Home Novel Cinta Awak Kat Mana?
Awak Kat Mana?
ballerina
25/1/2015 21:45:48
70,753
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 4

“Tak boleh encik!” tekan lelaki itu.

“Sekejap je pakcik, saya janji” bersungguh-sungguh pemuda berkaca mata hitam itu memujuk.

“Tak boleh saya kata!, ni kawasan larangan. Kalau ada kecemasan nanti saya pula yang dipersalahkan”. Amaran lelaki berbaju putih itu ada kewajarannya jika dipikir secara halus.

Akhirnya dia akur dan mengundur kembali kenderaanya. Sudah hampir lima kali dia berpusing mencari parking yang kalau diteliti secara jujur memang tiada, lebih lagi waktu puncak sebegini. Nazim mengeluh, tahap kesabaranya hampir sahaja hilang. Ada perkara yang lebih penting yang perlu dikejar lebih daripada membazir masanya mencari parking. Namun dia paham tugas pengawal keselamatan tersebut. Dia menghormati lelaki tersebut yang mungkin sebaya ayahnya.

Kali ini matanya menangkap satu petak parking yang baru sahaja ditinggalkan kosong, dengan pantas kakinya menekan pedal minyak agar tiada siapa yang merampas petak itu darinya.

Setelah memastikan kederaannya dikunci dengan selamat, Nazim berlari pantas menuju tingkat 6 bangunan hospital tersebut.

“Indah…?” soal Nazim kepada Puan Irmani sekeluarga ketika matanya gagal menangkap susuk tubuh insan kesayangannya.

“Abang..” kedengaran suara halus dan lemah memanggilnya. Kelihatan Indah duduk di sofa yang tersedia dibilik tersebut sambil dikelilingi keluarganya. Air matanya bagai ingin jatuh mendengar suara yang selama ini dirindui.

“Indah dah sedar?” soal Nazim bagai tidak percaya.

“Haah” angguk Indah pelahan sambil tersenyum kepadanya. Selama beberapa hari ini, makannya tak lalu, mandinya pun tak basah. Kehidupanya serba tidak tentu. Mana mampu dia kehilangan Indah, tak terbayang olehnya.

“Sementara Nazim dah ada ni,bolehlah dia tengokkan Indah. Bolehkan Nazim?. Kami nak pegi cafeteria sekejap” tiba-tiba Fatah mencelah seolah-olah memberi dia peluang meluangkan masa bersama Indah.

“Boleh, tak pa saya temankan Indah” Jawab Nazim sambil tersenyum. Sejurus selepas itu mereka sekeluarga berlalu menuju cafeteria.

Sayang…ok?”

“Ok, saya ok” angguk Indah lemah.

“Kenapa Indah duduk kat sofa?”

“Indah dah penat baring, sakit pingang, sebab tu bonda dengan ayah dudukkan Indah. Indah rindu abang” jawab Indah sambil tersengih, wajahnya masih pucat dan tak bermaya.

“Abang pun rindu Indah. Lama sangat Indah tinggalkan abang. Bila Indah macam ni baru abang rasa bermaknanya Indah dalam hidup abang” Jelas Nazim

“Betul ni?” tanya Indah inginkan kepastian.

“Haah betul sayang,yakin dan pasti” Matanya dikenyit lalu mengundang tawa Indah. Walaupun tawa itu lemah tapi sudah cukup baginya.

“Maafkan saya, makanan ini untuk Cik Indah, nanti lepas makan boleh makan ubat pula” Tiba-tiba seorang jururawat lengkap berbaju biru datang membawa semangkuk bubur panas, sup ikan dan sayur yang sudah direbus serta secawan milo panas.

“Terima kasih nurse” balas Nazim. Tangannya pantas mengambil mangkuk bubur yang masih panas itu. Diambil sudu yang sudah disediakan. Perlahan-lahan bubur itu disua ke bibir Indah.

“Makanlah sayang”

“Indah kena makan ke?”

“Mestilah sayang, dah berapa lama Indah tak sedarkan, kenalah ada tenaga” jelas Nazim, sudu berisi bubur itu disuakan lagi kebibir Indah.

“Tapi Indah tak da selera” cebik Indah seperti kebiasaanya.

“Sikit je,boleh?. Ke Indah nak milo je?” sikap tolerasi Nazim memang memikat hati Indah sejak dahulu lagi. Jarang sekali dia memaksa Indah, walaupun kadang-kala Indah berdegil tentang sesuatu perkara.

“Milo jelah” jawab Indah perlahan setelah merenung Nazim.

“Kena renung abang dulu ya baru boleh jawab?” soal Nazim sambil tertawa kecil mengenangkan kelakuan Indah. Sambil itu cawan milo diambil dan di letakkan dekat dengan bibir Indah agar mudah untuk Indah meminumnya.

“Sayang…kalau abang tanya sikit boleh?” Nazim merenung Indah yang sedang cuba minum milo panas itu perlahan-lahan.

“Boleh..apa dia?”

“Macam mana sayang abang ni boleh accident?” tanya Nazim cuba memulakan perbualan mengenai kemalangan yang berlaku kepada Indah.

“Sebenarnya, Indah…tak ingat langsung apa yang jadi” kepala Indah diangkat perlahan, matanya merenung Nazim.

“Tak ingat? Sebelum kemalangan pun Indah tak Ingat?” soal Nazim lagi inginkan kepastian.

“Haah Indah tak ingat pun macam mana” balasnya perlahan. Wajah Nazim berkerut-kerut memikirkannya.

“Indah ingat tak, indah pergi butik dengan bonda dan along?”

“Indah dah pergi butik ?” soalan Nazim dibalas kembali dengan soalan, membuatkan Nazim semakin keliru.

Melihat Nazim yang sedang terpinga-pinga membuatkan Indah bersuara. “Abang Indah ada salah cakap ke?”.

“Err tak da sayang, Indah tak salah cakap. Tak pa Indah habiskan milo ni ya, nanti boleh makan ubat” wajahnya yang keliru tadi cuba dibetulkan agar Indah tak berpikir dan mempersoalkan kembali soalannya tadi.

Encik Farid dan Puan Irmani sekeluarga sudah kembali dari cafeteria. Kelihatan Fatah menjadi yang paling akhir muncul, namun pegelangan tangannya dipegang Nazim. Mata Nazim memandang Fatah.

“Along, boleh kita cakap sekejap?” kelihatan Fatah mengangguk. Pintu bilik menempatkan Indah ditutup perlahan. Mereka sama-sama berjalan ke satu sudut berhampiran dengan tingkap. Dari tingkat enam itu dapat dilihat permandangan bandaraya Johor Bahru dengan jelas. Kenderaan dijalan raya kelihatan seolah-olah semut yang sedang beratur mengusung makanan mereka bersama-sama.

Doktor ada bagi tahu along apa-apa? Indah ada masalah lain ke? kenapa Indah tak ingat apa yang jadi pada dia?” soal Nazim bertalu-talu meminta penjelasan. Kerana keadaan Indah membuatkan dirinya keliru. Perkara yang paling banyak berlegar-legar dipikirannya sejak kemalangan yang melibatkan Indah ialah bagaimana Indah boleh berada diluar butik sedangkan pada ketika itu sepatutnya dia sedang mencuba baju pertunangan mereka. Namun hatinya sedikit kecewa apabila persoalan itu tidak mampu dijawab sesiapa kerana kebetulan tiada saksi semasa kejadian berlaku. Kereta yang melangar Indah pun entah hilang kemana sehingga kemalangan itu diklasifikasikan sebagai langar lari.

“Ya Nazim, memang dia tak ingat apa, dan macam mana dia boleh accident. Doktor kata dia mungkin mengalami trauma yang buatkan Indah tak ingat apa yang terjadi sebelum dan semasa kemalangan” jelas Fatah tenang.

“Teruk ke?” Soal Nazim kembali.

“Trauma ni berbentuk sementara saja, satu hari nanti dia akan ingat juga. Dan kita boleh tahu perkara sebenar” Jelas Fatah lagi. Bahu Nazim ditepuk perlahan, isyarat agak Nazim terus tabah.

Nazim menarik nafas dan menghembuskannya perlahan. “Tak pa lah apa yang penting kita sama-sama doakan Indah sihat”.

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.