Home Novel Komedi/Romantik Komedi OREO dan CHIPS MORE
OREO dan CHIPS MORE
Illya Abdullah
22/6/2015 19:17:22
35,323
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 1

FAIL-fail di tangan sudah jatuh bertaburan atas lantai. Telefon bimbit masih melekat pada telinga. Tangan kirinya laju memungut semula fail-fail tersebut.

“Iyalah mak. Along tahu. Nanti along bagi tahu pada adik.”

“Jangan lupa kain pasang 3 helai seratus ringgit tu? Makcik Wok tu dah membebel pada mak dah.”

“Iya-iya. Along tak lupa kali ni.”

“Pesan sekali pada Syahin jika along jumpa buah hati along tu. Mak dia mintak sampaikan pesanan. Syahin dah lama tak balik menjenguk ke kampung.”

“Mak… along pun dah lama tak jumpa…”

Tup! Talian terputus.

Nuha melepaskan nafas panjang memandang telefon bimbit di tangan. Aiseh, bateri habis.

“Nuha!” Suara Puan Ramona sudah bergema di bilik mesyuarat.

Perempuan seorang ni tahu nak memekik saja. Macamlah telinga aku pekak sangat. Nuha merengus dalam hati. Susah kalau bekerja dengan majikan yang selalu ‘datang bulan’ ni. Nasib badan.

Nuha bingkas melangkah ke bilik mesyuarat.


“TIGA tahun along kerja dengan Puan Ramona tu. Takkan masih berada ditakuk lama lagi kut. Along pun ada talent apa. Jangan jadi mangsa ‘buli’ Fiona perasan bagus tu.” Komen Naurah adiknya ketika mereka makan tengahari bersama.

“Takperlah. Belum sampai rezeki along lagi.”

“Hm! Apa citer pulak dengan abang Syahin? Masuk ni dah 10 kali tak jadi masuk meminang along. Alasan sama lagi ke?”

Naurah sudah buka cerita pasal Syahin pula. Nuha menggaru tudung di kepala.

“Dia sambung kontrak lagi tiga tahun.”

“Apa? Lagi tiga tahun. Dia ingat along ni tunggul kayu.”

“Takper.Along sanggup tunggu.”

“Along ni setia sangatlah. Tak reti nak cemburu langsung. Kalau adik tengok gambar Abang Syahin berkepit dengan artis perempuan dalam majalah tu dah lama adik meroyan. Along boleh steady lagi.”

Nuha ketawa.

“Along masih percayakan dia.”

“Along… Abang Syahin tu buaya okay. Macam dalam drama PlayboyItu Suami Aku, King of Crocodile. Kalau adik salah menyebutnya sila betulkan.”

Menggeleng kepala Nuha.

Gossip-gossip ni tak boleh percaya sangat.”

“Along… pada adiklah kan, species segala buaya ni memang tak boleh dipercayai. Masa belum popular dulu memanglah dia sayangkan akak, sekarang dah popular kak. Teman wanita mesti keliling pinggang.”

“Nuha…” Panggilan singkat itu menyentak lamunan Nuha.

Nuha menoleh. Bola mata berwarna coklat itu memandang lelaki yang sudah tegak berdiri dengan wajah agak tegang.

“Syahin.” Bibirnya menguntum senyuman sebaik menatap wajah yang dirindui itu. Jarang sekali Syahin ada masa untuk bertemu dengannya kini. Sibuk dengan pengembaraan drama sana sini katanya,

Syahin menarik kerusi.

“Kan saya dah cakap kalau nak bertemu tunggu call or messagedari saya dulu.” Keras bunyi nada suara Syahin.

“Tunggu call or message awak tak sampai-sampai. Busy sangat awak.” Balas Nuha tenang.

Serba sedikit Nuha berkecil hati dengan sikap Syahin yang adakala dingin dengan dia. Namun dia cuba bersangka baik pada Syahin. Mungkin Syahin stress dengan kerja.

“Awak pun tahu kerja saya tak menentu. Tolonglah faham.”

“Saya faham.”

So…”

“Saya akan tunggu call dan message awak dulu.”

Good. Sorry Nuha. Bukan saya nak marah-marah awak. Saya sedang hangin sedikit.”

“Pasal Harraz Aryan ke?” Nuha terus menembak. Sejak Syahin berada dalam industri lakonan ini, saingan ketat Syahin adalah Harraz Aryan pelakon dan model kacak kegilaan ramai.

“Siapa lagi kalau bukan mamat perasan bagus tu.”

“Dia memang bagus apa.”

“Nuha…” Jelingan maut Syahin tidak mendatangkan sebarang efek pada Nuha.

“Saya tak nafikan dia memang bagus.”

“Ah, takdelah bagus mana.”

Syahin mencebik seraya menyilangkan tangan.

“Walau pun dia tak bawa watak hero tapi watak villain dia memang the best.”

“Oh, Nuha suka dialah.”

“Suka tengok lakonan villain dia aja.”

“Jangan awak pulak jatuh hati sudah.”

Nuha ketawa kecil. Ada nada cemburu di situ. Terkaan Naurah tentang Syahin meleset sama sekali.

“Kalau saya jatuh hati pada dia pun apa salahnya. Saya singlelagi.”

“Nuha!”

Syahin membeliakkan matanya. Tidak senang dengan kata-kata Nuha. Nuha tu nampak saja seperti gadis lurus bendul tapi dalam diam ada juga ‘akal’nya tak dijangka.

I’m joking.”

Perbualan mereka terhenti sebaik Syahin menerima panggilan telefon. Syahin menjauh ketika menjawab panggilan tersebut seperti tida mahu Nuha memasang telinga.

Telefon bimbit dimasukkan semula ke dalam kocek seluar.

“Saya kena gerak sekarang. Ada shooting di Wangsa Walk Mall.” Syahin sudah mengaturkan langkah dan melolos masuk ke dalam keretanya.

Nuha turut bangun dan mengejar langkah Syahin.

“Syahin… sekejap!”

Tidak sempat Nuha mahu menahan kereta Syahin sudah memecut laju. Nuha melepaskan keluhan kecil. Dia lupa mahu menyampaikan pesanan emak Syahin.

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.