BL-6

"Errrr, nama saya Ferdaus.  Lupa nak perkenalkan diri saya hari tu"

"Ya.  Maafkan saya sekali lagi Firdaus.  Saya tak sengaja nak tumpahkan air sirap kat awak hari tu," jelas Ain malu-malu.

Ingatan Ain terimbau akan peristiwa minggu lepas apabila secara tidak sengaja kakinya terpelecok semasa memegang segelas air sirap. Kesudahannya, lelaki didepannya menjadi mangsa simbahan air sirap yang sejuk itu.  Di kantin yang ramai dan sesak dengan manusia, banyak sekali mata-mata yang memandang ke arahnya.  Akibat perasaan malu yang menebal, dia cuma sempat meminta maaf dengan tergesa-gesa lalu pergi dari situ.

Ferdaus didepannya tersenyum lagi.  Wajahnya manis dihiasi dengan sepasang lesung pipit di kiri dan kanan pipinya.  Kulitnya agak cerah bagi seorang lelaki, bermata agak sepet dan terdapat tahi lalat dihujung sebelah kiri matanya.

Ain seperti pernah melihat roman lelaki itu sebelum ini tetapi otaknya gagal untuk mengingatinya.

"Takpe, saya tau awak tak sengaja.  Boleh saya duduk?," tanya Ferdaus berbasa-basi.

"Silakan."

"Saya tak pasti Ain perasan ataupun tidak.  Sebenarnya kita satu kelas dalam subjek En. Rezal" Ferdaus menjelaskan sebaik saja melabuhkan punggungnya dikerusi yang bersebelahan dengan Ain.

"Oh, ye ke? Maaf, saya tak perasan"

"Saya selalu tengok awak dalam kela sebab saya duduk dibarisan hujung sekali ".

'Aikk...dia perhatikan aku ke?  Ketara sangat ke kelakuan aku ni?' bisik Ain didalam hati.

"Eh..jangan salah faham.  Saya perhatikan awak sebab nampak macam awak tak berapa faham dengan subjek yang diajarkan oleh En. Rezal.  Takde sebarang niat lain.  Hehehe."  Ferdaus menerangkan seakan tahu apa yang ada dibenaknya kini.

Ain menarik nafas lega.  Roman wajahnya dimaniskan.  Ingatkan si Ferdaus ada kelebihan telepati membaca isi hati orang lain.  Jauh betul lamunan Ain!

"Sebenarnya, saya memang kurang faham pun.  Balik kuliah saya terus ulangkaji balik subjek tu"  Ain terpaksa berbohong.

"Kalau Ain sudi, saya boleh ajarkan.  Tapi, terpulang pada Ain sendiri.  Saya tak paksa tau,"  ujarnya.

Pelawaan Ferdaus memang menarik.  Tampak keikhlasan yang terpancar di sepasang matanya yang bersinar-sinar.  Namun, Ain ada perancangan lain yang perlu diutamakan.

"Saya fikir dulu ye?  Nanti saya bagi jawapan.  Err...saya mintak diri dulu Ferdaus.  Dah lewat sangat ni.  Jumpa lagi okey?  Bye!"

Ain menyimpan segala barang-barangnya semula ke dalam beg sandang.  Ferdaus memerhatikan kelakuan Ain tanpa berkerdip.  Dia meminta diri sekali lagi dengan sopan lalu keluar dari perpustakaan tersebut ke tempat letak kereta bersebelahan bangunan.

"Ain Afzan...kita pasti berjumpa lagi" monolog Ferdaus.

Ferdaus mengerling jam di pergelangan tangannya.  Dia bangun dari tempat duduknya tadi lalu menyangkutkan beg sandangnya ke bahu.  Perlahan-lahan dia juga menapak keluar dari situ.

Tiba di rumah, ruang tamu meriah dengan semua penghuni di situ kecuali Una.  Dalila dan Sahara sedang leka menonton TV sambil mengunyah kerepek.  Nabila dan Mimi pula sibuk didapur menyediakan juadah makan malam mungkin.

"Hai, Ain.  Baru balik ke?," sapa Dalila atau si becok.

"Ya..kat library tadi."

"Malam ni makan ramai-ramai eh?  Kitaorang masak sikit.  Tapi lauk biasa-biasa je la" pelawa Dalila dengan matanya yang masih melekat di skrin TV.

"Masak?  Korang masak jugak eh?" tanya Ain teruja.

Ain pantang mendengar perkataan 'masak' kerana itu merupakan salah satu hobinya yang paling disukai.  Ain mengatur langkah ke dapur yang hanya beberapa meter dari situ.  Beg sandang diletakkan ke atas meja.

"Nabila, Mimi...masak apa tu?  Nak aku tolong?"

"Eh, ni giliran kami memasak.  Kau duduk je dengan diaorang tu kat sana" arah Nabila sambil memuncungkan mulutnya ke arah Dalila dan Sahara.

"Ala..takpe la.  Aku tolong korang je la.  Nak masak apa lagi ni?"

"Betul ni?  Tak susahkan kau?" soal Nabila bersungguh-sungguh.

"Betul!  Aku yang offer diri kan?"

"Okey.  Kalau macam tu kau tolong masak kari ayam, boleh?  Bahan-bahan semua dah siap tu.  Ayam pun kitaorang dah dibersihkan.  Rempah, bawang, cili semua dah ada"  terang Nabila panjang lebar.

Ain mengeluarkan satu periuk bersaiz sederhana besar dari kabinet dapur.  Kemudian, api dapur dinyalakan kecil dan minyak masak dituangkan sedikit.  Apabila minyak panas, dia memasukkan bawang, daun kari dan rempah empat sekawan ke dalam periuk.  Ketika bawang hampir garing dimasukkan pula rempah kari  sehingga masak. 

Setelah itu, ayam yang telah dibersihkan tadi digaul sebati dengan rempah tadi.  Begitu juga dengan beberapa potong ubi kentang.  Periuk ditutup seketika sehingga ayam tadi separuh empuk.  Beberapa minit kemudian, tudung periuk diangkat dan dimasukkan pula santan.  Setelah kuahnya menggelegak, Ain tidak lupa menambahkan perasa.

Nabila dan Mimi terlopong melihat kelincahan Ain didapur.  Sedangkan dia dari tadi terkial-kial melihat resepi kari ayam dari internet melalui telefon pintarnya.

"Wahhh...terer betul kau masak Ain.  Lepas ni boleh la kau ajar kitaorang pulak"  Bersungguh benar Nabila memberi cadangan.

"Ye la Ain.  Jeles aku tengok kau tadi.  Dah macam cef profesional dah!" giliran Mimi pula memuji.

"Takde la terer pun.  Korang saja je puji-puji aku sampai melambung kan?  Aku dah biasa masak untuk adik-adik.  Aku kan anak sulung" Ain berbohong lagi untuk entah yang keberapa kali saja hari ini.

"Errr...boleh kitaorang rasa tak kari ayam kau ni?"  Tangan Nabila telah memegang sudu.

"Rasa lah.  Kalau tak sedap kau buat la apa yang patut.  Hehehe."

Nabila mencicip kuah kari yang dititiskan di atas tapak tangannya.  Matanya terbeliak sambil memberikan isyarat bagus kepada Ain.  Ain hanya tersengih melihatkan gelagat teman-teman serumahnya itu.

"Aku dah siap masak.  Nak masuk bilik dulu mandi, solat lepas tu kita makan sama-sama okey?," kata Ain.

"Okey, kitaorang tunggu kau kat meja makan nanti ye?," balas Mimi.

Ain meluru ke biliknya untuk membersihkan diri.  Terasa melekit tubuhnya dengan peluh ketika berada didapur sebentar tadi.  Seperti dijangka,Una tiada di bilik mereka.  Tanpa membuang masa, Ain menyelesaikan urusannya dengan segera dan kembali mendapatkan teman-temannya di ruang tamu.

"Lekas Ain.  Kami semua ni dah kebulur.  Nak-nak pulak bau kari yang kau masak ni" panggil Dalila sambil menepuk-nepuk kerusi disebelahnya.

Ain menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Dalila.  Doa makan dibacakan terlebih dahulu dan mereka berempat berebut-rebut menyudukan lauk kari ayam ke dalam pinggan masing-masing. 

Ain tersengih melihatkan telatah mereka yang kadang-kadang agak melucukan baginya.  Ain menceduk sayur campur ke dalam pinggan.  Tanpa diduga, seketul kari ayam diletakkan oleh seseorang ke dalam pinggannya.

"Makan banyak sikit.  Kau pun kena gemuk sekali macam kitaorang.  Hahaha" seloroh Dalila.

"Terima kasih Lola"

Suasana dimeja makan sunyi sepi tidak seperti biasa.  Masing-masing memuji air tangan Ain yang sungguh luar biasa.  Naik segan Ain dibuatnya.

"Korang...Aku nak tanya sikit boleh?" Ain memulakan perbualan antara mereka.

"Apa dia Ain?  Serius je bunyinya?" tanya Nabila.

"Pasal Una.  Dia memang jarang lekat di rumah eh?  Aku bukan apa.  Selaku kawan sebilik dia nak jugak aku ambik tau hal dia sikit-sikit."

Semua yang ada disitu terdiam.  Keempat-empat mereka berpandangan antara satu sama lain.  Seketika kemudian Sahara menarik nafasnya dalam-dalam lalu dihembuskan perlahan.  Kelihatan begitu payah sekali baginya untuk memulakan kata-kata.

"Macam tu la Una.  Dah puas kitaorang pujuk dia.  Macam tu jugak la langsung tak mendengar kata.  Dulu dia tak macam tu.  Selepas dia ada masalah untuk jelaskan yuran pengajian, dia tiba-tiba berubah.  Pagi buta baru balik," kata Sahara.

"Kadang-kadang tak balik langsung!" sampuk Dalila pula.

"Kitaorang ni, selagi dia tak bawak balik jantan kitaorang tak kisah.  Sejak tu la kitaorang hidup berdasarkan falsafah 'Mind our own busines'," sambung Nabila.

"Kalau kau nak tau, Una tu dah jadi 'Top Queen' dalam laman web 'Dazzling Club Chicklists".

Ain tersentak.  Laman web 'Dazzling Club Chicklists'?  Serius benda-benda mengarut macam tu wujud?

"Errr...apa benda tu?," tanya Ain pura-pura tidak tahu.

"Cuba la kau bukak website tu.  Dalam tu ada carta gadis-gadis paling top sebagai 'escort girl' atau....ala, kau tengok la sendiri," jelas Dalila.

'Escort girl?  Mereka yang sementah ini telah menjadi escort girl??', desis hati Ain.

Sungguh dangkal pemikiran mereka memikirkan jalan singkat ke arah neraka jahanam demi wang dan harta benda yang hanya sementara.

"Dan kalau kau jadi pemegang takhta dalam list tu selama tiga kali berturut-turut, kau akan dibawa makan malam ke satu tempat istimewa dan romantik oleh pemilik Dazzling Club yang handsome lagi menawan, Aniq Haqimi" sambung Dalila sambil membuat riak muka teruja.

"Oi...oi Lola.  Agak-agak la reaksi kau tu. Geli geleman aku tengok.  Handsome tu memang la, tapi dia tu bapak ayam terbesar kat KL ni," tegur Sahara pula.

Dalila terkekeh-kekeh ketawa sehingga mengeluarkan air mata.

"Korang...cakap pasal Aniq Haqimi.  Korang nak tau satu gosip tak?" celah Nabila.

"Nak! Nak!" jawab kami serentak.

"Aku dapat tau dari kelas sebelah.  Mana-mana perempuan yang dating dengan Aniq Haqimi tu, akan hilang terus macam tu je!  Langsung tak dapat dikesan."

Semua yang ada disitu termasuk Ain ternganga. 

"Weh, betul ke ni?  Aku tak tau pun!" celah Dalila.

"Nama pun gosip.  Kesahihan gosip tu ada la dalam 50% betul."

"Agak-agak apa yang bapak ayam tu buat kat diaorang eh?  Jual kat Siam ke?  Mexico ke?," tanya Sahara dengan perasaan yang ingin tahunya yang membuak-buak.

"Entahlah.  Aku pun tak tau.  Silap-silap kena bunuh dengan kejam.  Organ diambil.  Eeee..!"

"Eeeeeeeii" jerit mereka serentak.

"Aku dah siap makan.  Aku masuk bilik dulu eh?  nak ulangkaji, esok ada test"  Mimi mencelah setelah sekian lama mendiamkan diri.

Mimi kelam kabut mengangkat pinggannya ke sinki.  Sebentar kemudian terdengar curahan air di sinki dapur dan Mimi terus meluru masuk ke dalam bilik.  Ain agak pelik dengan kelakuan Mimi seperti sedang cuba menyembunyikan sesuatu.

Usai menikmati makan malam dan membersihkan meja makan, mereka berborak seketika di ruang tamu disertai dengan gelak ketawa yang kuat.  Setengah jam kemudian, Ain meminta diri untuk beradu kerana penat.  Sebenarnya Ain mempunyai agendanya yang tersendiri.

Pintu biliknya ditutup rapat dan dikunci.  Ain membuka laptopnya dan memasuki enjin carian Google dan menaip perkataan 'Dazzling Club Chicklists'.  Beberapa saat kemudian terpapar laman web tersebut yang hanya mempunyai gambar tiara sahaja yang berpusing-pusing di atas timbunan wang.  Di atas sudut sebelah kanan, terdapat satu ruang berupa kotak kosong untuk diisi nombor kod tertentu oleh ahli eksklusif kelab berkenaan sahaja.

Ain mengeluh.  Mereka yang menjadi dalang disebalik sindiket ini bukan calang-calang ilmunya.  Ain mengetuk-ngetuk pensil ke meja memikirkan cara untuk memasuki laman web tersebut.

Otaknya berjaya mengingati sesuatu yang mungkin dapat membantunya di saat-saat genting seperti itu.  Dia menyelongkar beg tangannya yang tersusun di dalam almari untuk mencari sesuatu.  Ain bersorak kegembiraan apabila berjaya menemui apa yang dicarinya.

Seutas rantai perak yang mempunyai loket berbentuk tiara dibelek-belek.  Dia pasti mungkin terdapat sebarang nombor atau huruf atau simbol yang boleh dijadikan sebagai kod rahsia. 

Klikkk!

Loket berbentuk tiara tersebut rupanya ada klip tersembunyi yang boleh dibuka.  Mungkin terbuka tanpa sengaja ketika Ain sedang memeriksa rantainya itu. 

Rantai tersebut diberikan kepada pengunjung khas atau ahli ekslusif Dazzling Club sahaja.  Pengunjung wanita akan dihadiahkan rantai tersebut pada kali pertama memasuki kelab berkenaan.  Manakala bagi pengunjung lelaki pula, akan diberikan sebentuk cincin bercorak sama dan mereka perlu memakainya sepanjang masa berada di situ.

"Yess!"

Ain cuba menaip kod yang tertulis di papan besi perak tersebut.

"DC7T2F9K.  Enter..!"

Paparan sebenar laman web berkenaan akhirnya berjaya ditembusi.  Tetikus di tangan kanannya dihalakan ke senarai 'Dazzling Club Chicklist' disudut paling atas sebelah kiri.

Terbeliak mata Ain menyaksikan beberapa foto gadis-gadis muda yang mempamerkan aksi-aksi erotis dicarta tersebut.  Tepat seperti yang diperkatakan oleh Nabila,  nama Una terletak di carta paling atas dan digelarkan sebagai Top Queen bagi Dazzling Club Chicklist selama dua kali berturut-turut.  Maknanya, hanya sekali saja lagi Una perlu mengekalkan kejuaraannya untuk menikmati makan malam istimewa bersama Aniq Haqimi.

Nyawa Una juga mungkin diancam bahaya jika benar teori yang dinyatakan oleh Nabila.  Justeru itu, Ain perlu bertindak lebih agresif untuk menghalang gadis itu dari dilanda musibah!


Previous: BL-5
Next: BL-7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh