Home Novel Cinta DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
Illya Abdullah
24/12/2014 17:20:57
199,062
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 24

ELEANOR menghalang laluan Susana. Dia mengerti kenapa Susana panas hati sangat. Ketika dia bersama-sama Weir mahu menuruni lif mereka terserempak dengan orang-orang dari jabatan Agama. Weir sempat bertegur sapa dengan salah seorang dari jabatan Agama tersebut. Ada orang melaporkan kes pasangan berkhalwat di hotel tersebut.

Susana mungkin mahu dirinya ditangkap khalwat bersama Weir. Kotor hati wanita itu. Gunakan cara tidak elok. Rancangan kotor Susana tidak menjadi kerana Weir tidak sebodoh yang disangka.

“Kau bengang sebab plan kau tak menjadi kan?” Eleanor menyoal.

“Apa lagi yang kau nak mengarut dengan aku!”

“Kau ingat aku tak tahu?”

So, baguslah kau dah tahu. Aku takkan biarkan Weir menjadi milik sesiapa pun. Aku sanggup lakukan apa saja agar kau dengan dia tak jadi berkahwin. Kau faham!”

Eleanor tersenyum.

“Kau fikir lelaki seperti Weir tu nakkan kau lagi. Kalau dia nakkan kau, kenapa dia terkejar-kejarkan aku.” Eleanor memaut dagunya. Dia sengaja memanaskan lagi hati Susana yang sememangnya sudah panas.

Terketap-ketap bibir Susana. Cemberut mukanya.

“Tepilah!” Dia menolak Eleanor.

Susana masuk ke bilik. Berdentum pintu dihempaskan. Eleanor tersenyum. Buat masa ini kemenangan berpihak pada dia.

Seorang gadis tercegat di pintu pagar banglo mewah itu. Eleanor mengerut dahi. Dia seakan kenal dengan gadis terbabit. Gadis itu sepupu kepada Aleeza barangkali. Fifi, jika dia tidak silap nama panggilan gadis itu.

Eleanor mengatur langkah merapati pintu pagar. Pintu pagar dibuka secara automatik. Tidak sempat dia membuka mulut, bahunya sudah ditolak oleh Fifi. Fifi mencerlung dengan dia wajah bengi

“Kau punca pakcik aku berpisah dengan Kak Helena!” Fifi melenting.

Tersentak Eleanor. Fasal Weir lagikah? Kali ini, apa pula bala yang bakal menimpa dia.

“Perempuan tak tahu malu!”

“Kita boleh berbual di dalam. Bincang elok-elok tentang hal ini.” Eleanor cuba bertoleransi. Tidak senang dia dengan jerit-pekik Fifi yang memaki tak tentu arah.

“Tak payah yang berbuat dengan aku! Kau ni memang perempuan perampas.” Jari telunjuk Fifi ditundingkan ke muka Eleanor.

Perampas? Dia pula dituduh perampas. Eleanor mahu saja ketawa mendengar tuduhan yang dilemparkan oleh Fifi.

“Kau salah faham ni.”

“Tak perlu nak berlakonlah perempuan. Kau jerat pakcik aku sebab kau nak harta dia kan?”

Pleaselah… aku tak heran langsung dengan harta benda dia, okay. Kalau kau tak berpuas hati kau boleh bertanya pada pakcik kesayangan kau tentang pertunangan aku dengan dia. Siapa yang kejar siapa. Siapa yang aturkan semua ni?” Berang Eleanor dengan sikap Fifi yang tidak mahu berbincang secara lembut. Main serang ikut suka hati tanpa menyelidik dahulu. Ingat dia kemaruk sangat nak berkahwin dengan Weir Zafril itu!

Fifi melirik senyuman sinis.

“Kau dah guna-gunakan pakcik aku. Kau tahu tak kau tak layak dengan dia.”

Eleanor ketawa kecil. Sikit-sikit dituduh pakai ubat guna-guna. Apa punya fikiran gadis seorang ini. Harap sahaja nampak seperti orang berpelajaran tinggi tapi otak masih tak matang.

“Aku fikir aku memang tak layak untuk pakcik kau itu. Apa kata yang paksa saja pakcik kau itu putuskan pertunangkan kami. Habis cerita.” Eleanor menutup semula pintu pagar tersebut. Bazir air liur bertekak dengan budak tak matang seperti Fifi.

Fifi merengus lalu menghentak-hentak kaki. Geram benar dia dengan Eleanor. Serangannya seakan tidak berkesan. Boleh pula perempuan itu ketawakan dia. Dia nekad untuk menghalang pakciknya dari berkahwin dengan Eleanor.

Eleanor bukan gadis yang diam macam tunggul bila dicemuh sebegitu. Dia tidak akan orang lain memijak maruahnya dengan mudah.

“Siapa tadi tu, El?” Mak Pah terkocoh-kocoh menghampiri Eleanor. Dia terdengar kekecohan di luar.

“Orang gila, Mak Pah.”

“Orang gila?”

“Tak payah Mak Pah ambik kisah fasal ornag gila tu. El, lapar ni. Temankan El makan.” Eleanor memeluk bahu Mak Pah.

“Tapi El…”

“Dah-dah, kita masuk ke dalam. Kalau dilayan orang gila nanti kita sekali jadi gila.” Eleanor menolak tubuh Mak Pah. Mak Pah menurut.



“SUSANA bertemu dengan aku. Dia katakan yang dia cintakan aku.”

Elman meramas-ramas tangan mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Weir itu. Dia masih tenang mendengar cerita perhubungan antara Weir dengan Susana dulu. Weir sudah berbahasa tidak formal seperti sebelum ini. Mereka sudah membahasakan dengan ‘aku’ dan ‘kau’ antara mereka.

“Kau cintakan dia?”

Weir menggeleng.

“Kalau dulu ya, tetapi sekarang aku hanya cintakan El.”

Elman mengertap bibir.

“Aku sayangkan Susana. Aku cintakan dia.”

“Elman… kau masih nak sayangkan perempuan yang tak tahu hargai cinta dan kasih kau. Kau sudah lihat sendiri dia curang di belakang kau.” Tidak faham Weir dengan sikap Elman.

“Aku tahu dia curang. Aku tahu dia pernah keluar dengan lelaki-lelaki lain sebelum ini.” Elman melurut rambutnya ke belakang. Dalam diam dia mengawasi pergerakkan Susana.

“Elman… aku sudah anggap kau seperti seorang sahabat. Jika El mahu melihat abangnya bahagia, aku juga mahu lihat sahabat dan bakal abang ipar aku ini bahagia.” Weir menepuk-nepuk bahu Elman.

“urusan rumah tangga aku, akan aku uruskan sendiri.”

Elman bangun.

Weir memandang saja langkah longlai Elman.

Previous: Bab 23
Next: Bab 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.