Home Novel Cinta DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
Illya Abdullah
24/12/2014 17:20:57
199,076
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 19
SO, macam mana?” Dalam diam Weir mengaturkan pertemuan dengan Elman.

“Saya setuju.”

“Jawapan ini yang saya ingin dengar.”

Elman senyum kelat. Maafkan abang, El…

“Tentang El akan saya uruskan.

“Maaf… jika saya terlalu mendesak begini.”

Lebih wajar Eleanor berkahwin dengannya dari berkahwin dengan lelaki tua itu. Dia mahu melihat Dato’ Bakri berputih mata. Ada hati lelaki itu mahu merampas Eleanor dari tangannya.

“Saya harap awak tidak mempermainkan adik saya.” Nada suara Elman berbaur amaran. Dia tidak akan membiarkan adik dibuli.

“Saya cintakan dia. Tidak mungkin saya akan sakiti dia.” Weir meluahkan perasaannya terhadap Eleanor kepada Elman. Dia tidak menipu tentang perasaannya terhadap Eleanor walaupun disebalik itu dia punya dia tersembunyi.

Seriously…”

“Percaya atau tidak terpulang.”

Elman memandang tepat pada wajah Weir.

“Baiklah. Kita bincangkan tentang pertunangan dan majlis penikahan.”

Elman perlu menaruh kepercayaan pada Weir. Mungkin benar yang Weir mencintai adiknya. Weir tidak membohongi dia. Dan Elman tahu keputusan yang dibuatnya itu akan meukakan hati Eleanor. Dia akan menerima saja amarah adiknya itu. Moga adiknya itu akan memaafkan dia.

“Saya akan tanggung segala kos perbelanjaan.”

“Tidak perlu majlis yang besar-besaran. Kita buat apa yang patut.”

“Saya juga fikir begitu. Satu pembaziran membuat majlis yang grand sangat ni.” Weir bersetuju dengan pendapat Elman.

“Weir… sebagai seorang abang saya ingin melihat kebahagiaan adik-adik saya. Saya buat

ini semua bukan semata-mata kerana kepentingan syarikat arwah papa saya.”

“Saya tahu. Tiada seorang abang mahu melihat adiknya menderita.” Weir menepuk-nepuk bahu Elman.

“Terima kasih Weir.”

“Elman… awak boleh percayakan. Saya akan jaga El baik-baik.”

Elman dilihat menarik nafas panjang. Weir tahu bukan semudah ini Elman membuat keputusan terhadap ugutan yang dibuat kepada lelaki itu. Jelas dia melihat wajah lesu Elman.

Weir kemudian mengulum senyum simpul kerana segaa percaturan yang dibuat berjalan dengan lancar.


SUSANA tidak betah untuk duduk diam. Puas dia cuba menghubungi Weir tetapi panggilan tidak berbalas. Hatinya semakin gelisah. Adakah Weir begitu nekad untuk menikahi adik iparnya itu? Apa yang Weir pandang pada perempuan seperti Eleanor? Pada kecantikkan? Argh, dia lebih cantik dari Eleanor. Dia lebih seksi dari Eleanor.

Susana tidak mampu menunggu ama. Dia memandu ke rumah ibunya. Segala

keresahan diluahkan kepada Datin Rokiah. Datin Rokiah hanya mendengar keluh kesah anak perempuan tunggalnya itu.

“Kamu memang tak pandai cari peluang. Mummy suruh kamu minta cerai dengan Elman kamu bertangguh. Sekarang kamu yang makan hati berulamkan jantung.” Rengus Datin Rokiah.

Mummy… Elman tidak akan lepaskan Sue.”

“Kamu boleh minta fasakh. Kenapa kamu bodoh sangat.”

“Eee….” Susana memeramas-ramas rambutnya.

“Kamu ni tak bijak macam mummy.”

“Apa harus Sue buat sekarang?”

Mummy tak dapat nak tolong kau. Dulu kamu jugak yang terhegeh-hegeh nakkan Elman. Kamu tinggalkan Weir macamtu saja.”

Susana mengertap bibir.

Mummy yang sokong Sue tinggalkan Weir. Mummy kata Weir tidak mampu berikan kesenangan pada Sue. Tambahan pula syarikat Weir ketika itu bakal diisytiharkan muflis.”

“Keputusan terletak pada tangan kamu. Mummy hanya berkata-kata saja.” Datin Rokiah tersenyum sinis. Dia hanya fikirkan wang sahaja. Asalkan menantunya ada wang jadi dia boeh menumpang kesenangan bersama.

“Sue akan rosakkan rumahtangga mereka jika mereka berkahwin juga.” Nekadnya satu. Dia akan merampas Weir dari Eleanor.

“Terpulang pada kamu. Mummy mahu lihat sejauh mana nekad kamu. Jangan berhenti separuh jalan sudah.”

Mummy…”

Susana mencerlung ibunya. Datin Rokiah ketawa kecil. Susana cepat panas hati dan bertindak mengikut emosi.

Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.