BL-15

"Yes, Miss Ain.  What can I do for you?," tanya Aniq dengan senyuman yang tidak lekang dibibirnya.

"Emm...ehemm..Can we talk? Privately?" Ain bertanya seraya menjeling kepada pasangan Aniq yang masih melekat tangannya dilengan sasa Aniq.  Cemburukah dia??

"Tentang apa?" tanyanya lagi.

"Bibiana..."

Serta-merta air muka Aniq berubah kelam.  Aniq berbisik sesuatu kepada gadis tersebut lalu gadis itu menggigit bibirnya sambil merenung tajam kearah Ain.

"Fine.  And please don't make me wait too long" gadis tersebut memberi amaran.

"You won't."

"Shall we?" ajak Aniq seraya memaut pinggang ramping Ain. 

Ain agak terkejut dengan perbuatan spontan berkenaan tetapi perasaannya dikawal sebaik mungkin.  Ada perkara yang lebih penting perlu didahulukan berbanding rasa jeliknya itu.  Aniq membawa Ain ke pejabatnya.  Pejabat yang pernah dicerobohinya baru-baru ini.  Dua orang pengawal peribadi Aniq turut sama mengekori mereka berdua sehinggalah pintu pejabat dibuka dan Aniq mempelawa Ain masuk.  Sementara itu, dua orang pengawal peribadi yang mempunyai badan laksana ahli bina badan itu berdiri diluar pintu dengan kedua-dua belah tangan memeluk tubuh.

Ain melabuhkan punggungnya disofa diikuti oleh Aniq.  Suasana hening seketika walaupuan keadaan diluar sana amat bingit.

"Apa yang penting sangat hingga you desak I untuk bersemuka?," tanya Aniq memulakan bicara.

"You tahu kan, Bibiana hilang selepas dia berdua-duaan dengan you?"

"So?  Apa kaitannya dengan I?"

"Bibiana kawan I. Beritahu I kemana dia sekarang ataupun I akan laporkan hal ni kepada pihak polis!" kata-kata Ain berbaur amaran.

Aniq mencerlung.  Sungguh berani gadis tersebut memberikannya amaran sebegitu.

"You ada bukti?"

"I akan cari bukti yang boleh mengaitkan you dengan kehilangan gadis-gadis lain sebelum ni" Ain berkeras mempertahankan hujahnya.

"Silakan.  Bila you dah cukup semua bukti yang membolehkan I dihadapkan ke muka pengadilan.  Be my guest.  Kalau tak, lawyer I akan campur tangan.

Ain mengetap ulas bibir.  Geram.  Aniq sungguh pandai memutar belitkan kata-kata.  Dia hampir kematian bicara.

"Fine!  I akan pastikan segala perbuatan you selama ni terbongkar!  Dan you akan menerima balasannya!."

Aniq mendekatkan tubuhnya kepada Ain.  Dagu Ain disentuh lembut dan pandangannya menikam jauh ke dalam mata.  Seolah-oleh tertembus kedasarnya.  Degupan jantung Ain sudah tidak tentu arah.  Darah yang dipam semakin laju membuatkan pipinya merona merah.

"Siapa sebenarnya you ni Ain?  Apa tujuan you ke sini?  Kalau you nak cari makan silakan.  Tetapi kalau you nak campur tangan hal I, you jangan menyesal atas apa yang I akan lakukan nanti!,"  Dagu Ain ditolak kasar.

Ain mengepal penumbuk.  Berang dirinya diperkotak-katikkan sebegitu. 

'Jangan buat hal Ain,' hatinya berbisik.

"Kenapa?  You akan kenakan I sebagaimana apa yang you pernah lakukan kepada mereka?  Begitu?" Ain tersenyum sinis.

Aniq tahu Ain sedang cuba memerangkap dirinya dengan soalan tersebut

"I akan pastikan yang you takkan sekali-kali jejakkan kaki you ke sini lagi mahupun ke kelab-kelab yang lain," tempelak Aniq.

Rengusan kasar dilepaskan tanda protes.  Pantas tas tangan dicapai dan pintu ditarik dari dalam dan dihempaskan sekuat hatinya.  Diikuti oleh Aniq yang tersembul wajahnya dibalik pintu.  Ain melangkah laju mencari Irfan. 

"Bos nak kami uruskan dia ke?," tanya salah seorang pengawal peribadi Aniq.

"Tak perlu!  Saya akan selesaikannya sendiri."

Ain mencari-cari kelibat Irfan ditempat terakhir dia ditinggalkan.  Matanya mengitari kesetiap pelusuk kelab.  Nun di atas pentas tarian kelihatan Irfan sedang galak menari bersama seorang gadis.  Bibirnya tersenyum lebar tanda gembira.  Ain menapak ke arah Irfan tanpa disedari oleh lelaki itu.  Bahu gadis dicuit disaat Irfan semakin menggila menari.  Ain memberikan isyarat agar gadis tersebut beredar.

Roman wajah umpama singa betina lapar yang ditonjolkan membuatkan gadis berkenaan segera beredar tanpa pamitan.  Disaat Irfan berpusing mengadap pasangannya wajahnya bertukar pucat.  Tariannya juga hambar dan serta merta senyuman miangnya tadi dimatikan.

"Lets go."

Tanpa banyak bicara Irfan membuntuti langkah Ain.  Badannya dihempas kasar ditempat duduk sebelah.  Dari ekor mata Irfan, dia dapat menelah ada pertelingkahan yang telah berlaku diantara Ain dan Aniq.

"Puan.  Puan tak apa-apa?" akhirnya Irfan bersuara.  Ye la, sampai bila keadaan dibiarkan bisu begitu.

"Saya ok.  Cuma saya geram dengan Aniq Haqimi tu!" luah Ain.

"Kita singgah kedai mamak dulu ye.  Kasi Puan tenangkan fikiran" cadang Irfan disambut dengan satu anggukan.

Malam minggu begitu gerai mamak semestinya penuh dengan para pelanggan.  Mereka mencari tempat duduk yang agak terlindung daripada pandangan orang ramai.  Walaupun ada kalanya beberapa orang pelanggan disitu berbisik-bisik sesama sendiri melihatkan penampilan agak seksi oleh Ain.  Namun, satu jelingan tajam saja bisa membuatkan mereka terdiam.

Setelah pesanan sampai ke meja, Irfan mula bersuara.

"Puan.  Apa perkara yang Puan bincangkan dengan Aniq tadi tu?"

"Saya tanya dia, mana pergi gadis-gadis yang hilang selepas mereka berdua dating."

"Apa jawapan Aniq?"

"As usual.  Tak tahu.  Katanya bukan tanggungjawab dia.  Dia jugak suruh saya kemukakan bukti kalau nak sabitkan atas kesalahan tersebut."

Irfan menggeleng kepala.  Patutlah gadis didepannya begitu marah sekali. 

"Tapi,  Aniq tak syak apa-apa ke bila Puan tanya soalan macam tu?"

"Lantaklah.  Yang saya tahu saya nak selesaikan kes ni cepat."

Tiba-tiba ada satu pesanan teks diterima oleh Ain.  Ain terus saja membaca pesanan tersebut sambil tersenyum.

"You know what Irfan?  Saya dah top three sekarang," kata Ain dengan senyuman meleret.

"Makin mudah la kerja saya lepas ni.  Betul tak?" Soalnya.

"Betul apa Puan cakapkan.  Saya harap selepas ni Puan akan lebih berhati-hati.  Jangan biarkan sesiapa mengesyaki tugas kita.  Oh ye, Puan dah hantar laporan kepada Tuan Fakhrul?."

Sebaik saja nama Tuan Fakhrul disebut, fikiran Ain menerawang akan peristiwa yang terjadi beberapa hari lalu.  Minuman disedut sehingga ke separuh gelas.  Jika dia menceritakan perkara tersebut kepada Irfan sekalipun, mati hidup semula anak buahnya tidak akan mempercayainya.

"Belum.  Esok lusa saya akan hantar."

Malam semakin larut.  Seorang lelaki yang amat mengenali Ain afzan sedang memerhatikannya dari jauh dengan perasaan sebal.  Apatah lagi tatkala melihat pasangan gadis tersebut lebih segak daripadanya.  Dia yang duduk bersama sekumpulan lelaki-lelaki muda yang lainnya sedang menyaksikan perlawanan bola sepak diantara dua pasukan antarabangsa yang dipancarkan  dilayar putih.

'Ain Afzan!  Kau mungkir janji!,' bisik hati Ferdaus.

Ain melihat jam yang terlilit kemas dipergelangan tangan kirinya.

"Dah lewat ni.  Tolong hantarkan saya balik.  Esok ada kelas pulak.  Saya kan student" sindir Ain lebih kepada dirinyaa sendiri.

Irfan tersengih sambil menggaru-garu pipinya.  Tanpa banyak soal, Irfan bingkas bangun dan berjalan ke arah parkir kereta.  Ferdaus menatap kedua-dua pasangan tersebut dengan hati yang pedih.

Klakkk..!!

Kasut tumit tinggi berjenama Manolo Blahnik dibimbit ditangan kanan Ain sambil dia memasuki kedalam rumah.  Penghuni rumah yang semakin surut bilangannya sedang nyenyak dibuai mimpi barangkali.  Ain menapak ke arah bilik dengan longlai.  Badannya sudah lama tidak cukup rehat semenjak dia melaksanakan misi tersebut.  Dia telah bernekad untuk mengambil cuti panjang sejurus saja kesnya selesai.

Cecair make up remover ditekapkan ke kapas lalu dioleskan kewajah bagi menanggalkan sisa-sisa solekan dikulit.  Laptop diatas katil dihidupkan.  Laman web yang sentiasa dilawatinya sejak akhir-akhir ini dibuka dan terlihat gambarnya sendiri disenarai top three.  Ain tersenyum sendirian.  Oleh kerana terlalu mengantuk, dia akhirnya terlena tanpa sempat menukar pakaian.

Sementara itu, dibilik Ferdaus yang disewanya sendirian kedengaran carikan kertas.  Ferdaus mengoyakkan beberapa keping gambar gadis pujaannya iaitu Ain yang telah diambil secara curi-curi.  Helaian-helaian kertas foto berkenaan bertaburan dilantai.

"Kau mungkir janji Ain!  Kau mungkir janji!!."

"Dasar perempuan degil!  Aku tahu aku bersalah terhadap kau dulu.  Aku cuba tebus kesalahan aku Ain" rintih Ferdaus. 

Dia berjalan mundar mandir didalam bilik sambil mengepal-ngepal tangannya.  Roman wajahnya tidak seperti selalu.  Dia kelihatan tidak terurus dengan rambut yang kusut masai dan airmata yang berjujuran.

Penat kesana sini akhirnya Ferdaus duduk berteleku disudut dinding bilik.  Dinding bisu dan kaku tanpa perasaan itu menjadi mangsa Ferdaus bagi melepaskan perasaan.  Dia menumbuk-numbuk dinding berwarna putih susu dengan kuat sehingga buku limanya tercedera meninggalkan corak pada dinding dengan kesan darahnya.

"Maafkan aku Ain!  Maafkan aku!!  Aku akan tebus kesalahan aku!  Tetapi kenapa kau tak dengar kata??!!"

"Huwarghhhhhhh...!!" tempikan Ferdaus bergema didalam bilik. 

Dari duduk berteleku dia bingkas berdiri menuju ke meja tulis.  Buku-buku dan alat tulis yang tersusun di atas meja diselerakkan bersama tempikkan kuat yang melaungkan nama Ain.  Dadanya berombak.  Nafasnya turun naik.  Kulit mukanya juga merona merah.  Cuping telinganya terasa berbahang tatkala mengingatkan momen gadis kesayangannya yang berjalan seiringan dengan lelaki yang tidak dikenalinya.

"Bangsattt...!!  Tunggu nasib kau..!!  Kau tunggu..!!."

Ferdaus mencapai kunci kereta lalu bergegas keluar tanpa arah.  Pedal minyak ditekan rapat kelantai kereta bagi menghilangkan rasa amarah yang menggila.

Alarm jam yang membingitkan pendengaran menyedarkan Ain dari lena.  Segera dia bersiap untuk ke kelas.  Dia hanya menyarungkan skirt labuh berwarna hitam dipadankan dengan kemeja berwarna merah lantaran telah lewat untuk ke kelas.  Deruman enjin kereta dimatikan sebaik saja keretanya memasuki parkir.  Matanya melilau mencari kelibat Ferdaus yang tiada berdekatan seperti kebiasaannya.

"Mana Ferdaus ni?  Tak datang kelas ke?" dia mengomel sendirian. 

Dari pagi sehingga menginjak ke petang batang hidung Ferdaus langsung tidak kelihatan.   Hati kecilnya dilanda bimbang.  Masakan tidak, Ferdaus satu-satunya rakan yang begitu ikhlas untuk bersahabat dengannya.  Tubuhnya dihempaskan ke katil bagi menghilangkan lelah.  Selepas menunaikan solat Maghrib, Ain mengambil telefon bimbit didalam beg tangan lalu nama Ferdaus dicari disenarai rakan.  Punat call ditekan dan deringan panjang akhirnya dijawab oleh suara lelaki yang serak dan lemah.

"Assalamualaikum, Ferdaus"

"Waalaikumsalam, hah...awak Ain"

"Kenapa awak tak hadir kelas?  Semua pensyarah bertanyakan hal awak.  Saya sendiri pun tak tau nak jawab macam mana"

"Ohh..saya tak sihat.  Lupa nak maklumkan awak.  Takpelah, esok saya maklumkan sendiri kepada pensyarah"

"Ermm..awak dah pergi klinik?"

"Belum"

"Awak bersiap cepat.  Saya bawak awak ke klinik"

"Ish, takpelah Ain.  Nanti saya ok la ni lepas rehat sekejap"

"No excuses...!  Saya on the way ke rumah awak ni"

"Saya kata tak payah"

"Saya tak kira!"

Toott...toot...toott..

Panggilan ditamatkan oleh Ain.  Stereng kereta dibelok menghala ke rumah Ferdaus.  Hampir setengah jam perjalanan, Ain tiba dihadapan rumah Ferdaus yang kelihatan sunyi.  Loceng yang berada dipagar ditekan sekali. 

Dingg...dongg...

Tiada jawapan.  Sekali lagi loceng tersebut ditekan namun tiada langsung kelihatan sebarang pergerakan didalam rumah.

"Ishh...takkan tidur mati kot" omel Ain. 

Hujan rintik-rintik mukai turun membasahi suasana senja tika itu.  Limpahan cahaya lampu yang berbalam-balam dari tingkat atas menunjukkan penghuni rumah tersebut masih ada.  Sekali lagi nombor Ferdaus didail.  Seketika kemudian panggilannya berjawab.

"Ferdaus, saya kat depan rumah awak ni.  Turun lekas"

"Awak ni memang serius kan?  Saya dah cakap tak payah tapi masih jugak berdegil."

Suara Ferdaus yang agak melengking membuatkan Ain berjauh hati. 

"Saya risaukan awak.  Awak kan sahabat saya.  Niat saya baik nak menolong awak" kendur sahaja suara Ain dihujung talian.

"Saya janji, saya akan hantar awak balik selepas hantar awak ke klinik..hmm?" kata Ain lagi.

Ferdaus diserang rasa bersalah.  Segera dia meminta maaf dan tidak lama kemudian wajahnya tersembul dibalik sliding door.  Dia yang hanya memakai ripped blue jeans dan sweater hoodie berjalan kearahnya sambil memeluk tubuh.  Tanpa banyak soal Ferdaus duduk ditempat duduk penumpang bersebelahn pemandu.

Suasana didalam kereta hening tanpa bicara diantara keduanya.  Hanya hembusan alat penghawa dingin dan lagu oldies yang terpasang perlahan menghiasi suasana.  Setelah mendapatkan rawatan di klinik yang berdekatan, Ain menghantar Ferdaus pulang sebagaimana yang dijanjikan.

"Boleh kita ke 7-11 sekejap?  Saya haus nak beli minuman" pinta Ferdaus.

"Boleh, takde masalah."

Beberapa minit didalam kedai serbaneka itu, Ferdaus keluar dengan satu beg plastik berwarna putih ditangan.

"Ain, saya nak mintak maaf atas kelakuan saya tadi.  Tak seharusnya saya berkasar dengan awak sedangkan awak berjasa kepada saya," kata Ferdaus.

"Saya tak ambik hati pun.  Saya tau awak tak maksudkannya langsung kan?  Jom kita balik ye.  Boleh awak rehat lepas ni."

"Terima kasih Ain.  Nah!" Ferdaus menghulurkan sebotol minuman berjus kepada Ain.

"Terima kasih Ferdaus.  Saya pun haus jugak sebenarnya.  Hehehe."

'Bukan setakat haus, aku sememangnya kelaparan!" monolog hatinya.

Penutup botol dibuka lalu minuman tersebut disedut perlahan. Ferdaus memerharikan tingkah laku Ain dengan ekor matanya. 

Baru saja Ain ingin menukar gear, kepalanya dirasakan pening dan berpusing-pusing.  Penglihatannya pula semakin berputar-putar dan kelam.  Semakin lama semakin gelap dan dia akhirnya pengsan tersandar ditempat duduk pemandu.

"Ain...Ain..kenapa dengan awak ni?" panggil Ferdaus cemas.

Dia menampar-nampar perlahan kedua-dua belah pipi Ain yang langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi.  Ferdaus menyandarkan kepalanya ditempat duduknya tadi sambil pandangannya dihalakan ke luar tingkap.  Dia mengukir satu senyuman sinis yang penuh dengan maksud tersirat.  Kemudian, ketawanya meletus dan bergema didalam kereta tersebut.  Semakin lama semakin kuat.

"Aku dah bagi kau amaran dulu tapi kau degil Ain" bisik Ferdaus.

Tubuh Ain dialihkan ketempat duduknya.  Seterusnya dia memandu Suzuki Swift milik Ain ke satu tempat yang tidak diketahui oleh sesiapa.

Previous: BL-14
Next: BL-16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh