Home Novel Komedi/Romantik Komedi OREO dan CHIPS MORE
OREO dan CHIPS MORE
Illya Abdullah
22/6/2015 19:17:22
35,316
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 10

SYAHIN pandang wajah emaknya yang serius. Semalam emaknya sampai di apartmen mewahnya ini dengan bantuan Nuha. Orang tua tu datang mengejut. Nuha pun langsung tidak memberitahu pada dia. Senyap saja. Macam dah berpakat. Geram pun ada.

“Sampai bila kamu nak bertangguh, Syahin? Dah lima tahun Nuha tunggu kamu. Kalau dulu mak boleh terima alasan kamu nak kumpul duit. Kamu ada kerjaya. Dah mampu mak rasa. Kenapa kamu nak Nuha tunggu kamu lagi tiga tahun? Kamu tak tahu Nuha dikebas orang?” Bebel Hajah Halimah.

Kalau nak harapkan Syahin balik ke kampung memang seperti menunggu ayam jantan bertelur. Kakinya terpaksa juga melangkah ke kota Kuala Lumpur mencari Syahin. Mujurlah ada Nuha yang baik hati menjemput dan menghantarkan dia ke mari.

“Nuha tak bising-bising, emak pula yang kecoh.” Balas Syahin. Tidak senang soal kahwin diutarakan. Dia tahulah Nuha tu calon menantu pilihan emak. Bila dia cakap dia sukakan Nuha, emak cepat saja bagi lampu hijau.

“Umur kamu dah sesuai mendirikan rumah tangga. Tak elok lewat-lewatkan benda baik.”

“Ala, mak tak perlu risau pasal Syahin dengan Nuha. Takde siapa nak kebas Nuha dari Syahin. Dalam Malaysia ni, Syahin aja yang suka pada Nuha. Lelaki tak berkenan dengan gadis polos macam Nuha tu.” Cebik Syahin.

“Amboi, angkuh sungguh ayat kamu.”

“Nuha tu tak pandang lelaki lain mak. Dalam hati dah Syahin. Cukup dah. Sampai masa kami nikahlah.”

Hajah Halimah menggeleng perlahan.

“Kalau suatu masa nanti dia berubah hati, ada orang yang lain tahu hargai dia, kamu jangan salahkan mak tak ingatkan kamu. Kamu meneysal waktu itu pun tiada guna dah.” Hajah Halimah mengingatkan Syahin.

“Nuha takkan berubah hatilah mak. Esok Syahin hantar mak balik. Jadual Syahin padat bulan ni. Takde masa nak teman mak.”

Sekali lagi Hajah Halimah menggeleng. Syahin sudah banyak berubah. Dia berkecil dengan sikap Syahin yang seolah-olah tidak mahu dia berada di sini.

“Tak mengapalah. Kamu telefonkan Nuha untuk mak. Mak akan tumpang tidur rumah dia. Dia pun ada ajak mak bermalam rumah dia”

“Mak merajuklah ni.”

“Kalau mak merajuk pun bukannya kamu nak pujuk. Mak cuma tak mahu ganggu kamu. Kamukan sibuk, tiada masa untuk temankan mak.”

“Mmm…”

“Satu lagi mak nak pesan dengan kamu. Perangai kamu tu senonoh sikit. Berkudis mata mak tengok gambar kau berpeluk sana sini dengan bukan muhrim kamu.” Itu sebab dia tidak berkenan Syahin memilih kerjaya sebagai pelakon. Adegan-adegan yang macam itu memang menyakitkan matanya.

“Mak… itu cuma bergambar aja. Bukan buat-buat apa pun. Permintaan jurufoto.”

“Haram tetap haram.” Hajah Halimah menukas.

“Mak ni kolotlah.”

“Biar kolot, asalkan agama terpelihara.”

Malas dia mahu bertekak dengan emaknya itu. Ada sahaja yang tidak betulnya.

“Mak rehat-rehatlah dulu. Saya nak call Nuha sekejap.”

Syahin sudah menapak ke balkoni.


“LAIN kali awak kena mention yang mak saya nak datang!” Suara Syahin sedikit menengking. Hajah Halimah hanya memandang dari ruang tamu. Muka Syahin berkerut-kerut. Sedang marahkan Nuhalah tu. Dasar anak tak tahu diuntung.

“Kenapa marah sangat ni? Awak macam tak suka pula mak awak datang?” Nuha ketawa kecil di talian.

“Bukannya tak suka tapi awak faham-fahamlah jadual kerja saya sentiasa padat.”

“Ouch… Maaf saya tahu.” Tidak faham dengan sikap Syahin. Emak sendiri yang datang pun dia bising-bsing begini. Syahin tak sedar agaknya yang dia sudah berbulan-bulan tidak menjenguk emaknya sendiri di kampung tu.

Please… lain kali jangan awak pandai-pandai sendiri tanpa memaklumkan pada saya. Lepas awak habis kerja jemput mak saya kat sini. Dia nak tidur rumah buruk awak tu.” Main lepas Syahin mengeluarkan kata. Nuha tidak berkecil hati. Dia sudah biasa dengan angin pasang Syahin.

“Baiklah. Lepas waktu kerja saya on the way ke sana.”

“Tepat jam 7.00 malam awak mesti sampai. Saya nak keluar ada party dengan rakan-rakan.”

Terjongket kening Nuha.

“Syahin…”

Talian sudah dimatikan tanpa salam.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.