Home Novel Komedi/Romantik Komedi OREO dan CHIPS MORE
OREO dan CHIPS MORE
Illya Abdullah
22/6/2015 19:17:22
35,089
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 3

NUHA membalas senyuman pak guardNepal yang menjaga pintu masuk flat tempat dia menyewa. Duduk di shah alam tetapi bekerja di Kuala Lumpur. Tiada masalah bagi Nuha berulang-alik setiap hari. Rumah flat yang berdekatan dengan Pasaraya Giant tu majoritinya didiami oleh budak-budak kolej dari MSU. Sewanya pun boleh tahan tetapi environment tidak menyedapkan mata. Flat terbabit antara kawasan tempat nyamuk aedes bersarang. Hampir dua minggu dia berada di hospital kerana diserang demam denggi. Ada juga niat mahu berpindah ke kawasan perumahan yang berdekatan dengan tempat kerjanya tetapi bukannya mudah untuk mencari rumah sewa sekarang ni.

Lesu… Nuha terus bersandar pada sofa sebaik melangkah masuk ke rumah flat sewanya itu. Damia yang sedang bersila santai menonton drama Lakorn di lap-topnya itu mengalihkan pandangan. Mulutnya masih ligat mengunyah Mr. Potato.

“Hari minggu pun kerja ke, beb?”

“Biasalah tolong adik kesayangan aku kat kafe dia sekejap. Lepas tu minah sorang tu callminta bantuan kecemasan kononnya. Kecemasan jadi kuli tak bergaji.”

“Kau pun baik hati sangat, nape?”

“Takdelah baik hati sangat. Lepas aku letak barang-barang dia dalam but kereta dia, aku kasi kunci kereta dia pada guardkat situ. Pandai-pandailah dia nanti.” Nuha senyum meleret.

“Eloklah sangat. Biar kasi ajar sikit minah tu.” Damia menghulurkan ‘Mr Potato’ kepada Nuha. Kalau menonton mesti ada saja makanan ringan untuk dikunyah. Macam menonton dalan panggung wayang, tak lupa popcorn di tangan.

“Aku jumpa Harraz Aryan.”

Sapa tu? Boyfriend baru kau ke?”

“Pelakon dan model tu.”

“Aku drama tempatan kurang sikit menontonnya. Aku peminat Lakornlah, beb.”

“Berlagak kau.”

“Kalau Nadech Kugimiya aku kenallah.”

Loyar buruk betul Damia.

“Dia bukan hero drama tapi terkenal dengan watak villain dalam drama. Gangsters, samseng, anak orang kaya jahat, pembunuh bersiri, watak-watak tu memang sinonim dengan dialah.”

Handsomeke?” Kening Damia menari-nari.

“Kalah Nadech Kugimiya kau tu.”

“Kejap.” Nuha bingkas masuk ke biliknya kemudian kembali bersama sebuah majalah di tangan. Dia selak helaian majalah berbentuk hiburan terbabit. Nuha menayangkan wajah Harraz Aryan kepada Damia.

“Uiks, memang handsomelah. Kalah Nadech aku.” Damia jadi teruja. Dia cuba menganalisis gambar Harraz yang bergaya santai dengan jeans dan t-shirt itu.

Nuha tergelak kecil. Damia memang hantu Lakorn. Dalam lap-top dia ada pelbagai siri drama Lakorn yang di ‘download’ oleh Damia. Kata Damia, cerita-cerita Lakorn ni kena dengan jiwa karat dia.

“Dia ada darah kacukan, beb. Darah kacukan melayu-thailand-jepun. Mata pun sepet-sepet sikit.”

“Ooo… patutlah muka ada macam mix.” Muncung ke depan bibir Damia.

“Kau tengok cerita apa tu?”

“Rang Pratana. Dah lima kali aku tengok citer ni tanpa jemu.” Damia tersengih. Nuha geleng kepala.

“Kau layanlah Lakorn kau tu. Aku nak masuk dapur masak sekejap.”

“Kalau kau masak megi goreng tu buat lebih sikit tau.” Laung Damia.

“Iyalah.” Nuha menyahut.

Damia memang jenis berat punggung kalau nak ke dapur.


NUHA membuka facebook. Dia antara golongan yang tak berapa nak rajin membuka laman sosial terbabit. Ala… dia tak ramai kawan macam artis-artis. Berapa keratlah sangat rakan facebooknya itu. Kalau bulan puasa memang kencang dia mempromo biskut chips more untuk tempahan. Lebat juga dapat duit tambahan untuk Raya.

Kebanyakkan pengguna laman sosial menggunakan nama sebenar di facebook tetapi dia menggunakan nama samaran Cik Chips more untuk facebook peribadinya. Biar misteri sikit.

Sahabat maya yang sering berkongsi pendapat dan luahan rasa dengannya adalah Mr. Oreo. Mr. Oreo pun tak ramai kawan macam dia. Jadi, mereka kira serasilah dalam alam maya. Tapi kebelakangan ini Nuha jarang menerima PM atau komen dari Mr. Oreo. Sakitkah dia? Nuha menongkat dagu. PM yang semalam pun Mr. Oreo tidak balas. Status terakhir yang pada laman facebook Mr. Oreo menulis yang dia kurang sihat.

Nuha log out dari facebook. Nuha mengalihkan kepala ke arah Damia. Damia masih sibuk melayan cerita Lakorn di lap-top. Minah seorang itu selagi tak habis cerita selagi itu sanggup bersengkang mata. Macamlah tak boleh sambung tengok esok.

“Makcik! Tidurlah!” Nuha balingkan bantal ke arah Damia.

“Sibuklah kau. Kau nak tidur, tidurlah. Aku tengah layan part paling penting.”

“Esok kerja kan? Tidur!”

“Esok aku ambik half day.”

“Eloklah sangat. Amalkan selalu. Kalau dapat notis amaran padan muka kau.”

“Dah-dah jangan mula nak bebel macam mak nenek. Kau pi lah masuk beradu dulu. Aku akan beradu kemudian.”

Damia bercakap langsung tak menoleh. Matanya macam sudah melekat dekat skrip lap-top.

“Kalau kau jumpa hantu nanti jangan cuba-cuba kejutkan tidur aku!” Sengaja disakatnya Damia.

“Nuha!” Damia menjerit. Tengah malam begini Nuha gatal mulut buka cerita fasal hantu.

Nuha cepat-cepat masuk ke bilik sebelum Damia baling bantal semula kepada dia. Tahu pun takut.


“NUHA… I nak you ambil job ni. I mahu muka mamat stone ni dalam iklan komersil kita. I tak mahu muka lain.”

Puan Ramona sudah terpacak di depan mejanya. Majalah hiburan yang muka hadapan berwajahkan Harraz Aryan itu dihempaskan atas meja Nuha.

Nuha tersentak.

“Saya…” Dia menghalakan jari telunjuk ke arah dirinya sendiri. Macam tak percaya pulak mendengar kata-kara Puan Ramona.

“Ya, you akan ambil alih job ni dari Fiona. Lagipun you yang bagi kertas cadangan tu. Mr. Aaron sudah bersetuju dan”

Nuha menelan air liur. Sempat dia mengerling sekilas ke arah Fiona. Fiona sudah menarik muka masam. Mr Aaron pun sudah bersetuju untuk bayar separuh payment untuk iklan komersil tu. You tiada pilihan untuk mengelakkan diri!"

“Tapi puan…”

“I tak mahu dengar sebarang bantahan. Kalau you tak dapat pujuk Harraz Aryan bekerjasama untuk iklan komersil tu dalam masa tempoh 7 hari, so… you boleh get out dari company I ni!”

Uit, ayat memang takde belas kesian. Tak bagi muka langsung. Bos yang cukup kejam bagi Nuha.

Nuha duduk di mejanya dengan muka keruh. Bab ayat-mengayat pun dia gagal inikan pula nak pujuk rayu orang. Ugutan Puan Ramona sudah cukup menyeramkan. Dia perlu menkaji semula serba sedikit tentang Harraz Aryan tu.

“Ini nombor phone P.A Harraz Aryan. You boleh cuba deal dengan P.A dia untuk aturkan pertemuan. Pandai-pandailah you nak aturkan temujanji.” Fiona menghulurkan sekeping kertas kecil kepada Nuha.

“Nombor phone Harraz takde ke? Lagi senang kalau saya contact terus dia?”

“Hm… Nombor phoneHarraz I takde.” Fiona berlalu. Minah seorang ini kalau jalan takde lenggok gediks nya memang tak sah. Kalau muka cantik tapi hati busk pun tak berguna.

Nuha tahu Fiona menipu.

Takpe-takpe. Nuha Alwani tidak akan takut dengan cabaran. Harraz Aryan tu manusia. Manusia tak makan manusia. Iya tak?

Nuha meletakkan ganggang telefon pada telinga. Dia menekan-nekan nombor telefon P.A kepada Harraz Aryan.

Panggilan anda tidak dapat disambung buat masa ini. Ganggang telefon diletakkan semula. Nuha menghantar pesanan ringkas melalui telefon bimbit. Harap-harap P.A Harraz Aryan akan membalas mesejnya.

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Illya Abdullah