Home Novel Cinta DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
Illya Abdullah
24/12/2014 17:20:57
199,651
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 17

HELENA mencalitkan gincu pada bibirnya. Dia menyapukan blusher pada kedua-dua belah pipinya. Berkali-kali dia memandang wajahnya di hadapan cermin.

Fifi menggeleng kepala dengan gelagat Helena. Helena cukup beria-ia berhias cantik apabila mahu bertemu dengan pakciknya. Pakaian berselerak di atas katil. Helena masih mencuba pakaian lain dikenakan pada tubuhnya.

“Yang ini okay tak?”

“Cantik…”

“Betul ke cantik?”

“Serius memang cantik. Ala, Kak Helena… Uncle Weir tak kisahlah. Dia bukannya nak pandang baju akak tapi pandang muka akak.”

Fifi memengang kedua-dua belah pipi Helena.

“Okay… Akak pakai yang ini.” Helena mua menyanggul rambut panjangnya dnegan kemas. Dia begitu teruja sekali. Siapa menduga yang Weir akan mengajaknya makan bersama di luar. Selalunya lelaki itu cukup berat mahu keluar bersama dia. Ada saja seribu alasan diberikan.

“Fifi doakan Uncle Weir melamar Kak Helena.”

Muka Helena memerah tetapi dia sukakan kata-kata Fifi itu. Moga-moga… itu yang di harapkan selama ini.

“Esh, Fifi ni…”

“Kak Helena paling sesuai sekali dengan Uncle Weir. Secocok sangat!”

Senyuman Helena makin melebar.

Really?”

“Fifi hanya mahu Kak Helena jadi auntie Fifi. Tak mahu orang lain.” Fifi memeluk bahu Helena.

Helena mengerling jam di dinding.

“Ouch, akak sudah terlambat ni.” Helena mencapai beg tangan dan kunci keretanya. Dia mencium kedua-dua belah pipi anak saudara Weir itu.

Call Fifi nanti, okay.”

“Okay. Bye-bye dear.” Helena melangkah keluar. Mereka berpisah di luar. Fifi beredar dengan kereta miliknya.

WEIR kelihatan tenang menanti kehadirannya. Helena berulang-kali mengucapkan kata maaf atas kelewatannya.

I’m so sorry…” Helena menyusun sepuuh jari.

Weir bangun.

It’s okay.” Weir menarikkan kerusi buat Helena.

Helena tersenyum. Suasana malam itu cukup romantik sekali. Tambahan pula makan berdua dengan lelaki yang dicintainya dalam diam. Kaau hari-hari begini pun dia tidak kisah atau jemu. Asalkan Weir di depan matanya.

“You orderlah.” Weir menghulurkan menu kepada Helena.

“I tak kisah. Tolak batu dengan kayu saja.”

Weir ketawa kecil.

“I tak tahu apa yang you suka.”

“Kalau begitu, baiklah…”

Weir mengangkat tangan memanggil pelayan untuk membuat pesanan.

Helena cuba menahan rasa di dalam hati. Dia terluka tetapi dia tidak mahu nampak lemah di hadapan Weir.

Beberapa minit kemudian, hidangan tersedia di atas meja mereka. Senyuman tidak putus-putus terlakar di bibir Helena.

Sorry… Jika I ganggu you. I ajak ajak dinner last minute tanpa dirancang.” Weir cukup bersopan bila berkata-kata. Itu yang Helena suka.

“You tahu, selama I mengenali you… ini first time you ajak I keluar makan malam bersama. Kalau tidak berkurunlah I tunggu date dengan you.”

“I pernah patah hati.”

Helena tersentak.

“You pernah mempunyai teman wanita? I tak tahu pun.”

Weir memandang ke arah pasangan-pasangan yang berada berada berdekatan meja mereka.

“I pernah taksub bercinta dulu sampai I hampir jadi gila kerana cinta seorang wanita.”

So, you anti kaum perempuanlah.”

Weir menggeleng.

“I hampir berkahwin tapi tak jadi. Wanita yang I cintai itu tinggalkan I dan berkahwin dengan lelaki lain. Dia tinggalkan I sebab I sudah miskin waktu itu. I tutupkan pintu hati untuk bercinta lagi hinggalah I bertemu dengan seseorang yang telah membuka pintu hati I ini. I tidak memilih kesempurnaan tetapi ada daya tarikan pada dia yang I kenali itu.”

Pandangan mata Weir dan Helena bersatu. Wajah Helena memerah. Adakah gadis yang dimaksudkan itu adalah dia?

“Siapa gadis bertuah tu? Boleh I tahu?”

“Hahahaha… Dia tidak rasa bertuah jika menerima lamaran I ini.”

Tandan dahi Helena berkerut.

“Kenapa pula dia akan merasa begitu?”

“Dia seorang gadis yang keras kepala. Cepat melenting dan agak baran juga. Pertama kali I bertemu dia, I sudah tertarik dengannya.”

Helena mengebam bibir. Dia dapat mengagak gadis yang Weir maksudkan itu bukan dia. Hatinya hancur berkecai. Dia hanya bertepuk sebelah tangan. Senyumannya kian nipis.

“Gadis itu bodoh jika dia menganggap dirinya tidak bertuah.”

“Helena… I minta maaf jika melukai hati you.”

Weir tidak mahu Helena terus menyimpan perasaan itu padanya. Helena akan terus terluka jika dia tidak menyedarkan gadis itu pada realitinya. Dia juga rasa serba saah pada Helena tetapi dia terpaksa.

“I doakan you bahagia.” Helena mengukir senyuman. Senyumannya pahit seperti hempedu. kalau diikutkan kata hati memang dia akan menangis di depan mata Weir.

“Terima kasih. Helena… I tak mahu you menaruh harapan pada I. I anggap you sebagai seorang sahabat. I tahu perasaan you pada I. Maaf… I tidak mampu membalas perasaan you itu.”

Selama ini Weir hanya menganggap dia sebagai seorang sahabat. Malunya dia. Dia yang perasan sendiri.

“You tiada apa-apa salah pada I. Salah I kerana menyimpan perasaan pada you. I harap I boleh terus menjadi sahabat you.” Ada nada sebak yang ditahan di situ.

Be strong Helena. Mungkin sudah bukan jodoh kau dengan dia.

“Helena… kita akan terus bersahabat.”

Weir tahu Helena sedang terluka. Dia tidak dapat berbuat apa-apa. Biarlah masa yang menyembuh hati gadis itu kelak.


HELENA terus masuk ke bilik sebaik pulang makan malam bersama Weir. Helena duduk di birai katil. Kedua-dua belah tangannya ditekupkan pada muka. Dia melampiaskan kesediahan dengan menangis sungguh-sungguh. Pintu bilik diketuk bertalu-talu dari luar. Helena mengesat air matanya. Dia bangun dan merapati pintu biliknya. Tombol pintu dipulas perlahan.

“Helena…”

Belum sempat Tan Sri Tajudin bertanya, Helena sudah memeluk tubuhnya. Esakannya jelas kedengaran.

Tan Sri Tajudin mengusap-usap belakang anak gadisnya itu. Dia tidak tahu apa yang berlaku. Ketika ini bukanlah masa yang sesuai untuk dia bertanya pada anaknya. Biarlah perasaan anaknya itu reda dahulu.

Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.