Home Novel Cinta Awak Kat Mana?
Awak Kat Mana?
ballerina
25/1/2015 21:45:48
70,678
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 14

“Tak sangka pula kau datang hari ni” Gelak besar Fatah sambil tangannya dengan pantas mengambil kotak hadiah dari tangan Qayyum.

“Betullah hari ni kan?Takkan aku salah hari?” Soal Qayyum kebinggungan, sambil pikirannya cuba mengingat kembali tarikh yang tertulis di dalam kad jemputan yang diberi Fatah tempoh hari.

“Sebenarnya aku jemput kau esok, hari ni majlis akad nikah adik aku” Jelas Fatah sambil tersengih-sengih melihat Qayyum lengkap berbaju melayu mengalahkan pengantin gayanya.

“Aku salah harilah ni? Eh aku nak baliklah. Esok aku datang balik” Dengan segera Qayyum menghulur salam pada Fatah. Kelam kabut sekali pegerakannya.

“Lah kau dah sampai kat sini masuklah dulu” Sambil menahan tawanya Fatah enggan melepaskan tangan sahabatnya itu. Ditarik tangan Qayyum agar ikut bersamanya.

“Aku seganlah”

“Apa yang kau nak segankan, makanlah dulu, Macam perempuanlah kau ni”

“Ramai oranglah”

“Dah kenduri memanglah ramai orang, alah sikit lagi majlis nak mula,dia orang ni nanti nak masuk dalam tengok adik aku nikah.kau duduklah kat khemah ni makan”

“Tapi..”

“Tak ada tapi-tapi, kau tak makan lagi kan? Makan dulu puas-puas”

“Haah aku memang tak makan lagi” balas Qayyum sambil mengangguk dan memegang perutnya yang sudah berokestra itu, matanya melirik ke arah makanan yang terhidang di dalam buffet. Kelaparan membuatkannya gagal berfikir dengan baik.

“Sebenarnya aku tak biasa kenduri-kenduri ni, kau pun tahukan”

“Dah kau jangan banyak alasan,sekarang kau pergi ambik makanan, makan banyak mana yang kau nak. Aku nak masuk dalam dulu, tok kadi,pengantin lelaki semua dah ada tu. Aku nak uruskan kejap ya.”

Seperti orang dungu dia menganggukkan kepalanya perlahan tanda setuju.

‘Dah orang suruh aku makan, makan jelahkan. Banyak pula cekadak aku’Bisiknya perlahan.

Secepat itu juga tangannya mencapai pingan putih yang tersedia. Lalu dikautnya nasi beriani gam yang harum baunya itu.

Sejak semalam lagi perutnya itu tidak di isi dengan sebarang makanan, tambahan pula serba serbi tidak kena pagi ini sehinggakan dia tidak sempat menjamah makanan yang disediakan mamanya.


***************************************************************************


Dengan berhati-hati kakinya melangkah turun, tangan kanannya di pegang erat oleh Wafaa,dihadapannya beberapa orang saudara perempuanya berpakaian sedondon berjalan seiringan mendahuluinya.

Keadaan yang riuh rendah menjadi sunyi seketika apabila melihat kelibat Indah.

Dadanya berdegup kencang bagaikan mahu luruh dari tubuhnya. Dicuba sedaya upaya untuk bertenang dan mengukirkan senyuman.

Sesekali matanya memandang Wafaa mencari kekuatan untuk terus melangkah.

Nun ditingkat bawah kelihatan seorang lelaki segak dengan songkok di kepala sedang duduk bersila sambil di apit oleh dua orang lelaki, sesekali matanya menjeling ke arah Indah yang sedang menuruni anak tangga.

Hatinya juga berdebar bukan kepalang. Tok kadi di hadapannya sudah bersiap sedia untuk memulakan majlis, hanya menanti bakal pengantin perempuan turun kebawah.

“Dah sedia ke kamu berdua ni nak kahwin?” tanya tok kadi sebaik sahaja Indah duduk di atas kusyen yang disediakan khas. Indah hanya tersenyum sahaja

“Dah” jawab Nazim dengan wajahnya memandang ke bawah.

“Amboi, malu-malu pula bakal pengantin kita ni” balas tok kadi sambil diikuti deraian ketawa oleh kedua-dua keluarga.

Para hadirin yang hadir kelihatan tenang menanti detik-detik pasangan itu diijab kabulkan.

Tidak lama kemudian upacara pernikahan pun bermula. Indah di nikahkan dengan sekali lafaz diikuti dengan iringan lafaz syukur oleh Encik Farid dan Puan Irmani.

Kelihatan Nazim menarik nafas lega apabila Indah akhirnya sah menjadi isterinya.

“Nazim pergilah sarungkan cincin kat jari Indah” Bisik Puan Salmah, Ibu Nazim sambil menyerahkan kotak berisi cincin emas putih yang sudah siap dibuka.

Dihadapan Indah, Nazim duduk lalu di ambil tangan Indah sambil tangan kanannya mengambil cincin bertakhta berlian dari dalam kotak baldu merah itu.

Dingin tangan Indah dapat dirasai mengambarkan perasaan Indah ketika itu. Berdebar-debar.

Sebuah senyuman diberikan pada Indah sebelum dia menyarungkan cincin itu ke jari Indah. Peluh halus mula keluar dari dahi Indah, perasaannya bercampur baur. Tubuhnya terasa aneh.

Setelah itu diambil tangan kanan Nazim , lalu dikucup lama. Kedengaran bunyi kamera bertalu-talu mengambil gambar mereka.

Dia bahagia, namun kepalanya terasa berat. Adakah di sebab kurang rehat dan tidur dia berkeadaan begitu?. Indah binggung. Di kumpul kekuatan untuk mengangkat mukanya memandang Nazim yang kini sudah menjadi suaminya.

Tidak lama selepas itu Nazim mengucup dahi Indah, sejurus dengan itu juga pandangan Indah kabur, hanya cahaya seolah-olah cahaya flash kamera menguasai penglihatannya ketika itu. Bagaikan tayangan gambar , situasi sebelum Indah kemalangan beberapa bulan yang lalu bermain semula di matanya. Bagaimana dia dilangar kereta dan bagaimana dia berada diluar butik. Semuanya berputar kembali bagaikan wayang.

“Indah…Indah…”sayup sahaja suara Nazim kedengaran semakin lama semakin hilang.

Indah jatuh dalam dakapan Nazim, semua didalam ruangan itu menjadi kelam kabut melihat keadaan Indah. Riuh rendah.

Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.