BL-9

Ain melihat pemandangan indah bandaraya Kuala Lumpur pada waktu malam dari atas Bukit Belacan.  Taburan bintang didada langit menambahkan lagi keindahan yang sedia ada.  Angin sejuk yang bertiup membuatkan rambut panjangnya bergerbangan ditiup angin.

Ferdaus duduk bersandar  di kereta sambil melepaskan pandangannya ke tempat yang sama. Keluhan berat dilepaskan perlahan seraya matanya disorotkan ke arah Ain yang kelihatan tenang.

"Kalau awak bawak saya ke sini untuk jadi bisu baik saya balik."  Ferdaus memusingkan badannya untuk masuk ke dalam kereta tetapi pantas ditahan oleh Ain.

"Nanti dulu Ferdaus.  Maafkan saya," ucapnya.

"Apa yang awak nampak tadi tu, bukanlah yang sebenarnya."

Ferdaus ketawa sinis.  "Apa awak cakap ni Ain?  Semua orang tahu tu tempat apa.  Siapa yang ada kat sana.  Dan golongan macamana yang selalu keluar masuk ke situ.  Boleh tak awak bercakap guna akal sikit?," tengking Ferdaus.

Ulas bibir Ain diketap.  "Ferdaus, awak satu-satunya kawan yang begitu memahami saya.  Apa yang boleh saya katakan, tolong jangan buat kesimpulan jika awak tak tahu perkara yang sebenarnya.  Selebihnya saya terpaksa kunci mulut.  Maafkan saya."

Ain tidak berniat meletakkan Ferdaus didalam situasi yang rumit.  Dia sayangkan persahabatan mereka yang telah dibina atas dasar keikhlasan.  Ain dapat merasakan itu!

Ferdaus berdiri dengan kedua-dua tangan memeluk tubuhnya.  Dia cuba mencari maksud tersirat disebalik kata-kata gadis cantik disebelahnya itu.  Penampilan Ain 100% berubah tidak sama ketika dikolej. 

"Ain, walau apa pun yang sedang awak lakukan sekarang ni tolong berhenti.  Saya tak nak sahabat saya terjerumus ke lembah yang tak sepatutnya.  Saya pun tak tau apa masalah awak sampai tergamak awak berubah sebegini.  Bergaul dengan orang-orang yang berstatus tinggi yang jadikan duit sebagai umpan.  Awak rela jadi perempuan murahan?"

Hamburan kata-kata yang berunsur tuduhan itu agak melukakan hati Ain.  Walaupun dia tahu, Ferdaus tidak bersalah dalam hal ini.  Ferdaus tidak berada ditempatnya.

"Awak tak berada ditempat saya Ferdaus.  Awak boleh cakap apa saja yang awak nak tapi awak takkan pernah faham.  Saya maafkan awak atas kata-kata awak tadi walaupun hati saya terluka."

Ferdaus memegang kedua-dua belah bahu Ain dan memandang tepat ke dalam mata gadis itu.

"Jangan kerana kenangan silam menjadikan awak seperti ini.  Saya tak mahu awak tersasar Ain," ucapnya.

"Kenangan silam?  Apa maksud awak?  Apa yang awak tahu tentang masa silam saya?"

Degupan jantung Auni bertambah kencang.  Tiada sesiapa yang pernah mengetahui kenangam silamnya dulu.  Kenangan paling pahit untuk diingati semula.  Kenyataan yang tidak dapat diubah melainkan jika waktu dapat diputar semula.

Ferdaus menyedari keterlanjuran kata-katanya tadi.  Hampir terbongkar rahsia yang tersimpan rapi.  Dia memalingkan wajahnya ke arah lain cuba mengubah irama perbualan mereka.

"Baik kita balik saja.  Hari pun dah lewat benar.  Tak baik berdua-duaan disini."

Ain berasa seperti ada sesuatu yang sedang disembunyikan oleh Ferdaus.  Ferdaus sering saja melarikan pandangannya daripada bertembung dengan renungan tajamnya.

Ferdaus ingin meloloskan diri ke dalam kereta tetali ditahan oleh Ain yang kelihatan berang.

"Muhammad Ferdaus Hanafi!  Boleh awak jelaskan apa maksud kata-kata awak tadi??  Apa yang awak tahu tentang masa silam saya?"

"Errr..Saya agak saja.  Setiap orang ada masa silam kan?  Kebanyakan pelajar kat kolej tu jadi macam awak untuk hidup mewah.  Bayar yuran pengajian.  Mungkin awak juga ada sebab awak sendiri?," dalih Ferdaus.

Jawapan Ferdaus sedikit sebanyak melegakan Ain.  Mungkin dia yang terlalu sensitif sedangkan Ferdaus hanya meneka sahaja.

"Dah la...jom la balik.  Esok ada kelas kan," ajak Ain.

Suasana sunyi sepi sebaik saja Ain melangkahkan kakinya ke dalam rumah.  Lampu ruang tamu dipadamkan dan hanya diterangi oleh lampu yang terpasang dibalkoni rumah.

Tekaknya yang haus menyebabkan Ain pergi ke dapur untuk meminum air.  Dia malas hendak membuka lampu dapur kerana tidak mahu menganggu rakan-rakannya yang sedang enak dibuai mimpi.  Bunyi pintu yang ditarik perlahan menarik perhatian Ain. Dia mengintai disebalik dinding dapur dan meninjau jika ada sebarang pergerakan yang mencurigakan.

Tidak lama kemudian, terdengar pula derapan tapak kaki yang berjalan perlahan untuk keluar.  Susuk tubuh kecil molek yang tersarung dengan skirt pendek serta sepasang kasut tumit tinggi yang dipegang disebelah tangan kirinya menyebabkan bebola mata Ain hampir tersembul keluar.

'Mimi?'

Ain mengintai pula pergerakan Mimi yang telah pun berjaya keluar melalui balkoni.  Seorang lelaki sedang berdiri ditepi kereta mewah lalu membuka pintu kereta disebelah tempat duduk pemandu sebaik sahaja Mimi tiba ditempat letak kereta.

Seperti lipas kudung, Mimi menyelinap masuk ke dalam kereta dan pintunya ditutup pantas.  Ain hampir menjerit apabila melihat wajah lelaki yang berpaling sekilas sebelum pintu keretanya ditutup.

'Wazir??'

'Apa hubungan Mimi dengan Wazir?? '

Seingat Ain, Mimi merupakan rakan serumahnya yang paling pendiam.  Dia jarang bertegur sapa melainkan apabila ada hal-hal penting saja.  Apa yang Ain telah terlepas pandang kali ini?

Semakin banyak persoalan yang berlegar-legar dibenaknya.  Nampak gayanya, tugasan Ain juga semakin rumit.  Ain beredar kebilik untuk menyiasat kedudukan terkini 'Dazzling Club Chicklist'.  Dia perlu mencari petunjuk baru kerana hal ini telah melibatkan rakan serumahnya.  Dia khuatir jika Mimi akan menerima nasib yang sama seperti Una.

Senarai tersebut disemak satu persatu.  Tiada nama Mimi di situ.  Gambar Mimi juga tiada.  Ain bangun dari tempat duduknya sambil mundar-mandir didalam bilik. 

'Mustahil!.'  Ain mendengus.  Setiap pengunjung ekslusif pasti akan dimasukkan kedalam senarai termasuk dirinya sendiri.   Ain cuba mencari petunjuk.  Rantai loket berbentuk tiara miliknya direnung.  Kalau tak salah, Ain pernah melihat loket sebegitu yang pernah dipakai oleh Mimi.  Tetapi telah diubahsuai menjadi rantai tangan ataupun bracelet.

"Bracelet!"

Semangat Ain kembali membara.  Dia duduk kembali ditempat duduknya.  Kali ini dia akan melihat gambar-gambar tersebut dengan lebih teliti.  Jari Ain terhenti kepada gadis yang berada dicarta nombor dua. 

Wajahnya memang mirip dengan Mimi.  Terutama sekali senyumannya.  Ada lagi yang lebih menarik perhatian Ain.  Rantai tangan yang berlilit di pergelangan tangan gadis mirip sahabatya itu memang sama dengan rantai tangan yang dipakai oleh Mimi.

Ain membaca sebaris nama pada carta yang sedang dilihatnya.

"Bibiana??  Bibiana dan Mimi adalah orang yang sama??"

Bagaikan sebiji batu besar menghempap kepala Ain.  Dia terasa begitu bodoh kerana langsung tidak dapat mengecam Mimi dan Bibiana adalah orang yang sama.  Patutlah Mimi kelihatan kurang senang dengannya akhir-akhir ini.

Buat pertama kalinya, Ain terpaksa ponteng kelas untuk bertemu dengan ketua jabatannya Tuan Fakhrul.  Pesanan teks dihantar kepada Ferdaus bahawa dia terpaksa mengambil cuti sakit kerana kurang sihat.  Setelah memaklumkan bahawa kes yang disiasatnya semakin parah, Tuan Fakhrul merencana sesuatu agar tiada lagi gadis-gadis muda dan bijak menjadi mangsa.

"Takde cara lain Ain.  Awak perlu menembusi carta tu secepat mungkin."

"Tapi Tuan.  Untuk tembusi carta saya perlukan sejumlah pelanggan yang ramai.  Takkanlah saya nak serah diri macam tu je."  jelas terpancar riak kerisauan diwajahnya.

Tuan Fakhrul terpaksa menahan ketawanya kerana Ain dirasakan begitu naif.  Tidak mungkin dia menggadaikan maruah anak buahnya sendiri.

"Awak jangan risau.  Ada caranya nanti.  Awak buat macam biasa."

"Baiklah Tuan.  Kalau takde apa-apa lagi saya keluar dulu.  Agak lama saya disini," kata Ain.

"Baiklah.  Dan jaga diri awak baik-baik Ain."

"Baik Tuan."

Ain keluar dari bilik ketuanya selepas memberi tabik hormat.  Malam ini merupakan malam penting bagi Ain  demi menjayakan misinya.

Ferdaus duduk dikantin kolej bersendirian sambil merenung gambar-gambar Ain yang diambilnya secara curi-curi.  Hatinya terpaut pada Ain sejak pertemuan kali pertama lagi didalam kelas En. Rezal.  Namun realiti pahit yang terpaksa ditelan membuatkan Ferdaus berdiam diri dan merapati Ain Afzan dalam diam.

Sebenarnya, Ferdaus telah mengenali Ain sejak dulu lagi.  Dia dan Ain tinggal sekampung tetapi berlainan sekolah kerana Ferdaus lebih tua beberapa tahun darinya.  Malangnya, Ferdaus terpaksa berpindah mengikuti ayahnya yang telah dinaikkan pangkat sebagai supervisor ke sebuah negeri di selatan tanah air.

Pernah beberapa kali mereka terserempak semasa melakukan aktiviti di sekolah tetapi tidak pernah bertegur sapa.  Ain Afzan anak seorang pemilik kedai runcit di kampung mereka begitu terkenal dengan kecantikan dan kebijaksanaannya.  Entah bagaimana naluri Ferdaus ketika itu meronta-ronta untuk berkenalan dengan lebih rapat dengan gadis itu timbul.

~Flashback~

Ain menyelak buku rujukan Sains sementara menunggu dijemput oleh ibunya disebuah stesen bas. Tidak semena-mena, sekeping kertas yang dilipat elok jatuh ke lantai.  Ain tunduk lalu mengutip kertas tersebut yang dilipat bagaikan sekeping surat.  Dia membuka lipatan kertas dan terdapat tulisan tangan yang agak rapi.

'Ain Afzan,

Saya ikhlas nak jadi kawan awak.  Kalau awak sudi, jumpa di perpustakaan  awam pada hari Sabtu jam 11:00 pagi.  Saya akan duduk dibangku nombor tiga, meja bertentangan dengan rak buku Matematik.  Nanti awak akan tahu siapa saya...'

-  FH

Ain merenyukkan surat tersebut lalu dibuang ke dalam tong sampah.  Sangkanya, surat tersebut ditulis oleh salah seorang rakannya bertujuan untuk mengusiknya saja.  Ferdaus yang memerhatikan tingkah laku Ain dari jauh berasa kecewa kerana huluran persahabatannya ditolak mentah-mentah oleh Ain tanpa mengenalinya terlebih dahulu.

Remuk dihatinya menimbulkan satu perasaan dendam kesumat yang tertanam disanubari.  Dia terlalu mentah untuk memikirkan baik buruk perilakunya ketika itu.  Apa yang pasti, kifarah diatas perbuatan yang dilakukannya kepada Ain, menyebabkan dirinya dilanda musibah.  Dia kemalangan dan koma selama 3 tahun.

Ferdaus ketinggalan didalam pembelajarannya sedangkan rakan-rakan sebayanya telah lama menjejakkan kaki ke menara gading.  Rupa-rupanya ada hikmah yang tersembunyi apabila dia terserempak dengan Ain di situ. 

'Maafkan aku Ain!'

Air mata bertakung ditubir mata Ferdaus.  Tanpa menghiraukan sesiapa yang berada disitu, Ferdaus menangis semahu-mahu hatinya.

Ain memerhatikan gelagat Bibiana ataupun 'Bibi' dari jauh.  Tangan Wazir berlingkar dipinggang ramping Mimi sepanjang masa.  Mereka berbisik-bisik sesama sendiri lantas ketawa seperti ada sesuatu yang lucu berlaku.  Ain yakin Mimi sebenarnya sedar akan kehadirannya.  Tetapi sering saja mengelak dari bertentangan mata.  Ain mengangkay gelas minumannya kepada Mimi sambil tersenyum. 

Mimi menundukkan wajahnya kemudian mengajak Wazir beredar dari situ.

"Alone again?"

'Ahhh..cicak ni lagi'

"Yes...is that your problem?"

"Kind of.  Sebab I jugak yang kena temankan you.  Maklum la, you antara gadis yang paling tak laku kat sini."

Berdesing telinga Ain mendengar sindiran tersebut.  Nasib baiklah engkau ni kacak wahai cicak.  Kalau tidak....hmmmm.

"You pun tak laku jugak.  Elok la.  Sama-sama tak laku temankan diri masing-masing"

"Hahahahaha...you pandai jugak buat lawak.  Selalu muka cemberut je macam chipmunk."

'Ewahhh..sedap je panggil kita chipmunk.'

Belum sempat Ain membuka mulut kelihatan kelibat seorang lelaki sedang menuju ke arahnya dengan senyuman yang teramat menggoda.

'Macam pernah nampak mamat ni.  Tapi kat mana eh,' gumamnya.

"Hai, Ain?  Lama tunggu?  Jom, kita cari tempat privacy sikit.  Just you and me baby," ujarnya sambil mata kirinya dikenyitkan.  Gatalnya!

"Errr...takpe.  I pun baru sampai."

Melihatkan Ain yang termangu-mangu, jejaka misteri tadi terus menarik tangan Ain dengan lembut.  Aniq menonton adengan tersebut dengan ekor matanya.  Gelas minuman digenggam kuat.

"Shall we babe?"

"Sure.  Lets go."  Seperti dipukau, Ain membiarkan sahaja dirinya mengikuti  jejaka misteri itu sebaik saja tas tangannya dicapai di atas meja.

Roman lelaki yang berdiri disebelahnya diamati.  Sememangnya dia cukup mengenali jejaka misteri yang memberikan isyarat agar dia mendiamkan diri.

"Apa awak buat kat sini?"

"Shhhh...."

Previous: BL-8
Next: BL-10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh