Home Novel Seram/Misteri LANGSUIR
LANGSUIR
Illya Abdullah
18/3/2018 12:31:43
21,421
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab 3

Hospital Sakit Jiwa.

Seminggu kemudian…

 

“KAU rampas orang yang aku sayang!Aku akan buat sampai kau gila! Sampai kau mati! Kau pasti ingat kata-kata akuini dulu. Lihat, kau sudah gila! Kau gila!” Dia menghamburkan kemarahan pada perempuanyang duduk di birai katil itu tanpa sebarang emosi.

            Perempuanyang berambut panjang dan serabai itu terkebil-kebil memandang ke arahnya.Kemudian dia melirik senyuman sambil memintalkan hujung rambutnya itu. Nyatadia sudah tidak mengenali pelawatnya itu.

            Terjegil-jegilbiji matanya melihat reaksi perempuan itu. Dicekak rambut panjang yang serabai mencecahke pinggang. Sebelah tangannya lagi mencengkam wajah perempuan tersebut. Dah gilapun perempuan itu masih nampak cantik. Hatinya dipagut cemburu.

            “Kalauboleh aku nak kau menderita sampai mati!” Kemarahan jelas meluap-luap pada perempuanitu.

            “He…he…he…”

            Perempuanitu hanya ketawa mengekeh. Tidak diendahkan kemarahan yang disemburkan padanyaitu. Dia sudah berada dalam dunianya sendiri. Dia memeluk lutut. Mulutnya mulabergerak-gerak. Dia menyanyi lagu yang menjadi kegemarannya. Tidak diendahkanpasangan di depan matanya itu.

            “Akumasih tak boleh maafkan kau!” Nafasnya turun naik.

            Mungkinhatinya akan puas apabila melihat tubuh perempuan itu terbujur kaku tidakbernyawa. Bibirnya diketap rapat. Perempuan itu yang menjadikan dia beginikejam.

            “Sudahlah!”Suara lelaki yang dari tadi hanya mendiamkan diri melihat tingkahnya itu.

            “Tapidia mengandungkan anak you! Anak you kan?” Dia memalingkan kepala ke arahlelaki yang berdiri di belakangnya itu.

            “Itahu, I salah!” Akuinya. Dia sudah letih melayan amarah isterinya itu.

            “Itakkan puas hati selagi dia tak mati! I nak dia mati! Betina sundal! You punsama! Jantan tak guna!” Dia mula memaki-hamun.

            Lelakiitu melepaskan keluhan kecil. Dia tidak menyangka dendam isterinya itu sampaibegitu kejam sekali. Perempuan yang disayanginya setengah nyawa itu dibuathingga menjadi

gila.

            “Cukup!Cukup!” suaranya ditinggikan.

            “Bilabetina sundal ni mati baru I maafkan you! Banyak lelaki di luar sana yangbujang tapi dengan you juga dia mahu berselingkuh.” Telunjuk runcingnyadihalakan pada wajah lelaki itu. Rambut perempuan itu dicekak lagi.

            “Itak mahu berkasar dengan you, sayang!”

            Rambutperempuan itu dilepaskan. Dia berjalan keluar dari bilik tersebut. Lelaki itumenghampiri kekasih gelapnya. Air muka memberikan satu inpirasi kesal.

            Perempuanjelita yang pernah dipuja siang dan malam itu sudah berubah menjadi hodoh

begini. Dia tidak dapat berbuatapa-apa untuk menyelamatkan kekasih gelapnya itu. Dia pengecut. Jika diberipilihan pun dia akan memilih isterinya. Kekayaan yang dimiliki datangnya dariperempuan itu.

            “MaafkanI,” ucapnya sebelum turut melangkah keluar.

            Tigaorang lelaki yang dikenali menghampiri isterinya ketika mereka berada di luarhospital sakit jiwa. Dia tidak tahu apa urusan tiga lelaki itu denganisterinya. Dia mengesyaki sesuatu yang tidak kena tetapi mampukah dia bersuarawaktu ini? Sampai hatikah dia mengheret isterinya itu ke dalam penjara? Diatidak sanggup berbuat demikian. Dia masih memikirkan kedudukan dan reputasinya.

            “KenapaAjmal, Rauf dan Malek cari you di sini?” Dia menyoal sebaik ketiga-tiga lelakiitu beredar.

            “Tiadaapa-apa. You tak perlu ambil tahu.”

            Lenganisterinya itu dipaut.

            “Youyang suruh mereka buat dia macam itu.” Dia mengetap rahang. Matanya tajammencerlung wajah perempuan yang bergelar isteri di depan mata.

            Isterinyaketawa.

            “So, tunggu apa lagi hantar I ke penjara.You boleh bela penderitaan kekasih gelap you itu.” Dia memakukan mata padasuaminya itu.

            Lelakiitu hanya merengus kecil melihat langkah angkuh isterinya.

           

 

BAU kemenyan menusuk ke dalamlubang hidung. Kemenyan yang berasap itu dikelilingkan pada tengkorak manusiayang masih bersisa darah merah itu. Mulutnya terkumat-kamit membaca jampiserapah. Semakin lama semakin laju bacaannya. Mata dipenjamkan dengan rapat.Kemudian tengkorak manusia itu dicapai lalu bacaan menteranya dihembuskan padatengkorak manusia itu.

            “Akumahu perempuan sial itu mati dengan dahsyat!” Suaranya perempuan yang merupakanpelanggannya itu.

Jelas dilihatapi kemarahan pada mata perempuan cantik itu. Perempuan itu benar-benar mahumusuhnya mati. Urusan dendam perempuan itu bukan urusannya. Dia hanya melakukantugasnya seperti yang dipinta.

“Kamu bawa apayang aku inginkan?”

“Ada tok.”Perempuan itu membuka tas tangannya. Dia menghulurkan rambut yang disimpulkankemas kepada dukun tersebut.

Tangannya mencapaipatung yang diperbuat dari kayu itu. Dia melilitkan rambut pada patungtersebut. Mulutnya terus terkumat-kamit.

            Perempuanyang sedang lena itu terjaga dengan mata terbeliak-beliak. Urat-urat berseliratpada wajah dan tangannya. Mulutnya berbuih dan mengeluarkan bau yang busuk.

            Perempuanitu mula menggelupur di atas katil. Nafasnya mula mengih. Lehernya bagaikandicekik. Dia sedang bergelut dengan sesuatu yang tidak nampak pada pandanganmata manusia. Perutnya seperti dirobek-robek. Darah memancut keluar hinggamembanjiri tilam. Tidak lama kemudian tubuh perempuan itu berhenti menggelupur.Tubuhnya kaku dibasahi dengan darah.

            Matanyaterbeliak luas. Ulat-ulat kecil meliuk-liuk keluar dari mulutnya yang terngangaluas itu. Jantungnya sudah tidak berdengup. Suasana dalam bilik itu menjadisunyi-sepi. Asap hityam berkepul keluar dari mulut perempuan itu.

            Patungyang berada dalam genggamannya itu diletakkan atas tapak kemenyan. Patung itudibermandikan dengan darah. Peluh yang memercik tidak endahkan. Tugasnya telahdiselesaikan. Perempuan itu sudah ditamatkan riwayatnya. Dia ketawa. Tugasnyasudah disempurnakan sebaiknya. Dia mengangkat kepala memandang wajah perempuanyang duduk di depan matanya itu. Perempuan itu melirik senyuman.

            “Iniupah untuk tok.” Wang dihulurkan. Hatinya puas. Tiada lagi gangguan dalam rumahtangganya. Jika cara kasar tidak berkasar maka cara halus yang dicari. Nyawaperempuan itu cukup liat sebelum ini.

            Lelakiitu menyambut bayarannya tanpa sepatah kata. Habuan yang cukup lumayan dariseorang wanita yang sudah diagak dari golongan berada.

            Perempuanitu bingkas bangun meminta diri. Dia melolos masuk ke dalam kereta. Dia bolehtidur lena malam ini. Senyuman sinis terukir.

 “Megat Haider hanya milik aku seorang, Ayu.Aku bukan wanita yang suka berkongsi

suami dengan wanita lain!” Kuncikereta dipulas. Apabila dia melakukan perbuatan terkutuk dia

sudah tidak kisah lagi dengan dosa.Dari wajah dingin itu ada air mata yang mengalir. Mungkin air mata itu adalahair mata yang terakhir buat lelaki seperti Megat Haiedr yang mengkhianatisumpah setia cinta mereka.

        

 

KUNCI diputarkan dengan penuhberhati-hati. Kejadian yang sama tidak akan berulang lagi kerana pesakit sudahbeberapa kali cuba untuk melarikan diri. Nafas ditarik panjang sebelumdihembuskan perlahan-lahan. Rasa sakit dipangkal leher akibat gigitan perempuanitu masih dirasainya. Doktor muda itu ditemani dengan dua orang staf lelakiyang bertugas melangkah masuk sebaik pintu dibukakan. Luka hanya kecil baginya.Perasaan yang semakin menular di hatinya itu yang lebih bahaya.

Langkahnya terhentidi hadapan katil dengan wajah pucat. Keadaan perempuan yang terbaring di ataskatil itu sudah cukup mengejutkan mereka. Tidak dapat diterima oleh akalfikiran jika mereka mengatakan perempuan itu membunuh diri. Darah menitik-nitikdi atas lantai. Bau hanyir menusuk ke lubang hidung mereka.

            Failpesakit yang berada dalam tangan doktor muda terlepas dari pegangannya. Diameluru ke arah perempuan yang sudah kaku tidak bernyawa itu. Hatinya dipaludengan perasaan sedih. Tubuh perempuan itu dipeluk dengan erat dengan raunganyang bergema dalam bilik itu.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.