Home Novel Cinta Awak Kat Mana?
Awak Kat Mana?
ballerina
25/1/2015 21:45:48
70,815
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 25

Ruangan tertutup yang berukuran sederhana besar itu cukup untuk memuatkan beberapa sofa dan juga sebuah coffee table.

Nazim mengoyang-goyangkan kaki kirinya sambil jari-jari yang telah berinai itu dimain-mainkan dihujung lututnya.

Sekali sekala pandangannya bertembung dengan pandangan mata Shena.

Shena membetulkan duduknya, lalu dia menghadap betul-betul ke arah Indah. 

Wanita cantik dihadapanya itu menyarung busana persandingan songket berona hijau emerald.

Perincian songket yang sangat halus dan tinggi kualitinya itu, ditenun oleh mak longnya yang juga seorang penenun songket terkenal khas untuk majlis perkahwinan Nazim, abangnya lama dahulu. Ini kerana sayangnya mak long kepada Nazim, habis sahaja abang Nazimnya belajar di Universiti, terus ditenun kain tersebut.

Segera tangannya mengapai tangan Indah dan digenggam erat, sejurus kemudian dia melemparkan sebuah senyuman kepada Indah.

“Akak Shena cantik sangat hari ni” tutur Shena, Indah membalas gengaman tangan Shena, sambil tersenyum kembali kepada Shena

“Kak, Shena nak bagi tahu ni, perempuan yang akak nampak abang cium hari kemalangan akak tu…”kata-kata Shena terputus, Shena menarik nafasnya dalam-dalam.

“Perempuan tu Shena.., Shena nak minta maaf sebab Shena, abang dan akak jadi macam ni ” sambung Shena lagi.

Indah memandang mata Shena yang cantik itu, baginya Shena bertuah kerena memiliki sepasang mata yang mampu membuat orang tepegun dalam keindahan ciptaan Tuhan.

Indah cuba mencari keyakinan dalam mata yang berwarna coklat cair itu.

Kemudian dia mengalihkan pandangan kearah Nazim yang duduk disebelahnya. Shena kelihatan tulus membuat pengakuan, jadi wajarkah dia percayakan Nazim.

Mereka bukan lagi dalam hubungan antara kekasih dan kekasih, tetapi dia sudah pun memasuki tahap dimana syurga baginya dibawah tapak kaki Nazim.

Hubungan yang serius, sebuah perkahwinan, dimana hubungan dua keluarga menjadi satu.

“Sayang, betul apa yang Shena cakap tu, memang perempuan tu Shena, takkan abang nak tipu Indah. Selama ni ada ke abang tipu Indah?” soalan Nazim semakin membuatkan rasa was-was yang bertaut datang perlahan-lahan menghilang. Indah diam membisu.

“Tolong sayang, jangan sebab perkara macam ni janji kita , hubungan kita retak macam tu saja. Perkahwinan ni bukan perkara main-main sayang. Percayakan abang ya?” kali ini Nazim memusingkan tubuhnya menghadap kearah Indah lalu dipaut kedua-dua bahu Indah.

“Percayakan abang ya sayang?” Indah keliru, percaya atau tidak, pilihan apa lagi yang dia ada. Tak akanlah Shena hendak menipu, bisik hatinya lagi. Lama Indah diam begitu.

“Percaya ya?maafkan abang ya?” soal Nazim kali ini nadanya dilembutkan.

Perlahan Indah menganggukkan kepala. Nazim dan Shena tersenyum lega.


********************************************************************************************


“Eh tepilah, biar aku je yang duduk kat pintu ni faham?” bisik Fattah dengan nada yang keras kepada Fikri, adik lelakinya yang kedua yang juga abang ngah kepada Indah.

“Apa masalah kau long, pintu ni besar kot, kau dengarlah sebelah sana” balas Fikri degil ingin tetap diposisinya yang sekarang. 

Dengan pantas Fattah menolak kepala Fikri agar dia boleh duduk dekat dengan tombol pintu itu. Kedua-dua belah tangannya diletakkan diatas permukaan pintu itu agar, telinganya boleh berada serapat mungkin dengan pintu.

Fikri tidak mahu kalah, dia bergerak ke arah bawah tombol pintu dan membuat aksi yang sama seperti Fattah.

“Kau dengar tak apa-apa?”soal Fattah kepada Fikri.

“Tak ada pun, senyap sunyi je long, betul ke kau nampak dia orang dalam bilik ni”

“Betullah, sebab tu aku nak try dengar ni, mesti ada benda yang tak kena” nyata Fattah kembali, beberapa minit tadi dia melihat kelibat Nazim, Indah dan Shena bergegas masuk ke dalam bilik ini.

“Aduh…sakitlah” Jerit Fattah yang cuba sedaya upaya mengawal suaranya apabila kepalanya diketuk dengan kuat. Dengan segera dia bangun bagi melihat wajah manusia yang dengan berani telah mengetuk kepalanya itu.

“Dah lama ke along ngan angah buat kerja terkutuk ni?. Ya Allah tak malu ke kalau tetamu tengok!!” bentak Firman ke arah kedua-dua abangnya itu. 

Dari tadi diperhatikan tingkah laku mereka yang makin dilihat makin memualkannya.

“Apa yang kau merepek ni…kau tak tau apa-apa jangan nak tuduh apa-apa. Duduk diam-diam kat sana” balas Fattah sambil mengetap giginya menahan sabar. 

Diharapkan Firman segera berlalu dan tidak menganggu mereka

“Along nak suruh Firman duduk diam-diam? Along tahu tak along tengah mengintip orang ni?” Soal Firman kembali, dia tetap tidak berpuas hati selagi along dan juga angahnya itu tidak berhenti.

“Aku bukan mengintip, kau tak faham, kau tak tahu. Kau kecil lagi, pergilah main jauh-jauh kat sana” rayu Fattah sambil tangannya menghalau Firman pergi. Dengan segera dia kembali kepada posisi awal tadi.

“Ada dengar apa-apa tak?” Soal Fattah kepada Fikri. Belum sempat Fikri menjawab soalan Fattah pintu bilik itu dibuka luas, Indah, Nazim dan juga Shena terkebil-kebil melihat posisi Fattah dan juga Fikri.

“Kan aku dah kata..” bisik Firman dengan segera menutup wajahnya

“Dengar apa along?” Soal Indah.

Previous: Bab 24
Next: Bab 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.