Home Novel Cinta DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
Illya Abdullah
24/12/2014 17:20:57
198,890
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 3
PAGI-pagi lagi Hairie sudah terpacak di depan pagar rumah teres dua tingkat itu. Eleanor mahu saja baling lesung batu di dapur pada muka Hairie. Muka monyok Eleanor menjadi tatapan mata Aleeza. Eleanor membuat isyarat mata ke arah jendela. Aleeza menarik langsir yang menutupi jendela. Terbuntang luas matanya. Hairie sedang menanti di luar rumah mereka dengan sejambak bunga. Pujuk perempuan mesti bagi bunga. Kalau pujuk bagi kereta sebiji mungkin dia akan pertimbangkan.

“Jantan meroyan tu ganggu kau lagi?”

“Dia fikir dengan bagi bunga pada aku, aku akan maafkan. Pleaselah… maaf dari aku mahal harganya.”

Aleeza duduk di sebelah Eleanor.

“Kau tak mahu bagi chance pada dia?”

Gangguan Hairie yang berterusan menyebabkan dia terpaksa menipu pada Dato’ Bakri yang dia tidak sihat. Dia meminta cuti sakit dengan potongan gaji walau pun dia tahu Dato’ Bakri tidak akan memotong gajinya.

Eleanor memeluk bantal berbentuk empat segi itu. Panggilan telefon dari Hairie langsung tidak jawab. Tiada peluang kedua untuk Hairie. Eleanor menghempaskan bantal berbentuk empat segi itu di atas sofa. Dia mula memijak anak tangga masuk ke biliknya. Setengah jam kemudian dia keluar dengan gaya santai sambil menjinjing tas tangannya.

“Kau nak ke mana, beb? Hairie masih ada di luar.”

Eleanor tersengih.

“Aku ikut pintu belakang. Bosanlah memerap di rumah.”

“Kereta kau?”

“Aku naik teksi.”

“Jangan kau terserempak dengan boss miang kau, sudah.” Aleeza menekan remote

control televisyen.

“Wei, perempuan! Tolong cover line untuk aku!”

“Okay-okay.”

Aleeza menyingsir sedikit kain langsir di jendela meninjau keadaan di luar.

Line clear. Mamat tu sudah masuk dalam kereta dia.”

“Nanti aku tapaukan kau mi goreng.”

Eleanor menyusup keluar dari pintu belakang.


“MENTARI construction menghadapi masalah kewangan?” Weir memalingkan tubuhnya. Dia renung tajam wajah orang bawahannya itu.

“Saya ingatkan Encik Weir sudah tahu?”

Weir duduk semula sambil membelek surat khabar di atas meja tetapi tidak membacanya. Dia seperti sedang memikirkan sesuatu.

Ketukan pintu di biliknya mematikan terus perbualan mereka. Seorang gadis melangkah masuk bersama timbunan fail di tangan. Fail-fail terebut diletakkan atas meja Weir.

“Encik Weir… Miss Helena sedang menunggu encik.”

“Saya terlupa tentang temujanji saya bersama Helena. Thankskerana ingatkan saya, Zarina.

Weir bangun semula sambil mengatupkan butang kotnya. Waktu makan tengahari. Lebih baik dia berbincang tentang proposal tersebut bersama Helena di luar dengan menjamu selera sekali.

“Hazim, awak terus memerhatikan Mentari construction.Dan saya mahu tahu tentang masalah hutang yang dihadapi oleh mereka.”

“Baik Encik Weir.”


WEIR memakukan matanya pada gadis ayu yang sedang duduk berhadapan dengannya itu. Janji temu yang diaturkan atas urusan kerja. Wajah serius Weir buat Helena hampa. Lelaki itu seakan tidak pernah menunjukkan sebarang perasaan pada wajah tampannya. Apatah lagi melirikkan segaris senyuman pada orang di sekelilinginya. Helena menongkat dagu sambil mencuri pandang ke arah Weir yang sedang meneliti dokumen yang diberikan. Argh! Lelaki itu cukup meruntun hatinya. Sayang… dia dingin seperti ais.

“I terima proposalyou.” suara Weir. Dia menyerahkan dokumen tersebut kepada Helena.

Thanks.” Helena menyambut dari tangan Weir. Semenjak syarikat papanya berurusan dengan syarikat gergasi milik Weir, Helena kerap bertemu dengan Weir. Helena akan tersenyum sendiri bila mengingati pertemuan pertama dia dengan Weir. Weir pernah suatu ketika menjadi bahan perbualan ahli-ahli korporat apabila perniagaan miliknya hampir muflis akibat penyelewengan orang dalaman. Siapa menduga lelaki itu boleh bangkit kembali dari kejatuhannya,

“Maaf.” Tangan Helena menahan pintu lif dari tertutup. Tercungap-cungap dia di buatnya. Bagaimana dia boleh terlupa mesyuarat ahli lembaga dengan PacificHoldings Holdings, salah sebuah syarikat gergasi di kota metropolitan ini. Papanya terpaksa outstation ke Brunei terpaksalah dia mengantikan tempat papanya itu. Papanya masih pemengang syer dalam syarikat terbabit walaupun sudah punya syarikat sendiri. Helena mengeluh kecil. Ikutkan hati dia memang tidak mahu menjadi pewaris papa. Dia lebih senang membuka syarikatnya sendiri. Helena amat meminati bidang fesyen. Ketika belajar dulu pun bidang itu yang diceburinya. Papa yang memaksa dia masuk ke dalam syarikat.

“Em… you ada tisu tak?” soal Helen pada lelaki di sebelahnya setelah teraba-raba mencari tisu dalam beg jinjitnya. Lelaki yang berdiri di sebelahnya itu menghulurkan sehelai sapu tangan.

Thanks.” Helena mengangkat kepalanya memandang lelaki di sebelahnya itu. Matanya terpaku. Tampan lelaki di sebelahnya itu. Smart dan bergaya sekali orangnya. Mungkin salah seorang pekerja di PacificHoldings. “Nanti I pulangkan semula sapu tangan you.” Segan mahu memulangkan sapu tangan yang sudah dicemari oleh peluhnya itu. Lelaki tampan itu menggelengkan kepalanya. Mereka berpisah apabila lelaki itu turun dari lif di tingkat 15.

Berdebar-debar hati Helana apabila berada dalam bilik mesyuarat. Mujur saja dia tidak terlewat. Hari ini dia akan bertemu dua mata dengan pengarah PacificHoldings Holdings. Khabar yang dia dengar pengarah syarikat gergasi itu seorang lelaki yang baru mencecah usia 30 tahun. Entah bagaimanalah rupa pengarah Pacific Holdings Holdings yang sering menjadi sebutan ahli-ahli dunia perniagaan ini. Sedang Helena bermain dengan perasaan sendiri, pintu bilik mesyuarat itu terkuak perlahan. Seorang lelaki segak diiringi dua pembantunya melangkah masuk. Anak mata Helena membulat besar. Dia bingkas bangun dari tempat duduknya.

It’s you?” Helena menekup mulut. Itu lelaki yang dia tersua di dalam lif tadi. Lelaki yang meminjamkan dia sapu tangannya.

“Assalamualaikum dan salam sejahtera. I’m Weir Zafril. Pengarah PacificHoldings Holdings.” Lelaki itu memperkenalkan dirinya. Helana terkedu. Lama dia bertaut mata dengan lelaki itu akhirnya Helena menundukkan wajahnya. Rasa malu datang menerpa. Tidak sedar dirinya diperhatikan ahli lembaga lain. Tersipu-sipu Helena duduk di atas kerusinya ketika itu. Dia tidak berani angkat kepala ketika mesyuarat berlangsung. Dalam masa dua tahun ini Helena memendam perasaan terhadap Weir. Dia sudah tidak peduli pada minatnya dalam rekaan fesyen lagi. Tidak rugi dia bekerja di bawah syarikat papanya. Hari-hari dia boleh berurusan dengan lelaki itu. Adakah Weir tidak tahu isi hatinya atau lelaki itu sengaja mahu mempermainkan perasaan yang terpendam ini.

Weir membuang pandangan di luar. Orang yang lalu-lalang di luar itu menjadi pemerhatian anak matanya. Namun anak mata yang meliar itu terpaku pada seorang gadis yang sedang terhinjut-hinjut berjalan di kaki lima berdekatan dengan restoran tersebut. Gadis itu kelihatan merengus sendirian. Bengang kerana tapak kasut tumit tingginya patah. Bagaimana dia mahu menapak pulang dalam keadaan sebegitu. Dilihat gadis itu membuka kasut tumit tingginya. Dengan rasa geram kedua belah kasutnya itu di lontar ke dalam tong sampah. Gadis itu membebel-bebel sendiri dan berlalu pergi tanpa berkasut. Tingkah laku Gadis itu diperhatikan oleh Weir dengan gelengan. Weir melirik senyuman di bibirnya. Gelagat gadis itu mencuit hati kecilnya.

“Weir....” Panggil Helena lembut. Dia awang-awangkan tangannya pada mata Weir. Weir tersentak. Dia lupa akan Helena yang ada bersamanya.

I’m so sorry.” Ujarnya bersahaja.

“Pertama kali dalam hidup I… I lihat you tersenyum Weir.” Nyata senyuman Weir cukup menawan. Helena terpesona.

“Selama ini I tak pernah tersenyum pada you?” Soal Weir.

Helena menggeleng. “You terlalu serius bila bersama I. Kita lupakan pasal senyuman you itu. How about this tonight. Will you come to dinner with me Mr. Weir?” Harap kali ini Weir tidak menolak. Papa juga memang berharap untuk bersua dengan Weir. Papa tidak menghalang jika hubungan dia dengan Weir lebih dari seorang kawan. Papa memang sukakan lelaki seperti Weir. Papa puji Weir melangit tinggi.

I’m Sorry. Tonight, I have dinner with my cousin.” Helena hampa dengan jawapan yang Weir berikan. Ajakan dia tidak pernah kena pada masanya. “May be next time.” Sambung Weir.

Promise? You tahu papa memang tak sabar nak jumpa you sangat. Hope soyou dapat hadir ke majlis ulang tahun perkahwinan papa dan mama I minggu depan.” Helena mengukir senyuman. Sekurang-kurangnya dia punya peluang lagi. Dia tidak mungkin berputus asa. Dari kaji selidik yang dibuat, Weir memang tidak pernah punya teman wanita setelah putung tunang dengan kekasihnya dulu. Khabarnya kekasih Weir memutuskan pertunangan ketika majlis pernikahan mereka. Lelaki itu hanya sibuk menguruskan syarikat dari memikirkan soal peribadinya.

“I akan cuba. Tapi I tidak berjanji pada you.”

Alright. I harap lain kali bila I ajak you, you tidak akan menolak lagi. Sesekali you kena bercampur gaul dengan orang sekeliling you juga, Weir. Jangan terperap dalam pejabat dua puluh empat jam. Berilah sedikit masa you untuk enjoy.” Helena menongkat dagu. Tidak puas rasanya menatap wajah lelaki depan matanya itu.

“You kata you ada appointmentpukul dua.” Weir menunjukkan jam di tangan.

“Oh, I terlupa.” Kelam-kabut Helena mencapai dokumen-dokumen semula dan menyimpan di dalam beg jinjitnya. “See you next time.”

Helena melangkah pergi meninggalkan Weir sendirian menjamu selera di restoran tersebut.


“MAHALNYA!” Eleanor membelek-belek kasut yang harga mencecah hampir ribuan ringgit itu. Kasut yang dibeli pun tidak sampai ratusan ringgit. Dia pernah membeli kasut dengan beratus-ratus ringgit. Dia baru menggunakan kasut itu tidak sampai lima kali tapaknya sudah tertanggal. Harga tidak menjamin kualiti barang juga.

Eleanor terpaksa mengeluarkan wang untuk membeli kasut yang baharu. Kasut yang dicuba tidak begitu menarik perhatiannya. Sales girlyang melayannya sudah berwajah cemberut. Jelas tidak senang dengan kelakuan Eleanor yang boleh tahan cerewet. Kasut tumit tinggi berwarna merah menyala itu juga menarik perhatian Eleanor tetapi harganya mencecah hampir ribuan ringgit. Masakan dia perlu menggunakan kad kredit lagi. Hutang kad kredit pun sudah mula tertunggak.

Tanpa disedari dua pasang mata sedang memerhatikan garak-gerinya. Eleanor sudah leka dengan kasut-kasut tersebut. Dia seperti tidak dapat membuat pilihan. Kasut-kasut tersebut diletakkan semula ke tempat susunannya. Eleanor sekadar memilih kasut jenis tapak rata. Senang dia mahu bergerak. Eleanor melangkah keluar dari kedai kasut terbabit.

Eleanor terasa seperti ada orang mengekori pergerakkan langkah dia. Dia menoleh. Dua orang lelaki yang mencurigakan di belakangnya. Dia mempercepatkan langkah kakinya. Sejurus kemudian, dua lelaki itu turut sama mengatur panjang langkah mereka. Eleanor menolak salah sebuah pintu restoran berdekatan. Dia meluru masuk dan duduk di hadapan seorang lelaki yang masih menghadap hidangannya. Bibirnya mengulum senyuman lantas menarik menu di meja hingga menutup seluruh muka. Dia berpura-pura seperti sedang memilih sajian di dalam menu tersebut.

Matanya mula mengintai di sebalik menu yang berada di tangan. Kedua-dua lelaki tadi sudah tidak kelihatan. Barangkali sudah hilang jejak. Eleanor menurunkan menu di tangan dan menarik nafas lega. Lelaki di hadapannya itu menurunkan sudu dan garfunya.

Eleanor kaget seketika melihat wajah lelaki tersebut. “Sorry,saya kacau your lunch. Mesti tempat yang saya duduk ni tempat girlfriend you.” Eleanor bingkas bangun.

Lelaki itu tersenyum dan menarik lengannya.

Maybe girlfriend saya sudah cabut melihat awak duduk di tempatnya tadi. So, awak kena gantikan tempat dia teman saya makan.” lelaki itu bersuara.

“Er…”

“Awak boleh pilihan makanan di menu tu. Saya belanja awak lunch.”

Eleanor cuba amati wajah lelaki itu. Dia menekup mulut.

“Awak?”

Lelaki itu mengenyitkan sebelah matanya sambil menghirup minumannya yang masih tidak luak.

Eleanor mengebam bibir. Macam mana dia tidak perasan lelaki itu adalah pakcik Aleeza. Eleanor hanya duduk membatukan diri sehingga Weir selesai menjamu selera. Bukan dia tidak lapar dan dahaga. Egonya melangit tinggi.

“Saya hantar awak balik.”

“Tak perlu. Saya boleh balik sendiri.”

“Saya terlupa ingin bertanya. Kenapa awak seperti takut-takut tadi? Ada orang ekori awak ke?”

“Ya, ada along kejar saya.”

Weir tertawa kecil. Dia tahu gadis itu berbohong.

“Tak sangka gadis cantik macam awak berhutang dengan along.”

“Itu masalah saya.”

Dari awal pertemuan mereka, Eleanor sudah tidak menyenangi Weir.

“Betul, awak tak mahu saya hantarkan awak balik.”

“Ya!”

Eleanor angkat punggung sambil menyandang tas tangannya. Weir hanya memerhatikan lenggok Eleanor. Dia masih tidak tahu nama gadis yang boleh tahan garangnya itu.

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Illya Abdullah