BL-18

Bau ubat-ubatan yang kuat melemaskan rongga pernafasannya. Kelopak mata yang berat cuba dibuka perlahan-lahan. Setelah berjaya, dia mengerdipkan kelopak mata berkali-kali. Anak matanya terfokus kepada siling yang berwarna putih. Kelihatan bilah-bilah kipas sedang berpusing perlahan.


Dia cuba mengamati keadaan sekeliling. Jelas kini dia sedang berada didalam sebuah bilik. Pandangan dijatuhkan ketempat dia berbaring. Cadarnya juga turut berwarna putih. Hujung bibirnya tiba-tiba terasa pedih. Mungkin tercedera akibat terjatuh. Kepalanya pula dirasakan berpusing. Apatah lagi apabila otaknya ligat cuba mengingati sesuatu. Akibat tekanan itu dia mengeluh kesakitan.


"Ughhh..!! A....air."


Tanpa disedari, ada seseorang yang begitu setia menemaninya sejak semalam. Sebatang tubuh yang sedang lena sambil menekup wajahnya disisi katil bergerak-gerak apabila rintihan itu menyapa cuping telinganya.


"A..air" ulangnya.


Theresa terpisat-pisat bangun.


"Kau dah sedar Ain? Sekejap. Aku ambilkan air untuk kau."


Theresa menuangkan air mineral kedalam gelas lalu dihulurkan kepada Ain. Ain meneguk minuman tersebut berhati-hati akibat kecederaan pada bibirnya. Gelas itu dihulurkan kembali kepada Theresa.


"Tess. Kenapa aku kat sini? Kenapa kau pun ada kat sini?," tanya Ain.


"Hmm..kau tak ingat apa-apa ke Ain?"


Ain merenung lantai marmar yang begitu berkilat selepas dimop. Lama. Puas dia cuba memaksa otaknya berkerja. Tiba-tiba air matanya berjuraian dipipi. Ulas bibirnya diketap.


"Ferdaus" tuturnya mendatar.


Theresa bingkas bangun dan duduk dibirai katil. Tubuh Ain dirangkul.


"Sabar Ain. Semuanya sudah berakhir. Ferdaus sudah ditangkap. Dia akan menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang telah dilakukannya. Kau pun dah selamat."


Ain mendongak. Wajah gadis cina yang telah menjadi sahabat baiknya selama enam tahun ditenung dalam-dalam. Seakan mengerti, Theresa menundukkan wajah.


"Sabar Ain. Aku akan simpan rahsia kau sampai mati. Aku janji. Kau seorang gadis yang tabah. Kau dah berjaya laluinya seorang diri selama ni. Sekarang ni kau ada aku. Kau boleh luahkan segala-galanya pada aku" Theresa mengusap ubun-ubun rakannya itu.


Esak tangis Ain semakin kuat kedengaran. Air matanya juga semakin deras mengalir seperti empangan yang pecah. Segala yang terbuku dihatinya kini terluah. Walaupun mengaibkan dirinya sendiri, dia bersyukur Theresa ada bersamanya.


"Aku benci dia Tess! Aku benci dia!!"


"Shushhh..dia sudah meringkuk didalam lokap. Dia tak boleh apa-apakan kau lagi lepas ni."


Hati Theresa Sebak. Ain begitu kuat diuji. Kerana tugas yang diarahkan dia menemui perogolnya tanpa sengaja. Semuanya telah tersurat. Disebalik pintu bilik tersebut, Irfan terdengar setiap butir perbualan mereka tanpa sengaja. Dia mengambil keputusan untuk pulang saja kerana emosi Ain masih belum stabil untuk menerima pelawat.


Jauh disudut hati lelakinya, dia turut bersimpati dengan nasib yang menimpa diri Ain.


**********


"Cakap! Apa motif kau untuk menculik Ain ??" Theresa menjegilkan matanya.


Ferdaus tetap mengunci mulut. Adakalanya dia menghadiahkan Theresa dengan satu senyuman sinis.


"Ferdaus! Saya akan tunggu jawapan dari awak tidak kira berapa lama pun kita kat sini. Baik awak beritahu saja motifnya!."


"HAHAHAHA...Tanyalah Ain sendiri. Dia lebih tahu" Ferdaus membuka mulut.


BUUKKK..!


Kepala Ferdaus terteleng kesisi. Pantas cecair merah mengalir dari lubang hidungnya.


"Itu untuk Puan Ain. Sekali lagi kau tak bagi kerjasama, lembik kau aku kerjakan!," Irfan memberi amaran.


"Boleh. Kau nak tau sangat kan? Tapi dengan satu syarat. Kau tinggalkan kami berdua saja. Aku akan buka mulut kepada amoi ni seorang saja," kata Ferdaus.


Theresa memberi isyarat mata. Sebelum berlalu, Irfan sempat menyuruh Theresa agar berhati-hati. Walaupun Ferdaus telah digari, manalah tahu dia akan bertindak diluar jangkaan. Lebih baik berhati-hati. Pintu dihempas kasar bersama keluhan berat. Irfan berjalan mundar mandir diluar pintu.


"Sekarang cuma tinggal kita berdua. Jadi, cakap cepat! Jangan buang masa!"


Ferdaus berdehem beberapa kali.


"Aku haus. Tolong bagi aku minuman" ujarnya.


"Banyak pulak cekadak kau ni. Nah!!."


Theresa menyuakan air mineral bersama penyedut minuman kepada Ferdaus. Sekejap saja air mineral tersebut diteguk sehingga tinggal separuh botol.


"Jadi? Sekarang baik kau terus terang saja Ferdaus," kata Theresa.


"Ain seorang penipu. Dia memang layak diperlakukan begitu."


"Apa maksud kau?"


"Dia pernah janji dengan aku untuk meninggalkan kegiatan tak bermoral. Tapi dia mungkir janji. Pesalah memang patut dihukum. Bukankah begitu?" Ferdaus mengejek.


"Kau bukan Tuhan untuk menghukum manusia lain Ferdaus. Kau tak berhak untuk perlakukan sahabat aku sebegitu."


"Hahahaha..Hak? Hak dia telah lama aku ambil. Kau nak tau sesuatu tak? Aku dah lama kenal dia. Masa tu dia sombong sangat. Tak nak berkawan dengan aku. Memilih. Suatu hari aku nekad untuk ajar dia. Kau tahu? Tangan ni yang mengusap kulit dia yang begitu lembut tu. Bau badannya begitu harum. Rayuan dia buat aku puas. Titisan demi titisan peluh ketika kami bersama takkan dapat aku lupakan."


Ferdaus mengukir satu senyuman yang sukar dimengertikan. Mungkin dia sedang membayangkan sesuatu. Membayangkan detik terkutuk yang terjadi suatu ketika dulu. Theresa begitu jijik mendengar segala pengakuan Ferdaus.


"Kurang ajar!! Dia kawan aku!! Kau memang binatang Ferdaus! Binatang!!."


"Dulu Ain pun cakap benda yang sama. Tapi kau tengok apa jadi pada dia sekarang? Dia rela! Dia menyerah! Dia memang perempuan murah!!" Ferdaus menengking.


PANGGG..!!


Tidak semena-mena satu lempangan kuat diberikan kepada Ferdaus. Theresa sudah hilang pertimbangan. Kalaulah Ferdaus tahu bahawa Ain cuma menjalankan tugas yang diamanatkan. Pastinya nasib Ain tidak sebegitu rupa. Tanpa sedar, manik-manik jernih membasahi pipi merah jambunya. Pantas ianya diseka sebelum dilihat oleh Ferdaus.


"Aku bersumpah, aku pastikan kau akan meringkuk didalam penjara. Kau akan dijatuhkan hukuman yang setimpal dengan segala perbuatan jijik kau selama ni!!" Theresa berpaling dan mata Ferdaus direnung sedalamnya.


"'I'm not a perfect person

There's many things I wish I didn't do

But I continue learning

I never meant to do those things to you

And so I have to say before I go...."


Tidak semena-mena Ferdaus menyanyikan bait-bait lagu dari Hoobastank, 'The Reason'.


Api kemarahan Theresa semakin marak. Botol air mineral yang tinggal separuh dicapai lalu menyimbah saki-baki air tersebut ke muka Ferdaus. Kaki dihayunkan ke pintu keluar bilik interogasi. Irfan yang setia menunggu diluar menerkam ke arahnya. Manakala ketawa kuat dari Ferdaus bergema didalam bilik tersebut.


"Puan tak apa-apa?" Irfan menyoal setelah melihat pipi Theresa yang basah.


"I'm okay." Anggukan Theresa melegakan hati Irfan.


Ingin sekali dia menyoal lebih lanjut kepada Theresa. Namun hajatnya mati apabila melihat keadaanya yang sugul. Theresa mengatur langkah kebilik Tuan Fakhrul.


Tokk..tokkk..tokk..


"Masuk"


Tombol pintu dipulas.


"Selamat petang tuan."


Setelah memberi tabik hormat Theresa dipelawa duduk.


"Selamat petang. Bagaimana dengan perkembangan Ain setakat ni?" soal Tuan Fakhrul.


"Ain masih belum sedarkan diri. Dia diberi ubat untuk berehat. Doktor ada menerangkan yang Ain mungkin akan mengalami trauma akibat kejadian tersebut."


"Hummm..saspek kita macam mana pulak? Sesi soal siasat telah selesai?"


"Sudah tuan. Laporannya akan saya serahkan nanti bersama kertas siasatan. Errr...tuan. Boleh saya tanya sikit?"


Tuan Fakhrul mendongak. Pen ditangannya diletakkan diatas meja. Wajah anak buahnya ditatap. Nyata garis-garis duka menghiasi wajah gadis tionghua itu kelihatan.


"Silakan Theresa."


"Tuan pun tahu kan situasi yang menimpa Ain sekarang ni. Jadi, adakah tuan masih mahu Ain meneruskan penyamaran?" Theresa meminta kepastian.


"Saya bukannya apa. Saya faham hal peribadi dan hal kerja tidak patut dicampur aduk. Tapi, saya takut emosinya terganggu. Mungkin memberi kesan kepada dirinya nanti," sambungnya.


Tuan Fakhrul menyandarkan badannya dikerusi. Beberapa saat kemudian tubuhnya ditegakkan kembali.


"Kita takde pilihan. Apa yang telah kita rancang kita terpaksa teruskan. Saya yakin Puan Ain seorang yang profesional. Dia akan diberi kelepasan selama dua hari. Selepas itu, dia akan menyambung tugasnya seperti biasa," kata Tuan Fakhrul bersahaja.


Theresa diam sejenak. Simpatinya kepada Ain melimpah ruah.


"Saya faham tuan. Saya akan berikan semangat kepada Ain. Demi pasukan kita, saya akan membantu Ain setakat yang terdaya."


"Bagus Theresa. Itu yang sebaiknya. Saya tak sempat nak melawat Ain nanti. Saya kena hadir konvensyen di Vietnam. Tolong sampaikan salam saya kepada Ain bila awak kesana."


"Baik tuan. Saya minta diri dulu tuan. Saya kena siapkan laporan secepat mungkin. Lepas tu saya akan ke hospital untuk melawat Ain."


"Baiklah."


Setelah memberi tabik hormat, Theresa melangkah ke biliknya pula. Laporan perlu disiapkan segera sebelum ke hospital.


*********


"Ain, makan sikit. Nanti perut tu masuk angin" Theresa menyuakan sudu berisi bubur ayam ke mulut Ain.


Bibirnya masih dikatup rapat. Enggan dibuka walau telah dipujuk berkali-kali.


"Jangan macam ni. Kau kena cepat sihat. Takkan nak duduk dalam hospital ni lama-lama" pujuk Theresa lagi.


Ain menggeleng. Seleranya mati walaupun perutnya berkokok hebat. Biarlah gastriknya menyerang sekalipun. Hatinya perih mengenangkan kebenaran yang terbongkar. Dia amat rapat dengan Ferdaus. Persahabatan mereka ikhlas. Rupa-rupanya Ferdaus adalah manusia yang bertopengkan syaitan. Air matanya mengalir lagi tanpa dipinta.


Mangkuk berisi bubur diletakkan ke tepi. Theresa menarik beberapa keping tisu yang terletak dimeja sisi. Tisu itu dipedapkan dipipi mulus sahabatnya.


"Ain...sabar banyak-banyak. Jangan difikirkan hal yang dah lepas. Kita mulakan hidup baru. Hidup yang lebih indah dan bahagia. Kisah lama kita tutup rapat-rapat. Aku akan ada disisi kau selalu" ucap Theresa.


Ain masih membisukan diri. Pandangannya dilontarkan jauh kedepan menembusi dinding. Wajahnya pucat tidak bertenaga. Theresa bangun. Dia mencari sesuatu didalam laci meja. Sebuah sikat berbentuk bulat diambil. Punggungnya dilabuhkan disisi Ain. Theresa mula menyisir rambut panjang yang lebat kehitaman milik Ain perlahan-lahan.


Pergerakannya diulang sehingga rambut sahabatnya itu kemas. Ain mematungkan diri. Lebam-lebam ditubuhnya ditilik. Sakitnya masih terasa akibat terjatuh dan dikasari.


Theresa cuba mengalihkan perhatian Ain. Cermin berbingkai dihiasi butiran manik yang bersinar-sinar dipegang. Perlahan-lahan cermin itu diletakkan dihadapan wajah Ain.


"Tengok. Kawan saya dah cantik. Sebabnya dia dah tak menangis lagi dan dia seorang gadis yang kuat. Kita makan ye Ain. Tak best la tak gaduh dengan kau," kata Theresa.


Ain melihat pantulan wajahnya sendiri dicermin. Kemudian berpaling lemah kearah Theresa. Mata mereka saling bertatapan. Ain akhirnya mengukirkan satu garis senyuman hambar seraya berkata, "Tess, aku lapar."


Senyuman Theresa melebar. Mangkuk berisi bubur ayam tadi dicapai. Sudunya disuakan kembali kemulut Ain. Ain sudahpun membuka mulutnya. Bubur tersebut terasa tawar. Mungkin lidahnya kurang rasa kerana keadaan kesihatannya. Akhirnya semangkuk bubur yang telah diisi penuh habis dalam sekelip mata.


Theresa mengucapkan rasa syukur. Tubuh Ain diselimutkan setelah diberi segelas air dan beberapa biji ubat. Tidak lama kemudian dengkuran halus kedengaran. Ain terlena selama beberapa jam.


**********


"Ain...."


Kelopak mata yang baru dibuka digenyehkan beberapa kali. Beberapa susuk gadis didepannya diamati satu persatu.


"Lola?"


"Ye. Patutlah kau dah lama tak balik rumah. Rupanya kau accident," jawab Lola.


Ain mengerutkan dahi. Siapa agaknya yang memaklumkan situasinya kepada mereka?


Sahara meletakkan bakul buah-buahan diatas meja sisi. Beberapa biji buah epal dikeluarkan lalu dibersihkan disinki. Buah epal yang siap dipotong dan disusun didalam pinggan dialihkan ke cardiac table dihadapan Ain.


Nabila dan Lola duduk dikerusi tetamu yang telah disediakan.


"Errr..macam mana korang tau aku kat sini?" Ain meminta kepastian.


Mereka bertiga saling berpandangan antara satu sama lain. Seperti biasa Lola yang yang bagaikan bertih jagung itu berbicara.


"Ohhh...kami terserempak dengan abang kacak. Tu yang kami dapat tahu kau terlibat dalam kemalangan. Dialah yang bagi nombor bilik dan hospital kat kami," ujarnya.


'Abang kacak?' monolog Ain.


"Ala...apa namanya. Haaa...Irfan" Nabila menyampuk.


"Ohh...Irfan. Apa lagi yang dia beritahu korang?"


"Dia cakap, kau kemalangan. Tak dapat masuk kelas selama beberapa hari. Tu yang kami terus datang kesini" sampuk Zahara pula.


Ain menarik nafas lega. Masih tersimpan kemas rahsianya.


"Ada gosip tau" Lola berkata dengan mulut yang penuh dengan buah epal.


Tak menyempat-nyempat nak bercerita. Mulut penuh dengan makanan pun masih lagi nak bercakap. Ain menggeleng melihat telatah Dalila itu. Setelah meneguk sedikit air Dalila menyambung.


"Korang tau tak, dengar-dengar salah seorang pelajar kolej kita telah ditangkap."


Ain tersentak. Dia cuba mengawal diri. Dia memang sudah tahu siapakah gerangan yang dimaksudkan oleh Dalila sebentar tadi.


"Haaa? Siapa?" soal Nabila ingin tahu.


"Ha ah Lola. Siapa? Kenapa dia ditangkap?," Sahara pula menyoal.


"Korang kenal Ferdaus? Kau mesti kenal dia kan Ain? Kau kan sekelas dengan dia?."


"Ferdaus??" Ain berpura-pura terkejut.


"Ye. Dengar cerita lagi, dia ditangkap sebab menculik orang. Culik siapa tu aku tak pasti la kan" sambung Dalila.


"Ish. Macam tak percaya pulak. Dia antara best student kat kolej kita. Walaupun dia tu pelik sikit, tapi agak peramah jugak. Tak lokek ilmu," tokok Sahara.


"Air yang tenang jangan disangka tiada buaya" tangan Lola diletakkan kedahi. Drama queen!


"Kau kan rapat dengan dia Ain. Takkan kau tak tau?" Nabila menyoal sambil berpaling kepada Ain yang duduk bersandar dikepala katil.


Bantal yang diletakkan dibelakang badan Ain dibetulkan. Tubuhnya disandarkan kembali. Barulah selesa sedikit sambil mencari alasan sesuai untuk dikemukakan.


"Bukan semua benda aku tahu. Aku dengan dia sekadar rakan sekelas. Tak banyak kisah hidup dia dikongsikan. Aku pun takdelah nak bertanya lebih-lebih," jawab Ain.


"Ooo...Macam tu." Panjang muncung mulut Lola apabila menuturkan perkataan tersebut.


"Tapi kadang-kadang dia macam psiko sikit la" tokok Nabila.


"Maksudnya?," Ain bertanya serentak dengan Sahara dan Dalila.


"Beberapa bulan lepas masa kat cafe. Aku pernah nampak dia termenung sorang-sorang. Lepas tu tak semena-mena dia menangis. Kemudian menjerit macam orang tak siuman. Kalau manusia normal dia tak macam tu kan?"


"Hmm...biarkanlah dia. Yang penting dia tak ganggu hidup kita. Mungkin dia ada masalah yang kita tak tahu. Manalah tau kan?."


Ain mematikan bicara. Hatinya kurang senang untuk berbincang tentang hal tersebut selanjutnya. Baru saja dia cuba menerima hakikat yang teramat pahit untuk ditelan, mereka pula membawa khabar sebegitu.


Tokkk...Tokk..Tokk...


Serentak mereka berempat berpaling ke arah pintu. Namun wajah jejaka yang berselindung disebalik jambangan bunga ros putih dan beberapa biji belon beraneka warna yang tertera perkataan 'Get Well Soon' sukar dilihat.


'Ish, takkanlah dia,' hati Ain berbisik.


Haruman minyak wangi yang dipakai oleh lelaki itu amat dikenalinya. Hanya beberapa tapak lagi lelaki tersebut mampir kekatilnya. Jambangan bunga dihulurkan kepada Ain.


Dalila, Sahara dan Nabila terlopong. Begitu juga halnya dengan Ain. Kejutan demi kejutan diterimanya hari ini.


"Hi, Princess. How are you today?"


Kacamata hitam ditanggalkan. Senyuman maut yang dilemparkan membuatkan jantung Ain berdegup kencang. Gadis-gadis pingitan disisinya sudah tidak tentu arah. Terpesona dengan makhluk ciptaan Tuhan paling seksi dihadapan mereka.


"Aniq. What are you doing here?"


"Visiting you of course," senyuman Aniq meleret.


"Ain...oo Ain..tak nak kenalkan kami ni ke?" tanpa segan silu Dalila mencelah.


"Ohh...errrr..ye....ok.." Tergagap-gagap bicara Ain.


Dia turut terpukau dengan aura yang dibawa oleh Aniq Haqimi.


Dalila menarik-narik lengan baju Ain. Bibirnya dimuncungkan ke arah Aniq.


"Eh...maaf. Kenalkan, ni housemates I. Dalila atau Lola, Sahara dan hujung sekali tu Nabila."


Pantas Dalila menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Aniq tersengih melihat kelakuannya itu. Diikuti oleh Sahara dan Nabila. Suasana menjadi hening seketika. Ain terasa kekok. Dia menunduk melihat jambangan bunga ros putih diribanya. Tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut masing-masing.


Ketika mendongak, pandangan mata mereka berdua saling menikam. Dalila, Sahara dan Nabila tidak senang duduk.


"Emm..sorry Ain. Kami beredar dulu ye. Semoga kau cepat sembuh. Cepat-cepat balik ke rumah. Sunyi rumah tu tau. Jumpa lagi. Tata...." ucap Dalila.


Tanpa sempat Ain membalas, mereka bertiga mula beredar seperti lipas kudung. Kini tinggallah Ain dan Aniq bersendirian disitu. Suasana semakin kekok!!!


"Apa kata kita ke cafe? Tiba-tiba I rasa nak minum coffee," Ain mengajak.


"Sure. Tapi kopi tak elok untuk orang sakit."


Ain mengangkat kedua belah lengannya seperti ahli bina badan.


"I dah sihat dah. Tengok ni"


"Hehehe..Mentang-mentang I datang terus je you sihat kan?" Aniq mengusik sambil berjalan seiringan ke cafe yang terletak ditingkat bawah. 

Beberapa pasang mata melirik ke arah mereka berdua yang bagaikan pinang dibelah dua itu. Melihat wajah Aniq disebelahnya, tiba-tiba saja dada Ain terasa lapang. Burung-burung berlagu riang walaupun terasa seperti banyak rama-rama berada didalam perutnya.


Apakah maksud perasaan ini sebenarnya??



Previous: BL-17
Next: BL-19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh