Home Novel Cinta DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
Illya Abdullah
24/12/2014 17:20:57
199,674
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 14

WEIR mengenakan butang kotnya sebaik melangkah keluar dari perut teksi terbabit. Hazimm salah seorang orang kanannya menjemput di muka pintu masuk Pacific Holdings. Weir melirik senyuman sebaik terpandang Hazim.

Sorry, I’m late. Kereta buat hal di pertengahan jalan. You callkan mekanik untuk bantu Abang Sudin.”

“Baik, Encik Weir.”

Weir seorang yang tidak megah dengan harta yang dia miliki. Semua itu tidak penting jika tiada sikap merendahkan diri. Harta dunia tidak ke mana.

“Selamat tengahari Encik Weir. Semua yang terlibat sudah menanti di bilik meeting.

Thanks Zurina. You semak jadual appointmentuntuk petang ini. Jika ada sebarang appointment you batalkan. You contact mereka yang ada appointment dengan saya itu ditunda esok hari.”

“Baik, Encik Weir.”

Zurina mengiringi langkah Weir hingga ke bilik mesyuarat. Zurina menyerahkan fail di tangannya kepada Weir.

Weir sudah duduk sambil menyelak helaian kertas di dalam fail tersebut. Wajahnya serius meneliti setiap helaian kertas terbabit. Ahli lembaga Pacific Holdings yang terlibat dalam mesyuarat terbabit hanya diam tidak berkutik.

“Baiklah. Kita mulakan meeting kita.” Weir menganngkat wajahnya.


DATO’ Bakri tidak mengusik cek yang diletakkan atas mejanya itu. Dia masih tidak bersetuju dengan nekad Eleanor untuk berhenti kerja. Dia masih berusaha untuk memujuk gadis itu. Dia mengakui kesilapannya kerana mendesak Eleanor menerima lamarannya. Itu sekadar satu taktik mengaburi Eleanor agar mempercayainya.

Eleanor bukannya bodoh termakan dengan pujukan. Dia tidak menoleh ke belakang lagi. Benar kata-kata Aleeza. Tidak mati jika dia tidak bekerja di situ. Eleanor tidak mahu cakap banyak dengan Dato’ Bakri.

“Fikirkan semula El. I masih perlukan khidmat you di sini. You seorang pekerja yang cekap dan bagus. I tak mungkin dapat mencari pengganti sebaik you.”

“Dato’ tiada hak menghalang I. Terima kasih atas tunjuk ajar selama I bekerja dengan Dato’.” Eleanor bingkas bangun dan meluru keluar dari bilik pejabat Dato’ Bakri. Tiada lagi bicara yang ingin dia katakan pada Dato’ Bakri. Cukuplah perkhidmatannya pada syarikat lelaki itu tamat di sini.

Eleanor kembali pada mejanya untuk mengangkat kotak yang sudah berisi lengkap dengan barang-barang. Yuhana tersenyum sinis melihat Eleanor. Dia cukup senang hati melihat Eleanor berhambus dari syarikat ini. Namun sedikit sebanyak dia rasa kehilangan kerana tiada pesaing hebatnya. Hidup ini adakalanya bosan jika tiada cabaran.

Eleanor menghampiri meja Yuhana. Senyuman terukir manis di bibir Eleanor. Senyumannya itu ikhlas untuk Yuhana.

“I harap sekiranya kita berjumpa lagi selepas ini, tiada permusuhan lagi antara kita. Selamat tinggal.” Ucap Eleanor seraya mengaturkan langkah.

Yuhana tidak terkata apa-apa. Dia sendiri terpegun mendengar kata-kata yang lahir dari bibir Eleanor itu. Tidak diduga Eleanor akan berkata sedemikian padanya.

Eleanor memasukkan kotak trsebut ke dalam but teksi yang masih setia menantinya di luar itu. Dia pernah berjanji yang dia akan membantu abangnya emnguruskan syarikat peninggalan arwah papa mereka. Mungkin inilah masanya untuk dia menunaikan janji tersebut. Lagipun dia tidak mahu melihat Weir terus-terusan mempermainkan abangnya itu.

Mak Tun adalah orang kedua yang gembira apabila mengetahui Eleanor akan kembali semula tinggal di banglo mewah itu. Dia yang sibuk membantu Eleanor mengemaskan segala keperluannya. Tidak putus-putus senyuman terpalit di bibir Mak Tun. Pakaian-pakaian Eleanor sudah kembali memenuhi ruang dalam almari itu. Bilik yang kosong itu sudah kembali bernyawa. Eleanor meletakkan fotonya bersama arwah papa dan mamanya di meja solek.

“Puan besar ke mana Mak Tun?

“Puan Susana keluar. Sekarang ini, puan Susana memang jarang melekat di rumah.”

“Keluar tanpa izin Abang Elman?”

“El pun tahu perangai isteri kesayangan abang El tu. Mak Tun bukannya ada hak untuk menasihati atau menghalang.”

Eleanor sudah lama memerhatikan tindak-tanduk Susana. Dias yak Susana ada perhubungan sulit dengan Weir. Baru-baru ini Mak Tuna da bercerita yang Susana memperolehi sejumlah wang yang tidak tahu dari mana datangnya. Susana sudah semakin bergaya sekarang.

Bila disoal, katanya duit tersebut dikirimkan oleh mummynya. Nampak sangat Susana berbohong. Mummynya itu hendak bagikan duit? Minta duit adalah.

“Kak Sue tu ada skandal dengan lelakilah Mak Tun.”

“Tak baik menuduh El. Boleh timbulkan fitnah nanti.”

“El tak menuduh Mak Tun. El sudah beberapa kali terserempak Kak Sue dengan lelaki lain. Lelaki tu pun El kenal sangat.”

“Mungkin kawannya.”

“El akan siasat sampai ke akar umbinya. El tak mahu abang El ditipu. El tahu abang sayangkan sangat Kak Sue tu.”

Mak Tun mengusap-usap belakang El.

“El juga akan cari orang yang putuskan brek kereta El dulu. Orang itu mungkin dalam keluarga El sendiri atau orang yang El kenali.” Orang yang membuat angkara itu semestinya orang yang membenci dia.

“El kena berhati-hati. Mak Tun tak mahu perkara buruk berlaku pada El.”

Eleanor meletakkan kepalanya pada bahu Mak Tun.

“El rindukan papa dan mama El.” Suara Eleanor mulai sebak.


“CANTIK tak I, sayang.?” Susana menayangkan gaun yang dipakainya di hadapan Elman.

“Cantik. You memang cantik.” Elman memaut pinggang isterinya itu. “Sue… jangan terlalu membazir. You pakai pakaian yang tidak mahal pun you sudah cantik.”

Susana melepaskan pautan jari-jemari kasar dari pinggangnya.

“I pakai duit I beli ini semua. Bukan duit you.”

“I tahu tapi berjimat-cermatlah. Cukuplah you cantik di mata I.” Elman cukup berlembut dengan Susana.

“You ni semakin merimaskan I.” Susana menyilangkan tangan dan memalingkan muka dari Elman. Dia berpura-pura merajuk dengan Elman.

Elman memenggang kedua-dua belah bahu Susana.

“Sayang… kita kena belajar dari kesusahan yang kita alami. I bukan marah you. I cuma menegur sikap boros you itu.”

“You tak perlu nasihatkan I. I tahu uruskan diri I dan duit I. You jaga duit you baik-baik.” Susana mula melenting. Dia lupa lelaki yang dilentingnya itu adalah suaminya.

Isterinya yang bersikap manja itu sudah jauh berubah. Elman masih cuba bersabar. Bukannya dia tidak mendengar buah mulut dari pekerja-pekerja di Mentari Construction yang isterinya itu ada skandal dengan lelaki lain. Malah ada yang mengambil gambar isterinya dengan lelaki tersebut. Cuma lelaki itu tidak dapat dilihat wajahnya sahaja. Eleanor juga ada bercerita tentang Susana kepada dia. Dia sahaja yang menutup matanya dan cuba bersangka baik.

“Sayang… I bukannya…”

Enough Elman! Kalau you nak tunjukkan sayang you itu pada I, you dapatkan semula sport car I atau you belikan yang baharu. Muka I ni sudah cukup tebal naik teksi untuk keluar bertemu dengan kawan-kawan I.”

Nyata Susana lebih memandang pada harta benda.

Andyou? you masih sayang I?” Elman memaut dagu Susana. Tajam renungan matanya menikam wajah Susana.

“I…”

“Jika you sudah tidak sayangkan I, you beritahu pada I.” Elman mengusap-usap wajah Susana. Dia cuba untuk tersenyum.

“Elman… kalau I katakan hati I sudah tiada cinta pada you? Apa yang akan you lakukan?” Suara Susana saat tangan Elman memulas tombol pintu bilik itu.

“Kenapa you diam? You katakan tadi jika I sudah tidak sayang dan cinta pada you, you mahu I berterus-terang.” Susana menyambung katanya.

Elman tidak menoleh dan menjawab soalan Susana itu. Dia melangkah keluar. Susana duduk di birai katil dengan hati yang sebal.

Eleanor menyapa abangnya sebaik melihat abangnya itu menuruni anak tangga. Sapaannya tidak berbalas. Elman terus meluru keluar. Tingkah Elman menimbulkan rasa tidak enak di hati Eleanor. Ada yang tidak kena dengan abangnya itu.

Eleanor tidak sempat untuk menahan abangnya. Kereta abangnya sudah meluncur laju dalam kegelapan malam. Entah ke mana perginya.

“Kenapa El?” Mak Tun muncul di belakang Eleanor.

“Tiada apa-apa Mak Tun.”

“Jangan bimbang. Elman boleh mengawal emosinya.” Mak Tun memaut lembut bahu Eleanor.

“Saya tahu. Tapi saya tetap bimbangkan abang.” Eleanor menyatakan kegusaran di hatinya.

Pasti sesuatu berlaku antara abangnya dan Susana. Susana kelihatan terpacak di anak tangga. Eleanor mengerling Susana tajam.

Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.