Home Novel Cinta Awak Kat Mana?
Awak Kat Mana?
ballerina
25/1/2015 21:45:48
70,818
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 7

Bab 7

“Wahhh…” mulutnya terlopong.

Tangannya mebelek-belek buku tersebut, hampir beberapa minit dia berada dalam keadaan tersebut. Buku itu dipusing-pusing beberapa kali.

Matanya bulat memandang Nazim. Masih dalam keadaan tidak percaya.

“Abang beli ni?” tanya Indah lagi.Nazim menganggukkan kepalanya perlahan.

Terbit senyuman kecil dari wajahnya melihat telatah Indah.

“Betul abang beli buku ni?”tanya indah lagi sambil membulatkan matanya dengan lebih besar lagi.

Kulit buku itu diselaputi dengan daun, bunga dan pelbagai serangga disekeliling dan ditengah-tengah buku tersebut pula tertulis perkataan Secret Garden.

“Ya betul sayang,Indah sukakan?. Abang tahu Indah suka cerita tu kan. Buku ni baru publish. Itu pun abang tahu dari budak-budak office abang. Abang beli khas untuk Indah” terang Nazim sambil tersengih-sengih.

“Indah suka sangat,selalu Indah cerita dekat abang tu ingat abang buat tak dengar” Cebik Indah diikuti deraian tawa yang pelahan.

“Mana pernah abang tak dengar. Setiap kata-kata Indah abang simpan dalam hati tau” Balas Nazim sambil merenung dalam mata bundar Indah, telapak tangan kanannya diletak didada sebelah kiri.

“Hati tak duduk dekat situ, tu jantunglah” Balas Indah mengejek.

“Yelah abang tahu,tu pun Indah nak berkira” kata-kata Nazim itu diikuti oleh derai tawa Indah.

“Terima kasih abang. Indah hargai sangat pemberian abang ni” sengih Indah lagi sambil menyambung membelek buku tersebut.

“Indah…” terdengar namanya dipanggil perlahan oleh Nazim. Kali ini kedengaran perlahan dan bertukar nada. sayu.

Indah memandang Nazim pelik, Terdiam seketika.

“Ya abang, kenapa?”

“Abang nak minta maaf” perlahan mukanya ditundukkan.

“Kenapa?” tanya Indah perlahan, wajah Nazim yang tertunduk ditenung dalam. Terlihat agak berbeza riak wajah Nazim semenjak kemalangan yang berlaku keatas dirinya. Nampak serabut dan tak terurus.

“Sebab abang abaikan Indah selama ni, abang dah mungkir janji abang pada Indah. Kalau abang bagi perhatian pada Indah, accident ni semua takkan jadi. Butik apa Indah pergi, persiapan tunang tu semua pun abang tak ambik tahu. Semua biarkan Indah buat sendiri. Abang rasa bersalah sangat” Balas Nazim panjang lebar.

“Boleh tak kalau kita tak payah ungkit lagi tentang tu. Banyak kali dah abang minta maaf sepanjang Indah kat hospital ni. Kan Indah dah maafkan abang?” nyata Indah lembut.

Wajah Indah yang tenang itu, menyejukkan hati Nazim, namun hatinya masih tidak tenang.

“Ya abang tahu, tapi entahlah masih ada rasa bersalah dalam hati ni. Kalau seratus tahun abang kena ulang benda ni pun abang sanggup”

“Tak payahlah sampai seratus tahun, masa tu pun abang dah kerepot. Indah pun dah tak sanggup nak tengok muka abang” kata-kata Indah itu mencetuskan tawa kecil Nazim. Inilah antara sebab kenapa dan bagaimana Indah mampu menawan hatinya

“Indah memang sukakan, kenakan abang?” soal Nazim diikuti dengan pandangan tajam.

“Abang tu, terlalu serius. Kadang-kadang benda tu tak ada apa pun”

“Bagi Indah mungkin benda tu tak ada apa tapi bagi abang benda tu penting” rajuk Nazim.

“Dah…dah hantar Indah balik rumah ibubapa Indah sekarang” perintah Indah tegas, tawanya cuba ditahan.

“Yelah Cik Indah sayang, sekarang juga abang hantarkan. Abang pun tak suka Indah duduk hospital ni lama-lama sangat.” Beg baju Indah ditarik keluar dari wad menuju ke lobi lift, diikuti oleh Indah dari belakang.

“Abang memang tak ada belikan Indah bunga ke?abang beli buku ni je ke? Tak romantiknya” kata-kata Indah itu menyebabkan Nazim berhenti dan merenung Indah tajam. Indah ketawa nakal.


*******************************************************************************************


“Kami nak perkahwinan kamu berdua dipercepatkan, tak payah tunang-tunang dah terus nikah sahaja. Kalau boleh bulan depan” mata Nazim terkebil-kebil, begitu juga dengan Indah.

Suasana diruang tamu itu sunyi sepi seketika, hanya kedengaran bunyi kipas yang berpusing laju.

“Bu…bulan depan?” tergagap-gagap Nazim. Semua sendi mulutnya bagai enggan berkerjasama sehingga untuk bertutur pun sukar.

“Ya, bulan depan. Lagi cepat, lagi bagus. Pakcik tak nak perkara buruk terjadi lagi sama ada pada Indah atau pada Nazim” ujur Encik Farid tegas.

Terdapat raut-raut kerisauan pada wajahnya yang berumur itu.

“Tapi ayah, takkanlah Indah nak nikah dengan tangan yang berbalut simen macam ni?” Tanya Indah bagi mendapatkan kepastian. Sejujurnya dia juga masih dalam keadaan bingung.

Ketibaan mereka dari hospital disambut dengan persoalan yang agak memeningkan kepala mereka, apabila majlis pertunangan yang mereka rancang dibatalkan dan mahu digantikan terus dengan majlis pernikahan.

Puan Irmani dan Encik Farid berpandangan sesama sendiri.

“Iya tak ya jugakan, ayah dan bonda tak terpikir pula tentang tu” terbit tawa nipis dari bibir Encik Farid, Fatah hanya memerhatikan sahaja gelagat orang tuanya, Indah dan juga Nazim.

Baginya perkara sebegini biarlah diselesaikan oleh mereka sendiri, cukuplah dia sebagai pemerhati dan saksi kepada perbincangan menyatukan dua jiwa ini.

“Tulah kelam kabut sangat buat keputusan ni” Balas Puan Irmani sambil menepuk bahu Encik Farid, agar dia bertenang. Terlupa pula mereka keadaan Indah ketika ini,

“Kalau macam tu bila tangan Indah tu dah baik, kita terus buat, tapi tahun ni juga, ayah nak majlis tu berjalan. Apa pendapat kamu Nazim?” penjelasan yang diikuti oleh pertanyaan oleh Encik Farid menjadikan Nazim terdiam lagi.

Perasaannya bercampur baur, antara suka, teperanjat dan binggung.

“Nazim rasa apa yang ayah cadangkan tu, cadangan yang baik, tapi tulah Nazim nak kena berbincang dengan keluarga Nazim dulu. Kalau pakcik boleh beri sedikit masa pada Nazim.”. Perlahan-lahan perasaan binggung Nazim hilang diikuti dengan rasa gembira kerana dia dan Indah bakal disatukan dalam masa terdekat.

“Kalau abang Nazim setuju, ayah dan bonda pun selesa, Indah ikut saja. Sebab Indah percaya ni semua untuk kebaikkan Indah juga”

“Baguslah kalau Indah dah rasa dan fikir macam begitu ,tu maksudnya anak ayah ni dah semakin matang cara berpikir pun dah tak macam budak-budak dah” Encik Farid mengusap-gusap kepala Indah, sesungguhnya hanya Indah sahajalah puteri dalam keluarga mereka.

Dia hanya mahukan yang terbaik buat Indah. Masih terbayang dimatanya bagaimana Indah terbaring lesu selepas kemalangan dahulu. Kalau boleh mahu digantikan dirinya agar merasai setiap kesakitan Indah.

“Ayah ni, Indah bukan budak-budak lagilah” cebik Indah

“Indah tu memang budak-budak pun” tiba-tiba Fatah yang dari tadi mendiamkan diri menyampuk. Dalam masa beberapa saat sahaja bantal kecik yang dipegang Indah dari tadi terbang mengenai wajahnya.

“Nazim , aku harap cepat-cepatlah kau kahwin dengan Indah ni. Aman sikit hidup aku” bentak Fatah kembali sambil kali ini melayangkan bantal kecil itu kembali kepada Indah. Suasana yang tadinya serius kembali menjadi gamat.

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.