Home Novel Cinta Kisah Adam Dan Ainur
Kisah Adam Dan Ainur
Yana Agasshi
29/11/2020 20:54:42
28,223
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 4

      MEGAMALL, salah satu pasaraya terbesar di Kuala Kangsar. Bangunan 5 tingkat itu dah 12 tahun bertapak disalah satu bandar negeri Perak. Cawangan lain disetiap negeri juga ada. Harini walau pun hari selasa, pengunjung tetap ramai macam biasanya.

Ada yang datang beli barang keperluan, ada yang datang makan-makan, ada jugak yang saja datang nak cuci mata. Antaranya, Ainur dan Farisha yang duduk dimeja dalam restoran makanan Jepun. Kenyang makan set sushi yang dah lama teringin nak makan.

"Tak puas betul aku dengan cite tadi. Macam mana hero boleh mati? Bapak wife dia yang jahat kalahkan malaun tu boleh pulak hidup. Sia-sia bayar tiket," tak habis lagi Farisha membahas soal penamat filem yang ditonton tadi.

Mendengar itu, Ainur senyum dengan gelengan.

"Kau ingat ni filem hindustan ke? Hero jatuh tingkat 10 pun kuat lagi kejar penjahat. Ok la tu hero mati. Berpijak pada bumi yang nyata."

"Dah nama pun filem fiksyen Ainur Zahra oiii...

 Rekaaan semata mata."

Ainur tetap menggeleng-geleng kepala. Dia yang cantik berbaju kurung moden dan tudung bawal ungu itu menyedut straw minumannya yang masih berbaki separuh. Jam tangannya dikerling untuk yang kesekian kalinya. Dari awal lagi dia dah set dalam kepalanya untuk pastikan sampai rumah sebelum jam 5 petang. Kalau tak,, tak taulah nasib nya akan datang. Entah entah kedai Pak Saad pun dah tak boleh pergi.

"Ala, chill la.. Baru pukul 2 kan," giat Farisha sedar akan tingkah teman baiknya itu.

"Kalau aku yang drive, sejam je dah terpacak depan tangga. Kau jangan risau. 3:45 kita gerak balik."

"Tak lewat sangat ke tu?" 

"Kau percaya je cakap adik ipar kau ni.. 3:45 okay? Jom la kita masuk Popular dulu.. Aku dah lama tak top up koleksi novel aku.."

Mendengar itu, Ainur terpaksa akur. Lantaklah. kalau jadi apa-apa dia akan salahkan Farisha je.

"Urm.. aku nak g toilet la kejap. Nak ikut?"  Ainur berdiri menyangkut tali handbag pada bahu.

Melihatkan Farisha menggeleng kepala, langkah kakinya terus diatur kearah tandas wanita yang tak jauh dari restoran susyi. Masih ditingkat 3 Megamall.

Tandasnya cantik, luas dan bersih. Saat melangkah masuk, ada 2,3 orang sahaja didepan cermin sinki sedang membersihkan tangan jadi dia pun terus masuk kedalam bilik air untuk buang air kecil. Selesai urusannya , dia keluar ke arah sinki. 2 orang perempuan tadi dah tak kelihatan. Anak matanya sempat melilau kiri kanan sebelum mencuci tangan. Seram sejuk pulak main tandas besar, takde sorang manusia macam ni. Dahla baru sudah tengok movie hantu .

      'Hmmm~~ hmm~~ Hmmmm~~' , sengaja dia buat-buat menyanyi nak mengusir rasa seram. Tudungnya yang terletak elok dirapi dulu sebelum cepat cepat bergerak keluar dari tandas. Baru melepasi muka pintu,

'Gedebukk!' - tubuhnya terlanggar 'sesuatu'.

"Maaf maaf...," ucap gadis berdress ungu separa lutut meraih tangan Ainur.

"Takpe. Saya pun mintak maaf," Ainur membalas lembut cuba menarik tangannya dari pegangan gadis itu.

"Sorry taw.  Sorry.. Saya betul betul mintak maaf," ucap gadis itu mengusap pula lengan 

Ainur sebelum beredar pergi.

Ainur masih tak berkutik dari depan pintu masuk tandas. Sedikit aneh dengan tingkah gadis barusan.

"Wehh!"

"Opocot mak kau jatuh!" terkejut beruk Ainur bila Farisha datang menyergah dari belakang.

Tersengih sengih Farisha melihat kakak iparnya tu duk urut dada.

"Tulah kau.. Bukan main. Depan toilet pun nak mengelamun."

Ainur renung tajam dengan kerutan didahi.

"Aku tak suka taw kau buat macam tu . Nasib baik tak kena heart attack."

"Sape suruh buat aku tunggu lama-lama?"

"Mengada. Bukan lama sangat pun."

Eh dahla... Jangan buat drama kat sini. Jom jom..," Farisha menarik lengan Ainur yang masih lagi tak puas hati diterjah. Ainur tak membantah. Yang penting, dia kena layan Farisha dan balik cepat cepat. Dia taknak peluang untuk dia keluar akan datang terkubur terus.

*********

     ALHAMDULILLAH... dah sampai pun kita..," ucap Farisha bila Myvi kuning selamat diparkir dibawah garaj sebelah rumah. Mereka sama-sama mengerling jam tangan sebelum berbalas senyuman penuh makna.

"Ok, so sekarang kita kena selaraskan jawapan kita," Farisha menolak pintu kereta sebelum melangkah keluar diikuti Ainur melakukan hal yang sama. Mereka berjalan seiring kearah tangga rumah.

"Urm.. Apa kata 4:45 petang?" Ainur memberi cadangan nakal. Memang kalau bab kelentong si Adam tu sorang, 2 orang musuh pun boleh jadi rakan subahat.

"Cun. Tipu sunat. Kita lewat 10 minit je pun kan. Kita ni bukan apa.. Taknak lah panjangkan masalah kecik. Kesian mak dengan abah kan?"

"Hmm, yelah. Tapi kalau kalini kantoi, aku dah taknak layan kau pegi mana-mana."

"Alah, along tu dalam garang garang dia , ada jugak lembab nya. Dia tu lambat tangkap jugak kadang-kadang. Kau jangan risau. 4:45 okay ?"

"Okey!"

"Bagus bagus.. Jom naik. Assalamuaikum..! Mak..! Abah..! Anak-anak kesayangan dah balik ni...!"

Ainur membuntuti je langkah Farisha sampai kedalam rumah. Sepi takde orang. Bila dilihat Farisha berlalu masuk dalam bilik, dia pun terus menapak masuk kedalam biliknya. Pintu bilik ditutup sebelum dia menanggalkan tudung. Dek rasa panas, tangannya menekan suis kipas siling. Rasa lenguh mula menggigit gigit belakang betisnya. Yelah, dah lama tak keluar jalan jalan macam ni kan.

"Ya Allah letihnya..," Ainur mengeluh perlahan sambil melabuhkan punggung dibirai katil.

Berkedip kedip matanya merenung kosong kearah dinding bilik bertentangannya, memikirkan hidupnya harini. Setelah sekian lama terkurung, rasa lega bila dapat keluar, enjoy macam dulu-dulu. Tambahan pulak Encik Adam Firdaus takde call 10 kali sejam macam kebiasaanya kalau dia keluar.

"Bila pulak la dapat keluar macam ni kan Ainur..."  getusnya sendiri seraya berdiri.

Dia mencapai handbag yang diatas meja sebelah muka pintu. Zip handbag dibuka untuk dia keluarkan telefon bimbitnya tapi saat itu, anak matanya tak melihat kelibat telefon bimbitnya itu. Dahinya berkerut seribu sebelum mula menggeledah isi handbag dan mengeluarkan semua baranf yang ada dalam beg itu. Tak ada!

"Ya Allah mana ni...", kepalanya diraup sekali jelas kerisauan. Dia mundar mandir diruang kamar sambil sedaya upaya memerah otak yang kusut. Takkan hilang kot.. Seingatnya, dia tak ada pegang atau keluarkan telefon bimbitnya dari handbag harini seban Adam tak ada call. Aduuh..

Hujung kukunya digigit resah. Bukan kerana telefon bimbit tapi kerana gambar dan video arwah opahnya yang tersimpan didalam  SD Card. Itu saja kenangan bersama arwah opah yang dia boleh jadikan pengubat rindu.

Setelah beberapa minit memerah otak, barulah babak ketika dia terlanggar seorang gadis muda didepan pintu tandas Megamall melintasi benak. Tergamam sejenak mengimbas bagaimana 'aneh' nya gadis itu menyentuhnya untuk meminta maaf. Takkanlah...

Ah. Sepantas kilat dia kembali menyarung tudung dan berlari keluar kearah bilik Farisha. Pintu yang tak berkunci terus dikuak masuk.

"Sha, bagi kunci kereta tadi."

Farisha yang sedang baring memandangnya dengan kerutan didahi.  Pelik.

"Kau nak buat apa?" 

"Bagi jelah!"  tinggi sikit nada Ainur bila mana otaknya dah tak dapat berfungsi dengan baik.

Dalam keliru, Farisha tetap menghulurkan kunci kereta. Ainur menyambut laju sebelum kalut berlari keluar dengan riak cemasnya. Farisha pun ikut membuntuti sampai kejendela sebelah garaj.

"Eh Ainur, kau nak pegi mana? Dah pukul berapa ni karang along balik aku nak jawab apa?"

"Aku keluar kejap. Abang Am tak balik awal. Kalau dia balik pun, kau jawab jelah apa apa pun," tak taulah macam mana dia boleh cakap macam tu tapi itulah yang keluar dari mulutnya saat ni.

Tubuh genitnya menerobos masuk kedalam perut kereta tanpa menghiraukan Farisha lagi. Dengan lafaz Bismillah, dia terus memandu kereta untuk ke balai polis di pekan. Lebih kurang 20 minit pemanduan. Jantungnya masih berdegup kencang. Ya Allah, tolong la jangan sampai hilang telefon aku...

Previous: BAB 3
Next: BAB 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Yana Agasshi