depan pagar dorm,"  bersungguh Farisha bercerita sampaikan tak luak nasi dipinggan.


Hajah Fauziah ketawa lucu sedang Haji Anuar cuma menggeleng kepala dengan senyuman.


Lain pulak Adam yang disebelah Farisha. Serius menyuap nasi kedalam mulut tanpa memberi reaksi pada cerita adik bongsunya itu walaupun hatinya menggelegak kepanasan sedari tadi. Nak saja ditutupnya mulut Farisha tapi dalam masa yang sama , dia tetap nak dengar cerita seterusnya. Terpaksa lah dia memujuk hatinya untuk terus bersabar.


"Macam tu sekali ya, orang minat Ainur?" Hajah Fauziah melayan celoteh Farisha.


Beria Farisha mengangguk.


"Ala mak, dari zaman sekolah lagi Ainur tu ramai peminat kan. Muka cantik, cakap lembut, baik, bukan macam Sha ni."


'Hahaha' -  kali ini Haji Anuar ketawa lepas mendengar ucapan Farisha. Sedar diri jugak anak perempuannya itu.


Farisha menjeling manja sebelum menyambung.  


"Tapi, ada baiknya jugak mak. Kat kampus kan, hari-hari orang belanja makan. Upah pass hadiah kat Ainur".


"Ish kamu ni. Tak baikla macam gitu.. Dah macam ambik rasuah."


"Takpe la mak. Dorang yang nak belanja. Hadiah hadiah tu kadang Sha jugak dapat sebab Ainur dah banyak sangat dah terima. Tak tau nak letak mana".


"Ohhh.. Mak tak tau pulak ramai yang berkenan dengan Ainur.. Jarang nampak Ainur ada kawan lelaki.."


"Ainur tu baik, mak... Dia tak sampai hati sebenarnya nak tolak orang yang suka dia. Sebab tu semua dia layan baik. Sha rasa..."


"Farisha! Boleh diam tak masa makan?"  tiba-tiba suara keras Adam memintas dengan muka merah padam . 


Terkedu Farisha mendengarnya.  Hajah Fauziah dan Haji Anuar pun krikkk krikk saling berpandangan sebelum masing masing menyambung makan malam tanpa sepatah kata.  Tegang sampai ke selesai makan malam.


Previous: BAB 2
Next: BAB 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Yana Agasshi