Home Novel Cinta DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
Illya Abdullah
24/12/2014 17:20:57
199,075
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 12

“AKU rasa Dato’ Bakri yang upah orang culik kau.”

“Tak baik menuduh. Untuk apa dia nak culik aku?”

“Dia kan tergila-gilakan kau. Dia nakkan kau.”

Seram pula Eleanor mendengarnya. Kalau betul apa yang dikatakan oleh Aleeza itu memang Dato’ Bakri sudah gila.

“Aku takutlah.”

“Patutnya kau resign 24 hour. Tak payah bagi notis sebulan.” Eleaor baik hati sangat. Konon dalam tempoh tersebut Dato’ Bakri sempat mencari pengganti.

“Aku tak tahulah pula akan jadi macam ni.”

“Kau tak payah datang kerja lagi. Tak mati pun kalau kau tak kerja di situ.”

“Aku fikir aku ingin duduk semula dengan family aku. Kau tak kisahkan.”

“Kau jangan risaukan aku. Aku pun bukan selalu melekat di rumah. Kau patut cari seorang lelaki untuk melindungi kau.”

“Maksud kau bodyguard.”

“Bukanlah. Aku maksudkan suami.”

Aleeza tersengih. Air muka Eleanor berubah.

“Aku takder calon suami.”

“Aku ada calon untuk kau?”

“Siapa?”

Uncle aku.”

“Weir Zafril?”

Aleeza mengangguk laju. Dia mencerlung Aleeza. Tidak senang hatinya mendengar nama lelaki itu diutarakan oleh Aleeza. Tiada calon lain kah?

“Dalam dunia ni tiada lelaki lainkah boleh menjadi calon suami naku?”

“Aaron Aziz dah berkahwin. Izzue Islam pun sudah ada isteri. Kalau Anuar Zain macam dah berusia sangat. Senarai lelaki taste kau memang dah takder.”

Eleanor bersandar lesu. Dia cukup tidak berkenan dikenenkan dengan Weir. Weir telah menyelamatkan dia tetapi itu tidak bermakna hatinya sudah terpaut dengan Weir. Dia masih

tidak mempercayai lelaki itu.

“Kalau uncle kau tu yang jadi calon suami untuk aku, baik aku tak payah berkahwin.”

Perempuan lain tergila-gilakan pakciknya itu, Eleanor langsung tidak pandanng sebelah mata. Hairan…

“Aku doa-doa jodoh kau melekat dengan pakcik aku.” Aleeza mendah kedua belah tanggannya. Eleanor membalingkan bantal kusyen ke muka Aleeza.

“Sakitlah!” Aleeza menyeringai.

“Padan dengan muka kau.” Aleeza membalas serangan Eleanor

Saat mereka saling bertepuk tampar dengan bantal kusyen, telefon bimbit Eleanor sudah berdering lagu kesukaannya dari Liza Hanim. Aleeza terlebih dahulu emncapai telefon bimbit Eleanor. Keningnya bercantum sebaik melihat nama pemanggil yang tertera pada skrin telefon tersebut.

“Siapa?”

Aleeza menayangkan skrin telefon bimbit ke arah Eleanor. Eleanor merampas telefon bimbitnya dari Aleeza. Dia terus menekan butang off.

“Orang tua tu betul-betul sudah angaukan kau.”

“Cantik sangat ke aku ni?”

Aleeza mula menilik raut wajah Eelanor.

“Cantik tu memang canttik. Putih melepak.”

“Terima kasih puji aku.”

Mereka saling berbalas senyuman.

“Susah juga jadi orang cantik ni. Nasiblah aku sedang-sedang molek lawa.”

Eleanor memaut leher Aleeza. Pada Eleanor rupa bukan ukurannya. Kalau wajah cantik hati tak cantik tiada gunyanya juga. Dalam banyak-banyak rakan yang dikenali hanya Aleeza yang dia percayai. Hati budi Aleeza sudah cantik pada Eleanor.


KHIR mula perasan dengan perubahan Elena Maria yang makin bersikap dingin dengan dia. Apabila dia membuka topik soal majlis perkahwinan mereka, Elena Maria seperti acuh tidak acuh. Tunangnya itu lebih banyak mengelak.

Elena Maria sudah tidak seperti dulu. Sepatah dia bertanya maka sepatah tunangnya itu menjawab. Senyuman dibibir Elena Maria pula seperti senyuman terpaksa. Adakah tunangnya itu sudah berubah hati?

Khir meletakkan album koleksi pakaian pengantin di dada meja. Dia hilang mood dengan reaksi Elena Maria yang seperti mengendahkan bicaranya itu. Dia seperti bercakap dengan patung bernyawa.

“Elena, I sedang bercakap dengan you.”

“Emmm…” Elena Maria masih menyelak majalah hiburan di tangannya.

“Elena…”

Baharu gadis itu mengangkat wajahnya memandang muka Khir.

“You dah habis pilih?”

“Elena…. kenapa dengan you ni? You macam tak kisah dengan majlis perkahwinan kita. You sudah ada yang lain?” Khir menarik majalah dari tangan Elena Maria.

“Apa yang you merepek. I tak kisah you suka color apa. I ikut saja.” Rengus Elena Maria.

“I mahu you pilih sama warna tema majlis kita. You pernah janji dengan I.”

“You ni macam budak-budaklah. I kata tak kisah, tak kisah sangat. Kalau you nak batalkan majlis kita pun I sudah tidak ambil kisah.” Begitu sekali jawapan yang Elena Maria berikan. Khir rasa terkilan.

“You sudah tidak cintakan I. Tidak sayangkan I?”

“Rimaslah I dengan you ni!”

Elena Marina tidak pernah kasar begini dengan dia. Nyata Elena Maria benar-benar sudah berubah.

“Elena…” Khir mengejar tunangannya itu.

Elena Maria sudah melolos masuk ke dalam teksi yang ditahan. Khir melepaskan keluhan kecil. Dia mesti mencari punca perubahan sikap tunangnya itu.

Elena Maria rasa serba salah melayan Khir sedemikian rupa. Dia terlalu mengikut perasaan yang bermaharajalela di hatinya. Dia sukakan Weir tetapilelaki itu belum tentu menaruh minat dengannya. Pada masa yang sama dia juga tidak sampai hati mahu melepaskan ikatan perhubungannya denngan Khir. Entah kenapa dia mula menjadi tamak. Khir mungkin akan terasa dengan sikapnya itu.

Uncle, berhenti di sini.”

Pemandu teksi itu hanya menurut.

Elena Maria menghulurkan not RM 10.00 kepada pemandu teksi itu.

“Bakinya cik…”

Elena Maria sudah melangkah keluar dari teksi terbabit. Dia kembali mendapatkan semula Khir yang berdiri tidak jauh darinya. Khir mengulum senyuman. Gadis itu masih menyayangi dirinya.

I’m so sorry.” Ucap Khir perlahan. Biarlah dia yang mengalah.


SUSANA sudah seperti cacing kepanasan. Tidak senang duduk. Sesekali dia mengintai jam di tanngan. Orang yang ditunggu-tunggu masih tidak tunjukkan muka. Susana keresahan. Dia taku jika Elman perasan dia berada di sini. Baru sebentar tadi dia terserempak dengan Elman yang sedang berurusan dengan kliennya. Sedangkan di dalam talian telefon dia mengatakan dia berada di rumah. Lagi parah jika Elman dapat menangkap dia bersama Weir.

Susana hampir menjerit apabila bahu disentuh dari belakang. Wajahnya pucat bermandikan peluh dingin. Weir hanya tersenyum melihat gelagatnya.

“Kenapa lambat.”

“Maaf I pun sedang kejar masa. Ini cek untuk you.”

Kembang kucup hati Susana melihat cek di tangan Weir itu.

“Untuk I.”

“Ya, untuk you.”

Thanks.”

Jumlah kosong di dalam cek itu sudah cukup merambangkan mata Susana.

“I akan uruskan tentang sport car you nanti. Andduit tu terpulang you nak gunakan untuk apa.”

“You cukup baik hati, Weir.”

Weir merapati Susana. Hati Susana berdebar hebat. Bibirnya hampir menyentuh cuping telinga Susana. Weir mengukir senyuman.

“I masih sayangkan you.” Suara separuh berbisik.

Susana kaget seketika. Mukanya sudah membahang. Reaksi Susana sudah cukup

menyenangkan hati Weir. Susana tidak tahu agaknya dirinya itu sedang dipermainkan. Sengaja dia memberikan harapan pada perempuan itu. Dia akan membiarkan Susana terus dengan angan-angan kosongnya.

“Jahatlah you ni.” Susana menolak manja tubuh Weir.

“I tak dapat temankan you. I ada special dinner.”

Senyuman manis Susana terus mati.

“Dengan siapa?”

Just with my friend bukan girlfriend.”

“Weir…”

Next timekita dinner bersama.”

Hati Susana melonjak gembira. Dia tidak akan melepaskan Weir. Apa jua cara dia nekad untuk berpisah dengan Elman. Elman sudah tidak mampu memenuhi kehendaknya. Hatinya sudah kembali bertaut pada Weir, kekasih lamanya itu.

“Pastikan hubungan kita tidak dapat dihidu oleh sesiapa termasuk husband I.”

“You tak perlu risau. Pandai makan, pandailah simpan.”

Thanks again sayang.” Susana ingin mengucup pipi Weir, pantas lelaki itu mengelak. Weir masih bersikap seperti dulu.

“I perasan husband you ada di sini. Berhati-hati.” Pesan Weir sebelum meninggalkan Susana.

Weir, kau betul-betul sudah buat aku gilakan kau semula.

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.