Home Novel Cinta DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
Illya Abdullah
24/12/2014 17:20:57
199,489
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 7

DATO’ Bakri angin satu badan. Dia tidak dapat menerima surat perletakkan jawatan dari Eleanor. Dan dia tidak semudah itu akan melepaskan Eleanor selagi gadis itu tidak menerima lamarannya. Apa kurangnya dia? Dia masih hensem dan dia punya segala-galanya. Dia boleh berikan apa yang Eleanor pinta. Rumah? Kereta? Barang kemas? Intan dan berlian? Dato’ Bakri merenyuk-renyuk surat perletakkan jawatan Eleanor itu.

Dato’ Bakri mengetuk-ngetuk jarinya di meja. Dia perlu fikirkan cara agar Eleanor tidak behenti kerja. Gadis itu masih bercuti. Bagaimana caranya untuk dia memiliki gadis itu? Dia tidak kisah sekalipun dengan cara tangkap basah asalkan Eleanor menjadi isterinya. Siang malam dia angaukan gadis itu. Dia tidak peduli dengan amarah kedua-dua isterinya itu. Dia berkemampuan untuk menambah kuota yang masih kosong. Keperluan kedua-dua isterinya itu tidak pernah terabai. Mereka nak bercuti di luar negara, dia bawa. Mereka nak duit, dia berikan. Mereka nak kereta baru, dia belikan. Semua permintaan dia penuhi.

Eleanor umpama mawar berduri yang hanya boleh dilihat tetapi tidak boleh disentuh. Tidak seperti teman sekerjanya Yuhana yang boleh diangkut ke sana sini. Dato’ Bakri tidak berminat dengan Yuhana. Gadis yang terlebih masnja itu seeprti tiada nilaia bagi Dato’ Bakri. Dia tahu Yuhana mempunyai pasangan bersilih ganti.

Beberapa kali Dato’ Bakri cuba menghubungi telefon bimbit Eleanor. Gadis itu tidak menjawab panggilannya. Dia juga mengupah orang memerhatikan gerak-geri gadis itu. Malahan diugutnya Hairie bekas kekasih Eleanor agar tidak menganggu lagi. Dia mempergunakan Yuhana untuk menggoda Hairie. Nyata taktiknya itu berkesan. Yuhana bijak memainkan peranannya. Yuhana sentiasa cemburukan Eleanor. Lelaki-lelaki yang mendampingi Eleanor akan digodanya. Jadi, Dato’ Bakri tidak perlu bersusah-payah untuk mengusir pesaingnya.

“Dato’…” Wajah Yuhana muncul di pintu bilik pejabatnya tanpa diundang. Tugas-tugas Eleanor Yuhana yang mula mengabil alih tanpa dipinta.

“You tak tahu untuk ketuk blik pejabat I dulu? Sini pejabat bukan di luar pejabat. You kena hormat I sebagai boss you.”

Sorry…”

“Satu lagi, I tak suruh you buat kerja-kerja Eleanor.”

“I cuma berlatih untuk menggantikan El. I yang layak gantikan tempat dia untuk berada di sisi you.”

“Saiapa cakap El akan behenti?”

“Dato’… Tak payah Dato’ nak kejarkan El tu. Dia bukannya layan Dato’. Dia tu bukan perempuan baik-baik.”

So, you ni baiklah sangatlah.”

Yuhana ketawa.

Of courselah I baik. Kalau I jahat I tak tolong Dato’.” Yuhana mencuit dagu Dato’ Bakri yang licin.

“I tahu niat yang berada dalam hati you Yuhana. You tak perlulah oversangat. I tidak terlintas untuk jadikan you wife I.”

“Pandai Dato’ baca fikiran I. I ni tak kisah Dato’. Kalau bukan number three, I sanggup jadi number four.”

Dato’ Bakri menelan air liur. Yuhana memang cukup berani. Dia tidak mahu kalah dengan godaan Yuhana.

“I tak berminat dengan you, Yuhana.” Dato’ Bakri berterus-terang. Dia tidak mahu Yuhana seperti pungguk yang rindukan bulan.

“Huh, jangan pandang I sebelah mata Dato’.” Yuhana melangkah keluar sebaik meletakkan fail dokumen di atas meja Dato’ Bakri. Sempat dia mengenyitkan mata sebelum menutup pintu bilik Dato’ Bakri.

Yuhana duduk di tempat Eleanor. Tempat Eleanor itu seakan sudah menjadi hak miliknya. Dia bebas membuka dokumen-doukem yang berada di situ. Malahan dia turut menceroboh masuk ke komputer milik Eleanor. Bukan susah untuk mendapat passworddalam komputer tersebut.

Dia iri hati dengan Eleanor. Eleanor lebih cantik darinya. Lebih seksi. Boyfriend handsome. Sayang, Hairie itu mudah termakan dengan kata-kata. Cepat menaruh syak-wasangka. Puas dia mempermainkan Hairie, dia tinggalkan saja lelaki itu. Kesian pada Hairie merayu-rayu semula pada Eleanor. Yuhana cukup masak dengan sikap Eleanor. Sekali terluka mana mungkin dia akan menerima semula lelaki yang mengkhianati cintanya. Sekarang giliran Dato’ Bakri. Orang tua miang ini agak liat sedikit.

“Ehemm…”

Yuhana mengangkat wajahnya.

“Assalamualaikum… Dato Bakri ada? saya ada appointment dengan dia.” Lelaki yang di depan matanya cukup serius memandangnya.

Yuhana terpana seketika. Wow, handsome dan gorgeous!

“Cik…”

Lelaki itu memetik jarinya pada wajah Yuhana. Perempuan ini, boleh pula dia berangan.

“Encik ni?”

“Saya Weir Zafril dari Pacific Holdings.”

Yuhana menyemak temujanji Dato’ Bakri dalam buku notanya. Bibirnya mengulum senyuman.

“Ya, you ada temujanji dengan Dato’. Dato’ sedang menunggu you.”

Thanks.”

“Err… Encik Weir.” Laju Yuhana mencatitkan nombor telefon pada kertas buku notanya. Dia koyakkan helaian kertas itu dan dihulurkan kepada Weir.

Number phone you.”

“Jangans segan-segan untuk contact I.”

Baharu bertemu sudah berani memberikan nombor. Perempuan zaman sekarang.

Sorry, I tak layan perempuan yang berikan number phone pada I.” Bisiknya perlahan. Riak wajah Yuhana terus berubah.

Kertas tersebut direnyukkan lalu dilontar ke dalam tong sampah. Yuhana menggigit bibir. Ada juga lelaki species yang jual mahal. Tapi rugilah kalau dia tidak memikat lelaki hot tadi. Zaman moden ni orang tak kisah perigi mencari timba.

ELEANOR memadam mesej-mesej dalam telefon bimbitnya. Bosan dia dengan gangguan pangilan telefon dari orang tua miang itu. Dia akan masuk semula ke pejabat esok. Jika ikutkan hati dia akan memberikan notis 24 jam kepada Dato’ Baktri tetapi dia masih bermurah hati memberikan masa kepada Dato’ Bakri mencari pengganti. Kalau dia tahu Dato’ Bakri miang keladi sampai tahap tak sedar diri begitu, dia tidak bekerja di syarikat berkenaan.

Tak aman hidupnya selagi tidak bebas dari gangguan Dato’ Bakri dan Hairie. Eleanor bersiap ala kadar untuk keluar. Dia sekadar mengenakan kemeja dan jeans skirt. Ringkas dan santai. Rambut ikalnya diikat tocang satu. Eleanor membuat temujanji bersama Aleeza di Tropicana Café. Tropicana Café milik salah seorang rakannya sewaktu belajar di UK dulu. Kafe tersebut sentiasa diceriakan dengan jemputan-jemputan bandyang ingin menunjukkan bakat di situ. Biasanya waktu malam.

“Mak Tun…”

“Nak ke mana ni”

“El nak keluar lepak-lepak dengan kawan di kafe.”

“Jangan balik lewat malam.”

“Baik Madam!”

Mak Tun menarik kedua-dua belah pipi Eleanor. Eleanor bukan jenis gadis clubbingyang melepak di pub atau disko. Eleanor tidak suka menjejakkan kaki ke tempat sebegitu.

Teksi yang dipanggil juga sudah menantinya di luar pagar.

ALEEZA melambaikan tangan ke arah Eleanor sebaik melihat kelibat sahabatnya itu. Eleanor turut membalas lambaian Aleeza dengan senyuman di bibir. Laluannya dihalang saat dia mahu menghampiri meja Aleeza berada.

Senyuman Eleanor terus mati. Apa yang lelaki ini buat di sini? Dia kerling Aleeza. Aleeza menggeleng kepala isyarat tidak tahu.

“Eleanor Dato’ Ariffin.” Weir menghulurkan sekuntum mawar merah kepada Eleanor. Senyuman Weir itu mungkin menawan pada perempuan lain yang melihatnya tetapi tidak pada Eleanor. Senyuman itu buat hatinya makin meluat dengan Weir.

Sorry, saya tidak minat dengan bunga.” Eelanor menolak dan berlalu.

Jual mahal.

I like it.” Weir senyum lebar. Dia tahu Eleanor berada di sini atas maklumat dari Fifi. Fifi menolak ajakan Aleeza untuk keluar bersama. Jika ada Aleeza sudah pastinya Eleanor akan ada bersama. Dia juga sudah biasa ke sini bila ada waktu lapang. Kafe ini bukan sahaja unik dengan tema alam sekitarnya tetapi juga menyediakan hiburan ringan untuk pengunjung pada waktu malam. Bukan muzik yang terkial sana, terkial sini. Muzik yang dimainkan ada peraturannya. Muzik bersih.

Eleanor menghenyakkan punggung pada kerusi dengan wajah masam. Aleeza tidak tahu menahu tentang kehadiran Weir di Tropicana Café. Dia lihat Weir berbisik dengan pemilik kafe tersebut. Weir seakan mengenali Maarof, pemilik Tropicana Café ini.

Weir sudah berdiri di atas pentas sambil duduk memengang gitar. Eleanor dan Aleeza tersentak. Masakan lelaki itu yang akan performe pada malam ini. Kelakar!

"Cik Eleanor Dato' Ariffin, lagu ini adalah khas untuk awak." Weir menghalakan jari telunjuk ke arah Eleanor yang duduk di meja berada hampir dengan pentas tersebut. Eleanor langsung tidak memandang ke arahnya. Weir sengaja mahu memalukan dia. Wajah Eleanor sudah merah padam menahan malu.

"Open Your Heart!"

Penonton di kafe itu mula bertepuk tangan dan bersorak. Malah ada bersiul-siul mendengar suara Weir mendendangkan lagu Open Your Heart dari kumpulan rock antarabangsa Europe.


Open your heart and tell me what's wrong

Why can't you talk like you used to do before

I don't know if I'm weak, I don't know if I'm strong

Hey girl, I can't cope anymore


I've been waiting...


Eleanor dan Aleeza terkesima. Suara Weir cukup membuatkan mereka terpaku di tempat duduk masing-masing.

“Serius, aku tak tahu Uncle Weir pandai menyanyi.”

“Aku tak kisah jika pandai menyanyi pun.”

“Tapi kau juga terpukau mendengar suara dia, bukan?”

“Mana… mana ada.” Eleanor agak tergagp-gagap.

“Kau sudah mula feeling-feeling dengan uncleaku, ya?”

What? No way! Bukan taste akulah.”

Uncle aku tu lebih baik dari orang tua miang tu. Dia masih bujang.”

“Hey, kau sudah lupa dia ada affair dengan banyak perempuan termasuk my sister in

law.”

“Tak sahih lagi.”

“Aku akan siasat sampai ke akar umbi.”

Tepukan gemuruh diberikan kepada Weir sebaik persembahannya tamat. Seorang gadis pelayan di kafe itu menghampiri meja Eleanor dengan sejambak bunga.

“Untuk apa ni?” Soal Aleeza.

“Cenderahati untuk special performer malam ini. Encik Maarof minta cik ini yang berikan.” Gadis pelayan itu menyerahkan jambangan bunga tersebut kepada Eelanor.

Why me?”

I don’t know.”

Weir Zafril. Ini mesti kerja dia! Eleanor naik ke pentas dengan muka terpaksa. Tiada segaris senyuman terpalit pada bibirnya. Renungan yang maha tajam dihadiahkan buat Weir sebaik jambangan tersebut diserahkan kepada Weir.

Thanks my dear.”

Selamba Eleanor menyepak kaki Weir. Sakitnya bukan kepalang. Hampir saja Weir mengerang kesakitan di atas pentas itu.

Padan muka kau! Eleanor senyum puas hati.

“TAK baik you sepak kaki dia, El.” Maarof menegur tindakan berani Eleanor itu.

“Apa I peduli. Dia cari pasal dengan I dulu.”

“Dia customer tetap I. Dia juga salah seorang performer di kafe ni.”

“You tak bankrup kalau dia tak datang kafe you ni.”

“You ni dari dulu asyik nak menang saja. Jangan nanti dia jadi husband you baharu you tahu.”

Pleaselah…”

“I harap mulut you masin, Maarof.”

“Aleeza!”

Maarof memberikan isyarat mata pada Aleeza sebaik melihat Weir menghampiri mereka. Maarof beredar bersama Aleeza.

“Nak ke mana tu?”

“Maarof ajak aku tengok ruang dapur kafe dia.”

Berkerut-kerut dahi Eleanor. Dapur kafe? Kelakar bunyinya.

“Cik Eleanor Dato’ Ariffin.”

Pantas Eleanor berpaling. “Just call me, El.”

“Ouch, El. Cik El… saya nak tuntut ganti rugi.” Weir menunjukkan kaki kanannya yang disepak oleh Eleanor tadi.

“Ganti rugi. For what?”

“Lebam di kaki saya.”

“Pergi sajalah klinik.”

“Awak kena temankan saya.”

“Temankan awak? No-no…” Eleanor menggeleng laju.

“Awak yang bertanggungjawab. Kaki saya sakit betul ni. Kasut apa yang awak pakai. Kasut besi, ya?”

“Erk…”

Tengok wajah Weir tidak nampak seperti main-main. Mungkin kakinya betul-betul sakit.

Yes or no?”

“Okaylah. Tapi saya tiada kereta. My carmasuk workshop.”

“Awak pandu kereta saya.”

Weir menghulurkan kunci keretanya kepada Eleanor.

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.