BL-16

Enjin kereta dimatikan sebaik sahaja terhenti dibawah satu pohon rendang yang berjuntaian dengan dedaun duit-duit.  Suasana yang gelap dan hanya diterangi oleh lampu kereta menerangi kawasan disebuah rumah lama yang telah lama terbiar tanpa penghuni.

Ain masih lagi tidak sedarkan diri ekoran kesan ubat tidur yang telah dimasukkan kedalam minumannya.  Ferdaus menapak ke arah rumah kosong tersebut lalu suis lampu dipetik.  Dia nekad membawa Ain ke situ kerana kawasan tersebut amat jauh daripada perumahan yang lain.  Sementelah, ianya merupakan tempat dia membesar suatu ketika dahulu sebelum terpaksa berpindah.

Bunyian unggas menghiasi suasana malam.  Tubuh Ain dicempung kedalam sebuah bilik.  Ain didudukkan diatas sebuah bangku kayu yang terletak diruang tengah bilik tersebut sejak sekian lama.  Tangan gadis itu diikat kebelakang dengan kemas.  Begitu juga dengan kedua-dua belah kaki.  Manakala mulutnya pula dtutup dengan pita pelekat. 

Rambut panjang Ain yang tidak diikat terurai menutupi sebahagian wajahnya.  Ferdaus menghidu wangian rambut itu dalam-dalam sebelum menyelitkannya dicuping telinga gadis malang itu.  Sebuah kucupan hinggap didahi Ain lama.  Pipinya juga diusap-usap perlahan.

"Maafkan aku Ain.  Ini habuan yang kau kena terima kerana kedegilan kau sendiri" bisiknya ditelinga Ain yang masih kaku.

Ferdaus menyelimuti tubuh Ain dengan sehelai kain baldu berwarna biru laut.  Lokasi rumah tersebut berdekatan dengan bukit dan hutan.  Justeru itu kedinginan yang dirasai amat luar biasa.  Ferdaus terbaring diatas katil sambil memanggung kepalanya dengan kedua-dua belah tangan.  Pandangannya masih melekat kepada wajah bujur sirih yang terlentok kesisi.

Dia bersiul-siul kecil menyanyikan lagu 'The Reason' daripada kumpulan 'Hoobastank'.  Kelopak matanya semakin mengecil dan siulannya beralih sumbang.  Akhirnya dia terlena akibat kepenatan tambahan pula dirinya kurang sihat.

Cahaya matahari yang dipancarkan melalui jendela menerangi ruang bilik kecil itu.  Ferdaus masih lena dikatil empuk berbau hapak akibat lama ditinggalkan.   Kelopak mata Ain bergerak-gerak apabila cahaya tersebut menyuluh kewajahnya.  Bahang cahaya pagi menyedarkan gadis itu agar kembali ke dunia nyata.

Kelopak mata yang berat dibuka perlahan-lahan.  Kepalanya diangkat dan dahinya berkerut melihat keadaan sekeliling.  Otaknya cuba mencerna diamanakah dia berada kini.  Seketika kemudian, pergerakannya dirasakan terhad.  Malah dia duduk diatas sebuah kerusi dengan kaki dan tangannya diikat kemas.  Mulutnya pula dilekatkan dengan pita. 

Sedikit demi sedikit dia cuba mengingati peristiwa yang telah terjadi semalam.  Pertemuannya dengan Ferdaus.  Dia membawa Ferdaus ke klinik dan langsung tidak sedarkan diri sebaik saja dia meneguk minuman yang diberikan oleh Ferdaus.

'Kurang ajar kau Ferdaus!!' jeritannya tidak terluah dibibir.

Walaupun masih kurang pasti, tetapi hanya Ferdaus yang bersama dengannya semalam sebelum dia dipengsankan.  Ain sebal.  Bertimpa- timpa pula masalah yang dihadapinya kini.  Ikatan ditangannya yang cuba dilonggarkan. Ternyata perbuatannya hanya sia-sia kerana ikatan tersebut terlalu ketat!
Dengkuran Ferdaus yang kuat secara tiba-tiba membuatkan Ain tersentak.

Bermakna dia tidak sendirian disitu. Pandangannya mengitari ke segenap ruang bilik dan matanya membulat tatkala melihat jasad seirang lelaki yang sedang terbaring diatas katil tidak jauh dari tempat duduknya sekarang ini.  Wajahnya terlindung dan sukar dicam.  Ain diserang dengan satu perasaan marah yang membuak-buak.  Mujurlah dia tidak diapa-apakan apatah lagi pakaiannya masih kemas tersarung dibadan.

Ain cuba berfikir secara waras. Mencari peluang dan kemungkinan untuk dia melepaskan diri dalam apa jua cara sekalipun. Tiba-tiba tubuh lelaki misteri itumula bergerak-gerak.  Walaupun tidak 100% yakin, sebahagian kata hati Ain kuat mengatakan bahawa lelaki tersebut adalah Ferdaus dan telahpun menculiknya!

Ferdaus akhirnya tersedar.  Sebaik saja terpandangkan susuk tubuh yang terikat didepannya, dia bangun dan duduk dibirai katil.  Sesekali dia menguap sambil menutup mulut.  Wajah gadis pujaannya ditatap dengan sekelumit senyuman sinis.  Dia berdiri dan menapak ke arah Ain yang terpancar amarahmya melalui sinar mata gadis itu.  Wajahnya didekatkan beberapa inci dengan wajah Ain.

"Selamat pagi sayangku" jemarinya membelai-belai rambut halus milik Ain.

Apakan daya segala anggota badannya diikat.  Jika tidak, sudah pasti Ferdaus telah menjadi habuan belasahannya bertubi-tubi.

"Mesti awak tertanya-tanya kan kenapa saya bawak awak ke sini?" Ferdaus mundar-mandir mengelilingi Ain.

Tiada sebarang suara daripada Ain.

"Ohh...lupa.  Bibir awak yang cantik tu dah kena tutup.  Hahahaha.." ketawa nyaring Ferdaus meletus.

Ain keliru dengan perwatakan Ferdaus sekarang.  Berlainan sekali dengan Ferdaus yang dikenalinya selama ini.  Satu sisi, Ferdaus merupakan seorang lelaki budiman serta sahabat yang baik.  Satu sisi lagi merupakan sisi gelap persis dua manusia berbeza didalam satu jasad.  Seakan memahami isi hati Ain, Ferdaus duduk bertinggung dihadapannya sambil menyentuh kedua-dua belah lutut wanita itu.

"Pelik?  Hahahaha.  Aku Ferdaus.  Kawan kau.  Aku dah nasihatkan kau dulu jangan terlibat dengan benda-benda bodoh dan tak bermoral.  Tapi apa kau buat?  Kau degil??!!  Kau tak hiraukan amaran aku!!" herdikan Ferdaus langsung tidak membuatkan Ain gentar.  Malahan perasaan marah dan bencinya yang datang datang silih berganti.

Ferdaus berdiri.  Dia berjalan mundar mandir sambil menarik-narik rambutnya.  Dengusan nafasnya kencang. Cuping telinganya bertukar merah.  Ain cuba untuk mengatakan sesuatu tetapi mulutnya pula ditutup.  Jelas sekali Ferdaus sedang mengalami gangguan emosi.

"Kau degil Ain..!  Kau degil!" ulangnya berkali-kali sambil menuding jari telunjuknya ke arah gadis itu.

Bebola matanya melilau kesana sini tanpa arah.  Sekejap dia duduk.  Sekejap pula berdiri.  Keadaan Ferdaus teramatlah kusut.  Baju yang dipakainya telah lencun dibasahi oleh peluhnya sendiri.  Bibirnya terkumat-kamit seperti sedang mengatakan sesuatu.  Tetapi langsung tidak didengari butirannya.  Tubuhnya digoyangkan kedepan dan kebelakang beberapa kali.  Wajahnya diraupkan berkali-kali.

Tanda-tanda psikosis jelas dialami oleh Ferdaus.  Dia kelihatan gelisah dan keliru tanpa sebab.  Tidak semena-mena, lontaran pandangan yang sukar dimengertikan oleh Ferdaus menikam-nikam anak mata gadis itu.  Sepantas kilat mendorong Ferdaus bertindak lebih agresif.  Dia meluru kearah Ain yang kaku dikerusi lalu merentap rambutnya kebelakang.

Menitis air mata gadis itu lantaran menahan keperitan yang dialaminya.  Kepalanya turut terdorong ke belakang dan wajahnya ditatap dalam-dalam oleh Ferdaus.

"Ain Afzan.  Susah sangat ke kau nak dengar cakap aku?  Jalan hitam tu jugak yang kau ikut!" rentapan tersebut dilepaskan dengan kasar.

"Apa yang kau nak sebenarnya perempuan??!!  Kau suka sangat ye dikelilingi jantan-jantan keparat yang hanya pergunakan kau demi nafsu??"

Sekali lagi Ferdaus menghampiri tubuh kaku Ain.  Pipi mulus gadis malang itu disepak berkali kali sehingga berbekas warna kemerah-merahan.  Ain hanya mampu memejamkan matanya rapat-rapat dan menerima apa saja kelakuan Ferdaus terhadapnya.  Walau bagaimanapun, tubuhnya meronta-ronta mengharapkan satu keajaiban agar dirinya dapat terlepas dari cengkaman lelaki kurang waras itu.

*********

Sementara itu, rakan setugas Ain iaitu Irfan telah melaporkan kehilangan pegawainya kepada pihak atasan.  Ain gagal dikesan dan tidak muncul sebagaimana yang sepatutnya mengikut perancangan.  Segala unit operasi dikerah untuk mengesan kehilangan pegawai terbabit termasuklah sahabat baiknya Theresa.

"Puan Ain ada cakap apa-apa tak sebel dia hilang?" Soal Theresa.

"Takde Puan Tess.  Puan Ain macam biasa.  Komited dengan kerjanya dan kami memang mengikut perancangan yang diberikan.  Malam semalam, sepatutnya kami ke Dazzling Club.  Tetapi kelibat Puan Ain langsung tak kelihatan.  Telefon pun memanjang masuk voice mail" jelas Irfan.

Tuan Fakhruk yang hanya menjadi pendengar merenung jauh sambil memikirkan sesuatu.  Seketika kemudian dia bersuara.

"Saya rasa kehilangan Puan Ain tiada kena mengena dengan pemilik kelab Dazzling tu iaitu Aniq Haqimi.  Unit kita telah melaporkan suspek berada di kelab pada masa Insp. Ain Afzan hilang.  Ini bermakna, ada seseirang yang telah menggunakan alasan peribadi untuk menculik dia."

Theresa yang sejak tadi tertunduk memandang meja kemudiannya mendongak.

"Saya akan mengarahkan unit kita untuk menyiasat rakan-rakan terdekat Puan Ain.  Mungkin salah seorang daripada mereka boleh dikaitakan dengan kehilangan ni" ujarnya.

"Baiklah.  Lakukan apa yang sepatutnya.  Ingat, jika ada sebarang berita terkini maklumkan kepada saya segera" pesan Tuan Fahkrul. 

Setelah jelas dengan tugasan masing-masing, mereka semuanya beredar.  Lagi cepat mereka bertindak, lagi cepat Ain akan ditemui.

**********

Pap..!  Pap...!! Pap.!!

Pipi kiri Ain disepak beberapa kali.  Rambut panjangnya kusut akibat direntap dan wajahnya yang dipukul.  Cecair merah mengalir disudut bibirnya.  Tenaga jantan Ferdaus yang semakin menggila menyerangnya bertubi-tubi membuatkan pandangan Ain berpinar-pinar dan gelap.  Perlahan-lahan kelopak matanya terkatup.  Sekali lagi Ain tidak sedarkan diri. 

"Kau pengsan pulak perempuan!  Bangun!  Aku cakap bangun!!  Bodohhhhh..!!" gemaan lantang suara Ferdaus memenuhi segenap penjuru bilik.  Tubuh Ain digongcang kuat.

Ferdaus menapak keluar untuk mengambil sesuatu.  Beberapa minit kemudian dia masuk semula kedalam bilik dengan sebaldi air.  Tubuh Ain dipandang sekilas lalu air didalam baldi disimbah kearah gadis tersebut.  Ain tercungap-cungap mencari oksigen kerana lemas.  Pipi dan bibirnya terasa pedih kerana terkena air.

"Hahahahaa..bangun jugak kau akhirnya kan?"

Ferdaus menarik dengan kuat pita pelekat yang menutup ulas bibir gadis itu dengan kasar.  Ain menyeringai kesakitan. 

"Kenapa awak culik saya Ferdaus?  Apa salah saya??" Ain menyoal sahabatnya.  Masih boleh dianggap sahabat lagikah?

"Kau tanya kenapa?  Kau masih tanya aku kenapa??" Ferdaus menengking.

"Lepaskan saya Ferdaus.  Apa pun jua masalah kita boleh berbincang dengan baik."

"Huhh..berbincang?  Aku dah pernah cakap dengan kau elok-elok dulu tapi kau tak ambik peduli.  Perbincangan ditutup Ain Afzan!  Sekarang ni kau terima la padahnya kerana tak dengar cakap aku" melengking ketawa Ferdaus dan menyakitkan telinga Ain.

"Jangan macam ni. Awak kan kawan baik saya.  Lepaskan saya dulu.  Saya janji takkan bagitau sesiapa akan hal ni.  Kita bincang lepas tu kita selesaikan masalah.  Macm tu lebih baik kan?" Ain berdiplomasi.  Dia sedar, tiada guna dia berkeras diwaktu begini. 

Ferdaus yang membelakanginya berpaling. Lontaran seakan mengejek diberikan.

"Kau ingat aku bodoh??  Hey..aku bukan budak-budak hingusan yang senang kau gula-gulakan.  Aku sayang kau Ain.  Sayang sangat.  Dari dulu lagi aku sukakan kau.  Tapi...sayang aku tak pernah bersambut.  Salam perkenalan aku pun kau tak sudi."

Ferdaus memandang lantai.  Ingatannya terimbau akan kisah lampau berbelas tahun lepas.  Hatinya remuk tatkala melihat jari jari kecil milik Ain yang telah merenyukkan surat pekenalannya lalu ditongsampahkan.  Jijik sangatkah dirinya sehingga langsung tidak diberi ruang dan peluang untuk bersemuka dan berbicara?  Mulai detik itu dia menyimpan dendam.  Ain mesti diajar kerana kebiadapannya.  Senyuman jahat terukir diulas bibirnya. 

Ain kekeliruan.  Bicara Ferdaus seolah-olah telah mengenalinya sejak dulu lagi.  Sedangkan mereka baru saja mengenali antara satu sama lain pada awal semester lalu.  Otaknya dikerah untuk berfikir.  Saraf-saraf otak menerawang beberapa tahun kebelakang.  Bagaikan terkena renjatan, Ain akhirnya berjaya mengingati momen yang diceritakan Ferdaus.

Surat misteri yang bertanda 'FH' sebagai tanda perkenalan dibuang tanpa rasa bersalah.  Sangkaannya meleset.  Surat tersebut ditulis oleh Ferdaus sendiri.  Barulah dia mengerti akan kata-kata Ferdaus sebentar tadi.

"Ferdaus" panggil Ain.

"Saya minta maaf.  Saya ingatkan kawan-kawan saya yang cuba permainkan saya.  Kalau saya tahu itu adalah awak, sumpah saya akan cuba mengenali diri awak."

Ferdaus diam seribu bahasa.

"Lagipun, masa tu kita masing-masing belum cukup matang.  Masih mentah dalam banyak perkara.  Maafkan saya ye.  Kita buka buku baru.  Saya akan jadi kawan awak mulai hari ini" Ain masih memujuk Ferdaus yang menekur lantai.

"Dah terlambat Ain.  Awak pun dah terima hukuman dulu.  Hahahaha"

Ain berteka-teki.  Hukuman?  Apakah maksud Ferdaus? 

"A..apa maksud awak Ferdaus?"

"Heh, kau tanya lagi kan?  Kau sendiri pun tau.  Buat-buat tak tau pulak kau ni.  Tu la.  Kau sombong sangat.  Kau tak hiraukan aku.  Kan dah kena.  Hahahaha."

"Saya betul-betul tak faham ni" Ain berkata lagi. 

"Kau masih ingat lagi tak?  Dulu, ada seorang lelaki ni culik kau.  Macam sekarang ni jugak la.  Bezanya masa tu kau tak melawan.  Kau biarkan aku buat apa saja pada tubuh badan kau.  Hahahaha."

Ain tersentak.  Jika peristiwa celaka itulah yang dimaksudkan oleh Ferdaus, ternyata doanya dimakbulkan.  Perenggut kehormatannya berada tepat didepannya.

"Tak guna!!  Lelaki sial!!  Kaulah syaitan tu?!!" Ain menjerit teresak-esak.

Airmatanya merembes kepipi.  Laju bagaikan air hujan.  Dadanya sakit apabila mengetahui segala kebenaran.  Sahabat yang disangkanya ikhlas cuma berpura-pura selama ini.

"Ye sayang.  Akulah lelaki sial tu.  Macam mana? Best tak?  Aku sebenarnya dah rancang nak tebus kesalahan aku dulu.  Sebab tu aku rapatkan diri dengan kau.  Kau langsung tak cam aku kan??  Hahahaha...Ain..Ain.  Tak sangka kau sanggup jadi perempuan murahan.  Menjaja maruah diri sana sini.  Bertukar-tukar lelaki.  Tapi akulah yang paling bertuah.  Sebab aku yang pertama.  Hahahaha."

"Phuihhh..!!"  ludahan Ain mengenai tepat kehidung mancung Ferdaus. 

Liur tersebut dikesat.  Malahan perlakuan tersebut telah menimbulkan kemarahan yang semakan marak menyala didalam dirinya.

"Kau tak serik lagi ni.  Kau tunggu.  Aku akan ajar kau!"

Pangggg..!!

Sebuah tamparan kuat hinggap kepipi kanan gadis tersebut.   Terasa pijar pipinya namun hatinya lebih sakit dari itu.

Ferdaus kembali dengan menyarung topeng hitam dikepalanya.  Sebilah belati bergerigi diacukan dirusuk kiri gadis malang tersebut.  Jika dihunus, pastinya nyawanya melayang disitu juga

"Kau ingat lagi rupa ni?  Pisau ni?" soal Ferdaus yang semakin tidak siuman.

"Arghhhhh...!!!  Hentikan!!  Hentikan semuanya!!"  Bergaung jeritan Ain.

Tidak sanggup lagi untuk mengingati titik hitam itu kembali. 

Tubuh Ain yang masih terikat dicempung lalu dihempaskan ke atas katil usang itu.  Berkeriut bunyinya menampung bebanan berat kedua-dua orang manusia tersebut.   Pisau tadi diletakkan disisi.  Ferdaus mencengkam kedua-dua belah pipi Ain agar memandang ke arahnya.

"Buka mata kau Ain.  Lihatlah aku!  Aku orang yang sama kau permainkan berbelas tahun dulu"

Ain memejamkan mata serapatnya.  Pakaiannya yang lembab akibat disimbah air direntap kuat.  Terpelanting butang kemeja entah kemana arah.  Bahagian atas tubuhnya kini terdedah.  Ain meronta-ronta untuk melepaskan diri.  Segala kudrat yang ada digunakan untuk melawan perbuatan buas Ferdaus ke atasnya. 

Ferdaus menyembamkan wajahnya kepipi mulus Ain Afzan.  Pantas wajah gadis itu dilarikan.  Tidak sanggup perlakuan jijik itu diulangi lagi.  Tubuh Ain menggigil menahan ketakutan.  Apatah lagi segala cubaan terkutuk itu disulami dengan serakah yang membuak-buak.

Dengusan nafas penuh nafsu membuatkan Ain nekad untuk melawan.  Malangnya usahanya itu menyebabkan tubuhnya semakin terdedah.  Menyerlahkan parut yang sengaja ditoreh suatu ketika dahulu kelihatan dibahunya.  Ferdaus mengusap-ngusap kesan parut tersebut perlahan.  Baju kemeja T yang tersarung dicampakkan ke lantai. 

Rontaan Ain menyebabkan ikatan ditangannya semakin longgar.  Tidak dihiraukan rasa sakit dipergelangan tangannya itu.  Dia perlu bertindak tangkas untuk menyelamatkan diri.  Setelah ikatannya terlerai dia mencapai belati yang berada disebelahnya.  Ferdaus yang sedang dibelenggu nafsu langsung tidak menyedari tindak tanduk Ain ke atasnya sebentar tadi.

Zappp..!!

Hunusan belati dibenamkan hampir mengenai jantung Ferdaus.  Merintih lelaki durjana tersebut akibat kesakitan.  Darah merah mula membasahi cadar.   Ain segera meleraikan ikatan dikakinya.  Serentak dengan itu, kelengkang Ferdaus ditendang sekuat hati sehingga lelaki itu menggelupur kesakitan yang berganda.

Dia menjauhkan diri daripada Ferdaus yang sedang menekan lukanya dengan tapak tangan.  Darahnya mengalir melalui celahan jari jemarinya hingga ke lengan lalu menitis ke lantai.

Ain menutup badannya dengan kemeja yang tidak berbutang.  Air mata menjadi peneman setia dan berjuraian dipipinya.

"Itu untuk dosa kau pada aku dulu lelaki sial!!."

Ain ingin pergi dari situ.  Pisau yang tercampak dilantai dikutip oleh Ferdaus.  Walaupun tercedera dia masih mampu mengejar Ain.  Ain tidak akan dibiarkan terlepas begitu sahaja!  Namun kecederaannya juga perlu dirawat terlebih dahulu.  Sebuah almari kecil dipenjuru ruang tamu diselongkar.  Botol putih sederhana besar yang berisi cecair alkohol dibuka penutpnya.  Cecair tersebut dicurahkan ke atas lukanya.

"Ughhhhhhhhhhhhhhhh..."  Ferdaus melolong panjang.  Isi dagingnya terasa pedih seperti disimbah cecair asid.

Ain membuka pintu keretanya dan cuba menghidupkan kenderaan tersebut.  Tetapi, kunci keretanya tiada disitu.  Tanpa membuang masa dia keluar semula ke arah yang dia sendiri tidak pasti.

Langkah Ain terhenti dan dia menoleh sekilas ke belakang.  Berharap agar Ferdaus tidak lagi mengekorinya.  Walaupun Ain telah jauh melarikan diri, Ferdaus yakin Ain tidak akan bertemu jalan keluar.  Hanya dia sahaja yang tahu selok belok kawasan itu.

Bunyi derapan tapak kaki yang semakin mendekat membuatkan jantung Ain berdegup kencang.  Kawasan hutan yang tebal membuatkannya sedikit risau.  Apatah lagi siang semakin melabuhkan tirainya.

"Ya Allah, selamatkanlah hambaMu ini."

Previous: BL-15
Next: BL-17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh