Home Novel Cinta Kisah Adam Dan Ainur
Kisah Adam Dan Ainur
Yana Agasshi
29/11/2020 20:54:42
28,244
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 6

       "EIIHH.. Pergilah keluar sana.. Aku nak tidur pun tak boleh.. Dahla esok aku nak kerja awal," omel Farisha kepada Ainur yang duduk diatas birai katilnya sedari tadi. Dia yang dah bersedia dalam selimut tak dapat tidur dek lampu kamar terpasang terang.


Mendengar itu, Ainur tetap tak berganjak. Duduk membatukan diri. 


"Abang Am tak habis solat lagi.. Nanti aku keluar la.."


    "Eleh. Dah pukul berapa ni? Laki kau sembayang terawih ke lama sangat? Cakaplah kau takut dia tahu pasal phone kau hilang..."


"Ssyhhh!" laju Ainur berpaling dan mengerutkan dahi tanda amaran buat Farisha. Farisha tayang muka tak kisahnya.


    "Kau jangan terlepas cakap eh. Mulut tu jaga sikit depan abang Am nanti."


"Siapa suruh kau memandai sangat drive ke pekan sorang-sorang..? Siapla kau kalau along tahu.. Habis segala surat kelepasan kau dia tarik balik. Uish.. kau tak tengok lagi dia mengamuk kan?" seronok pulak Farisha mengusik Ainur. Makin riak Ainur keresahan, makin dia suka. Tapi bab tarik lesen keluar, itu memang betul. Dia jamin abangnya tak bagi dah Ainur keluar lepasni. 


Ainur telan liur. Kering tekak membayangkan kata-kata Farisha berubah nyata. Mahu mati kebosanan lah dia dalam rumah ni. Terperuk siang malam. Aduh...


    "Nur."


"Opocot mak kau Nur jatuh!" terkejut beruk Ainur melatah tatkala suara Adam tiba-tiba saja menyapa cuping. Farisha dah mengekek ketawa dalam selimut sementara Adam tak menunjukkan sebarang reaksi dimuka pintu.


Ainur mengurut ngurut dadanya sendiri sambil bangun dari duduk. Tak menghampiri Adam sebaliknya cuma berdiri dengan muka orang buat salah.


     "Kenapa?" soalnya takut takut.


Adam masih beriak serius. 


"Mari sini kejap," arahnya ringkas sebelum beredar pergi begitu saja. Nada pun bikin kecut perut.


Ainur telan liur lagi. Sempat menoleh kearah Farisha diatas katil tapi teman baiknya itu malah berbungkus dalam selimut seperti pocong. Nak tak nak, dia terpaksa menapak lambat lambat menyusul jejak Adam. Dilihat Adam duduk diatas birai katil dalam kamar mereka, jadi dia cuma berdiri dekat meja sebelah pintu masuk. Memintal mintal jemari sendiri.


    "Ada..apa? Ainur.. Ainur tengah berbual dengan Sha."


"Mana phone Nur?"


    "Hah??" membuntang luas biji mata Ainur mendengarkan soalan keramat dari suaminya itu. Telefon? Takkanlah seawal ni dah kantoi kot.. Farisha menipu dari zaman sekolah, sampai sekarang tak ketahuan lagi. Ya Allah, Ainur.. Macam mana ni..


"Abang tanya, mana phone Nur..?" ulang Adam lagi bila soalannya dibiar tergantung sepi. 


Cukup membuatkan Ainur sebu perut. Dengan air muka serius, nada low note macam tu, aduh.. nak meletup dada ni hah.


    "Ada.. Dalam.. bilik Sha. Kenapa dengan phone Ainur?"


"Abang nak pinjam.. phone abang rosak siang tadi," jawab Adam sambil menanggalkan kopiah putih dikepala lalu meletakkannya diatas meja lampu sebelah kepala katil. 


Jawapan Adam sudah mampu membuatkan Ainur menghela nafas lega tapi dia masih berada di zon merah.


     "Abang nak buat apa?" soalnya lagi lebih tenang berbanding barusan. Dia bahkan mendekati katil.


Adam menoleh pada wajah Ainur sekilas sebelum bangun menapak kearah meja kerjanya sebelah pintu. Satu fail kuning dikeluarkan dari briefcase yang berada diatas meja itu. 


     "Nak hantar email," jawabnya ringkas.


Ainur mengangguk kepala. Lega. Sebab otaknya dah merangka satu olah yang bijak.


"Kalau macam tu abang guna jelah laptop abang. Kan ada wifi."


Giliran Adam pula terdiam. Berdebar Ainur melihat suaminya itu berfikir fikir sejenak. Kan Farisha ada cakap yang Adam dalam garang pun, ada jugak 'slow' nya. Harap-harap berhasil lah rancangannya ni..


Dan ternyata, benarlah kata Farisha. Tak sampai seminit, Adam dah pun tunduk mengambil beg laptop dikaki meja, kemudian berjalan untuk melabuhkan punggung diatas katil. Buat yang ketiga kalinya Ainur menghela nafas lega apabila melihat Adam begitu fokus menekur skrin laptop. Wifi dalam rumah memang sentiasa terpasang. Farisha yang pasangkan untuk kemudahan abah yang aktif dalam group whatsapp. 


Tak terus berdiri, Ainur pun perlahan lahan merangkak naik atas katil. Duduk disebelah Adam. Seperti kebiasaan, sepi bermaharajalela didalam ruang kamar. Sepanjang 3 tahun bersama, boleh dikira berapa patah perkataan yang keluar dari mulut Adam. Dia sendiri pun setahun kebelakangan ni je mulut macam burung murai walau tak dilayan Adam. Dulu awal kahwin, dia samalah dengan Adam. Pasangan 'bisu' namanya. 


    "Abang," akhirnya Ainur bersuara memecahkan dinding sepi setelah 5 minit berlalu. Wanita itu memandang sisi wajah suaminya yang mahal dengan senyuman itu.


Adam tak menyahut. Menoleh pun tidak. Serius benar riaknya menekur laptop. Tapi cupingnya dengar aje apa yang keluar dari mulut si isteri. Dah memang perangainya sejak azali begitu.. Dia tak pandai nak bermanis mulut seperti suami idaman diluar sana.


Untung saja Ainur sejenis manusia yang tak mudah mengalah. Ainur mengubah posisi supaya menghadap Adam.


     "Abang, tadi Sha bagitahu yang esok abang cuti. Betul ke?"


Adam angguk sekali tanpa angkat muka. Dah cukup membuatkan Ainur tersenyum gembira.


"Esok...abang ada nak pergi mana-mana tak?" soalnya pula sengaja berkias. Niat dihati nak ajak si suami jalan-jalan. Eh jalan-jalannya kau. Tadi bukan main sedih phone hilang.


Kali ini Adam menoleh. Tapi sekilas ajelah sebelum kembali pada skrin laptop. "Takde."


"Tsk," Ainur berdencit perlahan bersama jelingan geram. Itu pun bila Adam tak memandang kearahnya. Kalau tak, tak berani pun dia nak jeling terbalik mata bagai.


'Kok kok kok' - tiba-tiba kedengaran ketukan dipintu yang tak tertutup membuatkan mereka spontan angkat muka. Dilihat Hajah Fauziah berjubah kelawar dan anak tudung rona krim tercegat dimuka pintu.


     "Ainur, along, mari turun makan malam nak. Abah dengan Sha dah kat meja tu," ujar wanita 53 tahun itu lembut. 


Ainur bingkas turun dari katil lalu mencapai tudung sarungnya dari penyangkut pada pintu almari.


"Lah..kenapa tak panggil Ainur sediakan makan malam.. Tadi mak cakap tak nak makan..," Ainur dicuit rasa bersalah kerana biarkan mak mentuanya buat kerja dapur sendiri. 


Hajah Fauziah cuma tersenyum sambil mengusap lembut belakang Ainur yang dah tercegat didepannya.


    "Abah kamu la yang tiba-tiba lapar katanya.. Jomlah turun makan cepat. Along, mari nak."


"Bila masa Sha turun? Tadi beria nak tidur..," juih Ainur mengenangkan perangai 'tak normal' Farisha. Rupa cantik tapi perangai susah nak hadam.


    "Mak panggil dia makan tadi.. Dah, mari cepat. Nanti dah pukul 10 tak elok pulak makan lewat sangat."


********


     "SEDAPNYA mak masak... Dah lama tak makan air tangan mak. Asyik makan Ainur masak je hari-hari," ucap Farisha bersungguh  menyuap nasi lauk masak lemak cili api kedalam mulutnya. Hajah Fauziah disebelah tersenyum dengan gelengan. Bukan apa, takut Ainur yang selama ni memasak terasa hati. 


     "Ada-ada je kamu, Sha. Mak masak ala kadar je.. Dah lama tak masak."


Ainur didepannya senyum kecil, langsung tak terasa dengan ucapan Farisha barusan. Sesekali dikerling Adam disebelahnya yang diam membisu menikmati makan malam. Abah pun sama. Hmm, mana turun kuah kalau tak ke nasi kan..


      "Along, tambah lagi," Hajah Fauziah menolak perlahan mangkuk nasi putih didepan Adam.


Adam sekadar mengangguk sekali.


"Dah lama Along tak makan sekali. Suka mak tengok anak mak ni makan depan mata mak,"  sambung wanita itu lagi.


      "Lah, esok mak tengok la along puas puas. Along kan cuti esok," celah Farisha dengan mulut separuh penuh. Tak senonoh betul ! 


Hajah Fauziah memandang Adam dengan mata bercahaya. Senyum lebar sampai ke telinga.


"Along tak keje ke esok? Elok sangat la tu.. Esok ada majlis tahlil rumah mak Jah.."


       "Tahlil? Siapa pulak meninggal?" selamba Farisha menyoal membuatkan Adam mengerling tajam.


Cukup untuk membuatkan Farisha tunduk perlahan lahan macam siput masuk cengkerang . Ainur yang melihat ketap bibir menahan tawa. Padan muka! Mulut lancang sangat.


      "Tahlil arwah suami dia la Sha.. Ada rezeki lebih sikit, nak buat la tahlil..,"  lembut je Hajah Fauziah menjawab sebelum kembali pada Adam yang langsung tak menunjukkan sebarang minat.


"Mak Jah tu takde anak lelaki.. Kalau along cuti esok, elok la along tolong mana yang patut.. Pagi esok, pergi pekan belikan barang basah. Syuhada balik petang rasanya, tak sempat. Qilah pulak boleh la buat kerja kat rumah.."


Kali ini Adam membalas pandangan Hajah Fauziah untuk sesaat sebelum mengangguk sekali. Itu pun dah buat Hajah Fauziah tersenyum senang hati.


"Sha keje la esok, Mak. Dah 2 hari cuti.. Nanti kalau mintak sambung cuti lagi, boss bising," celah Farisha konon kecewa tak dapat turut serta.


Mendengar itu, Haji Anuar senyum sinis. "Kamu ada ke, takde ke, sama je Farisha..," bidasnya bersahaja membuatkan Ainur ketawa lucu.


Cepat-cepat dia tutup mulut bila Farisha dah menjelingnya dengan mata yang berlaser. Sebijik kena atas kepala! Abah senyap je memanjang, tapi sekali bukak mulut...,  haddoii... Sakitnya tuh disini..


Untuk beberapa minit, semua sambung menikmati makan malam tanpa banyak bicara. Mujur ada Farisha sebagai wartawan tak bertauliah. Ada lah jugak topik yang nak dibualkan. Harapkan Adam dengan Haji Anuar, krik krik lah sampai ke sudah.


*********


       AINUR tercegat didepan sinki sedang tangannya ligat mencuci pinggan mangkuk yang digunakan waktu makan tadi. Mak dan abah dah naik ke ruang tamu, tengok Majalah 3 katanya.


Sementara Farish, dah hilang dibalik pintu kamar senang hati perut kenyang. Ainur senyum kecil bila rasa gundah gulana dari petang tadi mula berkurang kerana dapat luangkan masa dengan keluarga macam ni. Nak pulak bila yang nama suami ada disebelah. Rasa macam...'selamat'.


      "Ni nak letak mana?" suara garau Adam tiba-tiba mencelah membuatkan Ainur spontan menoleh. Anak matanya memandang mangkuk nasi yang ditangan suaminya.


"Nasi tu elok lagi, abang letak balik dalam periuk. Mangkuk tu nanti bagi Ainur, Ainur nak cuci."


Lurus Adam menurut arahan yang diterima. Nasi yang berbaki dituang balik dalam periuk nasi atas rak meja dapur sebelah peti sebelum meletakkan mangkuk kosong kedalam sinki. Tak terus berlalu, dia berdiri disebelah Ainur berpeluk tubuh sambil melempar pandang kearah luar jendela belakang rumah. Tak nampak apa-apa pun sebab gelap. Saja dia nak tunggu, tak sampai hati nak biarkan isterinya tu sorang sorang kat dapur.


Ainur senyum memandang sisi wajah Adam.


"Esok abang nak ke pekan pukul berapa?" soalnya lembut sedang tangannya masih bergerak.


Adam pula sekadar menjongket bahu sekali tanda tak tahu.


     "Urmm...abang nak pergi dengan siapa?"


Kalini pun, Adam menjongket bahu dengan muka seposen. Cukup membuatkan Ainur ketap gigi menahan geram. Spoil mood betul la... Tapi dia tetap positif. 3rd try.


    "Ainur...nak ikut sekali boleh? Ainur pun ada benda nak beli."


"Kenapa tak beli masa keluar tadi?"


     "Hmh?"


'Ambik kau' - Terkulat kulat Ainur nak menjawab . 


Akhirnya dia sengih macam kerang busuk.


"Tak sempat.. Kan abang suruh balik pukul 5."


     "Sebelum pukul 5."


"A'a, ya. Sebelum pukul 5."


    'Ish...orang nak cakap lain, dia belok lain', Kepalanya digeleng sendiri.


'Tak boleh jadi.'


"Abang kena bawak jugak Ainur esok.  Kalau tak, Ainur ajak Sha keluar."


Tak sempat dia nak tunjuk muka konfiden, Adam dah merenungnya dengan sepasang mata redup penuh makna. Kecut perut bhai!


Laju dia membuka sengih.


"Ainur gurau je. Hihi.."


   "Tapi boleh ya bang? Ainur ikut sekali esok."


"Boleh," sepatah ayat keluar dari mulut Adam 


Ringkas, tepat, padat. Ainur pulak yang melopong. Punyalah susah-sudah dia struggle nak sampaikan permintaan tu, mudah pulak dapat lampu hijau.


Adam Firdaus, unexpected.




Previous: BAB 5
Next: BAB 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Yana Agasshi