Home Novel Cinta Kisah Adam Dan Ainur
Kisah Adam Dan Ainur
Yana Agasshi
29/11/2020 20:54:42
28,231
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 2

     ANAK matanya sedari tadi tekun merenung fail kuning diatas meja. Sampaikan berkerut dahi cuba meneliti isi kandungan pada kertas putih itu. Jam dah menginjak ke pukul 6 setengah petang tapi dia masih tak menunjukkan tanda nak keluar dari ruang pejabat ber interior serba putih itu. Masih asyik dengan kerja.


Projek pembangunan hospital swasta di Hulu Perak dah 37% progress dan dia cuma berbaki lebih kurang 7 bulan untuk siapkan sepenuhnya. Dia mesti siapkan projek dalam tarikh yang diberikan untuk memastikan nama baik Golden High Sdn Bhd terjaga.


     'Kok kok kok !' - pintu pejabatnya diketuk sebelum dibuka dari luar walaupun dia tak menyahut.


Qalisya, PA serta teman se universiti nya dulu, melangkah masuk dengan gaya persis model. Orangnya tinggi lampai, berkulit gelap dan cantik bak barbie doll. Dress merah separas lutut tersarung elok di tubuh glamour nya. Gadis itu duduk bertentangan Adam yang tak menunjukkan sebarang respon.


    "You nak tidur sini ke?" giat Qalisya dengan senyuman.


Adam diam.


   "Orang lain pun kerja jugak Encik Adam Firdaus. Tapi our body, mind and soul need rest. Staff lain dh bising tau asyik kena kerja lebih masa." 


"Kenapa dalam meeting sanggup sekarang nak bising?" selamba je Adam memangkas tanpa memandang wajah Qalisya.


Mendengar itu, Qalisya geleng kepala sambil berpeluk tubuh.


    "Dengan muka nak 'telan orang' you ni, you ingat ada yang berani bantah ke masa meeting?"


"Saya tak pernah paksa. Yang mana nak stay, boleh stay. Yang mana nak balik, boleh terus balik. Yang pasti projek ni siap on due."


    "Yeah, tapi esok nya you sindir pulak ayat pedas pedas kan?"


"Tak suka boleh resign. Ramai lagi yang berharap dapat kerja."


     "You better not tell them all this harsh words. So mean of you, Adam."


"Awak pun kalau nak balik, balik je dulu."


Qalisya mencebik. Geram dengan sikap hati batu Adam. Tak berperasaan!


"You dudukla sini sorang sorang sampai siap semua kerja so esok staff boleh datang goyang kaki je," dia berdiri dengan merenung tajam ke arah Adam yang langsung tak memandangnya.


    "You better watch out. Takut nanti wife you makan hati dengan sikap you. Ainur tu cantik, educated, ramai lagi lelaki yang tengah tunggu dia and boleh layan dia dengan baik," sempat lagi dia nak basuh bos nya yang sorang tu sebelum laju berjalan keluar dari pejabat meninggalkan Adam yang ternyata, sedikit terkesan dengan kata kata Qalisya barusan.


Bayangan wajah lembut isterinya melewati layar matanya. Rasanya dah banyak hari dia tak bersua muka dengan kesayangannya itu. Tak sedar masa cepat berlalu. Tapi sebelum ni pun kan memang macam tu jugak.


Tak menunggu lama, tangannya terus mencapai iphone 7 diatas meja lalu nombor isterinya didail.


Titttt...Tittt...Titttt....


    "Hello, Assalamualaikum?" - lembut suara serak Ainur kedengaran dihujung talian.


Walaupun hatinya lega dapat dengar suara lembut yang dirindui tu, tapi reaksinya tetap tak berubah.


"Wa'alaikumussalam. Kat mana?" senada suaranya bertanya. Dia bukanlah lelaki yang tahu bergayut lama lama ditelefon. Sekadar tanya yang penting penting, sudah.


     "Ainur kat rumah la. Kat mana lagi..." 


"Hm, okey"


     "Eh kejap kejap!"


"Ada apa?"


     "Erm... kenapa tak balik lagi? Sempat tak makan malam sama sama?"


"Tak tau lagi. Jangan tunggu abang, Nur masuk tidur dulu".


     "Hmhhhh.. Okey.."


Tak ada atau goodbye wish, Adam terus mematikan talian seperti kebiasaannya. Isterinya macam okey aje. Hatinya jadi kembali lega.  Kata-kata Qalisya tadi diusir jauh lalu dia kembali sambung buat kerja.



******** 



    OPPO A3s pinknya dilempar diatas katil dengan muncung sedepa. Sakit hati betul hatinya dengan sikap suaminya. Hati batu!


Dia sendiri tak taulah macam mana dulu dia boleh kahwin dengan Adam. Bercinta pun tak sebenarnya. Kenal.. kenal pun sebab selalu datang buat kerja sekolah kat rumah bff nya si Farisha. Bercakap pun boleh kira berapa patah perkataan dalam setahun. Habis sekolah, arwah Opah mintak tolong Adam untuk uruskan kemasukan nya ke Uitm Dungun Terengganu sekali dengan Farisha. Cuti ke, abis sem ke, mesti Adam yang datang ambik dan hantar sampailah dia graduated.


Then masa tulah tiba-tiba keluarga Adam masuk meminang Katanya Adam yang suruh pinangkan. Dah arwah opah pun beria pujuk dia terima pinangan Adam.


Nak tak nak, dia terima dengan hati terbuka dan Alhamdulillah.. setiap hari yang berlalu, Allah tanamkan rasa kasih, sayang dan cinta dalam hatinya buat insan bergelar suaminya. Alaaa... tiba-tiba macam akasia pukul 7 kan. Tapi itulah ringkasan kisah hidupnya.


Cuma terkadang, terrr kadang jelah. Bila dia nampak status fb teman sekuliahnya dulu yang dapat enjoy life travel sana sini, lepak ramai-ramai, ada jugakla rasa cemburu.


Normal la tu kan?


Lagi sakit hati bila makcik bawang duk mengata yang sia2 belajar tinggi-tinggi tapi last-last terperuk dalam rumah jadi suri rumah sepenuh masa. Farisha, sekarang dah kerja sebagai editor kat syarikat Berita Harian cawangan Hilir Perak. Kembar Farishaz si Farhana walau dah ada 2 orang anak tapi masih bekerja sebagai jururawat di klinik desa di pekan kampung Mahsuri.


Dia? 


Pelajar cemerlang bidang Computer Engineering tapi kerja bangun pagi, basuh kain baju, jemur kain baju, lipat kain baju, bersih rumah, tolong mak mertua masak kat dapur dan ulang buat benda sama sepanjang 3 tahun mendirikan rumah tangga. Umur dah 26 tahun.. Hmhh.. Sabar jelah Ainur Zahra..


     "Tak boleh jadi. Malam ni, aku kena jugak tanya Abang Am."


"Yelah tu...."


"Astahghfirullahaladzim!" - terkejut beruk Ainur bila Farisha tiba-tiba muncul entah dari mana dengan muka sinis seakan mengejek tekadnya barusan.


Dia merenung tajam pada Farisha yang dah pun meniarap di atas katil sebelahnya sambil men scroll skrin telefon pintar.


     "Lain kali Cik Farisha, nak masuk bilik orang ketuk dulu pintu tu..."


"Ala.. pintu pun tak tutup, buat apa nak ketuk" 


     "Apa-apa jelah kau ni. Cakap menyakitkan hati", Ainur terus merebahkan tubuhnya, malas nak teruskan 'perbalahan'.


"Hmm..Sha."


     "Yoe."


 "Esok kan, kalau la kita jadi pergi...."


     "Weh weh weh..," laju pulak Farisha memotong bicara Ainur dengan penuh teruja.  


Ainur mencebik.


"Cuba kau tengok ni," Farisha menunjukkan skrin telefon didepan muka Ainur.


Berkerut dahi Ainur melihat pada skrin telefon. Cuma gambar seorang lelaki sedang duduk diatas bangku kayu hadapan restoran western dengan senyum lebar. Orangnya kemas bergaya. Berjeans hitam, t shirt putih serta kemeja jeans vintage. Rambut terpacak rapi gaya lelaki moden sekarang. Ookay.... Hensem, muda, bergaya. So.. apa motif?


Melihatkan reaksi tak boleh blah si Ainur, Farisha tepuk dahi dengan gelengan.


"Kau tak kenal ke? Ni Faizal laaaaa .."


     "Faizal?" Ainur blur sekejap. Macam ingat ingat tapi lupa.


"Ala... mamat nerd yang suka kau dari 6 tu... sampai form 4 sekolah sekali dengan kita. Dari dulu lagi dia crush kat kau. Kau sorang je layan dia baik. Yang lain semua cakap dia nerd. Kau lupa??"


    "Hmm....," bersungguh Ainur duk memerah otaknya sebelum 'Tinggggg!' - lampu otak dah menyala.


 "Oh.. ya ya.. Faizal Iskandar. Lah.. dia ke ni?" laju telefon Farisha dirampasnya sebelum kembali menilik gambar tadi. "Weh lain nya dia...."


     "Kan? Followers IG dia ramai gila. Sekali post , beriban kaum hawa tinggal komen. Melting la apa la."


"Ok la tu... kau ingat sampai mati ke dia nak jadi nerd?" 


     "Sekarang dia kerja kat pejabat polis ibu negara . Putrajaya sana."


"Polis ke?"


    "Inspektor penyiasat. Dasyat kan? Aku ingatkan dia jadi doktor or saintis."


Ainur ketawa lucu.


     "Amboi kau ni. Kolot betul minded."


"Kalau dia nak kau lagi, kau nak tak dia?".


      "Sha ! Kau nih .."


"Ala, bukan ada orang pun.. jujur jelah. Dulu kau nikah dengan along sebab opah kau paksa kan. So sekarang kau tengok Faizal macam ni, mesti kau menyesal kan" 


     "Mulut kau memang puaka kan, Farisha"  Ainur cuba mencubit mulut Farisha namun gadis itu pantas mengelak dengan tawa besar.


"Ok first, arwah opah tak paksa aku. Second, aku tak menyesal and third, dulu dulu tu zaman budak-budak sekolah ok. Cinta monyet je. Sekarang kau ingat dia kenal ke aku? Entah entah dah ada anak 10" 


     "Ha ha ha. Yelah tu.." ejek Farisha lagi mengundang jelingan Ainur.


"Lepasni kau jangan berani nak ungkit cerita ni depan abang kau".


     "Well, we'll see. Kalau kau tak nak aku bukak mulut pasal cinta monyet kau ni, kau kena cepat-cepat pujuk singa laut tu.  Macam macam mana pun, esok kita pegi jugak bandar. Tengok wayang, makan sushi and shopping. Muktamad"


"Ya Allah....menyampahnya aku. Pergi kau sana."


Previous: BAB 1
Next: BAB 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Yana Agasshi