Home Novel Cinta DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
Illya Abdullah
24/12/2014 17:20:57
199,675
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 11

“KAK Nona! Kak Nona!” Weir memekik memanggil Kak Nona. Kak Nona yang sibuk menjemur kain di belakang rumahnya bergegas ke halaman. Tersentak dia melihat Weir sedang mendukung seorang gadis yangtidak sedarkan diri.

“Anak dara sapakamu bawa balik ni, Encik Weir?”

“Anak dara oranglah Kak Nona.”

“Kamu jumpa di mana?”

“Saya akan jawab semua pertanyaan Kak Nona, kemudian. Tolong buka pintu dulu.”

“Ba… baik…”

Kak Nona menolak pintu rumahnya. Weir membawa Eleanor ke dalam sebuah bilik. Bilik tersebut memang kosong sejak anaknya tinggal di asrama. Weir meletakkan tubuh Eleanor di atas tilam.

“Kak Nona… ambilkan saya tuala dan semangkuk air.”

Tidak lama kemudian Kak Nona kembali dengan tuala kecil dan semangkuk air.

Weir membasahkan tuala tersebut dan dengan berhati-hati dia mengelap wajah Eleanor. Kak Nona hanya memerhati.

“Saya tinggal dia bersama Kak Nona. Kak Nona tolong jaga dia.”

Kak Nona menganggukkan kepala.

“Kak Nona jangan benarkan dia keluar dari rumah Kak Nona sampai saya balik.”

“Baiklah…”

Kak Nona menghantar Weir hingga ke muka pintu. Tidak sempat dia bertanya nama gadis itu pada Weir. Kak Nona menutup pintu sebaik kereta Weir sudah hilang dari pandangan matanya.

Kak Nona menatap raut wajah Eleanor. Cantik. Dia memuji dalam hati. Apa yang berlaku pada gadis ini agaknya? Kak Nona menutup semula pintu bilik tersebut.

WEIR menghubungi Aleeza sebaik kakinya memijak bilik pejabatnya. Aleeza begitu cemas apabila diberitahu tentang kejadian yang menimpa sahabatnya itu. Siapa agaknya lelaki-lelaki

itu? Apa yang mereka mahukan dari Eleanor. Wang tebusan? Aleeza membuat andaian sendiri.

“El pinjam dengan along?” Seratus-peratus riak muka Aleeza berubah.

“Dia pernah cakap dengan uncle. Masa tu dia diekori oleh dua lelaki tidak dikenali.”

“Saya tak tahu pula cerita ni. Dia tak pernah story pada saya, uncle.”

“Dia ada masalah kewangan?”

“Syarikat arwah papa dia memang menanggung beban hutang-piutang yang tinggi tapi El tak mungkin akan memintang duit pada along. Dia bekerja dan jenis yang berdikari. Mustahil!”

Weir diam seketika. Gara-gara Eleanor, dia membatalkan temujanjinya dengan wakil hartanah terbabit.

Uncle kena tanya pada El sendiri.”

“Saya nak jenguk El.”

“El di rumah Kak Nona. Uncle tinggalkan dia di sana. Dia masih pengsan.”

“Ah!”

Sakit telinga Weir mendengar jeritan Aleeza di dalam talian telefon itu.

Maybe orang tua tu yang cuba menculik El.”

“Siapa?”

“Dato’ Bakri.”

Dato’ Bakri. Lelaki itu bosskepada Eleanor. Apa motifnya?

“Aleeza… kamu datang jumpa uncle sekarang!”


“BODOH!” Dato’ Bakri mengamuk kerana rancangannya telah gagal. Gadis yang seorang itu pun orang-orang suruhannya tidak mampu menjaga dengan baik. Tidak boleh diharap! Dato’ Bakri mundar-mandir di mejanya. Dia tidak senang duduk. Impiannya untuk memiliki gadis itu sudah berkecai.

“Kamu nampak lelaki yang selamatkan dia?”

“Tidak Dato’.”

“Plat keretanya?”

“Kereta jenis Mercedes Benz. Nombor plat…”

“Bagus. Kamu siasat siapa yang tuan empunya kereta itu. Aku tahu segera.”

“Baik Dato’.

“Pastikan kali ini tidak gagal.”

“Baik Dato’.”

Dato’ Bakri menamatkan perbualannya sebaik menyedari ada bayang-bayang manusia di balik pintu bilik pejabatnya itu.

Dato’ Bakri memulas tombol pintu. Dia terkesima seketika.

Daddy!”

“Rafael!”

Surprise…”

“Kenapa tak mention pada daddy dan mummyRaf nak balik? Daddy boleh hantar driverjemput Raf di airport.” Dato’ Bakri memeluk tubuh anak lelakinya itu.

“Saja. Lagi pun Raf sudah bosan duduk di sana.”

Rafael tersenyum manis sambil memerhatikan sekeliling bilik pejabat daddynya itu. Suatu masa nanti bilik pejabat ini akan menjadi miliknya.

Mummy tentu happytengok Raf. Bertahun-tahun dia menanggung rindu dengan Raf.”

“Kejutan ni sebagai hadiah buat Mummy. Daddy lupa, today birthday mummy.”

Daddy lupa. Daddysibuk dengan kerja.”

Daddy kena jaga juga hati mummy. Jangan asyik jaga hati auntie Sally saja, okay!”

Rafael melangkah keluar dari bilik pejabat daddynya. Rafael berisul-siul sambil menyapa staf-staf daddynya. Dia mengenyitkan mata ke arah Yuhana. Boleh tahan juga setiausaha baru daddynya itu. Cun-melecun. Yuhana membalasnya dengan seyuman.

Ada tindak-balas. Rafael segera mendekati meja Eleanor yang diduduk oleh Yuhana. Masa inilah dia ingin bersuai kenal dengan setiausaha daddynya yang manis itu. Seksi siot. Rafael menelan air liurnya berkali-kali.

“Hi dear. Tadi tak sempat nak adakan sesi usai kenal. Nama I Rafael Dato’ Bakri and you?”

“Yuhana.”

Nice name. Contact number you?”

Sorry… contact numberI mahal harganya. Hanya untuk lelaki-lelaki yang terpilih.”

Sombong. Tidak berkudis di hati Rafael dengan kata-kata Yuhana itu. Rafael masih tersenyum. Mungkin gayanya yang agak selekeh ini tidak mendapat perhatian Yuhana yang cantik manis itu.


ELEANOR membuka kelopak matanya. Pandangan yang kabur itu mula menjadi cerah. Bilik kecil itu agak asing pada dia. Serta-merta dia bangun dari pembaringan. Dia berada di mana? Eleanor cuba mengingati semula kejadian yang berlaku. Dia jatuh pengsan ketika meminta tolong dari seorang lelaki. Jari-jemarinya menyentuh kepala.

“Weir!” Nama itu keluar dari bibirnya.

Eleanor bangun dari katil. Dia meluru ke arah pintu bilik itu. Puas dipulas tombol pintu itu tetapi ianya berkunci dari luar. Eleanor seperti mahu menangis. Janganlah nasibnya jadi seperti kata pepatah, keluar dari mulut buaya masuk ke dalam harimau pula.

Eleanor duduk di birai katil dengan air mata yang bergenang. Dia amat takut. Entah-entah lelaki itu bukan Weir tetapi salah seorang ahli penculik itu. Apa yang mereka mahukan dari dia jika bukan wang? Eleanor bingung memikirkannya. Ya Allah, jangan ada perkara tidka baik berlaku ke atas dia.

Weir keluar dari perut kereta bersama Aleeza. Aleeza membuntuti langkah Weir dari belakang. Kak Nona muncul di muka pintu. Dia menjemput Weir dan Aleeza masuk.

“Dia sudah sedar Kak Nona?” Wier bertanya lembut.

“Kak Nona tak sempat nak menjenguk dia di bilik. Kak Nona sibuk di dapur.” Balas Kak Nona. Dia menyediakan makan tengahari untuk anak-anaknya balik sekolah nanti.

“Saya nak tengok dia.”

“Ini kunci biliknya Encik Weir.”

“Kak Nona kunci bilik tu?”

“Kak Nona takut dia lari jika dia sedar nanti. Kak Nona kuncilah. Encik Wier cakapkan jangan benarkan dia keluar dari rumah Kak Nona sampai Encik Weir balik semula.”

Weir tersenyum kecil. Aleeza sudah mengusap dagu. Dia mula pandang Weir semacam. Weir tidak endahkan pandangan mata Aleeza.

Weir menapak ke bilik Eleanor berada. Kak Nona dan Aleeza berdiri di belakanngnya.Weir menyuakan hujung kunci ke lubang tombol pintu itu kemudian memluas. Sebaik dia melangkah masuk, wajah sudah melekap sebiji bantal. Kak Nona dan Aleeza menekup mulut.

“Awak? Awak yang culik saya!”

Terkaku seketika Weir dengan tuduhan melulu Eleanor.

“Saya culik awak?”

“Awak dengan penculik-penculik tu bersekutu kan?” Eleanor menundingkan jari telunjuknya pada muka Weir.

“Tak baik awak menuduh penyelamat awak ini bersekutu dengan lelaki-lelaki jahat tu.”

“Kalau awak tak culik saya, kenapa awak kurung saya di sini?” Eleanor menyoal garang.

“Akak yang kunci pintu bilik ni. Maafkan akak.” Suara Kak Nona di belakang Weir. Eleanor langsung tidak perasaan pada Kak Nona dan Aleeza.

“Aleeza! Jeritnya. Dia mendakap tubuh sahabatnya itu. Weir duduk di hujung katil sambil menyilangkan kakinya.

“Tak nak minta maaf pada saya ke?”

Eleanor memalingkan tubuhnya.

“Terima kasih. Maafkan saya.” Lagaknya masih angkuh.

Betterawak buat laporan polis. Saya takut penculik-peculik tu mencari awak lagi.”

“Betul kata uncleaku tu, El.” Aleeza menyokong.

“Em…” Eleanor melarikan anak matanya dari bertentangan dengan mata Weir. Jantungnya berdengup kencang. Dia rasa semacam apabila matanya bersatu dengan mata lelaki itu.

“Ini rumah Kak Nona, pembantu di vila saya. Kak Nona yang tengok-tengok awak masa pengsan.”

Eleanor melirik segaris senyuman buat Kak Nona. Wanita bertubuh gempal yang dipaggil Kak Nona itu nampak seperti seorang yang serius seperti tuannya juga.

Sebaik membuat laporan polis, Weir menghantar Eleanor terus ke rumah sewanya. Aleeza tidak ikut bersama. Sahabatnya itu perlu pulang semula ke tempat kerjanya. Eleanor hanya membisu sepanjang perjalanan. Dia hanay mengucapkan terima kasih sebaik turun dari kereta Weir.

Weir memerhatikan langkah Eleanor sehingga gadis itu hilang dari pandangan matanya. Weir mengenakan semula kaca mata hitamnya. Eleanor menutup semula kain langsirnya sebaik melihat kereta Weir bergerak perlahan.

Weir perasan Eleanor mengintainya tadi dari jendela dan dia mengukir senyuman. Gadis itu sudah mencuri hatinya tanpa sedar.


“YOU ke mana? I puas call you. You tak jawab.” Helena terus menyerbu ke arahnya. Jelas kebimbangan pada wajah Helena.

“I ada urusan emergency tadi.”

“Sekurang-kurangnya mesejlah I.”

Sorry Helena.”

Weir menghenyakkan punggung pada kerusinya. Hari ini seharian dia berada di luar pejabat. Masuk pejabat pun seketika.

“I takut benda tak baik berlaku pada you. Please, jangan buat macam ini lagi.”

“Okay.”

Promise!”

“I promise.”

Helena begitu mengambil berat akan dirinya. Dia perasan yang Helena sukakannya tetapi dia tidak dapat membalas perasaan gadis di hadapannya itu. Helena sudah dianggap sebagai seorang kawan. Sayangnya pada Helena hanya sayang seorang kawan. Hubungan lelaki dan perempuan tidak semestinya hanya bercinta. Ada sesetengah pihak yang salah anggap tentang hubungan antara bereka.

‘Weir... join dinnerdengan I dan papa I tonight.”

“I…”

“Aa-aa… kali ini you tidak boleh menolak. I tak mahu dengar perkataan ‘lain kali’ keluar dari mulut you.”

Nampaknya Weir kena mengalah juga.

“Okay, you menang.”

Helena tersenyum lebar. Dia sudah preparesegala-galanya untuk makan malam mereka. Malah dia turut menempah pakaian di sebuah butik yang agak terkenal. Dia mahu sentiasa kelihatan cantik di hadapan Weir.

At last, I dapat juga dengar jawapan positif dari you. Kalau tidak ada saja alasan yang you berikan untuk menolak.”

“I bukan sengaja suka-suka menolak ajakkan you. I’m really busy. Lagi pun I suka makan di rumah.”

“Makan di rumah?”

Siapa pula yang masakkan untuk Weir di vila itu?

“Jangan fikir yang bukan-bukan pula. Kak Nona selalu masakkan untuk I. I sukakan masakan ala Thai dan kampung.”

Helena terlupa yang Weir ada pembantu rumah. Weir ada darah kacukan. Arwah ayahnya orang kaya yang berasal dari Thailand. Tidak hairanlah dia sukakan masakkan ala Thai. Orang melayu juga sukakan masakkan masyarakat di sana. Contohnya Tom Yam.

“I teringin nak berkenalan dengan Kak Nona. Kak Nona isteri driver you, Abang Sudin kan?”

“Jika ada kelapangan I ajak you dan family dinner di rumah I tapi I tak janji bila.”

“You patutnya ada seorang isteri menjaga you, Weir.”

“You nak carikan untuk I?”

“Ada orang minat pada you, tapi you buat-buat tidak nampak.” Helena memberikan kiasan.

“Siapa gadis tu? Boleh I tahu?”

Weir… kenapa kau masih tidak sedar orang itu ada di hadapan mata kau.

“Itu I tidak akan beritahu pada you. Rahsia.”

Jika boleh Helena tidak mahulah seperti perigi mencari timba. Harapannya satu. Moga Weir menyedari akan perasaan dia terhadap lelaki itu.

“I belanja you minum petang.”

“Okay.”

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.