BL-8

"Ain!  Ada parcel untuk kau!"  Nyaring sekali gema jeritan Dalila. 

Ain bergegas keluar dan mendapatkan bungkusan yang dimaksudkan oleh Dalila.  Terdapat tiga kotak kesemuanya dan Ain memeriksa nama pengirim bungkusan tersebut.  Bibirnya menguntum senyum melihat nama 'Theresa Xie' yang bertaip rapi diresit pengirim.

"Amboi, bukan main lagi kau senyum.  Banyak betul barang kau ni?  Sapa kirim?  Boyfriend?" telah Dalila.

"Eh..mana ada la.  Ni semua hasil aku shopping online la" dalih Ain.

"Ye la tu.  Senyuman pun semacam je nak berdolak dalih pulak."

"Hehehe.  Aku masuk bilik dulu la.  Nak sambung ulangkaji."

Kotak-kotak yang agak berat diangkut dan dibawa ke bilik.  Kotak pertama dibuka dengan berhati-hati.  Terdapat sekeping sampul surat yang tersisip didalam kotak itu lalu Ain menarik cebisan kertas kecil berwarna merah jambu dan beraroma bunga ros itu keluar dari sampul.  Tulisan tangan Theresa yang amat dikenalinya itu dibaca.

'Lets party!'

Ain tersenyum kecil.  Cebisan kertas tersebut dimasukkan semula kedalam sampul surat.  Kotak yang pertama dibukanya mengandungi satu set pakaian, sepasang kasut dan aksesori yang akan dipadankan nanti.

Set blue and gold, gumam Ain dengan senyuman yang tidak pernah lekang dibibirnya.

Kotak kedua pula dibuka dan kandungan didalamnya mengandungi set pakaian berwarna merah jambu dan krim dihiasi dengan sedikit labuci ditengahnya.   Potongan dress separas lutut itu begitu menarik minat Ain kerana ia tampak begitu feminin apabila dipakai.

Setelah melihat isi kandungan kedua-dua kotak tersebut, Ain tidak sabar-sabar lagi untuk membuka kotak yang terakhir.  Pita pelekat ditarik perlahan-lahan dan penutup dibuka.  Ain begitu terharu sehingga ingin menitiskan airmata tatkala menarik pakaian berwarna merah hati yang diperbuat daripada kain satin.  Terdapat hiasan riben yang diikat di bahagian pinggang sebelah kanan.

Jari-jemari Ain mengusap-ngusap kelembutan kain tersebut buat seketika.  Kemudian matanya tertarik akan sepasang kasut tumit tinggi juga dari rona sama.  Dia meletakkan pakaian tadi ke tepi lalu sepasang kasut itu dipakaikan ke kakinya. 

'Muat-muat, memang saiz aku,' kata hatinya.

Kotak barang kemas dari baldu pula dibuka dan seutas rantai mutiara juga begitu cantik jika dipakainya nanti.  Ain terharu akan keprihatinan Theresa di atas permintaanya sebelum ini.  Telefon bimbit dicapai lalu Ain menaip sesuatu dengan pantas.

📩 |5/25, 11:21|

'Thank you Tess..those dresses are soooo beautiful!!!  Love you Tess ðŸ’‹ - Ain Afzan

📩  |5/25, 11:23|

' My pleasure 😊..Love you too Ain 💋 - Theresa

Ain mengemas kotak-kotak tadi ke dalam almari.  Dia akan pastikan segala perancangan yang telah dibuat akan berjaya.

Hubungan Ferdaus dan Ain sebagai rakan sekelas semakin akrab.  Apatah lagi Ferdaus banyak membantunya ketika didalam kelas dan menjadi guru tusyen tidak bergaji kepada Ain Afzan.

"Ain, minggu ni keluar nak?," ajak Ferdaus.  Matanya bersinar-sinar ketika dia mengutarakan pertanyaan tersebut.

Ain yang sedang menulis sesuatu dibuku catatan mengangkat wajahnya.

"Keluar?  Ke mana?," tanya Ain dengan mulut terlopong.  Ini merupakan kali pertama seorang lelaki mengajaknya keluar.

Dia sedar akan perubahan yang berlaku pada Ferdaus sejak akhir-akhir ini.  Hati kecilnya sering bertingkah dengan perasaannya agar keakraban mereka berdua tidak disalah erti oleh Ferdaus yang telah dianggap tidak lebih daripada seorang kawan.

Kedua-dua belah pipi gebu Ain merona merah.  Malu apabila ditenung begitu sekian lama oleh sepasang mata lelaki yang hampir sebayanya.  Dia juga semakin gelisah apabila soalannya tidak berbalas.

Mimik muka lucu Ain menyebabkan tawa Ferdaus pecah.  Pelajar-pelajar yang lalu lalang segera berpaling ke arah mereka berdua.  Tingkah laku Ferdaus mengundang ketidakselesaan Ain.  Ferdaus yang menyedarinya cepat-cepat meminta maaf dan cuba mengawal keadaan serta intonasi suaranya diperlahankan seperti berbisik.

"Yang awak gelabah semacam ni kenapa?  Saya ajak keluar je bukannya dating"  Ferdaus menjelaskan.. 

Wajah Ain dihadapannya masih ditenung.  Sebenarnya dia mengharapakan lebih dari itu.  Hatinya telah terpaut kepada hati budi Ain yang luhur dan tidak hipokrit.

"Err..bila?"  Minumannya disedut bagi menyembunyikan rasa gementar yang dialami.

"Hujung minggu la kot.  Hari biasa kita sibuk dengan kelas."

"Errr...tak boleh la ebab selalu hujung minggu saya balik kampung" Ain cuba berdalih.  

Tergambar garisan hampa diwajah Ferdaus yang tadinya penuh dengan pengharapan.

"Lain kali eh?  Nanti saya cari masa sesuai," ujar Ain lagi seperti memujuk Ferdaus.

"Hmmm...baiklah."

Ain kembali menulis nota.  Ferdaus mengambil kesempatan dengan memerhatikan gelagat Ain.  Ada sesuatu yang perlu dijelaskan kepada gadis manis didepannya.  Tetapi Ferdaus khuatir sekiranya kebenaran itu akan memusnahkan keakraban mereka.  Sudah tentu Ain tidak akan memaafkannya seumur hidup. 

Malam minggu, Ain mula mengorak langkah ke Dazzling Club.  Seperti biasa, dia sering dirapati oleh pengunjung-pengunjung yang cuba memancingnya dengan wang dan kemewahan.

"Ain!  Lama tak nampak you datang sini" Wazir menyapa lantas secara automatik memeluk pinggang ramping Ain.

"Busy dengan study, malam ni lapang sikit jadi tu yang datang sini."

Ain menjarakkan badannya dari Wazir yang jelas sekali sedang mabuk.

"Please be with me tonight.  I miss you damn much!"

"I tak free.  Esok pagi ada kelas.  Next time ok?"

"I don't care!  Just tell me your price!"

Suasana agak kecoh.  Wazir sudah hilang pertimbangan.  Dia memeluk erat tubuh Ain dan merapatkan bibirnya ke pipi mulus gadis itu.  Ain meronta-ronta untuk melepaskan diri.  Sebenarnya boleh saja Ain melawan tindakan kurang sopan tersebut ke atasnya, tetapi dia perlu berlagak lemah seperti gadis-gadis biasa agar identitinya tidak terbongkar.

Tiba-tiba kolar baju Wazir direntap kuat dari belakang.  Dua orang lelaki yang bertubuh sasa meleraikan pautan Wazir ke badan Ain.  Terus saja Wazir diheret ke satu lokasi yang tidak diketahui.  Mereka hilang disebalik orang ramai dan lampu berwarna-warni yang berkelip-kelip.

"Are you ok?  Is it you, Ain?," sapa satu suara dicuping telinganya.

"I ok je."

"You tak cedera kan?."

"Tak, I baik-baik saja."

Ain mendongakkan wajahnya.  Dup! Dap! Dup! Dap!  Jantungnya berdetak kencang.  Seraut wajah yang telah lama tidak ditemuinya kini berdiri tepat dihadapannya.  Aniq Haqimi!

"Selaku pemilik kelab ni saya mintak maaf di atas kekecohan yang berlaku.  Saya janji perkara seperti ini takkan berulang lagi," tutur Aniq lagi.

Ain menganggukkan kepalanya dua kali.  Pandangan mata mereka bersatu.  Pantas Ain mencari tempat kosong untuk duduk bagi meredakan kegusarannya.  Langkah Ain diekori oleh Aniq. 

"You pasti you tak apa-apa?  Do you need something?"

"Nope! I'm just fine.  Trust me" Ain meyakinkan Aniq yang jelas mempamerkan kerisauannya.

Aniq berlalu dari situ setelah melihat emosi Ain reda.  Seketika kemudian Aniq kembali dengan menatang dua gelas minuman dan satu daripadanya disuakan kepada Ain. Lambat-lambat Ain menyambut minuman tersebut.

"Thanks Aniq."

Aniq Haqimi membalas ucapan tersebut dengan seulas senyuman.  Hati wanita Ain bergetar kembali.

"Agak lama I tak nampak you ke sini?"

"Jadual kelas padat sikit.  Akhir-akhir ni je lapang.  Jadi I datang la."

"Seorang?"

"Ye.  Lagi pun kawan I Una dah berhenti belajar."

Wajah Aniq dikerling untuk melihat reaksinya ketika nama Una disebut.  Ternyata lelaki itu cuma berlagak biasa.  Seperti dia tidak mengenali Una langsung!

"Ohh..That girl.  She's gone without saying goodbye.  Last I jumpa dia selepas makan malam bersama."  Ringkas saja keterangan Aniq. 

"Then?  What happened?  Maknanya you orang terakhir yang bersama dia kan?" tekan Ain.

"Hahahaha..she's wild.  Kalau tak takde la dia dinobatkan sebagai Top Queen."

'Tenang betul dia jawab.  Langsung takde rasa bersalah atau takut.  Nampaknya dia ni bukan calang-calang lelaki,'  Ain menggumam.

"Maknanya, selepas you keluar dengan dia korang bawak haluan masing-masing?" soal Ain dengan nada keras.

Aniq Haqimi terpempan.  Gadis dihadapannya beria benar ingin mengambil tahu ke mana Una menghilang.

"I was not her babysitter Ain.  You sebagai roomate dia patut lebih tahu ke mana dia pergi,"  Aniq membidas.  Pedih!

Kulit muka Ain terasa panas bagai dibakar.  Tidak disangka Aniq akan memulangkan paku buah keras kepadanya. 

"Masalahnya kali terakhir dia dilihat bersama you, bukannya I."

"So, you nak tuduh I yang culik Una?  Ataupun jual dia?  Ataupun I yang bunuh dia?"

"Kalau you nak mengaku salah, why not?"

"You ni pengintip ke?  Bersungguh benar you cuba korek rahsia dari I."

"I kawan dia, I ada hak untuk tahu."

Suasana bertambah tegang.  Kedua-dua manusia berlainan jantina itu cuba menegakkan kebenaran masing-masing. 

"Kalau you betul-betul nak tahu, you siasat je sendiri.  Kalau ada bukti sila heret I ke mahkamah.  Kalau tak, you tunggu je surat dari lawyer I.."

"I tak takut dengan ugutan!  I akan pastikan I dapat apa yang I cari," jawab Ain dengan nada marah yang ditahan-tahan.

"Hey, shall we dance pretty?"

Tiba-tiba saja seorang pemuda muncul lalu menghulurkan tangannya untuk menari.  Tanpa ragu-ragu huluran tangan tersebut disambut oleh Ain dengan senang hati.

"Sure, dari I kat sini bertekak dengan cicak baik I menari." 

Mereka berdua bergerak ke lantai dansa dan menari mengikut rentak muzik yang dimainkan.

Aniq Haqimi terlongo.  'Sikit punya handsome dia panggil aku cicak??,' marahnya.

Minuman ditangan dihabiskan dengan sekali teguk lalu dihempas kuat di atas meja.  Ulas bibirnya diketap geram melihat aksi Ain bersama salah seorang pengunjung miang sedang enak menari dilantai dansa.

Entah mengapa hatinya sakit melihat kelakuan mereka berdua.  Dia membetulkan kemeja yang dipakainya dan mengatur langkah ke arah pasangan itu lalu merentap tangan Ain dan membawanya pergi.  Lelaki tadi terpinga-pinga dan tidak mampu berbuat apa-apa setelah dijeling tajam oleh pemilik tunggal kelab tersebut.

"Lepaskan I, sakitlah!"

Ain menggosok pergelangan tangannya yang dicengkam kuat oleh Aniq.

"Stay away from him!  I'm warning you."

"You siapa nak warning I?"

"Literally nobody.   I cuma boleh cakap dia tu bahaya.  Dia akan cari mangsa untuk jadikan keldai dadah.  So, jangan biarkan diri you terjerat."

"Kalau tak?"

"Terpulang pada you.  I tak nak you atau mana-mana pelanggan I kat sini jadi mangsa.  Yang susah nanti I.  I ada bisnes nak kena jaga."

"Ahh!  Tu masalah you.  I datang sini nak happy-happy je."

"Jangan rosakkan diri you yang sedia rosak Ain!  I dah bagi warning."

Hujung rambutnya dipintal-pintal dengan jari tanda protes.

"Ok...tu je I nak cakap.  Cicak ni nak jumpa customer," kata Aniq sambil berlalu.

Ain terkebil-kebil apabila Aniq menggelarkan dirinya sendiri sebagai cicak.  Telah hilang mood Ain untuk mencari maklumat dan petunjuk kehilangan Una.  Dia mencapai tas tangan dan keluar dari kelab tersebut dan menuju ke keretanya.

Beep!  Beep!

Baru saja Ain cuba membuka pintu, seseorang telah memanggil namanya dengan kuat.

"Ain Afzan!"

Ain berpaling.  Cahaya yang terhad menyukarkannya mencari empunya suara.  Tiba-tiba bahunya ditepuk.

"Awak buat apa kat sini?  Kenapa awak pakai macam ni?," soalnya sambil menatap tubuh gadis itu yang disarungkan pakaian ketat dan menjolok mata.

Ain agak terkejut.  Tidak disangka akan terserempak dengan Ferdaus dalam keadaan begini.

"Ferdaus, awak buat apa kat sini?"  Ain menarik kainnya yang singkat agar menutupi pehanya yang terdedah.

Ferdaus mengecilkan anak matanya.  "Saya yang tanya awak dulu," jawabnya mendatar.

"Saya...errr....saya.." Ain kematian kata-kata.  Dia menghela nafas panjang.

"Ferdaus, ikut saya sekejap.  Nanti saya terangkan" Entah mengapa Ain terasa malu tatkala berdepan dengan Ferdaus dalam keadaan begitu.  Otaknya kusut mencari 1001 alasan agar Ferdaus tidak tersalah anggap kepadanya.

Previous: BL-7
Next: BL-9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh