Bab 11

“Selamat pagi,” ucap Dalila sebaik saja Ain keluar dari biliknya.  Dalila memang begitu.  Dalam ramai-ramai teman serumah mereka, Dalila lah penghuni yang paling ceria.  Sedikit sebanyak dapat mewarnai rumah mereka daripada sunyi dan sepi.  Sahara dan Nabila merupakan seorang ulat buku yang terlalu yang kadangkala agak membosankan.

“Selamat pagi Lola.  Nak pergi kelas dah?”

“Yup.  Macam biasa.  Pergi awal-awal baru senang ilmu nak masuk. Hehehehe. Ok la.  Aku pergi dulu ye.  Jumpa nanti. Bye!,” kata Dalila.

“Ok Lola.  See you around.”

Ain tersenyum sendirian.  Tidak lama kemudian, kelibat Mimi keluar dari pintu biliknya.  Wajahnya sengaja ditundukkan semasa berjalan menghala ke pintu keluar.

“Selamat pagi Mimi.  Jom minum sama-sama,” ajak Ain.

No, thanks” Mimi berkata tanpa berpaling seraya terus hilang disebalik pintu utama.

'Hmmm..kita tunggu je malam ni,' gumam Ain menghabiskan minumannya secepat mungkin.

Enjin kereta Suzuki Swift milik Ain dimatikan setelah masuk ke ruang parkir.  Dia mengambil beg galas ditempat duduk belakang sebelum melangkah keluar.  Ferdaus berdiri sambil bersandar disebatang pokok palma tidak jauh dari tempat letak kereta Ain.  Sebaik saja Ain semakin mendekat, Ferdaus menerpa ke arahnya tanpa amaran.

“Dah sihat?”

“Kusss semangat!  Ferdaus!  Dah berapa kali saya pesan jangan sergah saya macam tu?” kata Ain sambil mengurut-ngurut dadanya.  Nasib baiklah dia tidak bersilat disitu.  Jika tidak, sudah pasti telatahnya diviralkan dimedia-media sosial.

“Hehehe...sorry!  Saya tak sengaja,” ucap Ferdaus.

“Ye la.”

“Nak masuk kelas terus ke ni?”

“Mesti la..kelas jam 8:30 pagi kan?,” tanya Ain meminta kepastian.

“Laaa...awak tak tau ke?,” tanya Ferdaus.

“Tau apa?”

“Kelas pagi ni tunda besok petang.  Puan Ratna ada hal.  Tu la, ada handphone tak nak belek.  Semalam lagi kitaorang masukkan dalam grup Whatsapp” Ferdaus mengejek Ain yang masih terkulat-kulat.

“Ye ke?  Saya tak perasan la pulak.  Semalam kan sakit kepala teruk” Ain menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Kalau macam tu, kita sarapan dulu la.  Lapar ni” Ferdaus mengusap-ngusap perutnya pinta simpati.

“Hmm..ye la.  Kuat betul makan.  Ada saka ke?  Hahahaha,” gurau Ain.

“Perut lapar kena la isi.  Karang gastrik siapa yang susah?  Awak bukan hiraukan saya pun,” kata Ferdaus dengan nada rajuk.

“Elehh..kalau sakit call je la ambulans.  Apa susah.” Jawab Ain bersahaja.

Mereka duduk ditempat biasa.  Meja paling hujung ditepi tingkap.  Jauh dari hiruk pikuk orang ramai. 

"Nah!  Kopi ais dengan sandwich sardin.  Cukup ke?," tanya Ferdaus seraya meletakkan dulang berisi makanan yang dipesan oleh Ain sebentar tadi.

"Terima kasih, Ferdaus.  Cukuplah ni.  Karang nak makan tengah hari lagi" Ain menggigit hujung sandwich sardin dan dikunyah perlahan. 

Ferdaus memerhatikan Ain yang sentiasa kelihatan tenang.

"Errr...Ain.  Saya tanya sikit boleh?"

"Tanyalah.  Apa dia?"

"Betul ke semalam awak migrain?" pandangam Ferdaus menikam anak mata Ain.

"Err...betul la.  Saya memang selalu diserang migrain.  Kiranya semalam twruk jugak la.  Lepas makan ubat Caffox baru lega sikit" jawab Ain tanpa membalas tikaman mata Ferdaus.

"Ye ke?  Tak sangka pulak orang migrain boleh keluar malam-malam buta.  Seksi pulak tu.  Awak ke kelam malam tu lagi ke Ain?  Awak tak insaf lagi ke?  Apa yang ada kat sana?" Ferdaus mengasak Ain dengan beberapa soalan sekaligus.

Cuping telinga Ain terasa panas.  Rasa bersalah dan geram bercampur baur.  Bersalah kerana terpaksa menipu Ferdaus.  Dan geram kerana gerak-gerinya diperhatikan seperti seorang pesalah.

"Ok, Ferdaus.  Saya minta maaf sebab bohongi awak.  Tapi tu tak bermaksud awak boleh masuk campur urusan saya.  Saya lakukan semuanya bersebab.  Apa sebabnya?  Sekali lagi saya minta maaf sebab terpaksa rahsiakan dari awak.  Harap awak faham," jawab Ain.

"Apa awak cari Ain?  Saya tak nampak awak ada masalah kewangan.  Saya jugak tak nampak awak ni jenis perempuan yang suka berparti.  Saya tak berniat untuk masuk campur hal awak.  Sebagai kawan, saya berhak menegur mana yang baik dan mana yang tak baik demi kebaikan bersama.  Kalau saya ada silap pun awak boleh je tegur saya" Ferdaus menghentikan suapan mi gorengnya separuh jalan.

"Terima kasih Ferdaus sebab jadi seorang kawan yang amat prihatin.  Percayalah, semua yang awak sebutkan tadi bukannya punca saya jadi begitu.  Saya berharap sangat awak dapat sabar.  Lambat laun awak akan tahu jugak."

Ferdaus mendengus perlahan.  Tidak faham dengan Ain yang percakapannya berbelit-belit.  Ditahan rasa tidak puas hatinya dan dia akan sabar menanti luahan sebenar buah hati dalam diamnya itu.

Ain menyedut minumannya sehingga habis.  Kopi ais yang mengandungi kafein itu dapat mengurangkan rasa mengantuk yang masih ada.

"Kenapa tak habiskan?  Tak baik membazir," kata Ain sambil melihat mi goreng yang masih tinggal separuh didalam pinggan Ferdaus.

"Takde selera" Ferdaus juga mencicip kopi panasnya dari cawan.

"Lama sangat dah kita kat sini.  Jom pergi ke perpustakaan dulu.  Kelas seterusnya pun mula satu jam lagi."  Semakin ramai pelajar berpusu-pusu ke kantin.  Wajarlah kiranya mereka memberi tempat duduk kepada mereka pula.

Ain dan Ferdaus mengambil beg galas masing-masing lalu disangkutkan di atas bahu.

"Kita lepak kat perpustakaan nak?," soal Ain.

"Saya ikut je," balas Ferdaus hampa kerana persoalannya masih belum dijawab. Ferdaus melangkah longlai mengekori Ain yang telah jauh ke depan.

Deruan enjin kereta terhenti sebaik saja Ain memasuki parkir dibawah blok apartment mereka.  Tempat letak kereta Mimi masih kosong.  Ain melihat jam dipergelangan tangan kirinya yang baru saja menginjak angka 6:15 petang.

Tanpa berlengah, Ain keluar dari perut kereta menapak ke arah lif.

Klakk..

"Assalamualaikum."

Tombol pintu dipulas.  Ruang tamu kelihatan gelap dan kosong tanpa penghuni-penghuni yang lain.  Ain memetik suis lampu dan suasana bertukar terang benderang dalam sekelip mata.  Dia menutup daun pintu perlahan-lahan dan mengayunkan langkah ke pintu biliknya.

Badannya yang lesu dihempaskan ke atas katil.  Kini dia benar-benar diserang sakit kepala yang bukan kepalang.  Tidak disangka pembohongannya semalam menjadi kenyataan.  Dia terlelap seketika dan terjaga apabila azan Maghrib berkumandang kuat di udara.  Terpisat- pisat Ain terjaga dan kepalanya masih terasa berat.

"Astaghfirullahaladzim...dah Maghrib rupanya."

Ain bingkas bangun dan menyandarkan badannya dikepala katil.  Matanya yang sepet digosok-gosok sambil menguap.  Dia menuruni katil lalu mencapai tuala di kerusi terus ke bilik air.  Badannya kembali segar sebaik saja air menyentuh badannya.

Ain membelek-belek pakaiannya didalam almari.  Setelah berpuas hati, blouse berwarna merah hati yang akan dipadankan dengan skirt pendek berpotongan 'A' berwarna hitam menjadi pilihan.  Selesai menyolek wajah, Ain mendandan rambut panjangnya yang hanya diikat ekor kuda sahaja.  Menyerlahkan tulang pipinya yang yang cantik.

Ain terus mengintai keluar tingkap sebaik saja membaca pesanan teks dari Irfan.  Tanpa membuang masa, dia mengambil tas tangan dan kasut dan berjalan keluar menemui Irfan yang telah pun sedia menunggu.  Irfan menatap penampilan Ain dari hujung rambut ke hujung kaki.

'Walawehh..kalau tau dari dulu lagi Puan Ain ni cun macam ni, dah lama aku ngorat' gumamnya.  Bagaikan dalam filem, si hero akan membuka pintu kereta untuk heroinnya.  Pintu kereta ditutup cermat lalu kereta mewah tersebut meluncur laju ke destinasi biasa.

"Yang awak diam ni kenapa?  Dah bisu?," pertanyaan Ain secara tiba-tiba menyentakkan Irfan yang sedang fokus memandu. 

"Errr...maaf Puan.  Saya segan tengok Puan cantik sangat malam ni," ujar Irfan berterus terang.

"Banyak la awak.  Nanti buat je macam biasa.  Jangan ketara sangat dan jangan nak ambik kesempatan sangat ye," pesan Ain.

"Baik Puan. Puan jangan risau ye.  Saya profesional," balas Irfan lalu memarkir keretanya ditempat letak kereta berhampiran.  Mereka berdua melangkah beriringan ke dalam kelab yang tidak asing lagi.  Malam itu suasana agak meriah dengan jemputan tetamu khas oleh Dazzling Club iaitu sebuah kumpulan yang semakin meningkat naik namanya, The Gorrilaz.

Pengunjung-pengunjung kelab kelihatan lebih ramai daripada biasa.  Mungkin daripada tarikan tetamu jemputan pada malam itu.  Nun di satu sudut, kelihatan pasangan yang tidak asing lagi pada Ain.  Mimi dan Wazir saling berpelukkan antara satu sama lain menari mengikut rentak lagu yang dinyanyikan.  Tiba-tiba vokalis kumpulan berkenaan membuat satu pengumuman sebaik saja lagu terakhir mereka selesai dimainkan.

"Malam ini merupakan malam istimewa kerana salah seorang daripada anda akan diberikan peluang untuk naik ke atas pentas dan mengadakan persembahan bersama-sama  kami.  Sesiapa saja yang sudi, sila tampil ke hadapan."  Tiada seorang pun pengunjung yang berganjak dari tempat masing-masing.  Mungkin segan atau mungkin hanya ingin dihiburkan saja oleh mereka. 

Tidak lama kemudian, Mimi berjalan perlahan ke arah vokalis berkenaan dan membisikkan sesuatu ditelinganya.  Mimi melihat ke arah Ain dengan satu pandangan yang sukar dimengertikan.  Dia menuruni pentas itu dengan sebuah senyuman yang penuh  makna tersirat.

Vokalis kumpulan The Gorrilaz mendekatkan mikrofonnya semula dan bersedia membuat pengumuman sekali lagi.  "Cik Bibiana meminta saya untuk memanggil seseorang yang dikatakan ingin sekali membuat persembahan bersama-sama kami tetapi malu untuk tampil ke hadapan.  Jadi, dengan segala hormatnya saya menjemput Ain Afzan untuk tampil ke depan sekarang juga" katanya sambil bersorak memanggil nama Ain Afzan berulang kali.

Ain bungkam.  Patutlah Mimi atau Bibiana itu melemparkan senyuman sinis kepadanya, rupanya ada udang disebalik batu.  Dia memandang Irfan dengan muka cuak yang tidak dapat ditahan.  Mana mungkin dia membuat persembahan dihadapan orang ramai begitu.  Irfan menepuk-nepuk bahu Ain memberi semangat.  Laungan namanya bergema didalam kelab mewah tersebut. 

Dengan langkah yang amat berat, Ain mengatur langkahnya ke pentas dengan 1001 perasaan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.  Wajahnya merona merah menahan malu.  Dia hanya menunduk saja ketika di atas pentas.  Vokalis profesional itu bijak memainkan perananannya untuk menenangkan Ain yang jelas sekali kelihatan gemuruh.

"Ain Afzan?," tanyanya.

"Ye saya."

"Saya difahamkan awak seorang pemain gitar yang handal.  Jadi tanpa membuang masa, dipersilakan Ain Afzan untuk membuat persembahan!" Vokalis tersebut memberikan sebuah gitar kepada Ain untuk dimainkan.  Ain yang tercengang segera berada di alam realiti lalu mengambil mikrofon ditangan vokalis berkenaan untuk mengatakan sesuatu.

"Terima kasih Bibiana kerana memberikan saya peluang yang jarang-jarang diperolehi ini kepada saya.  Malangnya, Bibiana telah tersalah dengar.  Saya bukanlah ingin bermain gitar tetapi akan menyanyi diiringi petikan gitar oleh gitaris The Gorillaz."

Ain merapati gitaris berkenaan dan membisikkan sesuatu.  Gitaris tersebut mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham dengan arahan yang diberikan lalu lampu sorot dihalakan ke arah Ain di atas pentas itu.  Walau apa pun yang terjadi, Ain tidak akan memalukan dirinya sendiri sekaligus memberi kemenangan percuma kepada Bibiana yang berniat mengenakannya.

'Fly me to the moon
Let me play among the stars
Let me see what spring is like
On a, Jupiter and Mars
In other words, hold my hand
In other words, baby, kiss me

Fill my heart with song
And let me sing for ever more
You are all I long for
All I worship and adore
In other words, please be true
In other words, I love you

Fill my heart with song
Let me sing for ever more
You are all I long for
All I worship and adore
In other words, please be true
In other words, in other words
I love you.'

Tepukan gemuruh bergema didalam kelab berkenaan sebaik sahaja Aini selesai mendendangkan lagu Frank SinatraFly Me To The Moon.  Aniq Haqimi yang duduk disatu sudut turut kagum dengan bakat terpendam Ain tadi yang telah berjaya memukau pengunjung-pengunjung yang lainnya dengan suaranya yang lemak merdu.  Ain mengitari setiap sudut kelab itu mencari kelibat Bibiana.  Pandangan mata mereka bersatu lantas Ain mengenyitkan mata ke arah Bibiana sambil melemparkan senyuman sinis yang disengajakan.  Wajah Bibiana dirasakan berbahang apabila niat jahatnya gagal.

"Woww...tak sangka Ain Afzan lebih handal menyanyi dari saya sendiri.  Hahahaha.  Nampaknya susahlah saya nak cari makan lepas ni.  Terima kasih diucapkan kepada Ain Afzan kerana sudi mengadakan persembahan bersama kami pada malam ini," kata vokalis berkenaan.  Muzik dimainkan dan vokalis itu menyanyikan lagunya yang lain pula.

"Wahhh..I tak sangka you pandai menyanyi" suara tersebut membuatkan Ain segera berpaling.

"Takde la pandai pun.  Biasa-biasa je," jawab Ain merendah diri.  'Duhai hati.  Usahlah berdegup kencang begini' gumamnya.

"You bukan bunga biasa Ain.   You adalah bunga liar yang cukup luar biasa dan berbisa.  I kagum dengan you."

"You terlalu memuji I.  I cuma bunga liar yang mudah didapati."

Irfan yang berada disisi Ain cuma menjadi pemerhati sejak tadi.  Tetapi, hatinya seperti dapat menangkap ada sesuatu yang terpendam diantara mereka.  Aniq masih belum melepaskan tatapannya terhadap Ain.  Dia bernekad untuk merapati gadis yang dirasakan berbeza daripada yang lainnya.  Selama Ain di situ,  dia tidak pernah melihat kelakuan Ain yang melampaui batas.  Tidak terlalu murah dan menyerah dengan godaan dan sogokan duniawi oleh lelaki-lelaki durjana bertuankan nafsu.

"Ehemmm...Ain, shall we dance?  Bosan la" Irfan memecahkan lamunan mereka berdua. 

"Errr...sure" Ain menyambut huluran tangan Irfan dan menyertai pengunjung yang lainnya menari dilantai dansa.  Jelas terpancar garis kekecewaan diwajah jejaka tampan, Aniq Haqimi.

Previous: BL-10
Next: BL-12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh