BL-2

"Ain, aku lapar la.  Boleh kau masakkan untuk aku? Please..." Theresa merengek manja sambil mengusap-ngusap perutnya.

"Oii, anak dara!  Janganlah malas sangat.  Macam-macam benda dah aku beli dalam peti ais tu.  Masak je la apa yang ada,"  jawab Ain sambil mencekak pinggang.

"Alaaa...kau masak lagi sedap.  Tolong la.. eh?"  Theresa berterusan memujuk Ain.  Bukan apa, air tangan Ain memang tiada tolok bandingannya.  Lebih-lebih lagi dia memang gemar masakan kampung orang melayu.

"Eeiii...nasib baik la kau kawan aku Tess.  Kalau tak memang bolayan dah"  Ain membuat aksi seakan ingin mencekik batang leher Theresa.

Tanpa membuang masa dia mengatur langkah ke arah dapur.  Segala isi didalam peti ais diselongkar untuk melihat stok makanan basah yang masih ada.

"Hmmmm...kepala ikan merah, udang dengan sayur.  Ahh, bedal je la."  Bahan-bahan tersebut lantas dibawa ke kabinet dapur untuk dibersihkan.

Ain menyiapkan makan malam mereka dengan tekun sendirian.  Bukannya Theresa tidak cuba memberikan bantuan,  tetapi ditegah oleh Ain sendiri.  Dia lebih senang menguasai dapur sendirian.

"Ohoii....apa yang ketung ketang ketung ketang kat dapur tu??  Kita belum nak perang lagi la," laung Theresa dari ruang tamu.   Dia tersengih menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik.

Ain dan Theresa bersama-sama menyewa sebuah rumah apartment tiga bilik  setelah mereka habis rekrut di Pulapol Air Hitam.  Kebetulan pula, mereka ditukarkan di tempat yang sama.  Jadi tiada masalah bagi mereka untuk tinggal berdua disitu.

"Aku masak dah cukup baik tau tak.  Komplen je tau"  Ain menjawab sambil membawa pinggan berisi lauk-pauk ke meja makan.

"Hah, tolong aku hidang makan malam ni.  Jangan naknjadi mem besar pulak" bidas Ain.  

"Ye la mak cik!"

Itu cara mereka bergurau senda.  Mungkin kedengaran agak kasar tetapi mereka sudah biasa begitu.  Apa yang dicakapkan tidaklah dimaksudkan sama sekali.  Tidak sekalipun mereka mengambil hati akan kata-kata yang diucapkan.

Theresa mencedok kari kepala ikan merah kedalam pinggannya lalu disuapkan kemulutnya.

"Emm, sedapnya!  Kau patut tukar kerja la Ain.  Jadi tukang masak pulak.  Hehehe"  Melambung pujian Theresa kepada sahabatnya.  Memang itu kenyataannya.  Ain memang seorang tukang masak yang hebat jika dirumah.  Terpejam-pejam matanya tatkala menikmati hidangan tersebut.

"Setakat masak makan sendiri boleh la.  Nak bagi orang makan memang tak la,"  kata Ain.  Dia memerhatikan saja gelagat Theresa yang agak gelojoh sambil menggeleng.  Air sirap dituang kedalam gelas lantas dihulurkan kepada Theresa kerana dia kelihatan seakan mahu tercekik.

Semua lauk-pauk telah licin dibedal mereka berdua.  Fizikal mereka saja kecil tetapi kedua-duanya boleh dikategorikan sebagai hantu makan.   Pantang ada restoran baru yang akan dibuka laju saja mereka berdua menyerbu.

"Wehh, aku dah mengantuk la.  Aku masuk tidur dulu ye.  Jumpa esok.  Good night"  Ucap  Ain lalu beredar kebiliknya.

"Good night too.  See you tomorrow bebeh."  Beberapa minit kemudian Theresa juga telah dibuai mimpi indah yang hanya dia saja yang tahu ke mana.

Jam 3:40 pagi..

Badan Ain berpeluh-peluh didalam selimutnya   walaupun alat penghawa dingin sedang terpasang disuhu minimum.

"Jangan!  Jangan!  Tidakkk!!  Tidak semena-mena Ain menjerit dalam tidur.

"Huhh..!  Huhhh..!  Huhh...!

Dadanya berombak kencang persis seorang pelari pecut.  Dia membuka kelopak mata dan mengamati keadaan sekeliling.  Hanya lampu tidur yang menerangi ruang bilik tersebut.

"Aku bermimpi rupanya"  

Begitulah Ain.  Sejak peristiwa hitam yang meragut kesucian dirinya terjadi,  hampir setiap malam dia akan mengigau ditengah-tengah malam buta.  Setelah itu dia akan duduk memeluk kedua-dua lututnya merintih dan menangis.

Ain bangun dari katil untuk mengambil wuduk.  Dia melakukan solat Tahajud sebelum menyambung tidurnya semula.


*****

"Puan Ain, Puan Fakhrul nak jumpa" panggil KPL Irfan.

 Hmmm, baiklah.  Terima kasih Irfan"

"Sama-sama Puan."

Ain berdiri dihadapan pintu yang tertera nama 'ACP Mohd. Fakhrul bin Alias'.    Dia menghela nafas panjang sebelum pintu tersebut diketuk.

Tok! Tok! Tok!

"Masuk" sahut Tuan Fakhrul dari dalam bilik.

Tombol pintu dipulas perlahan dan Tuan Fakhrul serta seorang lagi pegawai atasan yang tidak dikenalinya sedang duduk dikerusi tetamu.

"Insp. Ain Afzan.  Silakan duduk.  Ada beberapa perkara yang saya nak bincangkan."   Tegas nada suara Tuan Fakhrul ketika itu.  Kerusi ditarik lalu dia melabuhkan punggungnya disitu.

"Err...maafkan saya Tuan.  Kalau Tuan nak bincang tentang kes saya tengah siasat tu,  saya tiada sebarang progres lagi" jawab Ain jujur.

Tuan Fakhrul memandang pegawai polis didepannya.  Seketika kemudian mereka mengukirkan  senyuman dan kedua-duanya mengangguk beberapa kali.

"Jangan risau.  Bukan perkara tu yang saya maksudkan.  Ini tentang perkara lain.  Sebab tu saya panggil awak ke sini,"  jawab Tuan Fakhrul.

"Ohhh, macam tu.  Hal apa tu Tuan?"

"Macam ni Ain.  Kami telah mengadakan satu mesyuarat sulit dua hari lepas bersama beberapa orang pegawai atasan yang lainnya.  Ada satu kes pelacuran yang melibatkan para pelajar kolej dan universiti disekitar ibu negara yang sedang berluluasa sekarang ini.  Jadi kami telah memutuskan untuk menubuhkan satu task force khas bagi kes ini,"  jelas Tuan Fakhrul panjang lebar.

"Saya faham Tuan.  Tapi...apa kena mengenanya dengan saya?"  soal Ain tidak sabar.

"Awak dan beberapa orang pegawai serta anggota lain turut sama terlibat dalam task force berkenaan.  Jadi, awak telah dipilih sebagai 'watak utama' dalam siasatan kes ini" sambung pegawai disebelahnya pula.

"Maksud Tuan?"  Ain masih tidak faham.  Keningnya bertaut menanti jawapan seterusnya daripada mereka berdua.

"Maksudnya....awak perlu menyamar sebagai salah seorang pelajar kolej disitu dan menyiasat kes ini hingga ke akar umbi.  Perkara ini perlulah dirahsiakan.  Sindiket pelacuran para pelajar sekarang ini adalah  ditahap yang sangat membimbangkan.  Ada juga yang telah menjadi mangsa bunuh"  ulas Tuan Fakhrul pula.

"Bagi memastikan ianya berjalan lancar,  awak perlu melibatkan diri dengan mereka yang disyaki terlibat dengan sindiket"

"Saya akan menyamar sebagai pelajar kolej?  Bersikap dan berpakaian sama seperti mereka.  Begitu?"  Ain meminta kepastian.

" Ya. Pandai-pandai awak la buat apa yang patut.  Yang pasti saya mahu ianya berjalan lancar.  Awak juga perlu menghantar laporan kepada kami setiap hari.  Jangan risau, awak akan diawasi oleh orang-orang kita juga.  Keselamatan awak masih kami titiberatkan."

"Aduhh...bala! Bala!  Maknanya aku kena jadi perempuan sejati la ni?"  bisiknya dalam hati.

Ada beberapa perkara lain lagi yang turut dibincangkan oleh mereka bertiga.  Perbincangan diteruskan sehingga ke tengah hari.

" Aii, monyok je muka kau.  kenapa?  Kena 'tiau' ke?,"  tanya Theresa.

"Kau ni kan Tess..  Semua benda nak tahu kan?  Nanti balik rumah la aku cerita," jawab Ain lemah.

Kepalanya dihantukkan ke meja dengan perlahan.  Kalau kuat-kuat,  mahu pecah pula kepalanya nanti!

"Apa??  Kau serius?"  tanya Theresa yang sudah ketawa mengekek.

"Serius la.  Gila aku nak bantah.  Bos kot!,"  jawab Ain.

"Jap! Jap!  Aku nak bayangkan kau pakai high heels, bersolek dan bergincu...pehhhh!"  Bersungguh-sunguh Theresa membahankannya.

"Tess! Sudah-sudah la tu ooii.  Aku hempuk kau karang!"  Ain menggugut.  Sebuah kusyen kecil  sudah tersedia ditangannya.

"Okey..Okey.  Sorry Ain.  Hehehe."   Theresa cukup faham dengan apa yang bermain difikiran Ain ketika itu.  Untuk berubah menjadi orang lain bukannya sesuatu yang mudah.  Secara tiba-tiba mentol diatas kepalanya menyala.

"Ain, aku rasa kau perlu perunding imej ni,"  Theresa memberi cadangan.

"Tak nak la aku.  Nak kena keluar modal lagi untuk upah perunding imej bagai"  dengus Ain. 

Satu persatu butang siaran tivi ditekan untuk mencari siri kegemarannya.  Sudahnya dia menutup saja tivi tersebut kerana selalu menayangkan siaran yang sama.  Alat kawalan jauh dicampakkan ke sofa.

"Hmmm...kalau macam tu memandangkan hari pun masih awal lagi.  Apa kata kau ikut aku sekejap.  Jom!"  ajak Theresa lalu tangan Ain ditarik supaya menuruti langkahnya.

"Kita nak pergi mana ni?  Sabar la.  Aku nak ambik beg aku dulu"  marah Ain.

"Hehehe.  Sorry kawan."

"Kau nak bawak aku pergi mana ni?"  soal Ain apabila kereta Theresa dibelokkan ke jalan Bangsar.

"Mid Valley" Theresa menjawab sepatah.

" Untuk?"  tanya Ain lagi.

"Ala...nanti kau tau la.  Kau duduk je diam-diam.  Bising je macam mak nenek,"  balas Theresa.

" Ye la."

Theresa memarkir keretanya ditempat letak kereta yang disediakan sejurus memasuki bangunan Mid Valley.

"Hei, bangunlah!  Membuta pulak dia."   Sergahan Theresa mengejutkan Ain dari lenanya.

"Dah sampai ke?,"  tanya Ain sambil memerhatikan keadaan sekeliling.  Kelopak matanya digenyehkan beberapa kali.

"Eh, tak lah.  Kita dah nak balik dah."

" Tess.!"

"Dah sampai la tuan puteri oi,"  jawab Theresa geram.

Mereka beriringan memasuki gedung membeli belah terkemuka tersebut.  Kelihatan orang ramai turut berpusu-pusu membuat hal masing-masing.  Hari minggu sememangnya hari untuk melepaskan tekanan setelah lima hari berkerja.  Theresa memasuki sebuah butik pakaian wanita dan memilih beberapa jenis pakaian gaya terkini.  Kemudian,  baju-baju tersebut diletakkan ke atas kaunter dan dibayar.  Ain terkebil-kebil melihat kelakuan Theresa.

Kini Theresa mengheret Ain ke kedai kasut wanita pula.

"Kau cuba kasut ni,"  arah Theresa tanpa memandang wajah Ain.

"Tak nak lah!" Dalih Ain.

"Aku kata cuba tu...cuba la"  Theresa menjegilkan matanya.

" Hmmm ketat"

"Dik!  Bagi saiz besar sikit kat minah ni"  kata Theresa kepada pembantu kedai berkenaan.

" Cuba"  arah Theresa sekali lagi.

Ain membuat muka bosan.

"Aku cakap cuba!" 

Jelingan maut Theresa membuatkan Ain kecut perut.

"Mu...muat Tess...aku suka! Aku suka!  Beli eh??" rayu Ain.

Theresa turut memilih beberapa pasang kasut yang lain pula.  Semuanya diborong habis seperti sedang membuat persiapan hari raya pula.

"Lama lagi ke Tess?  Aku penat la"  rungut Ain sambil mengurut-ngurut kakinya.  Gila tak penat.  Dia diheret kesana kemari oleh Theresa yang dilihat penuh semangat.

"Kita pergi satu tempat lagi.  Aku janji ni yang terakhir.  Lepas tu kita pergi makan then balik,",  jawab Theresa.  Matanya dililaukan kesana sini.

'SASA MAKE UP'

"Ohhh tidak!!  Aku tak mau masuk ke sini!"  Dengan pantas Ain ingin melarikan diri dari situ.

" Oh yess....nak atau tau tak aku nak paksa kau jugak!" Theresa menarik kolar baju Ain dari arah belakang.  Terencat langkah Ain yang baru saja hendak beredar dari situ.

Theresa memilih beberapa batang gincu berlainan warna,  maskara,  eyeshadow pallete,  dan blusher.   Tak ketinggalan beberapa jenis berus yang berlainan bentuk dan rupa lalu diletakkan ke dalam bakul kecil dan seterusnya dibayar oleh Theresa dikaunter.

"Ok dah.  Jom balik!" ajak Theresa.

" Akhirnya....,"  balas Ain lega.

Setelah menikmati makan malam disebuah restoran di Mid Valley,  mereka berdua bergerak pulang ke apartment sewa mereka.

"Ugh!  Penatnya!"  Ain menghempaskan tubuhnya ke sofa.

" Ain, sini la"  Theresa menggamit Ain yang sedang berehat diruang tamu.

"Apa lagi ni Tess?"

"Sini la mek..!"

Ain melangkah longlai ke bilik Theresa.

"Aku nak kau cuba semua baju ni."

Theresa menunjukkan ke arah pakaian yang tersususun di atas katilnya.

"Are you serious?,"  tanya Ain yang tadinya mengantuk kembali segar bugar.

Yes,  I am,"  balas Theresa. "Tapi sebelum tu..."

Theresa meletakkan iPodnya di atas meja.  Beberapa saat kemudian lagu 'Pretty Woman' dari Roy Orbison berkumandang.

'Pretty woman, walkin' down the street
Pretty woman the kind I like to meet
Pretty woman I don't believe you, you're not the truth

No one could look as good as you, mercy
Pretty woman won't you pardon me
Pretty woman I couldn't help but see
Pretty woman that you look lovely as can be
Are you lonely just like me'

"Kasi kau semangat sikit,"  kata Theresa.

Theresa melenggok-lenggokkan gerak badanya mengikut irama lagu.

"Agak-agak la Tess!"

Sehelai demi sehelai pakaian yang baru dibeli digayakan oleh Ain dihadapan cermin.  Adakalanya Theresa terpegun dengan kesesuaian pakaian yang diperagakan oleh sahabatnya itu.

" Okey, kau pakai dengan kasut ni pulak".

Ain menuruti saja kehendak Theresa.  Beberapa kali juga Ain hampir tersungkur kerana tidak dapat mengimbangkan diri dengan kasut tumit tinggi tersebut.  Tidak lama kemudian Ain dapat mengikut rentak yang sesuai,  Ain mula membuat gaya berjalan persis seorang model terkenal!

"Budak-budak kolej zaman sekarang semuanya pandai make up.  Aku tau kau tak suka dan tak pernah calit apa-apa warna kat muka kau tu.  Tetapi, kau kena belajar jugak cara-cara bersolek dengan betul untuk kelihatan cantik dan meyakinkan.  Perhatikan apa aku buat ni,  okey?"

Ain duduk didepan cermin solek.  Setiap satu alat solek diperkenalkan kepada Ain dengan penggunaan berus yang berbeza.

" Leceh la"

"Eiii,  rimas!"

"Apa benda yang melekit ni?"  Theresa diasak soalan daripada Ain yang dilihat langsung tidak mengenali jenis alat-alat solek berkenaan.

"Diam.  Sikit lagi nak siap," jawab Theresa.

Theresa melihat wajah Ain yang siap ditata rias oleh tangannya tanpa berkedip.

 "Hello!  Tak payah nak terkejut sangat la!"  Ain tidak selesa diperhatikan begitu.

Theresa memusingkan kerusi soleknya ke hadapan cermin.  Dia menyuruh Ain melihat perubahannya sendiri dicermin itu.

"Look at you girl!  You look so different babe!"  puji Theresa.

"Ni minah mana pulak ni?  Macam pelakon opera cina je ni"  Ain bertanya kerana tidak menyedari biasan wajahnya sendiri dicermin.

"Kau la tu minah!  Haishh"  marah Theresa.

"Tess...kau tanggalkan topeng muka aku sekarang ni sekarang.  Aku tak mahu la.  Macam pelik je."  Ain menilik-nilik mukanya sendiri.

"Penat-penat aku solekkan kau,  kau suruh aku bersihkan?!  Huhh!"  Theresa berkecil hati.  Segala penat lelahnya untuk membantu rakannya itu hanya dianggap perbuatan yang sia-sia.

Ain memarahi dirinya sendiri kerana celupar.

"Maafkan aku Tess.  Aku tak maksudkan macam tu.  Aku memang tak biasa.  Tapi demi kau, aku akan cuba untuk biasakan diri.  Kau bantu aku ye?"  Ain berkata seakan memujuk.

" Hmmm...tau takut!  Kau cantik sangat sebenarnya.  Tapi kau yang tak serlahkan diri kau sendiri,"  Theresa membalas dengan nada kesal.

"Sebab bukan semua ni yang aku cari Tess.  Aku ada cara aku sendiri," jawab Ain perlahan.

"Ye la, aku maafkan kau.  Meh sini nak peluk!"  Theresa mendepangkan kedua-dua tangamnya. 

Ain memeluk rakannya itu erat.

"Terima kasih Tess.  Terima kasih untuk semua ni"  Sebak Ain menuturkan ayat tersebut.

"Sama-sama...tapi bukan  free tau.  Kau kena masak untuk aku"  seloroh Theresa.

"Untuk kau Tess, masak biawak pun aku sanggup,"  gurau Ain.

" Ewwwww.!"

*****

Ain dan Theresa hadir ke tempat kerja seperti biasa pada pagi itu.  Theresa terlebih dahulu keluar dari keretanya diikuti oleh Ain.

"Feeewiitt!"

"Wowww!"

"Wehhhh,  ada orang baru la!"

Suara-suara nakal singgah dicuping telinga Ain.  Tiada siapa yang dapat mengecam perubahan drastik terhadap dirinya.  Dia dan Theresa berjalan beriringan ke pejabat.  Semua pekerja lelaki berpusu-pusu ke cermin tingkap untuk melihat dari dekat gadis jelita tersebut. 

Jeans low cut digayakan dengan kemeja ketat.  Rambut panjang dibiarkan mengurai begitu saja.  Solekan tipis dan tidak keterlaluan menyerlahkan kecantikan asli gadis itu.

"Puan Tess, siapa tu?  Cantik la.  Kawan Puan Tess ke?"  soal Irfan bertubi-tubi.

Theresa mengukir senyuman sumbing ke arah mereka semua.

"Siapa? Tu ke?"  tanya Theresa kembali sambil jari telunjukknya diluruskan ke arah Ain.

Kepala Irfan dianggukkan.

"Kamu ni.  Tu kan Puan Ain Afzan.  Tu pun tak kenal?"  Theresa tersengih melihat gelagat mereka semua.

"Apa?  Puan Ain?"  Irfan dan kakitangan yang lain seakan tidak percaya dengan perubahan Ain yang berlaku dalam sekelip mata.  Sebelum ini Ain hanya dipandang sebelah mata.   Ada kalanya dipandang sinis dengan penampilan kasar yang ditonjolkan olehnya.

"Sudah!  Buat kerja masing-masing.  Dah macam lalat hurung makanan je kamu ni,"  Ain menjerkah.  Ternyata sifat aslinya masih lagi tidak berubah.   Semua kakitangan yang menyibuk tadi bergegas ke meja masing-masing.














Previous: BL-1
Next: BL-3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh