Home Novel Cinta DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
Illya Abdullah
24/12/2014 17:20:57
199,661
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 1

“EL tidak bersetuju?” Eleanor naik berang.

Papa mahunya ke sini untuk aturan perkahwinannya. Riak wajah Dato’ Ariffin berubah melihat tingkah anak gadisnya itu.

“Duduk dulu El.” Jemput Puan Marlia lembut.

No, thanks.” Eleanor menyilangkan tangannya.

“El, duduk dulu. Kita discuss.” Pujuk papanya.

“Perkahwinan ini tidak akan terjadi. Muktamad!” Rengus Eleanor lalu mengorak langkah keluar dari restoran tersebut.

I’m sorry Mar.” Dato’ Ariffin bergegas mengekori langkah anak gadisnya. Puan Marlia dan dua lagi tetamu itu tertegun di tempat duduk masing-masing.

Eleanor membuka pintu keretanya.

“El!” Dato’ Ariffin melolos masuk ke dalam kereta anak gadisnya itu.

Eleanor menghidupkan enjin keretanya. Eleanor mendengus kecil sambil memusingkan stereng keretanya.

Eleanor mengertap bibir geram. Perbualan telefon dengan Mukhriz anak lelaki Puan Marlia itu cukup memanaskan hatinya.

“Helo, Boleh I bercakap dengan Eleanor Dato’ Ariffin.”

“Ya, I’m speaking here.”

“Nama I mukhriz. I anak kepada Puan Marlia.”

So, what? I kenal you ke?”

“Kita saling tidak mengenali but papa you dan mama I berkawan rapat.”

“Itu bukan problem I.”

Problemnya parentkita mahu satukan kita.”

What?”

“You tak tahu yang papa you ajak you bertemu dengan mama I atas sebab ini. Mereka juga mahu I bertemu dengan you.”

Eleanor menggigit jari. Patutlah papa beria-ia suruh dia mahu bertemu dengan Puan Marlia. Ada muslihat disebaliknya.

So, you agreed dengan aturan perkahwinan ni?”

Lelaki bernama Mukhriz itu ketawa.

“I tidak akan berkahwin dengan perempuan yang langsung I tidak kenal. Lagi pun I sudah ada girlfriend. Perkahwinan ni pun sebab nak selamatkan bisnes papa you.”

“Apa maksud you?”

“I rasa better you tanya pada papa you. I nak masuk tidur. Girlfriend I sedang menunggu di bilik. Nite baby.” Mukhriz membuat bunyi ciuman di talian.

Perasaan marahnya meluap-luap. Papa membuat aturan tanpa memberitahu padanya dulu. Kenapa mesti dia yang menjadi mangsa dalam masalah papa?

Dato’ Ariffin di sebelah Eleanor berasa cemas melihat pemanduan anak gadisnya itu. Eleanor memandu melebihi had laju.

“El, please…”

“El sudah katakan yang El tidak bersetuju.” Gumam Eleanor agak kasar.

Zaman moden ini pun masih main-main dipaksa untuk berkahwin. Dia tidak suka teman hidupnya ditentukan oleh keluarga.

Dato’ Ariffin menghela nafas panjang. Hubungan antara dia dengan anak keduanya itu sudah lama keruh. Eleanor anak yang kuat memberontak. Lebih suka mengikut kepalanya sendiri.

“El, jumpalah dulu anak auntie Marlia tu.”

“Papa, El tidak akan bertemu dengan anak auntieMarlia. El sudah berikan kata putus pada papa. El tak mahu berkahwin. I’m not ready yet.”

Dia sudah letih bertengkar dengan papa. Papa masih juga mahu memaksa dia. Fikirnya kepulangan semula dia ke Malaysia untuk menjernihkan semula hubungan dengan papa tetapi dia silap. Dia tidak patut pulang. Kenapa papa tidak mahu memahami perasaan dia? Dia tahu yang perkahwinan aturan papa itu ada tujuannya. Papa ingin menyatukan perniagaan bersama Puan Marlia. Eleanor tidak akan bersetuju dengan cara papanya.

Dato’ Arifin membisu. Tidak tahu apa lagi cara untuk memujuk anak gadisnya itu. Sikap degil dan keras kepala Eleanor sukar untuk ditangani. Perasaan malu menghimpit Dato’ Ariffin. Dia seperti tidak pandai mengajar anak.

“El…”

“Mukhriz ada call El. Dia sudah ada girlfriend dan dia juga tidak bersetuju dengan usulan perkahwinan aturan keluarga ni. Alasan nak eratkan perhubungan dua keluarga tetapi sebenarnya El dijadikan alat untuk papa menyatukan perniagaan papa dengan auntie Marlia.” Eleanor terus memotong kata-kata papanya.

“Papa akui tetapi itu hanya salah satu syaratnya untuk Marlia membantu papa. Jika kamu tidak bersetuju papa tidak boleh berbuat apa-apa.”

“Papa… El minta maaf sebab terpaksa kecewakan papa.”

“El, lori!” Dato’ Ariffin memekik cemas.

Eleanor memusing stereng keretanya mengelakkan keretanya dari berlanggar dengan lori terbabit tetapi dia hilang kawalan apabila brek keretanya tidak makan. Keretanya melanggar tiang elektrik. Kepalanya sakit, pandangan matanya semakin menjadi gelap.

“Papa…”

SEDAR-sedar dia sudah terbaring di katil hospital. Eleanor bangun dan memengang kepalanya yang sudah berbalut. Dia pandang kiri dan kanan. Wajah Abang dan kakak iparnya semakin jelas di depan mata. Begitu juga dengan wajah Puan Marlia. Otaknya berputar ligat mengingati apa yang berlaku. Papa!

“Papa… macam mana dengan papa?” Dia terus memaut lengan abangnya.

“Bertenang dulu El.”

“El nak tengok papa.” Eleanor bingkas bangun dari katilnya tetapi ditahan oleh Elman, abang sulungnya itu.

“Papa dah tiada Kak El!” Suara Elena Maria adik bongsunya.

Eleanor tertunduk semula di katil.

“Papa…” Air mata laju menuruni pipi Eleanor.

Elman memeluk bahu adiknya itu.

“Kak El yang bunuh papa!” Elena Maria memandangnya dengan renungan amarah. Dia memang tidak suka dengan sikap kakaknya yang suka melawan kata itu. Lebih kakaknya itu tidak pulang semula. Papa tidak akan mati.

“Elena…” Elman tidak suka dengan kata-kata dari mulut Elena Maria itu. Apa yang terjadi sudah suratan takdir. Tidak perlu menyalahkan sesiapa dalam soal ini.

“Betul apa yang adik cakap. Kalau bukan sebab Kak El, papa tidak akan mati. Kak El bunuh papa!” Elena Maria meninggikan nada suaranya. Seratus-peratus menyalahkan kakaknya. “Kenapa bukan Kak El yang mati!”

Eleanor tidak menangkis kata-kata Elena Maria itu. Betul kata adiknya itu, dia punca kematian papa. Menyesal sudah tiada gunanya lagi. Papa pergi tidak akan kembali. Puan Marlia merapati. Dia tidak senang melihat pertelingkahan yang tercetus di depan matanya itu. Mulut Elena Maria memang tidak berlapik. Tambahan pula gadis itu memang cepat panas baran.

“Kak El menangis air mata darah sekalipun, papa tidak akan hidup balik!” Elena Maria terus-terusan menekan perasaan Eleanor. Dia tidak kisah jika kakaknya itu dihimpit perasaan bersalah seumur hidup.

“Elena…”

Auntie tak perlu sebelahkan Kak El. Selama ini pun Kak El memang suka bertelagah dengan papa. Sakitkan hati papa. Kak El hanya pentingkan diri sendiri. Kak El tidak pernah fikirkan perasaan papa langsung!”

Elman tidak mahu bercakap banyak. Dia menarik lengan Elena Maria dan mengheret adiknya keluar dari wad tersebut.

“El… sabarlah.” Puan Marlia bersimpati. Dia menyentuh lembut bahu Eleanor.

Eleanor memeluk tubuh sambil menangis semahu-mahunya. Terhingut-hingut bahunya menahan esakan.

ELEANOR memandang titisan-titisan air hujan di jendela. Dia lebih suka berkurung di dalam biliknya. Makan minumnya yang tidak menentu itu meresahkan hati Elman. Elman tidak menyalahkan adiknya itu atas apa yang berlaku. Pihak polis mengatakan ada orang yang me-

motong brek kereta Eleanor.

Eleanor membuka mesej-mesej di dalam telefon bimbitnya. Satu-persatu mesej itu dibaca. Mesej-mesej dari papanya itu membuatkan hatinya terasa pilu dan sendu. Tanpa sedar air mata Eleanor mengalir perlahan menuruni pipi.

Kata-kata papa pada malam di bilik tidurnya itu masih tersimpan di kotak ingatana. Mungkin papa fikir dia sedang tidur ketika itu. Dia hanya berpura-pura melelapkan matanya. Dia seakan masih terasa papa mencium dahinya dan mengusap-usap rambutnya.

“Papa ingin memperbaiki semula perhubungan papa dengan El tetapi papa tidak tahu bagaimana untuk memulakannya. Papa tidak pernah membenci El.”

“Papa sayangkan anak-anak papa. Ada masanya papa terlalu ego dan tidak mahu memahami perasaan anak-anak papa terutamanya El. Papa tahu papa berkeras pada El. El… papa minta maaf.”

Eleanor menyapu air mata yang mengalir.

“El minta maaf papa.”

Eleanor menekan nombor di telefon bimbitnya. Dia menghubungi seseorang. Kemudian dia mengemaskan pakaiannya masuk ke dalam beg. Dia tidak betah untuk tinggal di sini lagi. Dia tidak mungkin akan menerima syarat yang ditetapkan oleh Puan Marlia itu. Bingkai gambar sekeluarga itu turut di masukkan ke dalam beg pakaiannya. Eleanor mengangkat beg pakaiannya keluar dari bilik tidurnya. Laju kakinya memijak anak tangga.

“El, nak ke mana ni?” Soal Elman.

“El nak keluar dari rumah ini.” Eleanor membalas lembut.

Why?”

“Walau pun papa sudah tiada, El tetap tidak berganjak dengan keputusan El. El tak boleh terima aturan perkahwinan tu.”

See? Kak El memang pentingkan diri sendiri.” Elena Maria menyampuk. “Biarkan saja Kak El berhambus dari rumah ni!”

Shut up Elena!”

Eleanor tidak mengerti mengapa Elena Maria tidak menyenangi dia dari dulu. Dia tidak pernah memusuhi adiknya itu. Jauh sekali membenci.

Elena Maria merengus kecil. Elman masih mahu berpihak di sebelah Eleanor.

“El, abang tak mahu lihat kita adik-beradik ni berpecah belah. Abang tak halang keputusan El. Jika itu yang terbaik untuk El. Pintu rumah ini sentiasa terbuka untuk El kembali.” Dia akan cuba memikirkan cara lain menyelamatkan syarikat peninggalan arwah papa. Dia juga kurang bersetuju dengan syarat yang ditetapkan oleh Puan Marlia. Bukan dia tidak kenal dengan sikap ‘playboy’ anak bongsu Puan Marlia itu. Dia tidak mahu memperjudikan masa depan Eleanor.

Thanksabang.”

“Jika ada apa-apa masalah callabang.” Pesan Elman.

Eleanor memeluk Elman. Eleanor melangkah keluar dari banglo mewah itu dalam hujan yang masih renyai-renyai. Sebuah teksi sudah sedia menunggu di luar pagar.

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Illya Abdullah