BL-1

Bamm!

"Semasa kejadian tu berlaku,  awak berada di mana?" Seorang gadis tinggi lampai menghentakkan tangannya ke atas meja semasa proses interogasi terhadap suspek berlangsung.  Suspek yang merupakan seorang lelaki  berpakaian penjara berwarna oren dan tangannya digari ke belakang serta langsung tidak berselipar atau berkasut.

Ain Afzan binti Ariffin.  Seorang Pegawai Kanan Polis wanita yang baru disahkan jawatan ke pangkat Inspektor dan ditugaskan ke Unit Jenayah/Maksiat di sebuah IPD di Kuala Lumpur.

Perwatakannya yang kasar persis seorang lelaki tetapi hanya rambut panjangnya saja yang membezakan jantinanya.  Itu pun disorokkan kedalam 'cap' yang dipakai olehnya sepanjang masa.

Rasa amarahnya menggelegak melihatkan suspek yang berjaya ditahan dua hari lepas hanya diam membisu.  Dia berjalan mundar mandir didalam bilik kecil berpenghawa dingin itu.  Hanya ada sebuah meja dan dua buah kerusi didalam bilik tersebut. 

"Saya tanya buat kali kedua.  Dimana awak berada semasa kejadian tu berlaku?" Suaranya kali ini agak mengendur tetapi masih berbaur tegas.

Suspek yang berusia lingkungan 30 an, masih diam membisu memandang dinding batu tanpa sekelumit perasaan.  Ain menggenggam tangan kanannya sedia untuk melepaskan satu tumbukan ke arah lelaki yang sedang duduk didepannya.

Lelaki tersebut berpaling lalu tersenyum sinis ke arahnya.  Perilaku lelaki itu seolah-olah mencabar Ain untuk bertindak diluar batasan.

Tingkah lakunya itu pantas disedari oleh rakan sejawatnya Insp. Theresa.  Jika tumbukan tersebut betul-betul dilepaskan,  akan jadi satu masalah yang lain pula. 

"Hey...easy Ain.  Sabar sikit" Insp. Theresa atau lebih dikenali sebagai 'Tess' dikalangan rakan-rakan mereka mengingatkan Ain akan tindakan melampaunya.

"Macam mana aku nak sabar Tess.  Kau tengok la tu..kita tanya elok-elok dia boleh buat muka toya,"  jawab Ain.

"Aku tau.  Mungkin ada cara lain kita boleh guna untuk buat dia buka mulut,"  balas Theresa yang kelihatan tenang sambil memeluk tubuh.

"Aku bukan apa Tess, dah terlalu lama kita soal siasat dia.  Macam tu la jugak dari tadi.  Bengong je aku tengok.  Buang masa betul la," adu Ain dengan wajah teduhnya.

Kes yang disiasat oleh Ain merupakan kes pembunuhan kejam terhadap beberapa orang kanak-kanak perempuan yang menjadi mangsa rogol dan bunuh.  Semenjak rahsia tersebut terbongkar,  ianya mendapat liputan meluas oleh pihak media diseluruh negara.

"Apa kata kau pergi tenangkan diri dulu.  Biar aku yang sambung," cadang Theresa.

" Huh...!" Ain melangkah keluar dari bilik interogasi lalu berjalan menuju ke pantry.  Botol fresh orange dari dalam peti ais dikeluarkan lalu dituang ke dalam gelas.  Sekelip mata saja minuman tersebut habis diteguk Ain dengan rakus.

"Tak guna!!  Dah buat salah masih tak nak mengaku!!  Dasar lelaki jahanam!!".  Ain mengomel sendirian. 

Ingatannya menerpa ke peristiwa pahit yang dilaluinya suatu ketika dahulu.  Lima belas tahun lepas,  sewaktu pulang dari sekolah dengan berjalan kaki sendirian dia telah ditarik kedalam semak oleh seseorang yang tidak dikenali.

Lelaki bertubuh kurus dan bertopeng itu telah menekup mulutnya supaya tidak membuat bising.  Dia yang berusia 10 tahun ketika itu langsung tidak mengerti apa-apa.  Rontaan-demi rontaan dengan kudrat seorang anak kecil hanya menyebabkan dia lebih disakiti.  Kesakitan yang dialaminya hanya dapat dizahirkan dengan rembesan air mata. 

Tidak terhenti setakat itu,  Ain juga diugut agar mengunci mulut dan bahunya dicederakan sebagai tanda amaran.  Setiap kali dia melihat parut dibahunya, setiap kali itulah dia membenci dirinya sendiri.  Oleh sebab itu Ain tidak pernah rapat dengan mana-mana lelaki dan mengubah penampilannya seperti seorang lelaki.

Tidak hairanlah Ain akan menjadi lebih emosional terhadap kes-kes jenayah yang melibatkan anak-anak kecil.  Momen perit yang dilaluinya itu tersimpan kemas dilubuk hatinya walaupun telah dicuba sedaya upaya untuk dilupakan.

"Ain, suspek dinasihatkan oleh peguam belanya untuk mengunci mulut.  Kita perlu tunggu," terang Theresa.

"What?  Damn it!"   Ain mengetap ulas bibirnya geram.  Dia terus beredar tanpa banyak bicara.  Theresa yang sudah lali dengan sikap baran sahabatnya merangkap teman serumah hanya mampu menggelengkan kepala.

"Kenapa tu Puan?"  tanya Irfan yang merupakan seorang anggota berpangkat Koperal apabila melihat Ain merengus kasar.

" Hmmm...kes Kepong report Puan Ain.  Suspek mengunci mulut.  Macam tu la dia jadinya."

"Ohhh, patut la bengang semacam.  Hehehe.  Irfan menggangguk faham lalu membelek fail-fail berwarna merah yang berlonggok dimejanya.

Ain memulas tombol pintu pejabatnya.  Punggungya dihenyakkan dikerusi beroda biru.  Gambar-gambar anak kecil yang menjadi mangsa rogol dan bunuh dibawah siasatannya bertaburan di atas meja.  Ain mengutip satu persatu gambar berkenaan lalu air jernih mulai bertakung ditubir matanya.

"Tergamak mereka diperlakukan seperti binatang.  Akan aku heret pesalah tersebut ke muka pengadilan.  Biar mereka menerima hukuman yang setimpal!  Biar meringkuk didalam penjara seumur hidup!  Jemarinya kemas mengepal penumbuk.

"Aghhh...sial!"  jerita Ain yang kuat bergema kesegenap ruang bilik yang sederhana besar itu.

Tokkk!  Tok!  Tok!

"Masuk!"    Air mata yang berjuraian dilap dengan tisu.

"Ain, are you okay?"  Theresa bertanya kerana kebimbangan apatah lagi jeritan Ain sebentar tadi dapat didengari oleh kakitangan lain diluar pejabatnya.

" Aku okey je.  Jangan risau"  Jawapan acuh tak acuh keluar dari bibir Ain.

"Ain, jangan diikutkan sangat dengan perasaan marah kau tu.  Boleh menjejaskan kerja kau nanti.  Aku faham perasaan kau yang sensitif dengan isu-isu begini.  Tetapi tolonglah.  Aku merayu pada kau sangat-sangat , tolong kawal kemarahan kau tu sikit" Theresa menasihati rakan baiknya itu merangkap rakan serumahnya juga.

"Tak.  Kau tak faham Tess.  Sampai bila-bila pun kau takkan faham,"  hati Ain Afzan bermonolog.

"Maafkan aku Tess.  Aku terikut-ikut dengan emosi" jelas sekali Ain sedang berbohong sekarang ini.  Anak matanya dilarikan daripada berterusan menatap wajah polos milik Theresa yang begitu ikhlas menegurnya.  Selain kedua ibu bapanya, Theresa lah satu-satunya insan yang berani menegur kesilapan dan tingkah laku Ain yang canggung didepan mata sahabatnya itu.

"Aku bukan apa Ain.  Aku tegur sebagai seorang kawan dan rakan sekerja.  Aku tak mahu kerana sikap kau yang baran tu merosakkan masa depan kau.  Jadi please, berfikir sebelum lakukan sesuatu"  kata Theresa lagi.

"Ye la Insp. Theresa.  Kau ni kan, kalau bab membebel sebijik macam mak aku kat kampung"  seloroh Ain dengan wajah yang dimaniskan sedikit.

"Kalau aku ni mak, kau tu nenek!"  Giliran Theresa pula membalas.

"Hahahaha.  Aku muda lagi ok?  Belum kerepot lagi."  

Theresa lega kerana suasana yang tadinya suram sudahpun bertukar ceria.

"Hmmm...dah pukul 1 ni.  Jom pergi lunch.  Lapar sangat dah ni"  ajak Theresa seraya menarik tangan kanan Ain.

Tanpa banyak bicara Ain mengekori jejak langkah Theresa dari belakang.  Sempat lagi dia mencapai beg tangannya yang tersangkut dikerusi.

Perut yang lapar berkokok minta diisi.  Sementelah Ain hanya sempat mengambil sarapan dengan secawan Oats 3 in 1 sahaja.

Mereka berdua berjalan beriringan ke tempat letak kereta.  Kereta Toyota Swift berwarna putih milik Theresa meluncur keluar ke jalan raya yang sesak ditengah-tengah kota metropolitan itu.


Next: BL-2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh