BL-10

"Awak nak bawak saya pergi mana ni?"

"Bawak awak ke syurga...hahahaha" jawab jejaka itu.

Ulas bibir Ain diketap geram.  Terasa dirinya dipermain-mainkan dengan jawapan yang diterima.

Ain masuk ke dalam kereta mewah berwarna putih sebaik saja dipelawa.  Enjin kereta dihidupkan membelah suasana malam yang dianggap syurga bagi sesetengah insan.

Bukkk..!

Sebiji penumbuk yang dikepal sejak tadi dihadiahkan ditulang rusuk kiri jejaka disebelahnya.

"Aduhh..!  Bisanya...badan je kecik.." adunya.

"Haa...lain kali tak payah nak peluk pinggang saya kuat-kuat sangat ye.  Tu ambik kesempatan nama dia" Ain memberi amaran bagaikan seekor singa kelaparan.

"Erkk..Puan Ain.  Nak berlakon kena la nampak real.  Baru menjadi.  Bukan sengaja pun.  Kalau saya pegang-pegang tu kira bonus la.  Hehehehe."

"Irfan!  Saya serius!"

"Ok..ok Puan.  Lepas ni saya tak buat lagi" janji Irfan. "Garangnya!" gumamnya.

Irfan merupakan anggota bawahan Ain yang turut sama terlibat dalam task force kes mereka.  Perubahan yang drastik ke atas Irfan membuatkan Ain hampir tidak dapat mengecam ahli pasukannya sendiri.

Setelah agak lama mendiamkan diri, Ain akhirnya bersuara.  "Dari tadi duk pusing-pusing awak nak bawak saya ke mana sebenarnya ni Irfan?"

"Tujuan saya pusing-pusing ni nak tengok sama ada kita diekori ataupun tidak.  Nampak gayanya kita selamat.  Takde sesiapa nak ekori kita.  Jadi saya akan bawak puan terus ke hotel" jelas Irfan.

Bukk!!

Sebuah lagi penumbuk dilepaskan kali ini mengenai bahu kiri Irfan.  Sehingga tertolak badanya ke sisi akibat hentaman tersebut.  Nasib baiklah stereng ditangannya dapat dikawal.

"Aduhhh...apa ni Puan?  Asyik kena tumbuk je saya ni.  Bila nak dapat kiss pulak?" usik Irfan seraya memuncungkan bibirnya ke arah Ain.

Melihat jelingan maut dari Ain, Irfan membuat isyarat mulutnya dizipkan sambil tersenyum.

Kereta yang dipandu Irfan diberhentikan didepan lobi Hotel Berjaya Times Square.  
"Irfan!  Kenapa bawak saya ke sini?  Saya ingatkan awak main-main tadi"  oktaf suaranya semakin naik.

"Err...kan saya dah cakap tadi nak bawak Puan ke hotel.  Ni la hotelnya" balas Irfan jujur.

"Awak nak ambik kesempatan eh?  Awak nak saya laporkan perbuatan awak kerana sex harrasment?" ugut Ain.

Reaksi Irfan mengundang syak wasangka Ain.  Irfan umpama seorang sex maniac dimatanya.

Kedua-dua belah tangannya cuba menutup bahagian dadanya yang agak terdedah ketika itu.  Irfan ketawa berdekah-dekah melihat telatah lucu pegawai atasannya yang menuduhnya membabi buta.

"Puan Ain Afzan..kita keluar dulu dari kereta ni.  Saya dah booking hotel untuk kita.  Apa-apa hal pun, biar kita bincang disana ye nanti."

Irfan menghulurkan kunci keretanya kepada valet disitu.  Sekali lagi pinggang Ain dirangkul lalu mereka berjalan beriringan untuk menaiki lif ke aras yang dituju.

Tingg!!

Pintu lif terbuka secara automatik menandakan mereka telah pun sampai di aras yang dimaksudkan.  Irfan masih lagi tidak melepaskan rangkulannya malahan memberikan senyuman nakal kepada Ain yang sedang terkulat-kulat.

"Shall we?" tanya Irfan sebaik saja mereka sampai dihadapan pintu bilik.

"Errr...awak je la masuk dulu" pinta Ain.  Dia ragu-ragu dengan rancangan Irfan walaupun dia sedar, tidak mungkin Irfan akan bertindak diluar batasan.  Mereka merupakan kakitangan yang amat profesional ketika menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan.

"Ladies first" balas Irfan dengan gaya ala-ala lelaki budiman.

"Eh..better gent first" dalih Ain lagi tidak mahu mengalah. 

"Ish...degil betul la.  Nasib baik lawa" bisik Irfan perlahan.

"Awak cakap apa tadi Irfan?  Macam mengumpat saya je"

"Mana ada.  Saya cari kunci pintu ni haa" bohong Irfan.

"Nampak sangat membongaknya" sindir Ain. 

Irfan hanya tersengih sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
Tombol pintu dipulas perlahan lalu lampu bilik dihidupkan.  Suasana dalam bilik bertukar menjadi terang benderang dalam sekelip mata.

"Taraaa...!!!"

"Tess..!  Kau buat apa kat sini?."

Terpacul kelibat seorang gadis cina disebalik pintu tandas yang menyergahnya secara tiba-tiba.

"Hahaha...cuak betul rupa kau tadi" pecah tawa Theresa.

Ain bertambah geram.  Sejak tadi dirinya dijadikan bahan oleh Irfan, kini giliran Theresa pula mempermainkannya.  Dia berjalan dengan kaki dihentakkan ke lantai lalu menghempaskan punggungnya di atas katil.

Irfan dan Theresa saling berpandangan.  Ada senyuman yang masih bersisa dihujung bibir masing-masing.

"Ingatkan dapat peluk cium dari kau.  Tapi dapat cuka masam pulak..hmmm" usik Theresa.

Ain duduk diatas katil sambil memeluk tubuhnya.  Pandangannya dihalakan ke arah tingkap yang terbuka luas menampakkan bangunan-bangunan pencakar langit yang menjadi mercu tanda bandaraya Kuala Lumpur.

"Ala....tak best la macam ni.  Kalau tak suka aku kat sini, aku balik dulu la.  Kau duduk dengan Irfan ok?."

Theresa berjauh hati melihat sikap berdiam diri sahabatnya itu.  Sangkanya, Ain akan gembira melihat dia berada disitu tetapi sebaliknya pula yang berlaku.

"Oiit...kau nak tinggalkan aku dengan mamat gatal ni ke Tess??  Aku nak ikut!  Aku tak nak tinggal berdua dengan dia.  Bahaya!  Mau nikah free aku" rayu Ain lantas mengekori jejak langkah Theresa yang sedang memegang timbol pintu.

"Amboi Pun Ain.  Sedap je kutuk-kutuk saya ye.  Saya dengar ni"

"Tapi memang betul kan.  Dari tadi awak duk peluk-peluk pinggang saya.  Tu, bijik mata tu.  Macam nak jatuh ke lantai," bebel Ain.

"Ye la.  Saya bukannya apa.  Sebelum ni tengok Puan asyik pakai jeans je.  Sekali sekala pakai macam ni baru nampak feminin.  Nampak lemah lembut.  Seksi.  Aummm..!."

Ain menjegilkan matanya.  Penumbuknya dikepal hanya tunggu dilepaskan kepada mangsanya saja.

Theresa sedari tadi sebagai penonton rimas dengan pertelingkahan mereka dua.

"Sudah!  Sudah!  Macam anjing dengan kucing korang ni"

"Uuu...Puan Tess dah mengamuk."  Ain menjuihkan bibirnya bagaikan budak kecil.  Kepalannya dileraikan.

'Nasib kau baik Irfan' desis hati Ain.  Theresa memegang bahu Ain agar menenangkan dirinya sebentar.  Nafad Ain turun naik menahan marah.  Irfan hanya berdiri ditempatnya sejak tadi.

"Kamu berdua duduk disini kejap" arah Theresa.  Mereka berdua mengambil tempat disofa masing-masing.

"Kamu berdua ni sedar tak sekarang ni kita sedang buat apa?"

Masing-masing mendiamkan diri.  Ain tertunduk memandang lantai dengan hujung ibu jarinya menguis-nguis permaidani berbulu merah.  Sementara Irfan pula seperti cicak yang tertelan kapur terkebil-kebil memandang Theresa.  Hati Therese membara.  Gelagat dua manusia didepannya begitu mencabar kesabarannya.

"Ain, aku tanya kau ni" suara Therrsa agak meninggi.

"Aku tau. Tapi si Irfan ni cuba ambik kesempatan ke atas aku!" Ain membentak dan jari telunjuk ditudingkan ke arah Irfan yang kelihatan selamba.

"Ain oii, kita ni tengah bertugas.  Takkan la dia nak jalan jauh-jauh dengan kau pulak!  Karang tak pasal-pasal terkantoi.  Ni pun Tuan Fakhrul dah bising-bising.  Kita lembab sangat dalam kes ni"

"Betul tu puan.  Saya cuma ikut arahan je.  Bukan sengaja atau suka-suka nak pegang-pegang puan sana-sini" Irfan pula menyampuk.

Kepala Ain masih ditundukkan memandang lantai.  Perlahan-lahan Ain ketawa mengekek-ngekek.  Semakin lama-semakin kuat.

"Errrr...Irfan.  Puan Ain ni kena sampuk ke?  Seram pulak aku" bisik Theresa kepada Irfan.

""En...entah la Puan Tess.  Sa..saya pun tak tau."

"Hahahahaha" semakin galak Ain ketawa sehingga badannya terhinggut-hinggut  mengikuti irama tawa yang kuat.

Wajah Theresa dan Irfan pucat lesi seperti mayat.  Mereka telah bersedia bila-bila masa saja untuk melarikan diri.

"Woii..korang ingat aku serius ke tadi" Ain menepuk belakang badan kedua-dua rakan mereka sehingga tersentak.

"Choiii...kau main-main dengan aku Ain.  Aku mati-mati ingat kau kena rasuk dengan hantu Una ke apa tadi" Theresa mengurut-ngurut dadanya yang berdetak kencang.

"Penakut jugak korang nih.  Hmm..kau datang jugak Tess.  Rindu betul aku kat kau" Ain memeluk batang tubuh Theresa sekemas mungkin.  Mereka seperti lupa ada seorang lagi manusia bersama mereka sejak tadi.

"Ehemmm" deheman Irfan menyedarkan mereka.

"Oppss, sorry Irfan. Hehehe," kata Ain.

"Ok.  Sekarang ni masa serius pulak.  Tak banyak aku dapat dari sana.  Arahan terkini dari Tuan Fakhrul aku terpaksa tembusi carta untuk dapatkan pas makan malam istimewa dengan susoek utama kita, Aniq Haqimi. Masalahnya, aku kena dapatkan pelanggan seramai mungkin dan bergaul dengan pengunjung-pengunjung lain juga" jelas Ain panjang lebar.

"Kehilangan gadis-gadis kolej sebelum ni memang ada kaitan dengan suspek utama kita iaitu Aniq Haqimi.  Dipercayai, sebaik saja mereka menghabiskan masa bersama, mangsa terus lesap tanpa khabar berita.  Jadi kita perlu bertindak cepat, sebab kemungkinan nasib yang sama akan menimpa Mimi a.k.a Bibiana" sambung Theresa berdasarkan maklumat yang telah mereka kumpulkan sebelum ini.

"Betul tu.  Mimi a.k.a Bibiana tu housemate aku.  Dia rapat dengan Wazir.  Dan, sekarang ni nama dia tersenarai di tangga kedua 'Dazzling Club Chicklist'.  Hanya satu tangga lagi yang akan melayakkan dia bertemu Aniq Haqimi secara peribadi" ulas Ain lagi.

"Jadi, Puan Ain kena berkerja keras untuk merangkul gelaran Top Queen bagi merungkaikan misteri kehilangan gadis-gadis sebelum ini" Irfan yang sejak tadi menjadi pendengar setia mencelah.

"Ye.  Betul tu.  Jadi Ain, kau jangan risau.  Kami akan lakukan sesuatu untuk pastikan kau dapat merangkul gelaran tu" jamin Theresa yang sedang merangka rancangan seterusnya.

"Emm..baiklah.  Kali ni kita akan bertindak cepat."

Selesai perbincangan mereka membawa haluan masing-masing.  Tepat jam 6 pagi, loceng jam berdering mengejutkan Ain dari lena hanya beberapa jam saja.  Kepalanya terasa pening dan berat kerana tidak cukup tidur.

Digagahi jua dirinya untuk mandi dan menghadirkan diri ke kelas seperti pelajar biasa.  Usai solat dan bersiap, Ain menapak ke dapur untuk membancuh kopi bagi menghindarkan kantuk yang masih bersisa.

Kepulan asap dari cawan berisi air kopi ditiup perlahan-lahan.  Aromanya saja sudah cukup menyegarkan apatah lagi jika dicicip airnya pula.

Klakk!

Bunyi tombol pintu dipulas menangkap gegendang telinga Ain yang sememangnya amat peka.  Disebalik pintu, keluar seorang gadis yang juga kelihatan mengantuk sama sepertinya.

"Good morning!," sapa Ain kepada Mimi.

Mimi berpaling ke arahnya sambil memberikan senyuman hambar.  Dia terus berlalu tanpa pamitan untuk ke kelas.

"Wahh..macam tu je ye" gumam Ain.  Minumannya habis diteguk lalu cawan dibawa ke sinki dan dibersihkan.  Dia mencapai beg galas di atas kerusi lalu disangkutkan ke bahu. 

Deruman enjin diperkarangan kolej silih berganti menandakan waktu puncak kedatangan para pelajarnya.  Ain mematikan enjin keretanya setelah diparkir diruang tempat kereta yang disediakan khas untuk para pelajar.

"Assalamualaikum..dah sarapan?" sapaan tersebut membuatkan Ain berpaling.  Satu senyuman manis dihadiahkan kepada pemilik lesung pipit yang berdiri disisinya kini.

"Sempat minum kopi je.  Lapar jugak ni" jawab Ain sambil membetulkan ikatan rambutnya yang longgar.  Tiba-tiba getah pengikat rambutnya terputus menyebabkan rambut panjangnya terurai.  Ain mengeluh perlahan.

Semerbak haruman rambut Ain menerpa deria bau Ferduas.  Bergetar juga nalurinya ketika itu.  Apatah lagi Ain kelihatan cantik apabila rambutnya dibiarkan lepas sebegitu.

"Cantiknya dia" gumam Ferdaus yang tidak berkerdip mengagumi keindahan makhluk ciptaanNya.  Lamunannya terhenti apabila Ain melambaikan tangannya didepan muka Ferdaus.

"Awak berangan eh?" duga Ain sambil tersengih.

"Err...ehemm..takdelah.  Apa kata pukul 10 nanti kita sarapan sama-sama.  Kelas seterusnya mula jam 11:30 kan?  Jadi sempat la kita makan dulu" ajak Ferdaus dengan hati yang berbunga-bunga.

"Okay.  Boleh jugak.  Ni pun perut dah start berbunyi.  Heheheh," jawab Ain dan mereka melangkah seiringan ke kelas.

"Oii Ferdaus!  Dari tadi aku tengok kau asyik berangan je.  Ingat awek ke?" tanya Ain sambil ketawa.

"Err...mana ada.  Saya takde kawan perempuan yang rapat sama macam kita berkawan ni."

"Dah tu?  Dari tadi aku cakap apa pun takde respon?  Ingatkan tengah angau" giat ain lagi.

"Angaukan awak," jawab Ferdaus perlahan.

"Uhukkk..! Uhukk..!  Apa awak cakap tadi?" Ain menyambut huluran tisu dari Ferdaus dan mengelap sisa semburannya dimeja.

"Hahaha...gurau je la.  Tu pun nak ambik serius"

"Fuhh...cara cakap tu macam serius.  Mau tak tersembur air saya"

"Kalau betul macam mana?" Ferdaus menanyakan soalan yang paling tidak disukai oleh Ain.

"Biar je la kita jadi kawan sampai akhir hayat.  Lebih baik begitu je kan?  Lagipun kita ni student je.  Kena fokus study lagi.  Mana nak kejar dating semua tu" panjang lebar jawapan Ain membuatkan hati Ferdaus sedikit hampa.

'Keras betul hati gadis ni' monolog Ferdaus.  Ain melarikan pandangan matanya dari terus ditikam oleh renungan tajam Ferdaus.

"Kalau ada lelaki yang sanggup terima segala kekurangan awak, macam mana?  Awak akan bagi peluang pada dia?"

"Ferdaus, tak perlu kot saya jawab soalan tu.  Cukup dengan penjelasan saya tadi"

"Please answer me, Ain.  Soalan je pun"

Desakan dari Ferdaus membuatkannya tidak selesa.  Apatah lagi kelakuan Ferdaus agak pelik sejak akhir-akhir ini.

"Kalau saya jawab, janji awak takkan tanya lagi soalan merepek ni?" Ain memberikan syarat.

Kepala Ferdaus dianggukkan sekali.  Ain menghela nafasnya dalam-dalam.  "Mungkin saya akan bagi peluang.  Saya cakap mungkin je la eh.  Sebab kadang-kadang percakapan tak seiring dengan perbuatan.  Bibir je boleh mengatakan ya, tapi dalam hati sukar untuk diselami.  Ok, saya dah jawab soalan awak.  Tolong pegang pada janji ye" Ain mengingatkan.

Jawapan yang keluar dari bibir Ain tidak seperti yang diharapkan.  Namun Ferdaus terpaksa akur.  Nasi lemak yang dikunyah terasa payah ditelan.  Kesat dan tawar, sedangkan seketika tadi cukup lazat dinikmatinya.

Ain mengerling jam dipergelangan tangannya.  Segera dia menghabiskan makanan dan minuman yang bersisa sebelum mengajak Ferdaus masuk ke kelas seterusnya.

Klakk..!

Tombol pintu bilik dipulas.  Ain tergamam melihat keadaan biliknya yang bersepah-sepah seperti dilanda badai.  Segala buku-buku yang tersusun dj rak bertaburan di atas lantai.  Laci meja ditarik keluar satu persatu.  Pintu almari juga tetbuk luas.  Kain baju yang terlipat kemas juga bertaburan ke lantai.

"Astaghfirullahaladzim..sape punya angkara la ni" Ain mengomel sendirian.  Untuk melemparkan tuduhan kepada penghuni-penghuni didalam rumah tersebut agak keterlaluan kerana dia tidak mempunyai bukti. 

Ain mula teringat akan sesuatu.  Dia memeriksa kotak-kotak yang dikirimkan oleh Theresa dibawah katil.  Ain tersandar disisi katil dan menarik nafas lega kerana kotak-kotak tersebut tidak langsung terusik.  Ain berteori, mungkin penceroboh tersebut hendak cepat.  Jadi dia tidak sempat untuk menyelongkar lebih lama. 

Pandangan Ain terjatuh kepada laci meja Una yang pernah diselongkarnya dahulu.  Terbuka!  Dia pantas memeriksa barang-barang yang tinggal.  Buku berkulit merah mengandungi business card yang disimpan kemas oleh Una telah hilang!  Ain sudah dapat meneka angkara siapa. 

Tetapi dia tiada bukti yang kukuh untuk  memberi kata putus.  Kit pemeriksaan cap jari dikeluarkan.  Ain mengambil sebanyak mungkin kesan cap jari yamg tertinggal.  Ianya akan dihantar ke makmal untuk diperiksa.

Bilik tersebut mengambil masa agak lama untuk dikemas.  Ain mengambil keputusan untuk tidak menghebohkan perkara tersebut.  Selesai membersihkan diri dan solat, Ain bersiap-siap untuk keluar.

📩 |6/9, 22:17|

'Assalamualaikum Ain, buat apa tu?  Nak buat study group tak malam ni?' - Ferdaus

📩 |6/9, 22:20|

'Waalaikumsalam.  Maaf Ferdaus.  Saya migrain ni, nak rehat je.  Lain kali k - Ain Afzan

📩 |6/9, 22:21|

'Emm..baiklah.  Rehat tau' - Ferdaus.

'Maafkan aku Ferdaus.  Terpaksa aku bohongi kau lagi' gumam Ain sambil memberikan perhatian kepada pemanduannya. 

Mata Ferdaus berkaca menyaksikan Ain yang kelihatan sihat walafiat memasuki keretanya.  "Sampai hati kau bohongi aku Ain," bisiknya perlahan.  Degupan jantungnya berlari lebih kencang.  Kulit mukanya panas berbahang menahan amarah yang terpendam.

Previous: BL-9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh