Home Novel Cinta DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
Illya Abdullah
24/12/2014 17:20:57
199,063
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 6

DI meja makan hanya Eleanor bersama abangnya. Tiada Susana dan tiada Elena Maria. Susana katanya sedang berdiet manakala Elena Maria makan di luar bersama tunang. Badan sudah seperti lidi pun Susana mahu berdiet lagi. Pada Eleanor, cnatik itu tidak tertakluk pada badan yang kurus melidi saja. Cantik ada banyak kategori. Eleanor mengajak Mak Tun dan Suriati duduk makan bersama mereka.

Suriati menolak. Dia takutkan Susana akan memarahinya. Susana selalu berpesan yang orang gaji sepertinya tidak layak makan bersama majikan. Namun Eleanor tetap memaksa Suriati makan bersama mereka. Eleanor akan berdepan dengan Susana sekiranya Suriati dimarahi. Tiada perbezaan taraf antara mereka. Suriati manusia dan dia juga manusia. Kau ada kedudukan maka kau kau pandang rendah orang lain. Eleanor bukan jenis manusia sebegitu.

“Duduk, Suariati!” Arah Eleanor. Apa yang hendak ditakutkan sangat dengan perempuan seorang itu. Perempuan itu bukannya ‘mem’ besar dalam rumah ini.

“Tapi…”

Enggak perlu tapi-tapinya. Aku bilangduduk!”

Suriati jadi kecut lalu menurut arahan Eleanor. Dia sempat mengerling Susana yang baru turun dari tangga itu. Sengaja dikuatkan suaranya tadi agar Susana mendengarnya. Eleanor tersenyum simpul. Susana sudah menjeling tajam Eleanor. Elman menggeleng kepala. Jika Eleanor bertegang urat dengan Susana, maka tiada kedua-duanya akan mengaku kalah. Dia juga yang terpaksa menjadi orang tengah.

“Kita tak perlu nak diet-diet tu. Buat sakit badan je. Asalkan makan makanan seimbang pun sudah cukup. Lagipun lauk-pauk atas meja ni banyak. Rugi membazir. Membazir itu amalan syaitan.” Eleanor memerli Susana.

Susana mencebik. Dia tidak sukakan dengan kedua-dua adik Elman. Lebih-lebih lagi Eleanor. Eleanor sudah mula mencari pasal dengan dia. Jika dulu tidak begitu ketara sangat sikap dingin Eleanor terhadapnya.

Suriati terus menundukkan kepalanya. Dia tidak berani untuk mengangkat kepala. Eleanor tersenyum panjang apabila melihat Susana berlalu. Dia tahu hati Susana sedang panas membara.

“El…’

Not my false.”

Susana masuk dengan wajah cemik. Elman diamkan saja tanpa membela. Eleanor pula sudah lain macam. Adik Elman yang seorang itu seakan berani mencari pasal. Ingin saja dia robek-robek mulut lancang Eleanor. Suriati bekerja di rumah ini pun atas permintaan dia. Dia yang meminta Elman mengaji seorang lagi pembantu rumah untuk dia. Mak Tun tu sudah berusia bukanlah larat melakukan itu dan ini yang disuruh. Dia yang mendesak Elman mencari pembantu rumah yang baru.

Jari-jemari halusnya tidak sesuai melakukan kerja-kerja berat. Dia takut kukunya akan rosak. Telapak tangannya menjadi kasar. Sejak kecil dia sudah biasa mengharapkan pembantu rumah.

“Suriati!” Susana sudah berteriak memanggil nama Suriati.

Hampir tercekik Suriati menenlan nasi. Dia ingin bangun tetari lengan di cengkam kuat oleh Eleanor.

“Duduk! Makan dulu.”

“Tapi Puan Susana sudah memanggil saya tu.”

“Puan Susana boleh tunggu. Bukannya dia sakit pun.”

Suriati duduk semula di kerusinya. Jelingan Eleanor lebih menakutkan dari Susana.

“Suriati!” Susana masih menjerit di atas.

Suriati diam tidak berkutik menjamu selera di meja makan. Dia serba salah. Dia ibarat kancil yang berada di antara harimau dan singa.

AWAL pagi Eleanor sudah bangun untuk berjogging. Rutin seharian yang dilakukan pada waktu pagi. Eleanor merenggangkan otot-ototnya dengan senaman ringan. Seketika kemudian, dia sudah memijak kaki ke ruang tamu banglo mewah itu. Elman sudah duduk di meja makan sambil membeblek surat khabar di tangan. Mak Tun menghidangkan sarapan pagi buat mereka. Roti bakar dan nasi goreng. Eleanor menarik kerusi dan duduk di sebelah Elman.

Eleanor menuangkan kopi buat abangnya itu. Dia menggantikan tempat Susana yang sepatutnya melayan seorang suami. Eleanor turut mencedukkan nasi goreng buat Elman di dalam pinggan. Dia letakkan pinggan berisi nasi goreng itu di hadapan Elman.

“Terima kasih El.”

“Abang tak patut manjakan Kak Sue.” Bibir Eleanor muncung panjang.

“Kak Sue tu isteri abang. Mestilah abang manjakan dia.” Elman memicit hidung Eleanor.

“Sayang isteri okay tetapi jangan sampai pijak kepala abang.”

“Sejak bila El makin anti dengan Kak Sue ni?”

“Anti El bersebab.”

Elman menjamah sedikit nasi goreng di pinggan. Kopinya juga hanya diminum sedikit.

“Abang kena pejabat dulu.” Elman mengangkat briefcasenya.

Carefully drive.” Pesan Eleanor. Dia sudah menyuapkan roti bakar yang disapukan dengan planta.

Okay dear.” Elman tersenyum. Eleanor begitu mengambil berat akan dirinya.

Bunyi deruan enjin kereta Elman sudah tidak kedengaran lagi di gegendang telinga Eleanor. Agak tergesa-gesa dia menghabiskan minumannya sebaik melihat Suriati turun dari anak tangga menjinjing plastik-plastik berisi pakaian itu. Laju kakinya menapak menghampiri Suriati.

“Ke mana awak mahu bawa pakaian-pakaian ini?” Dahi Eleanor berkerut melihat Suriati mengangkat pakaian yang siap berbungkus itu keluar.

“Saya mahu hantar kedai dobi Cik El.”

What?”

“Rumah ini ada mesin basuh. Kenapa perlu dihantar kedai dobi pulak.” Eleanor bercekak pinggang.

Suriati menundukkan kepalanya.

“Maaf, saya bukan sengaja mahu menengking awak. Pakaian siapa dalam plastik ni?”

“Puan Susana.” Lambat-lambat Suraiti membalas.

“Hm! Bak sini.” Eleanor merampas plastik yang berisi pakaian-pakaian kotor itu dari tangan Suriati. Tergaman seketika Suriati dengan tindakan Eleanor itu. Langkah pantas diatur mengejar Eleanor. Dia takut dimarahi oleh Susana nanti. Angin Susana tidak baik dari malam tadi.

Eleanor mengetuk pintu bilik tidur itu kuat. Dia tahu Susana masih tidur pulas di atas katil. Perempuan seorang ini semakin malas. Semua pekerjaan dalam rumah ini mengharapkan pembantu rumah. Bergegar pintu bilik itu diketuk Eleanor. Dia tidak kisah jika bising yang dibuatnya itu turut menganggu tidur Elena Maria. Adik bongsunya itu pun sama. Pergi pejabat matahari sudah tegak atas langit. Kemudian duduk dalam pejabat goyang kaki.

“Hey, bangun! Kalau bom meletup pun tak sedar agaknya.” Eleanor masih mengetuk pintu bilik itu dengan kuat. Kalau boleh biar pintu bilik itu tercabut sekali.

Susana menekup kedua-dua belah telinganya. Dia mula memaki-hamun dengan tingkah Eleanor yang kurang sopan.

“Eeiiii… Perempuan seorang ni tak patut balik sini lagi!” Susana bingkas bangun dari katil. Dia memulas tombol pintu.

Eleanor yang sedang tersengih di depan matanya cukup menyakitkan hati.

“Ini pakaian Kak Sue kan? Cuci sendiri!” Eleanor mencampakkan beg plastik berisi pakaian itu terus ke dalam bilik tidur tersebut. Setelah itu, dia menyapu-yapu kedua belah tangannya.

“El!”

“Ekonomi dalam keluarga ini sedang meleset. Jadi kena berjimat-cermat. Mesin basuh tu bukan barang perhiasan!” Susana perlu diajar. “Satu lagi orang gaji dalam rumah ini hanya membantu bukan hamba abdi, okay!”

Bitch!” Susana memaki Eleanor.

Eleanor ketawa senang hati. Pintu bilik tidur yang berhampir terbuka. Wajah Elena Maria terpacul di muka pintu.

“Pagi-pagi sudah memekak!” Desis Elena Maria.

“Bangun pun seorang lagi puteri dari peraduan.”

Elena Maria tidak membalas. Dia menutup semula pintu biliknya. Eleanor menjungkit bahu. Dia tidak berkecil hati dengan sikap Elena Maria yang tidak mahu bertegur sapa dengannya itu.

“KOPInyaEncik Weir.” Kak Nona meletakkan di atas meja bacaan Weir.

Weir yang sedang menelaah dokumen-dokumen di atas mejanya itu mengangkat kepalanya. Dia mengukir senyuman. Kaca mata putih yang dipakainya dia tanggalkan.

“Terima kasih Kak Nona.”

“Kak Nona tengok, Encik Weir ni kuat sangat bekerja sampai lewat-lewat malam. Sesekali kena berehat. Tengok bawah mata tu sudah lebam. Tak tidur malam tadilah tu.” Kak Nona mengomel.

Weir tersenyum kecil.

“Kak Nona membebel macam arwah ibu saya.”

“Arwah sudah berpesan agar akak tengok-tengokkan Weir. Dia tahu yang Encik Weir ni hantu bekerja. Arwah risaukan Encik Weir.”

“Saya perlu ke pejabat. Tak perlu Abang Sudin hantarkan saya. Saya boleh ke pejabat memandu sendiri. Kak Nona pesan dengan Abang Sudin ye.”

“Baiklah.”

Suami isteri cukup mengambil berat perihal dirinya. Kak Nona melangkah keluar dari bilik bacaan itu. Biasanya dia akan ke vila milik Weir untuk memasak dan mengmas vila tersebut. Rumahnya berada di belakang vila tersebut untuk memudahkan dia dan suaminya berulang-alik ke vila tersebut. Weir cukup baik hati seperti ibunya. Pelajaran anak-anak Kak Nona dan Abang Sudin turut dibiayai. Mereka tidak tergerak hati membiarkan Weir sendirian di vila itu.

Weir menyarung kemeja jalur biru air laut pada tubuhnya. Dia seorang lelaki yang menjaga penampilan. Rambut pendek yang tercacak itu disapukan dengan gel. Weir memandang dirinya di hadapan cermin. Lelaki segak juga cerewet memilih pasangan. Contohnya dia. Selepas kecewa dia tawar hati untuk membuka pintu hatinya terhadap kaum wanita sehinggalah dia bersua dengan Eleanor. Gadis itu seperti ada satu something yang special padanya. Weir akan cuba mengugut Aleeza untuk mengetahui lebih lanjut tentang Eleanor. Selain itu dia ada merencana sesuatu yang lebih menarik. Elman, Susana, dan Elena Maria saling berkaitan dengan Eleanor. Dia perasan Elena Maria seakan tertarik dengan dia.

Weir memasang simpulan tali lehernya. Semburan minyak wangi yang sentiasa menyegarkan bau badannya. Dia mencapai kot yang terletak di atas katil. Kebiasaan pakaiannya untuk dia ke pejabat, dia akan menguruskan sendiri. Begitu juga dengan keadaan bilik tidurnya itu. Kak Nona tidak pernah mengusik atau mengemas bilik tidurnya.

Orang selalu kata bossmestilah selalu lewat masuk ke pejabat dari pekerja tetapi Weir jenis yang mementing masa. Seorang boss juga boleh masuk awal seperti pekerja. Malah lebih awal dari pekerja.

“Encik Weir tidak mahu bersarapan dulu.”

No, thanks. Kak Nona makan dengan Abang Sudin sajalah. Saya breakfast di pejabat.”

“Kalau begitu saya bekalkan Encik Weir nasi lemak.”

“Okay juga.”

“Sekejap ya.”

Kak Nona kembali dengan tupperware yang berisi sambal tumis, telu, timun dan nasi lemak. Dia hulurkan kepada Weir.

Thanks Kak Nona.”

Weir itu bukannya boleh dipercayai sangat. Cakap sahaja bersarapan di pejabat. Apabila menghadap kerja terus lupa sarapan pagi. Dia takut Weir jatuh sakit.

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.