Home Novel Cinta DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
Illya Abdullah
24/12/2014 17:20:57
199,644
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 16

ELEANOR terus menolak bahu setiausaha Weir agak kasar. Tiada sesiapa yang mampu menghalangnya bertemu dengan Weir. Tindakannya menyebabkan Zurina terpaksa memanggil pengawal keselamatan untuk menahan Eleanor.

“Ke tepi!”

“Kami tidak akan benarkan cik masuk bertemu dengan Encik Weir tanpa sebarangappointment.”

Eleanor menyeringai. Dia tidak dapat melepasi dua pengawal keselamatan yang bertubuh sasa itu.

“Saya tak perlu buatappointment dengan bos awak! Panggil boss awak bersemuka dengan saya sekarang atau saya menyerbu masuk ke bilik pejabat dia!”

“Cik… saya sudah katakan yang cik tak boleh bertemu dengan Encik Weir jika tiada appointment. Encik Weir sekarang adameeting petang dengan pihak klien dari luar negara.” Zurina masih berlembut.

I don’t care. Saya mahu bertemu dengan dia sekarang!” Eleanor tetap bertegas.

Zurina mengebam bibir berfikir dengan pantas cara untuk menghalang Eleanor menyerbu masuk ke bilik mesyuarat.

“Cik ikut saya.” Dia perlu mengalah apabila melihat nekad Eleanor.

Zurina membawa Eleanor ke bilik tamu. Dia cuba menenangkan gadis itu dari terus menimbulkan huru-hara. Dia tidak kenal dengan gadis ini dan dia tahu apa masalah gadis denganbossnya. Bossnya itu bukannya kaki perempuan. Pasti ada puncanya gadis ini mengamuk tidak tentu hala?

“Ke mana bawa saya ke bilik ini?” Eleanor menyoal.

“Cik boleh tunggumy boss di sini.Be patient, okay.”

Eleanor mengulum senyuman nipis. Wanita di hadapannya itu cukup sabar melayannya. Lembut berbicara seperti bosnya juga.

“Saya tidak boleh jangka yang saya boleh bersabar menunggu bos awak di sini.”

Zurina melangkah keluar meninggalkan Eleanor sendirian di bilik tersebut. Situasi begini bukan pertama kai bagi Zurina. Situasi yang lebih teruk pernah dialami suatu ketika Pacifi Holdings di ambang kegawatan. Dia antara pekerja yang lama bernaung di bawah Pacific Holdings. Salah seorang pekerja yang setia bersama Pacific Holdings selain Hazim.

Zurina segera meluru merapati Weir sebaik melihatbossnya itu keluar dari bilik mesyuarat bersama dua lelaki Inggeris itu. Zurina berbisik perlahan pada telinga Weir. Weir kelihatan tenang. Dia memberikan arahan kepada Zurina agar mengawasi Eleanor dan menunggunya. Zurina menggangguk menerima arahan dari Weir.

Weir menghantar kedua-dua kliennya itu hingga ke muka pintu. Mereka saling berjabat tangan. Kemudian Weir berpaling mengaturkan langkah ke arah bilik tamu. Dua orang pengawal keselamatannya kelihatan sedang berkawal di hadapan pintu masuk bilik tamu itu.

“Kamu berdua boleh pergi.”

“Baik bos.”

Weir memulas tombol pintu. Dia tersenyum melihat Zurina yang berada di bilik tersebut bersama Eleanor. Eleanor menjelingnya tajam. Jelingan ‘manja’ bagi Weir.

“Encik Weir…” Zurina bingkas bangun.

“Buatkan dua gelas milo ais.” Weir separuh berbisik. Dia tahu Eleanor kurang minum minuman yang berkafein.

“Baik Encik Weir.”

Weir duduk menyilang kaki berhadapan dengan Eleanor. Dia dapat lihat kemarahan pada mata Eleanor. Mungkin berkenaan dengan lamarannya itu. Cepat sungguh berita tersebut sampai kepada Eleanor. Oh, dia hampir terlupa yang Eleanor sudah bekerja di bawah abangnya itu.

Weir… apa motif awak ya? Awak ada hubungan dengan adik saya. Kemudian, awak ada hubungan sulit dengan kakak ipar saya. Sekarang awak mahu saya berkahwin dengan awak pula?” Eleanor terus bersuara menyoal Weir sebaik Zurina keluar dari bilik tamu tersebut.

Motif? Saya tiada sebarang motif.” Weir membalas dengan jawapan yang sememangnya tidak akan memuaskan hati Eleanor.

Jangan berdalih dengan saya! Saya bukan budak kecil yang mudah tertipu.”

Soal hubungan saya dengan Elena Maria, kami hanya berkawan. Saya tidak berminat dengan adik awak yang sudah bertunang itu. Soal Susana, kakak ipar awak itu, dia hanya kenalan lama saya. Saya cuma berminat dengan seorang gadis saja iaitu awak.”

Mata Eleanor terbelalak.

Pokoknya, saya tidak mahu berkahwin dengan awak. Faham!”

Why? Apa yang kurang pada saya. Saya ni kira antara lelaki yanghandsome tahu. Saya ada segala-galanya. Awak tak perlu keuarkan satu sen untuk majlis perkahwinan kita. Saya tanggung semua.If awak nak jadihousewife sepenuh masa pun boleh. Saya ni suka makan air tangan seorang isteri.”

Loya pula anak tekak Eleanor dengan kata-kata Weir yang baginya membanggakan diri itu.

Saya tetap menolak lamaran awak sekali pun awak ni anak menteri.”

Weir menjongket kening.

So, kalau saya anak dari kaum kerabat tengku, baharu awak terima lamaran saya?”

“Tidak kira awak dari keturunan tengku atau lanun saya tetap tidak akan menerima lamaran awak.”

Weir ketawa. Keras hati betul gadis ini. Elman tentu menghadapi masalah untuk memujuknya adiknya ini.

“Awak tidak takut Mentari Construction jatuh muflis?”

“Jangan ugut saya. Saya tidak takut dengan ugutan.”

“Awak hanya berkahwin dengan lelaki awak cintai, bukan. Setahu saya lelaki yang awak cintai curang dengan awak. Hairie namanya. Bekas majikan awak, Dato’ Bakri pula sukakan awak menyebabkan awak berhenti kerja sebab tidak tahan dengan gangguan.”

“Ouch, awak siasat tentang saya juga ya?”

“Jangan fikir awak seorang sahaja boleh menjadi Detektif Conan.” Weir tersengih. “Fikirkan masa depan Mentari Construction. Nasib Mentari Constrruction berada dalam tangan awak.”

Dia mahu lihat sejauh mana kerasnya hati gadis itu. Eleanor mengertap bibir. Weir cuba menggugat dia dengan menggunakan Mentari Construction.

“Awak ni keji.”

“Hahahaha… keji sangat ke saya?”

“Ya, memang keji kerana mempergunakan abang saya dan Mentari Construction. Apa masalah awak denganfamily saya?”

Mata mereka bersatu.

Zurina masuk menatang dua gelas milo ais. Eleanor segera melarikan matanya. Hatinya berdebar kuat saat ini.

Thanks Zurina.”

Zurina hanya mengangguk dan melangkah keluar.

“Jemput minum.” Suara Weir lagi.

Thanks.” Nyata Eleanor tidak menolak. Dia mencapai gelas milo ais tersebut. Tekaknya sudah kering kerana asyik bertekak dengan Weir.

Pertemuan itu tiada jalan penyelesaiannya. Tambahan pula dengan sikap keras kepala kedua-duanya. Baik Eleanor mahu pun Weir, keduanya tidak mahu mengalah.

“Saya tetap tidak akan berkahwin dengan awak.”

Weir hanya tersenyum.

“Kita tunggu dan ihat.”

Eleanor bangun.

“Saya ingin meminta diri dulu Encik Weir Zafril.”

“Formalnya. Silakan.”

Eleanor mengaturkan langkah. Weir Zafril menyaingi langkah panjang Eleanor.



UNCLE Weir lamar kau.” Tersembur air dari mulut Aleeza. Cepat betul pakciknya itu bertindak.

“Pakcik kau betul-betul sudah gila.” Desis Eleanor. Dia menghulurkan kotak tisu kepada Aleeza. Mujur saja Aleeza berada di rumahnya. Jika di kedai makan tadi memang teballah muka Aleeza tadi.

Better lagi Uncle Weir dari ornag tua gatal tu. Sekurang-kurangnyauncle aku tusingle available.”

“Tapi aku tak pakcik kau tu.”

“Aku tak nampak di mana jahatnya pakcik aku tu. Kau ni prejudisah, El.”

Eleanor menongkat dagu sambil mengetuk-ngetuk jarinya pada dada meja. Dia seakan seperti sedang memikirkan sesuatu. Otaknya sudah letih memikirkan cara untuk mengelakkan dirinya menjadi mangsa lelaki seorang itu.

“Aku belum bersedia mahu mendirikan rumah tangga lagi. Aku belum jumpa orang yang aku sukai.”

“Buang saja prinsip kau tu. Kau boleh cuba mencintai pakcik aku lepas kau dengan dia

berkahwin nanti. Pasti lebih romantik. Kalau nak harapkan kau jumpa orang yang kau cintai sampai tua pun tak jumpa. Hairie tu pun tak boleh pakai. Curang!”

Aleeza juga tidak berpihak pada dia.

“Kau ni kawan dengan aku ke atau kau kawan dengan pakcik kau tu?”

“Aku kawan kaulah. Cuma kali ini aku tidak berpihak pada kau.” Aleeza tersengih.

Eleanor buat muka. Dia cubit pipi Aleeza.

“Pengkhianat punya kawan.”

“Aku lebih suka pakcik aku kahwin dengan kau dari perempuan lain. Pakcik aku sudah lama tutupkan pintu hatinya sejak dia putus kasih dulu. Bukan senang dia nak nampak sukakan seseorang.”

Aleeza memeluk bahu Eleanor. Dia cukup berkenan jika Eleanor bersama pakciknya itu. Pada Aleeza sahabatnya itu memang secocok dengan pakciknya. Tidak perlu lihat pada kekurangan yang ada kerana manusia ini tiada yang sempurna.

“Aku tak naklah. Aku tak sukakan dia.”

“Kau takut.”

“Kau ni… Kau tak tahu ke pakcik kau ada udang di sebaik batu. Mula-mula dia tawarkan kontrak untuk Mentari Construction. Kemudian dia membantu melangsaikan hutang-piutang Mentari Construction. Kau ingat semua itu dia akan senang-senang tolong free. Pastilah ada harganya. Dia ada affair dengan adik aku, kakak ipar aku.”

“Lepas tu dia lamar kau. Kalau aku jadi kau aku tak banyak songeh. Aku terima aje.”

Susahlah bercakap dengan Aleeza ni. Bukan mahu memahami. Asyik mahu dia menerima pakciknya yang ‘baik’ sangat itu. Eleanor termenung panjang. Kali ini dia benar-benar menjadi buntu.



I tak setuju!” Susana meningkah. Berita tersebut benar-benar mengejutkan dia. Mengapa Weir tidak menunggu dia berpisah dengan Elman terlebih dahulu?

“You tak setuju sebab you masih cintakan dia?” Elman cuba menduga hati isterinya itu.

“You jangan nak merepek.”

“I tahu apa you buat di belakang I.”

Mata Susana terbelalak.

“Kalau you sudah tahu, kenapa you diamkan. You boleh ceraikan I.”

Elman tersenyum sinis.

“You fikir I akan ceraikan you. You bermimpi di siang hari. I akan bersetuju dengan lamaran Weir pada Eleanor. Biar you berputih mata.”

“You nak jadi lelaki dayus.”

“I tidak kisah asalkan I dapat ranapkan impian you itu.”

Terketap-ketap bibir Susana. Elman melangkah keluar dari bilik mereka. Susana membaling bantal ke arah pintu. Hatinya cukup panas membara.

“Aku halang Weir dari berkahwin dengan El.” Bisik hati kecil Susana.

Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.