Home Novel Komedi/Romantik Komedi OREO dan CHIPS MORE
OREO dan CHIPS MORE
Illya Abdullah
22/6/2015 19:17:22
35,320
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 4

HARRAZ duduk bersilang panggung sambil menyelak skrip yang baru diterima dari Amraz. Dia akan memulakan pengambaraan drama tersebut awal bulan depan.

“Kenapa kau tolak watak hero tu?” Soal Amraz tidak puas hati. Asyik-asyik pegang watak jahat, Harraz tak bosan ke? Dia mahu juga lihat Harraz memengang watak baik sekali.

“Aku tak sesuai jadi hero.”

“Belum try belum tahu. Kalau kau tak pandai romantic de amour aku boleh bagi kelas pada kau.”

Harraz angkat kepala. Dia tenung tajam wajah Amraz.

“Takkan kau nak jadi watak villainaja. Kadang aku rasa macam kelakar sebab villain cukup hensem dan lebih hot dari hero.” Amraz menyilangkan tangan.

“Asal ada rupa mesti nak jadi hero ke?” Harraz angkat kening.

Amraz senyum.

Handsome tu dah satu pakej selain pandai menghayati watak. Kau bukan pelakon kayu. Dari awal kau berlakon kau memang dah ada talent.”

Harraz letakkan skrip atas meja. Dia bangun menyelukkan kedua-dua tangannya dalam kocek jeans.

“Aku tak minat dengan watak hero. Kalau dalam drama atau filem tu hero akan menang segala-galanya tapi dalam dunia realiti ada hero yang kecundang.”

Amraz terdiam seketika.

“Kau masih tak boleh lupa cerita lama?”

Amraz memengang bahu Harraz.

“Jadi, kau tak perlu paksa aku pegang watak-watak hero ni.”

“Baiklah bro. Aku tak paksa kau lagi.”

Amraz melangkah keluar. Harraz bingkas duduk mencapai majalah yang tersedia atas meja.

Beberapa minit kemudia Amraz melangkah masuk semula.

“Mana budak perempuan yang datang nak jumpa tu?” Harraz menyoal.

“Tak sampai lagi.”

“Setengah jam dah ni.”

“Jalan sesak kut.”

“Ini bukan time orang balik kerja. Aku malas nak menunggu dalam bilik ni lagi. Tekak aku dahaga. Kita ke kafe bawah.”

“Aku pun haus jugak ni.”

“Kalau dia tak datang lagi bagus.” Harraz meletakkan majalah atas meja.

“Tapi firasat aku mengatakan yang dia akan datang.” Amraz tersengih panjang.


NUHA menarik nafas sebaik keluar dari kereta Savynya berwarna putih itu. Dia menagturkan langkah masuk ke banggunan setinggi lima tingkat itu.

“Assalamualaikum. Saya Nuha Alwani wakil dari Rosella Advertising. Saya ada buat appointment dengan Encik Amraz.”

“Waalaikumusalam. Sebentar saya buat semakkan dulu.”

“okay.”

“Cik Nuha Alwani. Encik Amraz dan Encik Harraz sedang tunggu cik di bilik tamu tingkat 3.”

“Terima kasih.”

Nuha mengaturkan langkahnya semula masuk ke perut lif. Sebaik melangkah keluar dari perut lif, dia terus mencari bilik tamu yang dikatakan oleh cik penyambut tetamu tadi. Tiada sesiapa pula yang lalu-lalang di sini untuk ditanya. Kiri dan kanan nampak dinding aja. Tak jumpa-jumpa pintunya. Nuha menggaru kepala yang bertudung litup.

“Kalau aku tahu sesat macam ni aku minta tolong pak guard kat tingkat bawah tadi tunjukkan arah.” Desis hati kecilnya.

Nuha menarik nafas panjang.

“Aku kan ada nombor telefon bimbit Encik Amraz tu. Kenapalah bodoh sangat aku tak calldia terus.” Nuha mengetuk-ngetuk kepala sendiri.

“Cik…”

Telefon terlepas dari tangannya.

Terkejut dia dicuit dari belakang begitu.

“Jangan cuit-cuit saya begitu. Nasib baik saya ni takde lemah jantung. Kalau tak padam terus saya.”

Amraz senyum.

“Cik ni… Cik Nuha Alwani kan?”

“Ya, saya.”

“Setengah jam saya dan Harraz tunggu cik. Ingatkan tak datang tadi.”

“Encik Amraz.”

“Ya, saya…”

“Maaflah saya terlambat. Saya tak sempat nak maklumkan pada Encik Amraz yang saya datang lewat sedikit.”

“Tak apa. Marilah.”

“Emmm… kita nak ke mana? Bukan kita nak berbincang di bilik tamu?”

“Harraz dah panas punggung tunggu Cik Nuha. Dia sudah melepak di kafe di bawah tu.”

“Okay-okay.”

Nuha menuruti langkah Amraz.

“Err… Encik Amraz.”

“Ya,”

Mooddia okay tak?”

“Okaylah kut?”

Okaylah kut? Rasanya bunyi macam lebih kepada tak okay. Berdebar-debar hati ni. Dia mesti buat sampai Harraz Aryan tu bersetuju.

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.