Home Novel Cinta DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
Illya Abdullah
24/12/2014 17:20:57
198,897
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 32

“MACAM mana you jaga dia? So you dah bawa dia ke klinik atau belum?” Susana mundar- mandir luar halaman dengan telefon yang masih melekat di telinga. Gelagatnya diperhatikan oleh Elman dari balkoni.

“Susana… you sudah dua bulan tak berikan duit untuk I. Makan minum dia sekarang I yang tanggung. Mana cukup.” Suara wanita di talian itu agak tegang.

“I dah mention pada you yang I ada masalah kewangan sedikit. I akan ganti balik duit you yang gunakan tu.”

“Hm! I nak you datang ke rumah I sekarang. I mahu you bawa budak ni ke klinik sendiri. Dia anak you bukan anak I!”

Talian diputuskan.

Susana merengus geram lantas membuat satu panggilan telefon. Kemudian, dia

melangkah masuk ke dalam.

Elman hanya membisu melihat Susana bersiap-siap untuk keluar. Tiada pertanyaan yang keluar dari bibirnya. Elman kelihatan bersahaja berbaring bersandar atas bantal sambil menatap majalah di tangan.

Susana kalut semacam mencari sesuatu di dalam almari pakaian. Dalam diam Elman memerhati gelagat isterinya itu.

“Mana pula buku bank aku ni?” Susana merengus dalam hati.

Dia menarik nafas lega sebaik menjumpai buku bank miliknya. Jiwanya kacau apabila terpaksa mengeluarkan wang di dalam simpanan.

“Budak tu sudah cukup menyusahkan aku.” Desis hati kecilnya lagi.

Susana melangkah keluar dari bilik.


SUSANA kelihatan tergesa-gesa masuk ke dalam teksi yang dipanggil. Tingkah Susana dari awal lagi telah mencurigakan Elman. Elman tergerak hati untuk mengekori Susana. Hatinya tertanya-tanya melihat Susana menuju ke bank. Nyata isterinya itu mengeluarkan sejumlah wang di dalam akuan.

Susana tidak menyedari dirinya diekori. Teksi yang dinaiki oleh Susana terus menghala ke tempat yang ditujui. Rumah teres dua tingkat itu menjadi tempat persinggahan Susana. Susana melangkah keluar dari perut kereta.

“Amy… buka pintu ni cepat.” Susana menekan loceng brekali-kali.

Seketika kemudian pintu dibuka.

Susana terus melangkah masuk.

“Mana budak tu?”

“Dalam bilik.”

“You tunggu apa lagi, cepat kita bawa dia ke klinik.” Arah Susana.

Amy merengus kecil.

Dia masuk bilik dan mengangkat tubuh seorang budak lelaki dalam lingkungan lima tahun itu.

Susana meraba-raba dahi budak lelaki itu.

“Panas.”

“Dah dua hari dia demam.”

“Teksi dah tunggu di luar tu. Biar aku bawa dia masuk ke dalam teksi dulu. Kau kunci pintu.” Susana mengambil budak lelaki itu dari Amy.

Amy segera menguncikan pintu.

Elman yang masih bersembunyi di dalam kereta tersentak melihat Susana mendukung seorang budak lelaki. Hatinya mula tertanya-tanya.

Elman terus mengekori dengan berhati-hati. Hatinya semakin mendesak ingin mengetahui identiti budak lelaki itu. Dia melihat Susana memberikan wang kepada Amy.

“Kalau susah sangat you hantar aja budak ni ke rumah anak yatim. Lagi senang.” Amy mendengus.

“I takkan hantar dia ke sana. I tak mahu ambil risiko. Kalau rahsia I terbongkar lagi susah. I tak mahu orang lain kenal muka dan tahu budak ni anak I.” Anaknya itu masih ada ibu bapa. Surat beranak ada tertulis namanya dan nama Elman. Dia tidak mahu melecehkan keadaan jika menghantar anaknya itu ke rumah anak yatim.

“Apa susah you cakap aja yang you ni bukan mama dia. Habis cerita.”

“I tak tahu apa yang I buat. You tak perlu fikirkan apa-apa untuk I.”

“You cakap memang senang. Jiran-jiran ada yang mengata budak ni anak luar nikah I. I mana ada husband lagi. Single. Sudah tentulah orang syak yang bukan-bukan pada I. Nasib baik budak ni bisu. Kalau dia boleh bercakap dan call I mama lagi teruk I dihentam.”

“You pun satu. Tak bercampur gaul dengan jiran-jiran you. You boleh kelentong budak ni anak cousin you ke?”

“I ni dah penat menipu tahu.”

“Ini duit untuk perbelanjaan bulan ni.”

“Habis, duit I pula?”

“Lain kali I bayar duit you tu.”

Kemut muka Amy.

“You ada cakap pada I yang Weir bekas kekasih dan bakal husband tak jadi you dulu ada berikan sejumlah duit pada you. Mana duit tu?”

“I gunakan duit tu untuk benda lain.”

“You enjoy kan?”

“Amy… I tak mahu bertekak dengan you.”

“I dah agak. Duit tu you boleh bagi I half kan.”

“Jangan banyak bunyi boleh. I akan bayar bila I dah kaya raya nanti.”

“You bermimpilah Sue. Weir takkan nak pada you lagi. Dia dah berkahwin dengan adik ipar you. Terima hikakat tu.” Tak sudah-sudah Susana mahu mengejar cinta Weir semula. Susana yang tidak tahu menghargai permata di depan matanya. Susana pula sering memburukkan Elman di kalangan teman-temannya. Amy tidak rasa Elman seteruk yang Susana ceritakan.

“I tak bermimpi okay. Weir masih sayang dan cintakan I.” Suara Susana penuh yakin.

“Kelakar you ni Sue. Dulu you tinggalkan dia sebab dia jatuh muflis. You kahwin dengan

Elman. Sekarang you terhegeh-hegeh nakkan dia semula. Tak tahu malu muka you, Sue. You

takder maruah ke?” Seteruk-teruk dia tidaklah sampai mahu menjatuhkan air muka sendiri.

Shut up!”

“You terlalu pandang kebendaan.”

“I tak mahu hidup susah.”

“Hidup sederhana tu susah sangat ke?”

Amy seakan memerli Susana.

“Jangan campur urusan hidup I.”

“Ikut suka youlah.”

Amy mendepangkan tangan. Susana takkan makan nasihat. Ikut kepala sendiri. Wang tak boleh beli kebahagiaan dan cinta.

Previous: Bab 31
Next: Bab 33

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.