Home Novel Cinta DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
Illya Abdullah
24/12/2014 17:20:57
199,572
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 4

WEIR melangkah penuh gaya keluar dari Brabus Mercedes-Benz SLS AMG miliknya. Dia mendongakkan kepala memandang Mentari Construction yang sudah berada di depan matanya itu. Bibir Weir mengukir senyuman nipis. Dia membuka langkah masuk ke Mentari Construction.

Elman tersentak apabila dimaklumkan tentang kehadiran Weir. Siapa yang tidak kenal dengan jutawan muda itu. Apa tujuan Weir ke Mentari Construction. Persoalan itu berlegar-legar di dalam kepala Elman. Weir sedang menunggu di ruang tamu yang disediakan. Secawan kopi diletakkan di dada meja. Dahlia, setiausaha kepada Elman melirikkan senyuman manisnya. Tiada niat serong pada senyuman manis Dahlia. Dia sudah berkeluarga dan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Weir membalas senyuman Dahlia.

“Terima kasih.” ucapnya ramah.

Dahlia melangkah keluar dari bilik tamu itu. Weir memerhati segenap ruang bilik tamu itu. Lirikkan matanya mati pada gambar yang tergantung menghiasi dinding bilik itu. Ada gadis idamannya di situ. Weir mengusap dagu dengan senyuman penuh makna. Senyuman itu hanya seketika. Matanya mencerlung tajam pada wanita cantik di sebelah lelaki dalam gambar itu.

Aku sudah bergelar jutawan sekarang, Susana. Masa aku sudah tiba. Bisik hati kecilnya.

Pintu bilik tamu ditolak perlahan. Elman sudah berdiri di muka pintu dengan wajah bersahaja. Weir memalingkan tubuhnya berhadapan dengan Elman, anak sulung kepada arwah Dato’ Ariffin.

“Encik Weir Zafril… Apa hajat ke Mentari Construction?”

“Sudah tentu hajat yang cukup memberikan pulangan yang besar.”

Mereka saling berjabat tangan.

“Silakan duduk.”

“Terima kasih.”

Pacific Holdings sentiasa memenangi tender-tender besar termasuk projek di luar negara. Elman cukup mengagumi lelaki di hadapan matanya itu. Dalam usia yang begitu muda telah berjaya membina empayar perniagaannya sendiri.

“Saya sungguh tidak menduga president dari Pacific Holdings datang sendiri ke Mentari Construction.”

Weir tersenyum lebar.

“Saya berminat untuk bekerjasama dengan Mentari Construction.”

Elman tersentak. Pacific Holdings berminat untuk bekerjsama dengan syarikatnya? Satu peluang keemasan.

“Hahaha… adakah ini satu gurauan Encik Weir Zafril?”

“Ini bukan satu gurauan Encik Elman. Saya memang berminat untuk bekerjasama dengan Mentari Construction. Dan saya yakin pilihan saya adalah tepat.”

Tawa Elman mati.

“Saya ingin menawarkan projek yang menelan belanja jutaan ringgit. Saya tahu yang Mentari Construction sedang menghadapi masalah kewangan yang serius. So, saya rasa ini peluangnya untuk Mentari Construction memperoleh kepercayaan. Saya tidak pernah buat begini pada construction company yang lain.” Weir menyambung kata.

Weir tahu Elman akan merebut peluang tersebut. Elman sudah tiada jalan yang lain untuk menyelamatkan syarikat arwah ayahnya itu.

“Mungkin benar kata awak, ini peluang yang perlu saya rebut.”

“Jika awak bersetuju, awak hanya perlu datang ke Pacific Holdings tepat pada pukul 2.00 petang. Kita boleh sign contract. Saya tidak mahu awak lewat walau seminit dari masa yang saya berikan.” Weir bangun sambil menyeluk kedua-dua belak kocek seluarnya.

“Jika saya terlewat?”

“Maka kontrak tersebut akan saya berikan kepada syarikat construction yang lain. Peluang hanya datang sekali Encik Elman.”

“Terima kasih kerana memberikan peluang untuk Mentari Contruction.”

“Aa-aa… masih belum boleh berterima kasih dengan lagi. Awak boleh ucapkan terima kasih itu setelah kontrak ditandatangi.”

Elman seakan tidak mengesyaki niat disebaliknya. Mungkin keadaan terdesak dia tidak memikirkan apa-apa masalah berkerjasama dengan Pacific Holdings.

“Abang Elman!” Pintu bilik tamu itu ditolak kasar.

Serentak itu Weir dan Elman berpaling. Riak wajah Elman berubah. Dia tidak menyenangi dengan sikap Elena Maria yang gemar menceroboh masuk tanpa pamitan. Sikap itu

biadap sekali.

“Em… saya rasa saya perlu minta diri dulu.”

‘Silakan. Terima kasih sekali atas tawaran dari Pacific Holdings.”

Sekali lagi kedua-dua lelaki itu berjabat tangan. Weir melintasi Elena Maria. Dia sempat mengerling gadis manis itu dengan ekor matanya.

SHIT! Kad kredit juga sudah dibekukan.” Susana sudah bermuka kelat di depan juruwang itu. Lima pasang baju pilihannya tidak mampu dibayar dengan cash money. Dalam tangannya hanya ada RM 500.00 sahaja. Harga lima pasang baju itu mencecah hampir RM 2000.00 ringgit. Susana menggigit bibir.

“Saya bayarkan untuk dia.” Suara lelaki di belakangnya. Kad kredit berwarna gold itu dihulurkan kepada juruwang tadi.

Thanks.” Susana sedikit menunduk. Jatuh air mukanya.

“Tak perlu ucapkan terima kasih pada saya, Susana.”

Serta-merta Susana mengangkat kepalanya. Dia terlopong.

“Weir!”

“Tak sangka kita akan bertemu semula.”

Susana mencapai beg-beg kertas yang sudah berisi dengan baju-bajunya. Susana mengukir senyuman. Lelaki di hadapannya seperti bukan Weir lima tahun yang lalu. Memang lain sekali. Weir yang ini, segak, bergaya dan yang penting lebih handsome. Kenapa dia tidak perasan semua itu dulu?

Tiada yang berubah pada Susana di depan mata Weir. Susana sama seperti dulu. Perempuan cantik yang materialistik. Kesian, lelaki sebaik Elman mempunyai isteri seperti Susana. Perempuan ini hanya tahu menghabiskan wang ringgit. Dia akan menguji perempuan seorang ini sama ada cinta untuk untuk si suami atau cintanya palsu semata-mata.

“Ya, I juga tidak sangka bertemu semula dengan you.”

Thanks again kerana you bayarkan baju-baju I ini.”

Small matter. Berapa sen sangat harganya pada I”

“Iyalah, berapa sen sangat bagi president Pacific Holdings.” Sayang.. dia meninggalkan Weir dahulu. Bodohnya dia.

“Kita berbual di tempat lain itu pun ifyou sudi. Maklumlah you itu milik orang.”

Susana tersenyum kecil. Dia tidak pernah kisah dengan statusnya ‘isteri orang’. Dia bebas untuk berkawan dengan siapa yang dia suka. Elman tidak kuasa untuk menghalangnya. Tambahan pula, dia bosan memerap di rumah. Elman sibuk menguruskan syarikat yang bakal bankrupt itu.

“You takut?”

“Kenapa mesti I takut? I bukan nak buat apa-apa pada you. I just nak berbual dengan you.”

Mereka jalan beriringan keluar dari kedai pakaian itu tanpa menyedari ada sepasang mata yang memandang mereka.

Eleanor mengertap bibir. Lelaki seperti Weir memang species bapak segala buaya agaknya. Selera lelaki itu bukan sahaja anak gadis tetapi juga isteri orang. Eleanor tidak boleh mendiamkan hal tersebut jika sudah melibatkan ahli keluarganya. Dia sering juga terserempak lelaki itu keluar dengan gadis-gadis yang berlainan. Salah seorang gadis itu sepupu kepada Aleeza.

Terkocoh-kocoh Aleeza mendapatkan Eleanor. Laju betul langkah perempuan seorang ini berjalan. Entah apa yang dikejarnya tadi. Di ajuh ketinggalan di belakang. Naik semput nafas Aleeza.

“Kau ni kejar siapa?” Aleeza menyoal dengan nafas tercungap-cungap.

Uncle Weir kau.”

What?”

“Jom, ikut aku.” Eleanor menarik pergelangan tangan Aleeza.

For what? Biarlah nak keluar bersama siapa pun. Dia bujang.”

Problemnya dia keluar bersama kakak ipar aku.” Eleanor menjegilkan matanya.

What?”

“Aku macam tak percaya kau ada pakcik species buaya. Kategori buaya emas sebab dia banyak duit.”

“Buaya pun ada kategori dah.”

“Jangan banyak mulut. Ikut saja aku.”

Aleeza menjongket bahu.

REALLY? you masih single.”

Weir mengangguk.

“I menunggu puteri dari alam bunian.”

Ayat mengayat memang mengancam. Eleanor dan Aleeza berada di belakang meja Weir dan kakak iparnya Susana. Bukan main mesra Susana melayan Weir. Apa perhubungan mereka dulu kerana Susana seakan mengenali Weir.

“Aku tak tahu UncleWeir mengenali kakak ipar kau.” Suara Aleeza separuh berbisik.

“Itu yang aku nak sisat. AKu takut merkea ada perhubungan sulit.”

“Perhubungan sulit. Ini sudah kes serius, El.”

Manja betul Susana. Kalau abangnya nampak mesti kecewa. Abangnya cukup sayang dan cintakan Susana. Mereka berkahwin atas dasar cinta. Susana ditatang bagaikan minyak yang penuh. Eleanor tidak akan membiarkan rumah tangga abangnya runtuh. Dia mesti bersemuka terus dengan lelaki bernama Weir Zafril itu.

“Ini kad I, jika you perlukan apa-apa pertolongan, you boleh contact I.” Weir menghulurkan kadnya kepada Susana.

“I akian simpan kad you baik-baik.”

“Sorry, I tak dapat hantar you balik. I ada appointment lain.”

Well, it’s okay. Bye…”

Eleanor rasa meluat. Lagi-lagi apabila dia melihat cara Susana berjalan. Bukan main lagi lenggok di bahagian punggunya itu. Skirt yang dipakai Susana juga nampak ketat. Mahunya mata Weir tertonjol keluar melihat punggung Susana.

“Sudah biasa buat kerja stalker ni?”

Weir berdiri sambil meyilangkan tangan ke dada dengan sengihan di bibir. Tertelan air liur Eleanor. Aleeza meletakkan menu di meja. Dia turut tersengih. Kantoi!

“Saya bukan stalker okay!” Eleanor angkat punggung dan bertentang mata dengan Weir.

So, nak jadi detektif conan lah ni.”

“Lebih kurang.” Eleanor membalas.

Weir pecah tawa. Geli hati dengan jawapan Eleanor itu. Boleh tahan juga perempuan seorang ini loyar buruk dengan dia. Tawanya terhenti apabila melihat wajah Eleanor yang semakin serius itu.

“Awak cantik bila marah begini.”

“Ayat-ayat manis awak tidak berkensa pada saya.”

“Ada saya cakap saya ingin mengayat awak?”

“Jangan kacau family saya.” Jari telunjuuknya di hunuskan pada muka Weir.

“Si jelitawan tadi kakak awak?”

“Kakak ipar saya! Awak usik familysaya, nahas awak!” Kata-kata Eleanor berbaur amaran. “Mari kita beredar dari sini.” Pandangan matanya berkalih pada Aleeza yang hanya membatu diri.

“Amaran awak tak berkesan dengan saya, cik...”

“Eleanor.” Aleeza laju menyebut nama sahabatnya itu.

“Tepilah!” Eleanor menolak tubuh sasa Weir.

“Bye-bye Uncle Weir.” Sempat Aleeza melambaikan tangan pada Weir.

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Illya Abdullah