Kedua-dua
kakinya bersilang di atas meja kopi itu sambil digoyang-goyangkan ke atas dan ke bawah.
Sekali-sekala
kedengaran gelak tawanya memenuhi ruangan itu, tangannya tidak berhenti
mencapai popcorn dalam balang kaca
besar yang diletakan di tepinya.
Di capai
remote televisyen, dipicit-picit butang untuk menambah volume agar dia dapat mendengar
rancangan itu dengan lebih jelas lagi.
Tiba-tiba
pintu dihadapannya dibuka, seorang wanita lengkap berpakaian baju kurung Pahang
masuk dan menghempas pintu dengan kuat.
Senyuman
Maira mula hilang sedikit demi sedikit apabila melihat wanita berkenaan.
Matanya
kembali menatap screen televisyen
dihadapannya itu. Dia membiarkan wanita itu merenungnya tajam.
Lama.
“Kenapa kau tak datang? Kau boleh bersenang
lenang dekat sinikan? Aku tak fahamlah dengan kau ni Maira!!”Jerkah wanita
dihadapanya itu sambil membaling goodies bag yang dipegang dari tadi ke arah
Maira. Wafaa mempersoalkan ketidakhadiran Maira ke majlis Indah untuk kali
keduanya berturut-turut.
“Perlu ke
aku datang? Semata nak tengok sandiwara dunia huh?” sinis jawapan yang
diberikan Maira kepada Wafaa.
Serta-merta
mengubah air muka Wafaa. Dia terus merenung tepat ke wajah Maira.
“Apa
masalah kau ni hah? Oh ya aku lupa kau tu memang dari dulu memang minat dengan
Nazim kan? tapi sayang Nazim tak minat dengan kau. Jeleslah ni? Kau ni memang pathetickan?” gelak Wafaa yang nadanya
lebih kepada cubaannya untuk memprovokasi Maira.
Maira
memaling wajahnya dari screen televisyen itu , duduknya dibetulkan agar dia dapat merenung wajah Wafaa
dengan lebih jelas.
Pelahan
dia kemudian berdiri dekat dengan wajah Wafaa sambil berbisik.
“Lagi
bagus jadi pathetic daripada jadi
manusia hipokrit macam kau” nada suaranya yang perlahan itu menyebabkan Maira memandangnya
dari atas ke bawah, keningnya ternaik-naik tanda marah.
“kenapa
pandang aku macam tu? takut? marah?”bisik Maira lagi lalu berlalu pergi, serentak
itu juga dia membaling remote televisyen
yang di genggam dari tadi kearah dinding berhampiran.
Nafas Wafaa
turun naik menahan geram, segera dia duduk agar hatinya menjadi sedikit tenang.
“Paannnnggggg….”
Kedengaran pintu dihempas dengan kuat dari tingkat atas, menambahkan sakit
hatinya.
Dia sudah
penat melayan kerenah Maira yang semakin hari semakin melampau. Persandingan
kawan sendiri pun dipulaukan.
******************************************************************************************
“ Nadia!!”
tangannya melambai-lambai ke arah pelayan wanita bebadan keding itu. Tergesa-gesa
Nadia belari-lari menuju ke meja paling hujung di café itu.
“Ya Encik
Qayyum” di perhatikan riak wajah Qayyum yang serius itu, bimbang jika dia ada
melakukan sebarang kesalahan sehingga dia dipanggil dalam waktu-waktu puncak
begini.
“Tolong
saya boleh?” Soal Qayyum kembali. Dengan
segera Nadia menganggukkan kepalanya
tanda setuju.
“Ok
pertama tolong saya, minta pada kak Salmi file sale untuk bulan lepas dan bulan
ini. Boleh?”
“Boleh..boleh
Encik, small the pieces je tu” serentak itu juga dia memetik jarinya tanda
mudah sahaja untuk melaksanakan pertolongan itu.
Lega rasanya
apabila dia sedar rupa-rupanya Qayyum hanya mahu meminta pertolongannya.
“Bagus,
bagus. Ok, pertolongan yang kedua, saya nak tanya..” dahinya berkerut-kerut apabila
kata-kata Qayyum terhenti seketika.
“Tanya
apa, Encik?” soal Nadia kembali.
“Apa
pendapat awak tentang…tentang bercinta dengan bini orang?” Soal Qayyum lalu
melemparkan senyuman ke arah Nadia.
Tiba-tiba
dia merasakan peluh dingin membasahi dahinya.
Ah sudah
Encik Qayyum ni dah jatuh cinta pada dia ke?.
Semakin berkerut-kerut
dahinya. Dia cuba mengingat kembali.
Setahu
dia semua pekerja wanita di sini semuanya belum berkahwin termasuklah kak
Salmi. Jadi secara logiknya dia lah satu-satunya yang sudah berkahwin disitu.
Adakah
bini orang yang dimaksudkan Encik Qayyum itu dia?.
Mulutnya
terlopong luas apabila memikirkannya. Tak sangka Encik Qayyum menyimpan
perasaan padanya. Nadia sudah tersengih-sengih sendirian.
“Eh, saya
tanya ni, apa pendapat awak?” Soal Qayyum lagi. Matanya masih menatap wajah
Nadia menanti jawapan.
“Pendapat
saya, kalau encik dah suka nak buat macam mana. Yelah kalau ikutkan benda ni berdosa encik tapi tak apa kita boleh bincang kalau encik betul-betul jatuh cinta” nyata Nadia lagi, senyumannya
semakin lebar sambil jari-jarinya dimain-main.
“Huh??? Kita?
Bincang?” soal Qayyum kembali kebingungan dengan pendapat yang diberikan Nadia.
“Eh lain
macam benar pendapat awak ni. Dahlah pergi ambil file yang saya minta tadi”
pinta Qayyum, lain yang ditanya lain pula dijawab wanita itu.
“Er
baik-baik encik” segera Nadia bergerak menuju ke arah hadapan cafe sambil dia
menyanyi-nyayi kecil
“Qayyum..”
satu suara garau menyapa Qayyum. Segera dia mengalih pandangannya ke arah susuk
tubuh tersebut.
“Ayah…”