Home Novel Cinta DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
Illya Abdullah
24/12/2014 17:20:57
199,067
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 18

FIFI mencerlung Weir dengan pandangan tajam. Lama dia berbual dengan Helena di talian telefon semalam. Pelbagai cerita dikongsikan oleh Helena kepada Fifi. Fifi langsung tidak menduga yang Weir akan memilih ‘orang lain’ sebagai teman hidupnya. Siapa Eleanor? Dia tidak mula tidak menyukai perempuan itu. Perempuan bernama Eleanor itu sudah merosakkan perhubungan pakciknya dengan Helena. Apa yang dia ketahui, Eleanor adalah teman baik Aleeza. Dan mereka hanya pernah bertemu sekali ketika pakciknya menjemput di lapangan terbang dulu.

Fifi tidak bersetuju jika pakciknya berkahwin dengan Eleanor. Tambahan pula bila Helrna mengatakan mahu membawa hati ke Paris. Fifi mengertap bibir dengan sikap tenang pakciknya yang seakan tidak kisah Helena ke Paris. Air jus yang dihidangkan oleh Kak Nona langsung tidak disentuh. Aleeza turut diheret bersama oleh Fifi ke vila pakciknya.

“Kenapa Uncle Weir pilih perempuan tu? Kak Helena jauh lebih baik dari perempuan tu.” Gerutu Fifi dengan nada protes. Hubungan Fifi dengan Helena sememangnya rapat. Weir sudah sedia maklum tentang itu. Fifi mahu pakciknya itu mengubah fikiran dan Fifi tidak mahu Helena ke Paris untuk meneruskan cita-citanya sebagai seorang pereka fesyen. Sedangkan dia tahu yang Helena merajuk hati.

“Itu bukan urusan Fifi.”

Uncle Weir jangan jadi butalah. Unclesudah kenal Kak Helena lama sedangkan perempuan itu hanya beberapa bulan saja.”

Fifi hanya menggelarkan Eleanor sebagai ‘perempuan itu’.

“Siapa pilihan uncle,itu hak unlce menentukannya. Bukan Fifi atau sesiapa pun!” Nada suaranya mula ditekan.

Apabila Weir mula bertegas maka Fifi perlu menerima akibatnya jika amarahnya sampai kemuncak. Aleeza sudah menjeling memberikan isyarat pada Fifi. Nyata Fifi seakan tidak endahkan isyarat amaran dari Aleeza.

“Fifi tak suka. Uncle Weirpujuk Kak Helena semula atau Fifi merajuk.”

None my business!”

Dia tidak peduli tentang sikap keanak-anakkan Fifi.

Uncle… Fifi tak main-main okay! Perempuan tu bukan baiklah uncle. Fifi boleh rosakkan majlis uncle dengan perempuan tu!”

“Hm!” Weir bingkas bangun meninggalkan Fifi yang masam mencuka. Jika Fifi ingin menunjukkan protes sekalipun tidak akan meninggalkan sebarang kesan kepada Weir. Hal peribadinya tidak perlu dicampuri.

Uncle Weir!” Fifi memanggil.

Weir sudah tidak mempedulikan Fifi. Aleeza membisu. Dia langsung tidak menyampuk namun dalam hatinya dia menghormati keputusan pakciknya itu. Fifi mula membebel tidak puas hati.

Aleeza menghela nafas panjang.

“Perasaan cinta tu tak boleh dipaksa.” Akhirnya Aleeza bersuara.

Fifi menoleh ke arah sepupunya itu. Dia tahu yang Aleeza akan berada di sebelah pihak pakciknya seperti mama dan papanya.

“Kawan kau tu yang jadi pengacau!” Entah apa yang istimewanya perempuan seorang itu?

“Helo, sorry sikit… Kawan aku tu bukan pengacau. Kawan aku tak pernah nak kacau hati Uncle Weir. Kalau Uncle Weir sudah tidak sukakan Kak Helena kesayangan kau, itu bukan salah kawan aku!” Aleeza tidak senang dengan tuduhan Fifi yang ikut sedap mulut itu.

“Huh, aku kenal sangat perempuan macam kawan kau tu. Pengikis!”

Terjegil mata Aleeza.

“Kau fikir diri kau itu baik sangat? aku tahulah apa yang kau buat di luar.” Hilang sabar Aleeza dengan sikap prejudis Fifi.

Fifi mencebik.

“Kau intip akulah ni?”

“KL ni bukannya besar sangat. Kau kena ikut tu.”

Aleeza turut bangun meninggalkan Fifi. Fifi merengus geram.


ELEANOR menggigit ibu jari. Gelisah pada wajahnya masih ketara. Walau dia tetap berkeras menolak pinangan dari Weir itu, Abangnya juga berkeras menerima pinangan tersebut. Kali ini Eleanor hilang akal.

“El…”

Mak Tun menyentuh bahunya lembut.

“El tak mahulah kahwin dengan lelaki yang El tak suka. Kenapa Abang Elman nak paksa El?”

“Bersabar El. Cuba berbincang dengan Elman baik-baik. Jangan terlalu ikutkan baran El.” Mak Tun menasihati.

“El dah puas bincangkan hal ini dengan Abang Elman. Berlembut pun tiada gunanya Mak Tun.”

Mak Tun mengusap-usap belakang Eleanor. Dia faham anak gadis itu sedang terluka. Gadis itu menjadi mangsa keadaan.

“Cuba El berbincang dengan lelaki tu. Mana tahu dia akan berubah fikiran.”

Eleanor menggeleng perlahan. Tiada gunanya. Weir itu tidak akan mengubah fikirannya. Lelaki itu penimbul segala masalah yang berlaku.

“El tak mahu berkahwin dengan dia, Mak Tun.”

Mak Tun tidak dapat berbuat apa-apa jika keputusan telah ditetapkan. Dia orang luar. Dia hanya mampu menasihati jika itu dipinta.

“Sabarlah El…”

“El rasa nak lari jauh-jauh Mak Tun.”

“El… melarikan diri tidak akan menyelesaikan masalah.”

Eleanor menarik nafas panjang.

“El buntu. El mahu keluar sebentar.” Kunci keretanya dicapai.

“El…”

Eleanor sudah melangkah keluar. Mak Tun tidak mampu untuk menahan. Moga Eleanor mampu berfikir secara rasional dan tidak mengambil tindakan di luar dugaan.

Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.